Siapa saja yang tidak mengenali jurumasak popular, Gordon Ramsay yang terkenal seantero dunia.
Beliau yang berasal dari United Kingdom sangat sinonim dengan hidangan istimewanya Beef Wellington dan Sticky Toffee Puding.
Dan menjelang Jun depan, penantian pencinta masakan Gordon Ramsay akan berakhir. Ini kerana dikatakan beliau akan membuka restoran pertamanya, Gordon Ramsay Bar & Grill di Sunway Resort, Petaling Jaya.
Untuk rekod, cawangan pertama restoran tersebut dibuka di Mayfair, London.
Ads
Memetik kenyataan Sunway Resorts pada laman web mereka, pemegang bintang Michelin itu akan menawarkan pelbagai jenis hidangan daripada makanan ringan kepada hidangan istimewa Ramsay seperti Beef Wellington dan Sticky Toffee Pudding.
Restoran tersebut sudah membuka tempahan kepada penggemar makanan untuk menjamu selera bermula Jun 2021.
Ramsay juga telah melebarkan empayar restoran bertaraf bintang Michelin Star di serata dunia termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, China dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Popularitinya melonjak apabila menjadi bintang utama dalam rancangan realiti seperti Hell’s Kitchen, Kitchen Nightmares dan MasterChef US.
Baru-baru ini Kuantan yang terletak di Pahang telah diistyhar menjadi sebuah Bandar Raya. Yang diPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menzahir rasa syukur atas pemasyhuran Kuantan sebagai sebuah bandar raya.
Titah baginda, selepas hampir 40 tahun dinaiktaraf sebagai sebuah Majlis Perbandaran, Kuantan terus mengorak langkah dan mencipta satu lagi sejarah apabila dimasyhurkan sebagai sebuah bandar raya.
Tidak dinafikan percutian bersama keluarga di Kuantan akan lebih menarik apabila berkunjung ke destinasi ini kerana negeri Pahang sememangnya terkenal dengan pelbagai destinasi pelancongan sama ada taman tema, alam semula jadi, kawasan tanah tinggi bahkan pantai.
Jadi bagi yang berada di negeri Pahang, boleh melawat beberapa kawasan menarik terdapat di bandar Indera mahkota ini.
Masjid Sultan Ahmad Shah yang tersergam indah di tengah-tengah Bandar Kuantan ini telah direka dengan batu marmar khas yang bersinar cantik apabila terkena pantulan cahaya matahari dan pasti akan memukau pandangan mata yang melihatnya. Masjid ini merupakan salah satu masjid negeri yang terletak di tengah pusat bandar berhampiran dengan padang Majlis Perbandaran Kuantan.
Pantai Cherating terletak di sempadan negeri Pahang dan Terengganu merupakan satu lagi lokasi menarik yang boleh dilawati ketika bercuti di daerah Kuantan. Pantai Cherating merupakan destinasi pelancongan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi percutian keluarga. Terdapat banyak hotel dan resort yang menyediakan perkhidmatan penginapan kepada pengunjung dan pastinya memberi keselesaaan ketika percutian di Kuantan.
Nikmati pemandangan yang menyegarkan dengan meluangkan masa di Taman Esplanade Kuantan. Setelah puas makan angin di sepanjang laluan berjalan kaki yang berkepanjangan 2 km ini boleh meneruskan aktiviti di sini dengan memancing, bergambar dengan signboard bersaiz gergasi ‘Kuantan’ atau mengisi perut yang lapar di kedai-kedai makan yang terdapat di sini.
Bila perut dah kenyang dengan makanan laut segar dari Pasar Sungai Balok, boleh bergerak menuju ke Muara Sungai Balok untuk melengkapkan lagi pengalaman anda di sekitar kawasan ini. Tiada yang lebih memuaskan jiwa daripada dapat melihat pemandangan yang indah selepas menikmati makanan yang segar.
Nak makan hasil laut yang betul-betul segar semasa bercuti di Kuantan? Datanglah ‘bershopping’ di Pasar Nelayan Balok. Hasil laut yang diniagakan di sini teramatlah segar kerana ianya diniagakan oleh para nelayan sendiri.
Terletak tidak jauh dari Masjid Sultan Ahmad Shah 1 dan berhadapan dengan mahkamah Syariah, Muzium Seni Pahang adalah sebuah destinasi yang wajib dilawati untuk para pencinta seni untuk melihat pelbagai koleksi menarik yang dipamerkan sama ada seni catan, foto atau arca.
Ingin melihat Kuantan dari sudut yang berbeza selepas puas makan angin di sekitar bandar? Salah satu aktiviti yang wajib dibuat adalah mengikuti Kuantan River Tours.
Sepanjang perjalanan menyelusuri sungai Kuantan ini dapat melihat pemandangan bangunan-bangunan tinggi dan juga kawasan perkampungan nelayan dari sungai, pemandangan ini disempurnakan lagi dengan pantulan bayang-bayang yang terbentuk pada permukaan air, jangan lupa untuk membawa kamera ya!
Mula dibuka kepada orang ramai pada 1 Jun 1998, Santuari Penyu Cherating ditubuhkan dengan tujuan untuk melindungi penyu daripada sebarang bahaya yang dapat memendekkan jangka hayat mereka. Anda juga boleh datang ke Santuari Penyu Cherating untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan penyu dan mengetahui cara yang boleh dilakukan untuk memberi pelindungan kepada haiwan yang kian terancam ini.
Ada bajet lebih nak bershopping lepas puas berjalan-jalan di sekitar Kuantan? Mai singgah ke Kuantan City Mall yang merupakan pusat membeli-belah yang paling baru di Kuantan. Antara store yang terdapat di sini adalah Padini, Kaison, Sports Direct dan lain-lain lagi.
Gua Charas terletak di Bukit Charas yang merupakan sebuah bukit batu kapur dan granit yang telah berusia mencecah 400 juta tahun. Puncak yang tertinggi bukit tua ini adalah sehingga 355 meter. Dikelilingi oleh ladang kelapa sawit, anda perlu mendaki naik untuk menuju ke laluan masuk ke gua yang terdapat di sini.
Pantai Pelindung adalah sebuah kawasan pantai yang agak tenang, jauh dari pandangan dan pengetahuan pelancong yang datang ke Kuantan, tapi bagi yang dah tahu, memang beruntung! Ini kerana anda telah menemui sebuah tarikan ciptaan Tuhan yang dapat dinikmati keindahannya dalam keadaan penuh privasi. Terletak di Beserah yang sangat sesuai dijadikan tempat beriadah.
Jaman Tory Resepi menampilkan keunikan masakan setanding dengan nama restorannya. Kepada pelancong yang ingin berkunjung ke Kuantan restoran ini wajib untuk dikunjungi kerana keistimewaan masakannya sangat berbeza berbanding dengan restoran-restoran yang lain terdapat di sekitar daerah Kuantan.
Pantai Balok merupakan salah satu lokasi menarik yang terdapat di Kuantan, Pahang. Terletak kira-kira 15 minit dari pusat bandar, pasti akan memudahkan pengunjung untuk sampai ke lokasi ini.
ANA Ikan Bakar Petai mendengar namanya sahaja sudah cukup istimewa dan berbeza. Jika berkunjung ke Kuantan tidak sah jika tidak mencuba kenikmatan hidangan utama yang popular di sini iaitu ikan bakar petai.
Bagi yang gemarkan manisan, boleh juga mencuba untuk makan pelbagai jenis dessert di sini. Bukan sahaja menyediakan pencuci mulut yang menarik, tetapi juga mempunyai dekorasi kedai yang antik dan cantik untuk berselfie. Kula Cakes yang bertempat di Kuantan, Pahang yang mula beroperasi sekitar tahun 2011 merupakan antara kedai kek yang paling popular di Kuantan.
Antara signature dish Kula Cakes ialah Mango Cheesecake. Mungkin bagi anda Mango Cheesecake ialah hidangan yang biasa-biasa sahaja, tetapi diubah menjadi lebih sedap di sini.
Singgah Lenggong untuk melihat suasana yang mungkin anda tak pernah tahu pun apa istimewanya tempat ini.
Tahukah anda di Malaysia ada 4 Tapak Warisan Dunia UNESCO?
1. Taman Negara Kinabalu
2. Taman Negara Mulu
3. Bandaraya Melaka & Georgetown
4. Lembah Lenggong, Perak
Lenggong terletak di Hulu Perak kira-kira 80km dari Bandaraya Ipoh. Pada tarikh 30 Jun 2012, Lenggong telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.
Kajian sejak 30 tahun yang lalu telah menemukan banyak bukti prasejarah zaman
Paleolitik, Neolitik dan Zaman Gangsa.
Dan tahukah anda di Lenggong terdapat kesan kawah akibat dari hentaman meteor
183 juta tahun dulu dan debu-debu gunung berapa yang terbang dari Medan, Indonesia
hingga ke Lenggong akibat letusan terkuat gunung berapi?
Okay jom baca pengalaman saudara Mohd Nizam Zambari sepajang dia bersama rakan-rakannya masuk sana.
Kesan-kesan ini masih boleh di jumpai terdapat di Lenggong, Perak. Pebagai aktiviti eko-pelancongan boleh di lakukan di sana.
Antaranya:
– Explorasi Gua (Banyak gua-gua menarik untuk di terokai)
– Lawatan Tapak Hentaman Meteor 183 juta tahun!
– Galeri Arkeologi Lembah Lenggong
– Replika Perak Man
– Lawatan kawasan debu gunung berapi Medan
– Lawatan ke Masjid ke 2 tertua di Malaysia!
– Boat ride sekitar Tasik Raban, Tasik Chenderoh
– Lawatan ke Pulau Beng
– Lokasi menarik kaki pancing
– Rumah asal Lenggong
– Makanan-makanan tradisional penduduk asal Lenggong
Dan beberapa lagi lawatan lain yang anda boleh lakukan disana.
Lawatan ke Pulau Beng khususnya terdiri daripada enam buah perkampungan kecil
yang menarik, iaitu Kampung Durian Lubuk, Kampung Beng Dalam, Kampung
Dusun, Kampung Sekolah, Kampung Durau, dan Kampung Batu Ring. Penduduk
Kampung Beng kebanyakannya terdiri daripada warga emas yang merupakan
saudara-mara di kalangan mereka.
Makanan-makanan tradisi di Lenggong mempunyai gaya dan ciri teristimewanya
sendiri. Sebagai contoh ikan pekasam, kebebe, ikan pindang daun senia dan
beberapa makanan enak yang masih lagi terdapat di Lenggong.
Saya berpeluang untuk membawa kumpulan kecil bagi lawatan eko-pelancongan.
Pastikan anda mendapatkan maklumat dan juru-pandu alam yang berlesen dan
terlatih.
Saya bertuah berjejak kasih semula dengan kawan-kawan hikers yang telah pun menjadi nature guide tempatan.
Umpaman wikipedia dah mereka ini, segala maklumat berkaitan eko-pelancongan
Lenggong ada dah dalam kepala mereka. Tanya sahaja apa nak tanya.
Support lah industri eko-pelancongan yang amat berpotensi ke mata dunia ini!
Boleh jadikan artikel ini sebagai panduan anda yang ingin meneroka kembali zaman
Paleolitik, Neolitik dan Zaman Gangsa Lenggong.
Selamat menjelajah!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Negara jiran kita Indonesia sebelum ini merupakan negara yang tidak mencatat satu pun kes ketika negara yang lain di Asia Tenggara menunjukkan kes COVID-19 yang semakin meningkat.
Dek kerana itu, ramai pelancong tidak terkecuali dari Malaysia yang memilih ‘negara garuda’ yang mempunyai pelbagai destinasi pelancongan menarik tersebut untuk bercuti. Semuanya kerana Indonesia negara selamat dan bebas dari ancaman COVID-19 ketika itu.
Namun, setelah kes pertama COVID-19 direkodkan di Indonesia angka kes terus meningkat dari sehari ke sehari. Timbul banyak persoalan daripada rakyat luar khususnya, adakah ketika tiada kes tidak direkodkan, negara tersebut sebenarnya telah mempunyai ramai individu yang telah pun dijangkiti COVID-19 tanpa sedar.
Jumlah terkini kematian akibat virus COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 25 orang pada 19 Mac 2020. Sebanyak enam lagi kes kematian dicatatkan hari ini, berbanding jumlah kematian setakat semalam 19 orang. Setakat jam 12 tengah hari ini, kes positif meningkat kepada 309, tambahan 82 kes baharu (semalam jumlah kes positif 227).
Berdasarkan pecahan kes kematian, Jakarta mencatatkan (17 kes) kematian, Jawa Tengah (3), Bali (1), Banten (1), Jawa Barat (1), Jawa Timur (1) dan Sumatera Utara (1).
Menurut sumber Bernama, kerajaan Indonesia mengambil langkah tambahan membendung penularan wabak COVID-19 dengan menutup kemasukan pelawat asing ke negara itu dan menghalang rakyatnya keluar negara untuk tempoh sebulan berkuat kuasa 20 Mac 2020.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebelum bercuti, ramai lebih fokus pada pakaian, pasport dan tiket penerbangan. Namun, ada beberapa barang harian yang nampak biasa tetapi sebenarnya boleh menimbulkan masalah...