
Dapat menyaksikan persembahan lincah ikan lumba-lumba yang comel menjadi idaman ramai pelancong tidak kira kanak-kanak dan juga orang dewasa. Namun tahukah anda, setiap persembahan yang sempurna seringkali dilakukan haiwan ini setiap hari adalah daripada latihan yang berterusan.
Baru-baru ini persatuan pencinta haiwan mengutuk keras kejadian seekor anak ikan lumba-lumba yang baru berusia sembilan hari, mati dipercayai keletihan ketika membuat persembahan. Kejadian tersebut berlaku di Eropah sebuah taman air di Bulgaria.
Haiwan malang itu yang baru 9 hari dilahirkan didakwa mati di hadapan penonton di Varna Dolphinarium, akibat ‘keletihan’ melakukan persembahan berterusan lapor Daily Mail. Sejurus kejadian tersebut berlaku penonton diarah keluar dari kawasan persembahan oleh kakitangan yang bertugas dengan serta merta.
Walaupun masih tidak jelas punca kematian bayi ikan lumba-lumba tersebut, orang ramai mendakwa Varna Dolphinarium perlu bertanggungjawab kerana memaksa haiwan itu membuat persembahan bersama ikan dewasa walaupun masih kecil. Ia dilatih empat kali sehari untuk menghiburkan penonton terutama ketika kemuncak cuti musim panas.
Berita itu mendapat reaksi pengguna media sosial yang menganggap haiwan itu diseksa secara halus kerana dipaksa bekerja yang tidak sepadan dengan usianya. Jurucakap organisasi perlindungan haiwan Four Paws, Yavor Gechev berkata, sebanyak lima ikan lumba-lumba dan seekor anjing laut didakwa mati di pusat peranginan itu sejak lima tahun kebelakangan ini. Jumlah kematian dijangka lebih tinggi dari yang diumumkan. Kematian haiwan menandakan keadaan di pusat akuarium itu tidak memenuhi standard minimum untuk menjaga semua haiwan.
New Zealand Larang Aktiviti Berenang Bersama Ikan Lumba-Lumba
Di New Zealand pula kerajaan mereka telah mengenakan larangan terhadap sebarang aktiviti pelancongan berenang bersama ikan lumba-lumba Bottlenose. Ia sebagai usaha untuk melindungi haiwan yang diancam kepupusan itu. Larangan tersebut dilaksanakan keatas semua syarikat pelancongan yang berpusat di North Island Bay yang cukup popular dengan kehadiran pelancong.
Sumber: Dailymail
Perkongsian Trip Indah Empat Beranak Ke Phu Quoc, Vietnam. Menarik Juga Pulau Ni!

Bagi anda yang gemarkan aktiviti pantai dan inginkan kelainan di destinasi tersebut, anda boleh memilih ke Phu Quoc. Phu Quoc merupakan pulau terbesar di Vietnam yang mempunyai pelbagai landskap seperti hutan hijau, pantai yang jernih dan alam semulajadi yang indah.
Jika bercadang ke sini, ini ada perkongsian menarik daripada saudara Taqiyuddin Ariffin yang berpeluang bercuti bersama keluarga tercinta ke Phu Quoc, Vietnam
Nak share pengalaman bercuti bersama famili kecil kami 4 beranak di Phu Quoc, Vietnam. Bunyi agak asing kan bagi korang tapi kalau mencari kelainan untuk bercuti dan maybe dah bosan dengan Bali atau Phuket, maka PQ adalah jawapan terbaik dengan bajet yang sederhana.
Kalau sebut Vietnam, rasanya orang Malaysia lebih sinonim dengan travel ke Ho Chi Minh City untuk berjalan sambil bershopping atau pun ke Hanoi but trust me PQ is worth to explorer. Air Asia sebenarnya baru je memulakan penerbangan ke pulau ini sejak dari Nov 2018.
PHU QUOC
- Merupakan Pulau Terbesar di Vietnam dengan pemandangan yang sangat indah.
- Terletak di selatan Vietnam, di kawsan bersempadanan dengan Cambodia.
- Salah satu ‘permata’ tersembunyi Asean yang baru diperkenalkan kepada dunia.
- Walau tidak seramai Bali, Phu Quoc Island yang memiliki luas sekitar 573km2 memiliki ciri khas dan kecantikan tersendiri untuk para Beach Lover.
- Waktu dan cuaca terbaik adalah dari bulan Nov – March, July – September adalah musim tengkujuh ya.
Flight Tix
- Return tix aritu total RM1300 untuk 1 family (4 orang) termasuk meals & luggage.Beli pun beberapa bulan sebelum nak terbang.
- Penerbangan Air Asia memakan masa 1jam 45 jam dan kalau check time untuk ke sana adalah sekali sehari pada jam 12.50-13.35pm
- Dan penerbangan pulang pada jam 14.05- 16.45pm
- Masa diorang adalah lewat sejam
Currency VND 1juta = RM182
- Rata-rata tidak fasih berbahasa English so better download apps Google Translate kalau tak mau komunikasi macam ayam dan itik nanti.Hanya staff di hotel je yang kebanyakannya boleh speaking.
Penginapan/Hotel
- Datang sini nak menikmati keindahan pantai jadi saya cadangkan menginap di resort tepi pantai terutamanya di Long Beach.
- Lokasi cadangan adalah di kawasan Duong Dong, banyak resort yang murah tetapi cantik dan menarik di kawasan ni boleh dapat bawah RM 150/malam.
- Di bahagian selatan pula didominasi penginapan mewah seperti Intercontinental, Novotel, Best Western, JW Marriot & banyak lagi.
- Trylah godek-godek semua apps yang ade especially Trivago, Agoda & Booking.com untuk dapatkan harga terbaik.
- Usha-usha sket peta pulau ni agar dapat jimatkan masa/wang korang sebab tempat2 attractionnya agak jauh dan boleh membantu korang buat itinerary.
- Kami memilih hotel sederhana di Duang Dong memandangkan kat situ merupakan bandar dan dekat dengan kedai serbaneka serta restoran. Hanya VND 20k sahaja dengan taxi ke Night Market.
- Hari terakhir kami menginap di Sunset Sanato dimana terdapat beberapa icon utk PQ.
Transportation
- Nak senang cari je hotel yang provide airport transfer. Sampai sana dah ade yang menunggu untuk pickup.
- Grab/Uber takde
- Taxi menggunakan meter tapi mengikut penduduk setempat Cheap Taxi (kaler kuning) dan biru agak murah nak dibandingkan dengan yang lain-lain.
- Nak lagi puas hati terus tanya je berapa rega untuk ke destinasi. Silalah tawar menawar sampai jadi.
- Driver taxi kat sini kebanyakan suka tunggu xpun akan datang pickup kita balik bila dah habis aktiviti di sesuatu tempat tu maka jangan bayar dulu. Bayar bila dah selamat sampai ke hotel.
- Tak digalakkan menggunakan taxi dari pihak hotel. Rega agak mahal sedikit tapi kalau dah takde choice.. bolehlah kot.
Makanan Halal
- Nak cari restoran menyajikan makanan halal agak sukar di sini. Cuma ade dua iaitu
- Naan Kabab & Spice of India
- Kami berkesempatan untuk try nasi arab & Naan tapi kurang kena dengan tekak kami. Kat sini harga makanan bagi sepinggan nasi arab agak mahal. Ade wifi & boleh bayar bil menggunakan credit card
- Bawa bekalan makanan sendiri adalah yang paling selamat dan jimat.
- Breakfast di hotel pun makan yang berasaskan seafood & buahan saje
Attraction places
- Vinpearl Safari
- Vinpearl Land Them Park
- Hon Thom Cable Car
- Dari An Thoi-Hon Dua-Hon Roi-Hon Thom
- Pantai & Sunset
- Night Market open 6pm daily.
Nak lagi senang untuk fee masuk korang leh beli siap2 kat Klook. Download je apps ni dari app store/google play dan gunakan Refferal Code – LMBPC untuk dapatkan cash back RM15. Best apps klook ni! Memudahkan dan jimat pulak tu. Kaki travel mesti kena ada ni.
Tak sempat buat Island Hoping, melawat Coconut Prison, waterfalls, Sao Beach, Pepper Farm, Ham Ninh fishing village, Ho Quoc Pagoda dan banyak lagi weh. www.visitphuquoc.info for moree ye.
Alam yang indah, penduduk yang ramah, dan seafood -nya yang menggoda, rasanya Phu Quoc sangat layak dikunjungi. Nak usha gambar-gambar dan video bleh check more in my instastory IG mrtakky ya. Akhir kata, check2 la AirAsia tu mana tahu ade promo tix murah dan boleh start plan untuk ke PQ!
Take Note Jenis Powerbank Atau Bateri Gajet Yang Lepas Masuk Pesawat

Isu powerbank meletup bukan sesuatu yang baru di seluruh negara. Beberapa rekod kematian telah dicatat disebabkan letupan oleh powerbank ini. Baru-baru ini juga terdapat kes power bank meletup di dalam kereta, ketika mengecas di rumah dan ada juga kes berlaku di dalam pesawat.
Ya, baru-baru ini sebuah pesawat AirAsia yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong pada 25 Disember 2019 lalu terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Tan Son Nhat di Vietnam akibat letupan daripada powerbank.
Powerbank kepunyaan salah seorang penumpang pesawat terbabit meletup ketika beliau sedang mengecas telefon bimbitnya. Kejadian tersebut menyebabkan penumpang terbabit mengalami kecederaan pada tangan kiri dan paha. Setelah disiasat, pihak berkuasa mendapati powerbank yang digunakan oleh mangsa merupakan powerbank yang tidak mempunyai jenama.
Takut dengar kan? Ini ada tip dan perkongsian yang sangat berguna daripada saudari Siti Nur Syuhaidah untuk anda yang jika penumpang ingin membawa powerbank menaiki pesawat bersama.
Baru-baru ini aku dikejutkan dengan berita sahabat travel aku di tahan di lapangan terbang Bandung atas kesalahan membawa ‘powerbank’ berkuasa melebihi 20000mAh. Wah! Satu benda baru jika ditahan disebabkan powerbank. Yelah mana tak nya, powerbank adalah satu benda yang wajib bagi para traveller kan? Tengah syok-syok ambil gambar sekali bateri dah kong, mana hala pula lah nak pergi cari “plug point” untuk caj kamera/telefon bimbit kan. Jadi, “powerbank” lah yang menjadi penyelamat keadaan.
Namun sekatan membawa masuk benda berkaitan bateri “lithium” ini bukan satu benda yang baru.
Larangan untuk membawa peralatan berasaskan bateri lithium telah di kuatkuasa kan di peringkat antarabangsa oleh IATA – International Air Transport Association dan syarikat penerbangan di Malaysia (MAS, Airasia, Firefly dan sebagainya) sudah pasti mengikuti peraturan tersebut.
Malah baru-baru ini juga syarikat gajet terkemuka Apple.Inc ada mengeluarkan kenyataan penarikan sebilangan kecil produk Macbook Pro 15” yang terjual dalam tempoh September 2015 hingga Februari 2017.
Unit tersebut tidak dibenarkan untuk dibawa masuk kedalam kabin pesawat kerana dikhuatiri bateri lithium komputer riba tersebut mudah terdedah kepada “over-heating” dan boleh menyebabkan letupan dan kebakaran kecil.
Jadi, beberapa “instant announcement” telah dibuat oleh syarikat penerbangan Malaysia berkenaan dengan insiden tersebut.
.
Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines, Airasia, Malindo Air dan Firefly menetapkan jika komputer riba anda Macbook Pro 15” adalah di bawah senarai penarikan, anda tidak dibenarkan sama sekali membawa masuk unit tersebut kedalam kabin pesawat atau daftar masuk-bagasi. Tetapi para penumpang boleh menyediakan dokumen rasmi atau resit yang menyatakan bahawa unit anda telah pun di tukar ganti bateri nya supaya dibenarkan untuk dibawa masuk kedalam kabin pesawat.
Namun, pasti nya anda tertanya-tanya, adakah semua barangan berasaskan bateri lithium tidak boleh di bawa naik? Tetapi smartphone juga mempunyai bateri ? Adakah bermaksud kita tak boleh bawa telefon bimbit bersama? Susah lah nanti kan..
Jangan bimbang… Ada beberapa syarat-syarat yang telah di tetapkan untuk para penumpang semua..Anda masih boleh bawa Power Bank dalam kapal terbang bersama dengan gajet-gajet anda yang lain, tetapi terhad dengan peraturan seperti di bawah.
powerbank (2).
Ini adalah info yang di dapati dari pihak IATA.
1. Anda perlu dapatkan info berapakah Watt Per Hour (Wh) bateri gajet anda.Biasa nya smartphone mempunyai kadar Wh yang rendah.
2. Cuma jika anda ada gajet-gajet yang bersaiz besar seperti power bank, laptop, dan lain-lain, sila dapatkan info bateri anda dari pengeluar anda. Ini bagi memudahkan anda untuk membuat tindakan lanjut jika kadar Wh nya tidak menepati syarat-syarat IATA.
3. Watt Hour (Wh) / (Kandungan Lithium) = < 100 Wh (2g) – Jika bateri anda di bawah kadar 100Wh, anda boleh membawa gajet (built in battery) tersebut bersama-sama anda . Jika gajet anda dari jenis bateri boleh tanggal, anda juga boleh bawa seberapa banyak pun,tetapi ia tidak boleh di simpan di dalam beg di bahagian kargo.
Watt Hour (Wh) / (Kandungan Lithium) = > 100 Wh ~ <160Wh – Anda boleh membawa gajet (jenis built in battery) ini bersama-sama dengan anda sama ada beg di ruangan penumpang ataupun kargo.
4. Untuk gajet dari jenis bateri boleh tanggal, anda hanya di benarkan 2 unit bateri sahaja di dalam beg anda dan tidak di benarkan di simpan di dalam ruangan kargo.
Watt Hour (Wh) / (Kandungan Lithium) = >160 Wh – Anda perlu memberitahu petugas di kaunter yang anda membawa peralatan yang mempunyai bateri yang besar dan melebihi 160 Wh. Petugas akan membantu untuk tindakan selanjutnya.
Untuk anda yang mempunyai Power Bank Pineng, anda masih boleh bawa power bank dalam pakal terbang tanpa sebarang masalah. Berikut adalah kadar Wh untuk power bank Pineng anda:-
- 10000mAh (Model PN963, PN968, PN983S, PN913 dan lain-lain) – 3.7V 10000mAh 37Wh
- 15000mAh (Model PN929) – 3.7V/15000mAh 55.5wh
- 20000mAh (Model PN999, PN969 , PN920) – 3.7V/20000mAh 74Wh
Apa-apa pun, sentiasa pastikan gajet anda bukan dari barangan palsu atau tidak sah bagi memastikan kualiti dan jaminan keselamatan. Sentiasa patuhi arahan keselamatan petugas pesawat bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. 30000 kaki atas langit weh. Kalau apa-apa jadi siapa tak kecut perut kenn!
Senai Airport Tawar Pakir Percuma Untuk Korang Datang ‘Lepak’ Makan Kat Sini

Istimewa buat pengunjung Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) Johor, kini anda boleh menikmati kemudahan parkir secara percuma mulai 12 tengah hari hingga 2 petang dan dari 6 petang hingga 8 malam sepanjang minggu, sehingga 31 Julai, 2020.
Menurut pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd (SATSSB), tawaran tersebut adalah sebahagian usaha untuk menarik pengunjung tempatan serta membantu perniagaan peruncit dan pengendali makanan dan minuman yang menghadapi tempoh kelembapan sejak beberapa bulan lepas. Menerusi usaha itu, pihaknya berharap dapat menggalakkan lebih banyak permintaan terhadap perniagaan runcit serta makanan dan minuman di LTAS sementara jumlah penumpang mulai meningkat.
Pengunjung layak mendapatkan kemudahan parkir secara percuma itu menerusi sebarang pembelian tanpa nilai minimum dari mana-mana peruncit atau kedai makanan dan minuman di LTAS. Pengunjung boleh mengesahkan tiket parkir dengan mengemukakan resit sebagai bukti pembelian di Kaunter Informasi Lapangan Terbang Antarabangsa Senai .
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kini menempatkan 24 jenama runcit serta 16 kedai makanan dan minuman citarasa tempatan dan antarabangsa sekali gus memberikan pengalaman membeli-belah, makan dan minum yang selesa untuk para penumpang dan masyarakat setempat.
Setiap pengunjung yang datang ke sini wajib mendaftar bagi tujuan penjejakan kontak melalui imbasan kod QR, memakai penutup hidung dan mulut serta pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki lapangan terbang.
Sumber: Bernama