
Bayangkan satu keluarga yang sedang bergelak ketawa riang, berjalan bersama dengan suhu sejuk sambil menyentuh rumput dan dedaunan, membuat BBQ, dan mengira bintang di malam hari bersama.
Semua ini bukan saja memberi kesan yang positif terhadap mental dan fizikal, tetapi lebih mendalam lagi dari segi emosional setiap ahli keluarga. Jadi, kalau anda rasa membawa keluarga pergi bercuti adalah sesuatu yang membazir, ternyata anda salah!
Bercuti bersama keluarga tidak semestinya perlu memilih lokasi yang serba mewah atau jauh nun di negara asing. Di negara kita juga banyak jenis percutian keluarga yang menarik boleh dipilih. Antaranya percutiaan ala glamping.
Tidak seperti berkhemah biasa yang memerlukan kita membina khemah sendiri, glam camping membolehkan anda terus masuk ke dalam khemah. Selain itu setiap khemah lengkap dengan pelbagai kemudahan tempat tidur selesa, makanan dan pengudaraan yang baik.
Pun begitu bukan semua kawasan perkhemahan atau glamping, mempunyai kemudahan dan kelengkapan sama. Lain tempat, lain kelebihannya dan juga segala aktiviti yang ditawarkan juga berbeza. Tetapi secara amnya, ia sangat mengujakan apa lagi jika anda dan keluarga ingin keluar dari kesibukan hiruk pikuk kota.
Ini ada cadangan lokasi glamping menarik terletak lokasi bersuhu sejuk di Genting Highlands iaitu ‘Glamz At Genting’. Jom layan foto lokasi glamping di sini.
Lokasi: 1, Jalan Meranti, 69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia
Foto: Glamz At Genting
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Villa Cantik Ala Bali, Al Fatih Pool Pilihan Terbaik Kalau Datang Langkawi

Rupanya ada sebuah villa cantik ala Bali, Al Fatih Pool yang terletak di Langkawi. Nampak gaya sesuai juga kalau nak berbulan madu pun, cuma rumahnya banyak bilik jadi lebih elok datang buat hari keluarga di sini.
Al Fatih Pool di Langkawi
Memang sedap mata memandang persekitaran di sini, dekorasi dalaman juga cukup indah untuk anda hilangkan lelah selepas penat mencari rezeki.
Berkonsepkan minimalist moden, di sini mempunyai kolam mandi khas buat anda yang menginap.
Ada 4 Bilik, Ruang Luas
Villa ini mempunyai 4 bilik tidur yang boleh memuatkan sehingga 20 orang tetamu. Jadi sesuai jika nak datang ramai dengan keluarga besar.
Kawasan yang cantik dan tenang, yang penting ada private pool yang besar, siap ada pacutan air terjun kiri kanan.
Nak memasak pun selesa dengan suasana yang bersih dan tersusun di tempatnya. Basuh kain baju pun boleh, ya! Pendek kata, sangat okay kalau anda nak menginap lama.
Kemudahan lain juga lengkap termasuk aircond, peti sejuk,tempat memasak, water heater, set bbq semua ada. Kira datang bawa baju sahaja, itu sudah mencukupi.
Hah, apa lagi? Sila booking awal dan buat plan ke Langkawi pula cuti kemudian hari!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lokasi Kolam Air Panas Sesuai Untuk Percutian Seisi Keluarga!

Jom lepak rendam kaki dekat kolam air panas nak? Ala bukan terjun dalam kolam tu pun, lepak-lepak santai celup kaki dekat tepi kolam sambil borak-borak minum Starbuck bungkus pun dah kira okay apa.
Kalau anda atau ada kawan-kawan anda yang mempunyai perangai macam ni, jom singgah ke lokasi yang Libur cadangkan ni. Tak jauh pun, semua ada di Perak je.
1. Felda Residence Hot Springs, Sg. Klah, Sungkai
Lokasi yang terletak di Sungkai ini turut dikenali dengan nama Taman Rekreasi Air Sg. Klah. Dek kerana kawasan ini adalah dibawah Felda Residence Hot Springs, ianya dikelilingi oleh pokok kelapa sawit dan pemandangan itu membuatkan lokasi ini nyaman kerana banyak tumbuh-tumbuhan semula jadi yang menghijau hidup di situ. Kalau anda hanya ingin mandi air panas, anda boleh berbuat sedemikian dan usah khuatir kerana di sini juga ada kolam biasa untuk anda yang datang saja-saja nak main air selain air panas. Boleh pilih antara dua – sama ada nak mandi di kolam terbuka atau mandi kolam privasi. Yang pasti, kena datang awal sebab ramai orang yang berkunjung ke sini terutamanya pada hujung minggu atau cuti umum. lagi satu perkara, anda tidak dibenarkan membawa makanan dari luar. Jangan risau tentang makanan kerana di sini ada peniaga yang menjual makanan kepada anda. Untuk anda yang nak bermalam di sini, penginapan di Felda Residence menyediakan pelbagai pilihan untuk anda dan boleh ke laman sesawang Felda Residence untuk membuat tempahan.
Bayaran masuk:
Dewasa (12-54 tahun)
Tempatan – RM15
Antarabangsa – RM18
Kanak-kanak (4-11 tahun)
Tempatan – RM12
Antarabangsa – RM15
Kolam air panas privasi berharga dari RM80 ke RM120 untuk ruang berhawa dingin dan boleh memuatkan 4-6 oang dewasa dengan selesa.
TRIVIA
Penyelidikan oleh New England Medicine menunjukkan pesakit diabetes yang berendam selama setengah jam di dalam air suam boleh menurunkan 13% kadar gula dalam darah
2. Kolam Air Panas Lubuk Timah, Simpang Pulai
Orang Perak mesti dah biasa dengan tempat ni, tapi kalau anda yang datang dari luar Perak, ini spot air panas yang perlu anda kunjungi sekiranya ingin merasai kelainan kolam air panas berbanding tempat-tempat lain. Anda boleh berkunjung ke sini pada bila-bila masa sahaja tapi cadangan kepada anda adalah diluar musim hujan. Keadaan hujan boleh membuatkan persekitaran di sini menjadi licin dan membawa risiko kecederaan kepada pengunjung terutamanya kepada kanak-kanak. Maknanya dari bulan November hingga Februari adalah masa yang kurang sesuai untuk ke sini. Selain daripada itu adalah masa yang terbaik.
TRIVIA
Rendamkan badan selama 10 hingga 20 minit di dalam air bersama yang mengandungi campuran larutan soda bikarbonat (serbuk penaik) mampu mengatasi ruam atau jangkitan kulit
3. Air Panas Pengkalan Hulu, Pengkalan Hulu
Chalet Air Panas Pengkalan Hulu ni juga satu persinggahan yang menarik kalau anda merancang untuk bercuti ke Thailand anda nak ke Royal Belum, Perak. Singgah la ke sini bersama keluarga untuk menikmati kolam air panas. Banyak review daripada orang awam yang mengatakan tempat ini menarik untuk dilawati dan terdapta kemudahan untuk anda menginap di sini barang semalam dua. Cas masuk juga berpatutan, hanya RM2 seorang. Jadi pada sesiapa yang nak ke Thailand melalui Stesen Imigresen Bukit Berapit, boleh singgah dulu ke sini ya.
TRIVIA
Kajian pakar perubatan di Jepun telah mendapati air panas semula jadi juga amat baik untuk merawat penyakit dalaman seperti lenguh-lenguh badan, sakit jantung, darah tinggi, lumpuh, kencing manis dan barah
4. Kolam Air Panas Kuala Woh, Tapah
Hutan Lipur Kuala Woh yang terletak di daerah Tapah, Perak bukanlah lokasi pelancongan yang baharu. Namun masih ramai yang belum tahu mengenai keindahan alamnya.
Keunikan lokasi ini adalah pengunjung boleh mandi-mandi di kawasan jeram air terjun. Dalam masa yang sama dapat menikmati kolam air panas di situ. Kemudahan yang disediakan sangat membantu pengunjung yang datang. Kemudahan asas seperti pondok rehat, tandas, bilik persalinan, tapak perkhemahan, dewan terbuka dan chalet memudahkan orang ramai yang datang bersama ahli keluarga atau berkumpulan.
Suasananya yang tenang dengan bunyi kicauan burung membuatkan hati tidak sabar untuk menjelajah ke kawasan tersebut.
Kawasan sekitarnya bersih dan terjaga, tiada sampah di buang di merata-rata tempat dan pengunjung yang datang juga masing-masing faham mengenai aspek penjagaan kebersihan.
Waktu operasi:
7 pagi – 6 petang
Bayaran masuk:
Dewasa (18 tahun ke atas) – RM2
Warga Emas (60 tahun ke atas) – RM1
Kanak-kanak (18 tahun ke bawah) – RM1
kanak-kanak (3 tahun ke bawah) – Percuma
Warga Asing – RM5
TRIVIA
Berendam pada kolam air panas dipercaya mampu untuk mengurangkan stress
5. Kolam Air Panas Trong, Taiping
Kolam air panas ini terkenal sebagai kolam air panas untuk perubatan. Ada beberapa pilihan untuk anda menikmati air panas di kolam ini – ada kolam Puteh, kolam Jepun, bilik mandi tertutup bilik VIP dan kolam khas yang boleh memuatkan 10 pengunjung dalam satu-satu masa. Setiap pengunjung hanya dikenakan bayaran sebanyak RM2 sahaja tetapi sekiranya anda ingin upgrade menggunakan kemudahan-kemudahan lain seperti kolam VIP atau kolam khas yang disediakan, bayaran bermula daripada RM10 ke atas akan dikenakan kepada anda. Kepada anda yang ingin ke sini dan membuat tempahan, boleh hubungi 05-8553990.
Waktu operasi: 8 pagi – 12 tengah malam termasuk hari cuti (kecuali cuti raya)
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bercuti Di Kluang Je Uolls..Tak Perlu Pergi Jauh-Jauh. Best Sangat Ok!

Menurut portal Majlis Perbandaran Kluang orang-orang tua di Kluang bersependapat bahawa nama bandar Kluang terbit daripada nama sejenis mamalia yang terbang di waktu malam mencari buah-buahan, iaitu kluang ataupon Malayan Flying Fox dianggap sejenis kelawar yang terbesar di dunia.
Terdapat juga cerita yang binatang yang menyerang kebun buah-buahan sehingga terpaksa dipanggil dukun bagi menghalau mereka. Walau bagaimanapun cerita ini tidak dapat disahkan oleh orang lama-lama di sini. Yang jelas sebuah perkampungan bernama Kmapung Kluang telah wujud sebelum tahun 1910 berdekatan bandar Kluang ini. Kehadiran kelawar-kelawar besar ini mungkin disebabkan oleh penebangan hutan di tengah-tengah Johor bagi tujuan membina jalan kereta api dan juga penempatan di Kluang.
Perkongsian daripada wanita yang dikenali sebagai Miera Maira di laman sosialnya menarik minat ramai untuk mencuba trip bercuti ke Kluang, Johor.
Kluang : Half Day Train Trip
- Next thing to consider adalah aktiviti apa nak buat dekat Kluang ni. List aktiviti dan harga seperti berikut :
- Lunch at Rumah bawah Kolong: RM5 – Rm 8 depends on lauk apa you ambil. Nasi campur tema dia
- Gunung Lambak : Free entrance fee
- Pakai sport shoes kalau plan ke Gunung Lambak dia punya curam bila turun tu fuhh cuma sport shoes je mampu tanggung
- LA daily Goat Farm : Free entrance bayar RM5 untuk rumput, to feed the animals like deer, cow, horse, and rabbit.
- Return Train ticket Kulai – Kluang : RM24 / pax
- Half day tour 12pm – 5 pm with uncle Eddy inclusive pakej ambil gambar : RM 100
**Uncle ni pandai ambil gambar and angle dia cantik. Even posing semua dia ajar. Uncle Eddy Chow. Tour dengan uncle Eddy Chow ni best, sebabnya dia jenis ramah and selalu buat suasana meriah. So takdalah korang kemurungan nak buat setiap activity tu. Nak mengantuk pun tak sempat! For me it’s worth RM 100 for 3 pax dapat buat 6 aktiviti dalam 1 hari. Kalau kedai cendol mamak yang dekat laman kreatif Kluang tu buka dah dapat buat 7 aktiviti in total.
Kilang kopi Cap Televisyen tour: Free entrance . Dapat minum coffee, white coffee free kat sini cicah biskut kering. Nak beli coffee pun ada! I bought white coffee 15 sachet for RM 14 only.
- Laman kreatif Kluang 3D drawing: Free
- Banyak gambar menarik kat sini
- Kluang Railway coffee makan ikut suka you all la
Kalau ada bajet bawah RM 100 but nak enjoy satu hari? Boleh la berjalan ke Kluang Di hujung minggu.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI