Lain orang lain cara percutiannya. Mungkin ada yang selesa naik perkhidmatan awam seperti kapal terbang atau train, tetapi ada juga yang lebih gemar memandu sendiri.
Seperti perkongsian gadis ini Felicia Ramzi yang memberitahu pengalamannya bercuti bersama keluarga di beberapa lokasi dalam negara dengan membawa membawa kereta sendiri.
Dia turut menyenaraikan beberapa lokasi menarik boleh dicuba menjelang cuti persekolahan tidak lama lagi.
Drive Sendiri Percutian Dalam Negeri Yang Ohsem
Asalamualaikum dan hai warga BBM
Kali ni, saya nak kongsikan lokasi dalam negara yang saya jelajah bersama keluarga. Semua naik kereta sendiri. Ada yang saya pergi tahun lepas dan ada yang dalam tahun ni. Cuti sekolah nak dekat dah kan, boleh lah cari idea nak bawak family pergi mana.
Antara lokasi yang saya pergi mengikut negeri:
KL- Kleptokrat Cafe, -Kenny Hills, -Pokok.KL, -Ruma Puteh (semua ni cafes sebab masa tu hanya boleh merentas daerah)
Melaka – Stadhuys building, – Ngeteh Cafe, Pangkalan Balak – The Daily Fix, Jonker Walk
Ngeteh Cafe, Pangkalan Balak, MelakaMenu sini banyak kopi
Ads
Area Stadhuys building, Melaka
Terengganu – Kg Jambu Bongkok, Dungun – Kg Penarik, Setiu – Kg Mangkok, Setiu – Masjid Langgar, Merang – Masjid 8 Kubah, Jerteh – Masjid Kristal, K. Terengganu – Taman Tamadun Islam, K. Terengganu
Kg Penarik, SetiuKg Mangkok, Setiu
Surau Langgar Rindu, laluan ni dari Kuala Terengganu ke SetiuMasjid 8 Kubah, Kampung KotaK
Selangor – Sekinchan – cafe tepi sawah, kilang beras
Putrajaya – Anjung Floria (sarapan pagi)
Nanti saya buat part 2. Maaf banyak gambarnya sebab semua tempat kami pergi tu cantik-cantik. Tapi kalau nak tengok gambar lagi banyak, boleh ke IG saya Felicia_Ramzi. IG memang saya simpan gambar buat kenangan, sekali dengan info situ. Selamat menjelajah semua!
Kalau nak kelainan waktu bercuti, boleh ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Lanchang Pahang untuk tengok binatang di sini.
Menurut perkongsian Hazwan Hafiz, untuk ke sini mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan atau 110 KM dari KL, tidak jauh dari Tol Lanchang.
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) merupakan satu pusat yang unik di Malaysia yang mana peranan utamanya adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan.
Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pusat ini telah berjaya memindahkan lebih daripada 700 ekor gajah liar.
Proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan spesis ini serta kerosakan harta benda & kawasan pertanian.
Terdapat lebih kurang 20 ekor gajah ditempatkan di sini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan pengunjung:
– Memberi Gajah Makan (Tebu RM3.00/Pisang RM5)
– Melihat Persembahan Gajah
– Melihat Gajah Mandi
– Melihat Pameran & Info Gajah
Yang mana ada anak, boleh datang sini tengok gajah tanpa bayaran dan ajar mereka mengenali gajah dengan lebih dekat!
Masuk Percuma
Tiada bayaran yang dikenakan. Cuma isi borang di kaunter, nyatakan berapa bilangan ahli keluarga yang hadir. Serahkan borang. Menerima sumbangan wang tunai seikhlas hati.
Waktu Dibuka
Dibuka Setiap Hari
Waktu Masuk: 10.30 pagi
Waktu Tutup: 3.30 petang
Jam 11.15 pagi : Pertunjukkan Gajah.
Jam 2.00 petang : Gajah Mandi.
Jam 2.30 petang : Pertunjukkan Gajah
Owh ya, pertunjukkan gajah dan gajah mandi bergantung pada cuaca. Kalau cuaca buruk, tak dapatlah nak tengok.
Antara kemudahan lain yang terdapat di sini:
Parking banyak & percuma. Datang awal pagi, parking banyak kosong. Datang tengahari sikit, kena jalan kaki sikit dalam 5-7 minit.
Boleh bawa anak ecil guna stroller. Boleh juga bawa ibu ayah naik kerusi roda. Agak susah nak lalu atas rumput, tapi heret janji sampai.
Setiap lorong ada tandas. Pandai cari tak perlu beratur panjang.
Surau juga ada di sini. Telekung/ sejadah kalau nak lebih bersih bawa sendiri.
Anda boleh juga makan di sini, ada gerai makan. Harga rakyat marhaen. Boleh juga bawa bekal sendiri.
Walaupun cuaca panas tapi suasana hutan di PKGK ni buatkan kita rasa nyaman dengan teduhan pokok sekeliling.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kembara ke Eropah Timur memang menjadi impian bagi sebahagian besar individu. Sejarah dan kecantikan seni bina di benua biru ini menjadi tarikan yang mengujakan.
Pesona ‘dunia lama’ memberi kesan romantis serta ragam budaya yang menarik. Sesungguhnya Eropah Timur menyediakan pelbagai panorama indah.
Eropah Timur memang agak asing buat saya, jadi peluang dan pengalaman pertama menjejaki ke bumi Prague, Czech Republic, Vienna dan Salzburg Austria serta Munich, Jerman ini saya gunakan sebaik mungkin.
Penerbangan dari Kuala Lumpur terus ke Prague dan transit di Dubai. Setiba di Prague, kami terus dibawa ke hotel dengan bas pelancongan.Sepanjang jalan ke hotel, kami disajikan dengan pemandangan sekitar Bandar Prague.Prague atau biasa juga disebut dengan Praha, adalah ibukota dari Republik Ceko, sebuah negara di Eropa Timur yang kaya akan sejarah dan budaya Bohemia.
Jika ke sini, sejumlah spot popular ini wajib anda kunjungi. Antaranya St. Vitrus Cathedral dan Lobkowicz Palace. Tempat ini terletak di atas bukit, spot ini sangat strategik untuk mendapatkan pemandangan kota Prague yang cantik. Bangunan-bangunan tua, yang hampir tidak tersentuh ketika perang dunia kedua, boleh dilihat di sini. Mulai romawi, gothik, renaissance dan baroque. Dulunya, Praha terdiri dari kota-kota kecil yang sekarang menjadi kesatuan tidak terpisah dan saling melengkapi.
Hari pertama kami dibawa ke kawasan Old Town Square yang terkenal dengan senibina Baroque yang berwarna-warni. Di sinilah terletaknya Astronomical clock yang sangat terkenal dan dibina beratus tahun lalu.Keindahan kota Praha memang sangat memikat.
Charles Bridge antara lokasi wajib jika berkunjung ke sini dan dibina pada tahun 1357. Jambatan ini merupakan salah satu landmark kota Prague yang menghubungkan area Prague Castle dengan area Old Town. Jambatan ini sering dijadikan objek foto dari atas Prague Castle bersama dengan jambatan-jambatan lain yang melintasi sungai Vlatava.
Pemandangan di sini sangat memukau. Kami terus menjejaki Charles Bridges sambil menikmati keindahan pemandangan ketika matahari mula terbenam. Sebelum pulang ke hotel yang terletak di Old Town, kami singgah untuk makan malam di sebuah restoran.
Keesokan hari kami dibawa ke Prague Castle iaitu istana terbesar di dunia yang mana kawasannya terdapat muzium, Gereja St Vitus Catheral, halaman yang cantik. Lawatan kami ditemani oleh tourist guide tempatan.
Bangunan bersejarah ini amat indah seni binanya. Lawatan diteruskan ke Golden lane yang dibina pada abad ke 16. Di sini terdapat kedai-kedai kecil yang menjual barangan tempatan. Kemudian kami ke restoran untuk jamuan tengah hari, seperti biasa kami dihidangkan dengan baked atau grilled fish. Usai makan tengah hari , kami bergerak bebas untuk membeli-belah sekitar bandar Prague. Makan malam kami di sebuah restoran yang agak jauh dari bandar Prague. Di sini kami diraikan dengan persembahan tarian tradisional. Republic Czech.
Vienna
Vienna dikatakan kota yang penuh dengan serpihan sejarah. Sejarah panjang kerajaan Austro-Hungarian membuat peninggalan-peninggalan penting boleh ditemui dengan mudah. Bangunan-bangunannya indah dan superior, mulai dari bangunan ala Baroque, Gothik, atau Renaissance.
Kami dibawa ke bandar yang mana terletak bangunan bersejarah sperti Stadtpark-Johann Strauss Manument dan Hofburg , kediaman pemimpin Austria sejak tahun 1275. Kemudian kami dibawa ke kawasan pusat membeli-belah terkenal di Vienna iaitu Kartner Strasse.
Hari seterusnya kami dibawa ke SChonbrunn Palace. Ia sebuah bangunan yang tersergam dibina dengan 1441 buah bilik , halaman indah serta luas. Kami dibawa masuk ke dalam dan dapat menyaksikan keindahan seni bina asli bangunan bersejarah yang begitu menakjubkan dibina pada abad ke-18. Kami juga dibawa mengelilingi bandar Vienna untuk melihat Belvedere Palace dan St. Stephen’s Catheral.
Salzburg dan Munich
Keesokan hari, perjalanan ke Salzburg yang mengambil masa tiga jam. Setelah menikmati makan tengah hari , kami terus dibawa ke Mirabell Palace & Gardens yang dibina pada tahun 1606. Di sini terdapat banyak pokok bunga tulip pelbagai warna.
Seterusnya dibawa melawat ke Mozart’s Birthplace. Mozart dilahirkan di rumah ini pada 27 Jan 1756. Selepas itu kami berpeluang menikmati kopi dan kek di kafe yang sering dikunjungi Mozart ketika hayatnya. Lawatan diteruskan ke Stiftskirche St Peter sebuah gereja lama, restoran makan malam terletak berhampiran gereja ini.
Keesokkannya perjalanan kami ke Munich, Jerman yang mana mengambil masa lebih kurang satu jam 45 minit. Munich mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri, Bangunan-bangunan lama masih banyak yang terjaga rapi walau sebahagian sudah dialih fungsi akan kegunaannya. Bangunan ini sangat unik reka bentuknya dan usianya beratus tahun.
Antara lokasi yang sempat dilawati ialah Marienplatz, Siegestor ( victory gate), Nymphenburg Palace. Walaupun jadual perjalanan agak padat saya tetap merasa puas dan segala kenangan masih terpahat di jiwa. Masih ingin kembara ke sini , jika ada peluang di masa akan datang.
Pengalaman oleh: Sharifah Anom Faezah Alsagoff
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak menghairankan jika Perancis menjadi salah satu destinasi popular di dunia. Keindahan, sejarah, seni, budaya dan kota-kotanya mempunyai daya tarikan tersendiri. Bukan setakat itu pantai-pantainya juga mempesona, gunung-ganang yang mengagumkan, semuanya boleh anda temui di Perancis.
Saban tahun melancong dan berlibur ke tempat-tempat menarik menjadi agenda utama Suwarsi M.Arukin. Melihat tempat orang yang pelbagai rencam dan budaya merupakan terapi minda yang menyeronokkan. Tidak berapa lama dulu, Sue memutuskan untuk menjelajah Itali dan menyambung perjalanan ke Monaco serta Nice dan Cannes di Perancis.
Monaco, sebuah negeri kecil yang moden namun masih mengekalkan tradisi dalam banyak perkara. Oleh kerana Sue ke Monaco melalui jalan darat (menaiki bas pelancong yang disewa khas oleh ejen pelancongan yang menguruskan perjalanannya) jadi kurang pasti penerbangan mana yang sesuai untuk dipilih jika anda ingin terbang terus ke Monaco.
Monte Carlo, merupakan bandar utama dan terpenting di Monaco. Di sinilah terletaknya pelbagai aktiviti penting keseluruhan Monaco. Kepada peminat sukan lumba kereta Formula One, tentunya tahu bahawa litar Monaco adalah antara litar yang paling sukar dan merbahaya buat para pelumba. Litar yang dibangunkan dari jalan raya (jalan raya utama digunakan sebagai litar) ternyata begitu mencabar dan penuh dengan selekoh tajam dan curam namun inilah tarikan utama Formula One Monaco.
Selain litar lumba, kecantikan lautnya sangat mengagumkan. Ratusan bot dan kapal mewah yang berlabuh di pesisir pantai menambahkan lagi gelaran kota ini sebagai tempat untuk “The Rich & Famous”. Harga hartanah di sini seperti tidak tercapai akal untuk golongan rakyat biasa memilikinya. Monte Carlo juga mempunyai puluhan (mungkin ratusan) pusat hiburan dan perjudian (kasino). Tidak hairanlah ia menjadi tumpuan pelancong yang gemar menghabiskan masa dengan aktiviti perjudian. Menelusuri jalan-jalan di kota ini, melihat bangunan-bangunan lama yang masih dipelihara dan digunakan seperti town hall, mahkamah dan pejabat pelancongan, memberi gambaran mereka masih menghargai warisan silam.
Dari Monaco perjalanan menaiki bas pelancong ke Nice, Perancis pula. Terletak di French Riviera, Timur Laut Perancis yang di kelilingi Laut Mediterranean. Kota ini juga mendapat jolokan Nice La Belle yang bermaksud Nice, yang cantik. Memang benar, kota ini menyajikan pemandangan yang indah di sekitar kota dan pesisir pantainya. Banyak bangunan di Nice mendapat pengaruh Rusia daripada segi seni bina dan reka bentuknya. Ini boleh dilihat antaranya di Cathedrale Orthodoxe Russe St Nicholas. Terdapat banyak pusat membeli-belah di kota ini.
Menyusuri jalan di kota ini di waktu malam juga satu pengalaman yang mengasyikkan melihat warga kotanya membanjiri kafe, restoran dan pusat hiburan. Pengangkutan awam seperti bas, tram dan teksi ialah pilihan ada. Namun jika anda inginkan kelainan, boleh juga menyewa basikal untuk bersiar-siar sekitar bandar. Makanan halal tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak gerai,kiosk dan restoran di mana peniaga yang kebanyakannya dari timur tengah menyajikan makanan halal dengan harga berpatutan.
Selesai di Nice, perjalanan diteruskan ke Cannes, sebuah bandar perfileman terkenal dunia. Di sinilah berlangsungnya Festival Filem Cannes saban tahun yang menghimpunkan bintang-bintang industri perfileman seluruh dunia. Bandar sofistikated ini menyajikan deretan butik-butik berjenama bagi mereka yang gemar membeli-belah. Kebanyakan kediaman berstruktur tinggi seperti kondominium atau apartmen yang kebanyakannya menghadap laut Mediterranean yang sangat cantik pemandangannya.
Anda tidak perlu berada lama di Cannes, memadai sehari suntuk sudah mencukupi untuk mengelilingi bandar yang serba-serbi mahal (untuk masuk tandas awam sahaja anda perlu membayar sekitar dua euro menyamai hampir RM10). Pengangkutan awam di sini tidak terlalu banyak pilihan dan anda perlu bersedia membayar harga tinggi untuk perkhidmatan teksi bandarnya. Mungkin bandar ini lebih sesuai untuk mereka yang sukakan hiburan dan dunia glamor.
Sesuai dengan gelaran bandar filem, panggung teater dan persembahan banyak terdapat di sini. Makanan halal juga terdapat di sini namun terhad. Pilihan lain ialah makanan vegetarian. Keseronokan berada di sini memang sesuatu yang luar biasa. Sue tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke sini lagi di masa akan datang jika keadaan dan rezeki mengizinkan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bila sebut tentang Afrika, mungkin ramai yang terus terbayang padang pasir luas, cuaca panas, kawasan tandus dan kehidupan yang serba kekurangan. Gambaran itu tidaklah...