Qatar pernah berdepan masalah, beberapa tahun lalu apabila Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik, pengangkutan serta perdagangan dengan Qatar. Mereka menuduh Qatar membiayai pengganas, dan telah dinafikan Qatar. Qatar kini terus bangkit untuk membuktikan masih teguh berdiri walaupun tanpa sokongan kuat.
Umum mengetahui negara Qatar dipilih sebagai tuan rumah dan penganjuran bagi Piala Dunia 2022 akan datang. Piala Dunia 2022 akan berlangsung pada November hingga Disember 2022 bagi mengelak suhu panas di negara teluk itu. Walaupun Qata sebuah negara kecil dan bersuhu tinggi mereka sedang mempersiapkan diri untuk melengkapkan beberapa stadium baru dan terkini menjelang 2020.
Logo rasmi Piala Dunia 2022 di Doha telah pun dirasmikan dan diperkenalkan di kotaraya utama seluruh dunia. Logo dengan rekaan selendang Arab berwarna merah hati dibentuk seperti nombor lapan yang membawa simbol infiniti dan dicetak perkataan ‘FIFA WORLD CUP Qatar 2022’. Rekaan logo ini diilhamkan daripada selendang tradisional warga tempatan yang lazim dipakai sepanjang musim sejuk.
Ia telah dilancarkan di perkarangan Bangunan Arkib Kebangsaan dekat Bandar Msheireb, di bahagian selatan lengkap dengan kawalan tentera berkuda sambil disaksikan ratusan hadirin.
IKLAN
Logo berkenaan turut dilancarkan di Kota Madrid, Buenos Aires dan Beirut serta beberapa kota raya utama dunia lain.
IKLAN
Pada Mei lalu, Qatar merasmikan Stadium al-Janoub dengan kapasiti 40,000 penonton dengan satu pertandingan Piala Emas dilangsungkan di situ. Arena stadium itu hasil rekaan arkitek kelahiran Britain-Iraq, Zaha Hadid dibina di pesisir pantai selatan Doha, dibina dengan harga AS$575 juta (RM2.4 bilion).
IKLAN
Pihak berkuasa juga membina rangkaian jalan raya baharu bagi melancarkan aliran trafik yang menghubungkannya dengan semua stadium, hub pengangkutan utama dan lokasi tumpuan pelancongan.
Malaysia Airlines telah menambah penerbangan domestik serta menyambung semula penerbangan antarabangsa mulai bulan Jun dan Julai untuk memudahkan perjalanan penting dalam negeri dan berikutan negara-negara lain membuka semula pintu sempadan mereka.
Malaysia Airlines berkata ia akan menyesuaikan kapasiti rangkaiannya dari semasa ke semasa untuk memastikan permintaan penumpang dipenuhi. Penyambungan semula perkhidmatan itu akan membolehkan ahli keluarga pulang bertemu ibu dan bapa mereka selepas pelaksanaan sekatan perjalanan di kebanyakan negara di seluruh dunia menghalang mereka untuk melakukannya.
Bagaimanapun, penumpang diingatkan untuk memeriksa syarat-syarat untuk masuk dan keluar sebelum melakukan perjalanan kerana sekatan perjalanan masih berkuat kuasa di kebanyakan negara.
Dalam persekitaran penularan COVID-19, Malaysia Airlines telah melaksanakan pelbagai langkah dan protokol keselamatan yang dipertingkatkan melibatkan koordinasi dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk memastikan kesihatan serta kesejahteraan penumpang dijaga.
Langkah-langkah ini merangkumi pemeriksaan suhu badan, aktiviti nyahkuman dan pembersihan terhadap semua harta benda serta kemudahan, pelaksanaan penjarakan sosial, penggunaan topeng muka yang wajib dan pemasangan penghalang skrin pelindung di kaunter daftar masuk dan kaunter lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Foto: AFP
Syarikat penerbangan itu juga akan memastikan semua pesawatnya dibersihkan dan nyahcemar pada setiap penerbangan, sementara tanda akan dipastikan sentiasa bersih sepanjang tempoh penerbangan oleh kru kabin.
Jadual penerbangan yang tersedia di laman web dan penumpang diminta untuk melakukan pendaftaran masuk secara dalam talian atau peranti mudah alih untuk mengurangkan interaksi dan mengelakkan beratur panjang di lapangan terbang terutama yang melakukan perjalanan domestik.
Pusat peranginan terkenal, pulau Boracay Filipina baru sahaja dibuka semula kepada pelancong pada Oktober tahun lepas dengan peraturan baru yang lebih ketat.
Pulau yang sering menggamit pelancong dari seluruh dunia itu ditutup selama enam bulan bagi membaiki kerosakan akibat kebanjiran pelancong yang tidak terkawal. Antara peraturan ketat yang diperkenalkan untuk makluman pengunjung dan penggiat industri pelancongan adalah:
Mengikut peraturan baru, hanya 19,200 pelancong akan dibenarkan di pulau itu pada satu-satu masa. Kerajaan Filipina cuba mencapai sasaran itu dengan mengawal bilangan bilik hotel yang sedia ada.
Dikatakan hampir 400 hotel dan restoran yang dianggap melanggar undang-undang alam sekitar tempatan sudah diarah tutup dan syarikat penerbangan serta feri diberitahu untuk mengehadkan perkhidmatan ke kawasan itu.
Pelancong turut dilarang minum minuman keras dan merokok di pantai selain menganjurkan pesta-pesta yang digelar ‘LaBoracay’ yang pernah menarik puluhan ribu pelancong.
Pada April tahun lalu, Presiden Rodrigo Duterte mengarahkan pulau berkenaan ditutup sebagai usaha besar-besaran bagi memulihkan kemudahannya, selain mengekang pembangunan melampau sehingga ia digelar ‘loji kumbahan’. Kesemua langkah ini bertujuan melindungi keindahan laut dan kualiti pasir pantai yang dikatakan antara faktor yang menggamit jutaan pelancong setiap tahun. Filipina berharap imej pulau Boracay yang baharu itu akan membuka ‘budaya pelancongan lestari’.
Pulau Boracay Pulau Idaman Kaki Selam
Pulau Boracay yang terletak di di wilayah Aklan, Filipina kira-kira 315 kilometer ke selatan Manila tidak asing lagi kepada pencinta laut. Keindahan dan keunikan pulau ini menjadikannya sangat terkenal sebagai destinasi tumpuan mereka yang gemar menyelam dan mencintai alam sekitar. Kejernihan laut biru tanpa perlu menyelam terlalu dalam untuk menikmati keindahan di bawah laut tiada tandingan.
Percutian ke Boracay boleh disifatkan sebagai percutian yang menyenangkan dengan melakukan pelbagai aktiviti termasuk menyelam. Sekiranya ke sana, jangan lepaskan peluang menikmati keindahan dasar lautnya dengan aktiviti menyelam menggunakan helmet khas.
Jika ingin tahu siapakah Jacques de Morgan, dan apakah kaitan beliau dengan negeri Perak, jangan lupa ke pameran ´Jacques de Morgan – Exploring Perak in 1884´.
**media[115848]**
**media[115842]**
Pameran ´Jacques de Morgan – Exploring Perak in 1884´ yang baru dirasmikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shahbakal memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang ekspedisi dan kehidupan ahli arkeologi Perancis Jacques de Morgan yang mengembara ke Perak bagi meninjau tapak perlombongan timah, pada tahun 1884.
**media[115844]**
Sumber:Bernama
Pameran yang dianjurkan Kedutaan Perancis itu antara lain mempamerkan lukisan dan nota de Morgan yang dilihat masih relevan kepada Malaysia hari ini. Pameran itu dibawa ke Perak, kerana penganjur yakin rakyat negeri Perak akan tertarik dengan lakaran tentang masyarakat dan landskap Perak pada kurun ke-19 yang dilukis oleh de Morgan.
**media[115843]**
**media[115846]**
**media[115851]**
Pameran ini sebenarnya menceritakan tentang rakyat Perak. Banyak lagi perkara berkaitan Perancis di Perak. Lebih 15 sekolah terkenal di Perak diasaskan oleh Mubaligh Katolik Perancis, sebagai contoh Sekolah Convent, Sekolah La Salle di Ipoh, Taiping, Batu Gajah dan Teluk Intan.
Pameran itu dibuka setiap Isnin hingga Jumaat, dari 9 pagi hingga 5 petang dengan bayaran masuk percuma hingga 11 Mac 2020. Pengujung dijemput untuk menyaksikan pameran ini di Alliance Française Kuala Lumpur (AFKL).
**media[115853]**
**media[115852]**
**media[115847]**
**media[115849]**