Pasti ramai tidak dapat melupakan filem 3 Idots lakonan terbaik Amir Khan malah dikatakan antara filem terbaik Bollywood. 3 Idots mengisahkan tiga orang rakan baik, Rancho (Amir Khan), Farhan (R. Madhavan) dan Raju (Sharman Joshi) yang sering bermasalah ketika di university. Namun kesemuanya berjaya menghabiskan pengajian sebelum masing-masing berpisah selama 10 tahun. Filem ini turut dibintangi oleh Kareena Kapoor sebagai Pia yang juga kekasih kepada Rancho.
Di dalam filem menyaksikan kesemua sahabat ini bertemu di sebuah lokasi iaitu Tasik Pangong, Ladakh yang asalnya adalah satu tempat terpencil di sempadan India – China. Terpesona dengan keindahan tasik ini, dari sebuah lokasi terpencil, kedatangan pelancong ke Pangong Lake mencatat sejarah apabila seramai 1.6 juta pelancong mengunjungi lokasi indah ini.
Ads
**media[315722]
**
Ads
Keindahan gunung ganang, air laut yang belum tercemar pasir yang sangat putih malah dengan kedalaman tasik 100 meter dengan keluasan 700 meter membuatkan Ladakh menjadi lokasi indah ketika mengunjungi lokasi ini. Memiliki ketinggian 4250 m dari atas laut yang lebih tinggi dari Gunung Kinabalu, untuk ke lokasi tasik ini ada pelbagai kenderaan disediakan tapi korang kena bersedia menempuh perjalanan sejauh 5-6 jam dari Leh sebelum sampai ke tasik ini. Macam yang korang tahu, ada beberapa part jalan agak teruk tetapi semua kepenatan tu akan terlerai selepas korang menyaksikan keindahan di Ladakh ini.
Bagi korang yang ada cita-cita hendak ke India satu hari nanti, jangan lupa ke destinasi pelancongan popular ini nanti. Gambar : Forbes/ Union Territory of Ladakh
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jika impikan destinasi percutian ala-ala di sebuah perkampungan berkonsepkan English, apa kata ke The Cottage Homes, Port Dickson.
Siapa kata bercuti dalam negara tidak seronok? Walaupun tidak ada salji atau musim sejuk, setidak-tidaknya Malaysia mempunyai pelbagai konsep percutiaan yang begitu menarik.
Mencari lokasi best di Port Dickson? Ini perkongsian daripada Jassa Li
HOMESTAY ENGLISH STYLE RM180 DI PORT DICKSON
Disebabkan ramai FB friends mommy yang dm tanya pasal tempat mommy stay ni, so mommy buat review lah okay. Untuk cuti awal muharram sehari ni, mommy plan nak bawa Anggun mandi mandi. So the nearest pantai dengan kitorang is PD. Drive dalam sejam je sampai. But kali ni kitorang decide nak tidur dekat PD. Selalu drive balik hari je. So kitorang gerak petang semalam. Gerak dalam pukul 4pm then sampai PD dalam pukul 5pm. Kitorang memang plan nak check in sehari je. Sebab memikirkan Jumaat kerja. Sampai je terus check in then pergi mandi pantai. Bestlah mandi pantai petang tak panas! Haha
Mommy memang suka sangat amik gambar. So mana mana tempat yang mommy pergi, mommy akan make sure ada port cantik nak amik gambar. Haha! So kali ni mommy pilih The Cottage Homes dekat PD ni.
As korang boleh tengok gambar gambar yang mommy share, homestay ni cantik sangat. Bertemakan English style. And paling best tempat ni environment dia private and tenang sangat sebab dalam kawasan kampung. Homestay ni bukan tepi pantai ya. But don’t worry, nak pergi pantai drive tak sampai 10minit pun.
For now, dekat dalam kawasan homestay ni cuma ada 4 unit je. 2 unit mini banglo and 2 unit studio cottage. Ada Banglo Daisy, Bluebell Cottage, Studio Lavender and Sunflower Cottage. If korang datang 1 family kecik macam kitorang, bolehlah stay dekat Studio Lavender. Mommy ada share gambar dalam studio macam mana. If korang family besar dalam 6 – 7 orang, boleh stay dekat mini banglo (Banglo Daisy / Bluebell Cottage). Untuk mini banglo ada 3 bilik ada aircond, lengkap meja makan and dapur.
Kalau deko and concept mommy bagi 100 marks! Sebab unit studio mommy and kawasan sekeliling sangat bersih and cantik. Ada banyak port cantik nak amik gambar and paling best ada swimming pool. Dapatlah Cik Anggun berendam puas puas. Dekat sini pun ada bbq pit if korang nak plan buat bbq feeling kat tempat cantik ni.
Untuk harga? Mommy rasa tempat ni sangat sangat berbaloi. Untuk studio harga serendah RM180 untuk 1 malam. Untuk mini banglo pula serendah RM400 untuk 1 malam.
So for those yang mencari tempat nak stay dekat PD, korang bolehlah pertimbangkan The Cottage Homes ni. Tak payah spend sampai RM1,600 satu malam untuk dapat tempat rehat puas hati macam ni.
Jom cuti-cuti Malaysia!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kuala Kangsar, bandar Diraja yang terletak di kawasan pertemuan Sungai Kangsar dan Sungai Perak dikatakan mendapat namanya daripada pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing Sungai Kangsar, anak Sungai Perak. Manakala satu versi lagi mengatakan nama itu diperolehi daripada para peneroka yang membuka penempatan di kuala sungai itu dengan panggilan ‘Kuala Kurang Sa’ bermakna kurang satu daripada seratus kerana terdapatnya 99 anak sungai di situ.
Terletak kira-kira 48 kilometer dari bandar raya Ipoh, bandar diraja itu mempunyai aset pelancongan yang tidak dimiliki negeri lain, sekali gus menjadikan ia begitu eksklusif kepada penduduk negeri Perak. Sebagai bandar tertua Perak, Kuala Kangsar terkenal dengan pelbagai perkara, antaranya bangunan lama dan bersejarah. Di sini menempatkan salah satu masjid tercantik di negara ini iaitu Masjid Ubudiah. Tidak lengkap kunjungan ke Kuala Kangsar jika tidak singgah ke bangunan-bangunan lama yang penuh dengan nilai-nilai sejarah perkembangan institusi diraja Perak seperti Galeri Sultan Azlan Shah, Muzium DiRaja Kuala Kangsar dan juga melawat kawasan sekitar Sungai Perak sendiri
Selain itu, ikon bandar DiRaja Kuala Kangsar yang juga popular adalah Masjid Ubudiah. Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Terletak berdekatan Istana Iskandariah, ia dibina pada zaman pemerintahan Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah 1.
Baginda bernazar jika sembuh daripada satu penyakit yang serius, baginda akan membina sebuah masjid dan apabila sembuh, maka Masjid Ubudiah mula dibina pada 26 September 1913. Pembinaan terpaksa ditangguhkan apabila bekalan batu marmar terputus ekoran meletusnya Perang Dunia Pertama. Baginda tidak sempat melihat masjid ini siap kerana meninggal dunia setahun sebelumnya. Ia dibuka secara rasmi pada 1917 ketika era pemerintahan Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah (Sultan Perak ke-29, 1916-1918).
Sejarah Gajah Pijak Batu Marmar
Pembinaan masjid ini pada awalnya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja (Sir) Chulan Ibni Sultan Abdullah. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa’id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok. Perjuangan gajah itu telah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya, musnahlah batu marmar itu.
Perjuangan gajah itu telah berlanjutan hingga berjam-jam lamanya, sehingga Raja Chulan sendiri datang, menyeru nama gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka barulah gajah itu berhenti berjuang, walaupun telah ramai orang yang cuba meleraikan gajah itu tetapi tidak berhasil. Oleh sebab batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah dipesan semula.
Galeri Sultan Azlan Shah terletak di bandar DiRaja Kuala Kangsar dahulunya dikenali sebagai Istana Hulu. Ia mempamerkan gabungan senibina Asia dan Eropah. Galeri itu memberi tumpuan kepada sejarah dan pencapaian Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Ia turut memberikan maklumat mengenai sejarah dan susur paur Kesultanan Perak dan gambar dan kenderaan, termasuk hadiah-hadiah yang diberikan kepada Sultan dan Sultanah oleh ketua negara dari seluruh dunia. Galeri Sultan Azlan Shah terletak di Bukit Chandan sekitar 1.5 kilometer dari bandar Kuala Kangsar dan hanya 500 meter dari Istana Kenangan.
Muzium Diraja Kuala Kangsar (dahulunya dikenali dengan nama-nama seperti Istana Kenangan, Istana Lembah atau Istana Tepas) telah didirikan pada tahun 1926, di bandar Kuala Kangsar, Perak. Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke-30, 1918-1938), Istana Negara diruntuhkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Istana Iskandariah pada 1930. Pembinaan memakan masa tiga tahun. Sementara menunggu Istana Iskandariah siap, Sultan Iskandar Shah bersemayam di Istana Kenangan yang keseluruhannya dibuat daripada kayu tanpa menggunakan paku.Istana itu kini telah dijadikan Muzium Diraja Perak.
Struktur Binaa Unik
Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah, ia dijadikan Istana Tetamu terutama di hari-hari Perayaan DiRaja seperti hari keputeraan, perlantikan orang-orang besar Perak dan lain-lain Istiadat DiRaja Perak Darul Ridzuan. Dari segi bentuk senibinanya, Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu Tradisional yang mengkagumkan. Pembinaan bangunan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan ( kayu jenis berlian ).
Paku-paku besi tidak digunakan dalam pembinaan bangunan ini. Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik yang menggunakan tepas yang diam dengan corak-corak anyaman Melayu Tradisional. Bangunan ini dibina di atas enam puluh batang tiang, di mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter. Bentuk bangunan ini melambangkan sebilah padang yang tersimpan di dalam sarungnya. Bahagian tengah di atas bangunan ini ditempatkan sebuah singgahsana. Tingkat bawah bangunan ini pula digunakan sebagai pejabat rasmi Baginda, di mana ia mempunyai lantai simen dan disekelilingnya ditutup dengan bidai.
Persisiran Sayong, yang terletak di tebing Sungai Perak, merupakan daya tarikan pelancong terbaru di daerah itu yang akan dibangunkan sebagai pusat aktiviti air seperti berkayak dan berakit selain lokasi penganjuran pesta sukan air dan pesta lanjut sempena ulangtahun keputeraan Sultan Perak.
Projek Persisiran Sayong dibina di tapak seluas enam hektar dan mempunyai beberapa kemudahan pelancongan seperti galeri kraftangan, restoran pinggiran, tempat penginapan, jeti pelancongan serta tandas awam. Jika singgah di Kuala Kangsar, tidak lengkap jika anda tidak singgah di persisiran sungai Perak ini.
Sungai Perak sepanjang 400 km mengalir dari Hulu Perak hingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh ke Selat Melaka. Sungai Perak merupakan sungai ke-2 terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang. Ia memainkan peranan yang penting dalam sejarah negeri Perak. Terdapat beberapa empangan hidroelektrik di Sungai Perak:
Trivia
Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa Sayong adalah pusat pentadbiran diraja Perak sebelum berpindah ke Bukit Chandan. Pemindahan itu berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah 1 (Sultan Perak ke-28, 1887-1916). Sebelum itu, Sayong menjadi tempat raja-raja Perak bersemayam iaitu mulai dari zaman Sultan Perak yang pertama, Sultan Mudzaffar Shah 1 (1528-1549). Ketika itu, istana sultan dibina di tebing kanan mudik Sungai Perak iaitu dari hilir Sungai Perak sehingga ke Sayong. Tradisi itu dipecahkan oleh Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah 1 apabila baginda memindahkan tempat persemayaman dari Sayong ke Bukit Chandan yang terletak di tebing kiri Sungai Perak. Di situ, baginda membina Istana Negara untuk raja-raja bersemayam, Istana Cinta Berahi untuk Tengku Permaisuri dan Istana Kasar Makmur untuk Raja Perempuan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Siapa tidak kenal dengan bandar metropolitan Bangkok yang merupakan ibu negara bagi Thailand. Selain menjadi kegemaran rakyat Malaysia untuk membeli-belah, Bangkok juga merupakan kota unik untuk mereka yang suka akan kesenian dan budayanya. Tidak mustahil, Thailand dipilih menjadi negara paling banyak pelancong dunia kunjungi pada tahun lalu.
Di Bangkok terdapat banyak lagi lokasi ‘rare’ untuk dikunjungi, antaranya sebuah perkampungan kaum jawa yang kurang diketahui ramai. Sekumpulan rakyat Malaysia yang berkunjung ke sana, sempat singgah dan kongsikan lokasi menarik ini dilaman sosial mereka.
Menarik perkongsian ini..
Lepas makan tengahari di kedai muslim, kami tanya orang kedai tu ada dak surau kami nak tumpang solat. Dia cakap di belakang kedai ada masjid, boleh solat di situ.
Bila tengok masjid tu nama dia Jawa Mosque, rasa macam unik. Lepas solat terus explore, laluan area tu sebiji macam laluan celah celah rumah di Jogja, rupanya tu perkampungan jawa. Masa di Jogja pun ada jalan kaki juga untuk cari kedai makan. Laluan sempit yang berpagar tinggi kat Kg Jawa Bangkok ni sebiji macam di Jogja sana.
Rupanya penduduk Kampung Jawa Bangkok ni memang asal dia dari keturunan Jawa Indonesia. Ada kisah juga masa pemerintahan raja Thailand dedulu yang minta bantuan raja raja Jawa untuk kirim pekerja dia nak bangunkan kerajaan baru.
Lepas dah selesai, raja Thailand terus bagi orang Jawa tu duduk ja dekat kampung ni. Sampai la sekarang ni Kampung Jawa ni dah ada 3/4 generasi depa kt sini. Yang di fahamkan cuma generasi 1 dan 2 ja boleh lagi berbahasa Jawa. Generasi yang bawah bawah ni dah pekat bebahasa Siam.
Kalau sebut Pakistan, ramai mungkin terbayang banjaran gunung bersalji, lembah luas dan pemandangan alam yang cukup dramatik. Namun di sebalik keindahan kawasan utara negara...