Yayasan Pulau Bardsey kini sekali lagi sedang mencari warden baru bagi mengambil alih tugas menjaga dan memantau Pulau Bardsey untuk tempoh tiga dengan ganjaran gaji bulanan sebanyak £16,500 (RM87,000). Pada tahun 2018 sebuah keluarga telah dipilih menjadi pemenang untuk menjaga pulau ini, namun telah menarik diri awal tahun 2019 setelah sehari duduk di pulau tersebut.
Pulau Bardsey menerima kedatangan 2,000 pelancong setiap tahun selama lebih sebulan. Pulau itu sebelum ini dijaga Steve Porter dan isterinya, Joanna bersama dua anak mereka, Ben dan Rachel sejak mereka berpindah ke sana pada tahun 2007 tetapi memilih untuk meninggalkannya tahun lalu selepas anak mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti. Maka bermulalah pencarian warden baru untuk Pulau Bardsey untuk tahun ini dan tahun hadapan.
Keluarga Scharer telah dipilih memenangi pencarian itu mengalahkan 50 peserta lain untuk menginap di Pulau Bardsey di pesisiran Wales. Namun dilaporkan keluarga ini hanya sanggup tinggal selama sehari di pulau terpencil itu sebelum mengalah dan menarik diri.
Ads
Ned Scharer, 44, dan isterinya, Sophie, 45, bersama anak lelaki mereka, Sam, 10, dan anak perempuan, Rowan, 12, sepatutnya memulakan hidup di pulau itu selama tiga tahun bagi menguruskan pusat perlindungan alam sekitar, sebuah ladang dan tapak pemantauan burung liar.
Ads
Bagaimanapun, pada hari pertama mereka tiba di pulau tersebut, Sam mengalami kecederaan kaki selepas terjatuh ketika mahu turun dari bot yang membawa mereka ke sana menyebabkannya dihantar ke sebuah hospital dengan menggunakan sebuah helikopter untuk menerima rawatan.
Ads
Sam kemudian di bawa pulang ke rumah kediaman asal mereka bersama ibu dan kakaknya. Ned Scharer pula cuba tinggal bersendirian di pulau itu namun selepas sehari membuat keputusan untuk menarik diri. Dia menyedari tidak mampu menguruskan tugas-tugas yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur di pulau tersebut bersendirian. Ned Scharer kemudian memilih untuk pulang ke rumah mereka di Llanrwst dalam daerah Conwy, Wales.
“Saya berasa sedih membuat keputusan ini tetapi kecederaan anak saya, Sam itu membuatkan keputusan kami sekeluarga untuk menarik diri daripada tugas sebagai warden pulau itu lebih penting. Ia sesuatu yang tidak dijangka dan tidak dapat dielakkan,” kata Ned Scharer
Majoriti negara di seluruh dunia tidak bersedia dalam menghadapi ancaman biologi seperti wabak dan penyakit berjangkit lain sekiranya ia berlaku.
Menurut Economist Intelligence Unit, menerusi Indeks Keselamatan Kesihatan Global (GHS) yang diterbitkan pada Oktober 2019, purata skor yang dicatatkan 195 negara terbabit ialah pada sekitar 40.5 peratus. Laporan tersebut menjelaskan kesediaan antarabangsa untuk sebarang wabak atau penyakit masih berada di tahap lemah. Indeks ini mengukur keupayaan sesebuah negara meliputi pengesanan, pencegahan, tindakan, risiko serta komitmen untuk meningkatkan kapasiti nasional.
Setakat laporan tersebut dilaporkan pada Oktober 2019, hanya 13 negara sahaja yang berada pada kedudukan bersedia sepenuhnya bagi menghadapi ancaman wabak termasuk Thailand dan Korea Selatan. Dalam indeks sama, Malaysia berada di kedudukan ke-18 dunia dengan skor 62.2 peratus pada kategori ‘lebih bersedia’.
Thailand menjadi negara ‘paling bersedia’ untuk menghadapi situasi wabak berbanding negara Asia Tenggara yang lain pada skor 73.2 peratus, manakala Singapura pada skor 58.7 peratus.
Laporan sama turut memberi contoh bagaimana Thailand berjaya menghentikan penularan wabak Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) pada 2015. Thailand berjaya mengenal pasti dan menghentikan penularan MERS menjadi contoh terbaik bagi nilai yang ditunjukkan dalam pembangunan sistem keselamatan kesihatan dan sistem kesihatan yang baik bagi menghentikan wabak dari sumbernya. Ini menunjukkan Thailand berjaya mengungguli isu keselamatan kesihatan di peringkat global.
Ketika itu, wabak berkenaan telah menjangkiti 186 individu dengan 38 terbunuh di Korea Selatan. Pada tahun sama, Thailand telah mengesahkan kes import yang berlaku dan memaklumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta-merta. Laporan berkenaan turut memberitahu bahawa Thailand berjaya menghentikan kes jangkitan MERS dan kes berikutnya tanpa sebarang penularan baharu.
Indeks Keselamatan Kesihatan Global (GHS) mengambil masa lebih dua tahun untuk dikeluarkan dengan pembabitan lebih 100 penyelidik dari seluruh dunia. Laporan ini juga menjadi indikator penting kepada pembuat dasar bagi menentukan keutamaan bagi memastikan keselamatan di negara masing-masing.
Kombinasi kopi dan susu berkualiti menyempurnakan rasa kopi sebenar , itulah yang sering disediakan oleh barista profesional. Kini Nespresso memperkenalkan tiga pilihan sensasi kopi edisi terhad yang khas disediakan dengan susu.
Diinspirasikan dari rasa kompleks kopi dan kepakaran menyediakan susu dari barista. Nepresso perkenal tiga pilihan kopi iaitu BARISTA Chiaro untuk Cappucino, BARISTA Scuro untuk Espresso Machiato dan BARISTA Corto seperti black Ristretto.
Hasil daripada keseimbangan yang sempurna ciptaan ini membawakan ciri-ciri yang luar biasa. Bagi memperkenalkan koleksi BARISTA edisi terhad ini, Nepresso telah bekerjasama dengan Barista Terbaik Malaysia, Jason Loo, Juara Kejohanan Barista Malaysia. Jason mengolah resipi menggunakan kopi Nespresso mengikut cita rasa tempatan.
Kopi BARISTA Chiaro, Scuro dan Corto berada secara terhad di www.nespresso.com bermula 4 September 2017. Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi BARISTA, boleh hubungi Nespresso Malaysia di talian 1800 80 701.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Hampir 10 ribu jemaah antarabangsa tiba di Arab Saudi pada 1 November 2020 lepas sebagai kumpulan pertama dibenarkan melaksanakan ibadat berkenaan selepas tujuh bulan ibadat umrah ditangguhkan akibat pandemik COVID-19
Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr Amr Al-Maddah berkata, 10,000 jemaah yang tiba dari luar negara itu mesti mendapatkan kebenaran terlebih dulu. Antaranya:
Setibanya di sana, jemaah mesti mengasingkan diri selama tiga hari sebelum dibawa ke laman Miqat, sempadan kawasan di mana jemaah yang ingin menunaikan umrah diwajibkan memakai ihram.
Mereka hanya dibenarkan berada di sana sehingga 10 hari, termasuk tiga hari dalam pengasingan.
Seiring protokol, 500 kumpulan, masing-masing dengan 20 jemaah antarabangsa, bergerak sepanjang hari mengikut tempoh yang diperuntukkan.
Had umur maksimum yang ditetapkan bagi jemaah antarabangsa adalah antara 18 hingga 50 tahun.
Negara yang dibenarkan harus dinilai oleh Pusat Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Arab Saudi dan Kementerian Kesihatan sebagai sebahagian standard serta protokol yang dipersetujui oleh kerajaan.
Namun, visa bagi jemaah yang tiba dari negara mencatatkan peningkatan ketara jangkitan COVID-19 akan ditangguhkan.
Jemaah juga mesti mempunyai insurans kesihatan penuh yang merangkumi rawatan kecemasan jika dijangkiti dan kemungkinan menjalani ujian polymerase chain reaction (PCR).
Sebagai permulaan pembukaan tahap ketiga ini, masjid-masjid akan beroperasi pada tahap 100 peratus. Jika pada mana-mana tahap wujud kemungkinan yang boleh menimbulkan bahaya kepada jemaah, kementerian akan menilai keadaan untuk kembali ke tahap sebelumnya dan mengurangkan jumlah jemaah. Pada masa ini, Saudia adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang dibenarkan untuk membawa jemaah ke sana. Jemaah yang tiba dari negara di mana Saudia tidak beroperasi perlu melalui pihak ketiga, yang sudah diberi pelepasan oleh kerajaan Arab Saudi.
Semoga kes jangkitan pandemik di Malaysia semakin berkurang dan rakyat Malaysia juga antara negara yang akan dibenarkan melakukan ibadah umrah dalam masa terdekat.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...