Rupanya ada sebuah villa cantik ala Bali, Al Fatih Pool yang terletak di Langkawi. Nampak gaya sesuai juga kalau nak berbulan madu pun, cuma rumahnya banyak bilik jadi lebih elok datang buat hari keluarga di sini.
Al Fatih Pool di Langkawi
Memang sedap mata memandang persekitaran di sini, dekorasi dalaman juga cukup indah untuk anda hilangkan lelah selepas penat mencari rezeki.
Berkonsepkan minimalist moden, di sini mempunyai kolam mandi khas buat anda yang menginap.
Ada 4 Bilik, Ruang Luas
Ads
Villa ini mempunyai 4 bilik tidur yang boleh memuatkan sehingga 20 orang tetamu. Jadi sesuai jika nak datang ramai dengan keluarga besar.
Ads
Kawasan yang cantik dan tenang, yang penting ada private pool yang besar, siap ada pacutan air terjun kiri kanan.
Nak memasak pun selesa dengan suasana yang bersih dan tersusun di tempatnya. Basuh kain baju pun boleh, ya! Pendek kata, sangat okay kalau anda nak menginap lama.
Kemudahan lain juga lengkap termasuk aircond, peti sejuk,tempat memasak, water heater, set bbq semua ada. Kira datang bawa baju sahaja, itu sudah mencukupi.
Hah, apa lagi? Sila booking awal dan buat plan ke Langkawi pula cuti kemudian hari!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nampak menarik sungguh Alun Retreat Pangkor, berkonsepkan kabin kecil, rekaan dan seni bina moden minimalis serta praktikal.
Agak romantik juga kalau datang berdua dengan pasangan, namun jika anda nak bawa anak-anak main laut memang best.
Paling menarik, mestilah kawasan depan pantai. Boleh lah anda layan sunset, dari dalam bilik pun boleh nampak laut. Keluar bilik pula boleh terus berlari mandi laut.
Pemandangan cukup cantik, boleh nampak Pangkor Laut. Memang awesome, dari hotel nak ke Pekan Pangkor pun dekat. Senang lah anda nak borong coklat. Nak cari makan pun mudah.
Ini antara suasana dalam biliknya, anda boleh booking ikut bajet dan jumlah orang yang nak menginap. Ada dua pilihan, view depan pantai atau garden. Pun menarik!
Owh ya, jangan risau, kawasan ni private property dan kawasan laut pun berpagar. Jadi bab keselamatan adalah terjamin.
Sesuai untuk pencinta pantai, anda akan dapat ‘bau’ laut sepenuhnya bila menginap di sini. Yang penting anak-anak enjoy main laut!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Seekor kucing menjadi wira apabila membantu menaikkan semula keuntungan sebuah stesen kereta api daripada hampir jatuh muflis dan ditutup buat selama-lamanya. Selepas pekerja terakhir berhenti kerja pada tahun 2006, kucing jalanan yang diberi nama Tama merupakan satu-satunya yang masih tinggal di Stesen Kishi di Bandar Kinokawa, Jepun iaitu hentikan terakhir Landasan Eletrik Wakayama.
Tama dilahirkan di bandar itu pada asalnya dan membesar sebagai seekor kucing jalanan serta sering ditemui berlegar-legar di antara Stesen Kishi dan kedai runcit berhampiran. Apabila orang ramai mendengar kisah kucing itu tinggal sendirian, penjual tiket kereta api kembali menunjukkan peningkatan yang mendadak sehingga ia digelar ‘Kesan Tama’.
Pada tahun 2007, Tama terus dijaga di stesen kereta api tersebut dan diberi gelaran ‘Train Master’ sehingga berjaya meningkatkan kadar penggunaan kereta api secara drastik. Tama diberi tugasan untuk menyambut kedatangan pelancong selain diberikan sebuah pejabat kecil dan pakaian seragam yang dipakainya setiap hari. Tama menerima gaji dalam bentuk makanan selain mempunyai blognya sendiri.
Selepas Tama menjadi ‘selebriti’ utama di Stesen Kishi, semakin ramai orang datang kerana mahu membeli tiket daripada kucing comel itu. Jika sebelum ini landasan kereta api itu merupakan pengangkutan asas ia kini menjadi destinasi utama pelancongan di Bandar Kinokawa.
Bukan itu sahaja, terdapat kedai cederamata yang menjual pelbagai jenis berkaitan dengan Tama termasuk baju mahupun patung di Stesen Kishi. Pada tahun 2009, Tama menjadi begitu popular sehingga syarikat kereta api itu melancarkan kereta api khas versi kartun Train Master berkaki empat dan diberi nama Tama Densha. Stesen itu juga membina sebuah satu struktur pintu masuk utama baru yang menyerupai kepala Tama pada tahun 2010 dan ia menyebabkan peminat kucing itu semakin teruja.
Pada Januari 2010, Tama secara rasminya dinamakan sebagai Pegawai Operasi Stesen Kishi dan menjadikan haiwan itu kucing pertama dilantik sebagai eksekutif di sebuah syarikat perkhidmatan kereta api. Tama yang ‘bertugas’ sebagai Pegawai Operasi Stesen Kishi turut dibantu dua kakitangan baru sebagai pembantunya yang juga kucing diberi nama Chibi dan Miiko dalam melakukan tugas seharian.
Pada tahun 2012, Tama meninggal dunia kerana sakit tua. Hampir 3,000 orang yang menghadiri upacara pengebumian Tama yang menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pada usia 16 tahun.
Tama disemadikan di tapak perkuburan kucing berhampiran dan haiwan itu juga memperolehi status dewi Shinto kerana sikap dedikasinya untuk memastikan perkhidmatan kereta api terus maju ke hadapan.
Kini, jawatan Tama sebagai Train Master di Stesen Kishi itu digantikan dengan pekerja baharu, Nitama yang mempunyai wajah dan warna bulu mirip dengan Tama.
Sabah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber alam semulajadi, hasil bumi yang pelbagai dan lokasi yang menarik menjadi tumpuan dunia. Terbaru Sabah kini telah didedahkan menjadi salah sebuah negeri pengeluar emas utama di Malaysia. Tahniah Sabah!
Bagaimanapun Pahang dan Kelatan masih merupakan pengeluar utama emas di negara ini. Pada tahun 2018, terdapat 19 buah lombong emas yang beroperasi di seluruh negara iaitu 10 lombong di Pahang, enam di Kelantan, dua di Terengganu dan sebuah di Sabah.
Pahang masih lagi memegang status pengeluar utama emas negara pada tahun 2018 dengan pengeluaran sebanyak 1.5 juta gram diikuti dengan Kelantan (1.13 juta gram) dan Sabah (75,750 gram). Lombong emas di Terengganu masih tidak mencatatkan pengeluaran pada tahun yang sama kerana masih dalam peringkat pembangunan lombong.
Bagaimanapun, di Sabah hanya ada sebuah sahaja lokasi melombong emas yang beroperasi iaitu di Balung, Tawau. Lombong emas tersebut mendapat pajakan melombong emas seluar 945 hektar atau 2,338 ekar. Lombong berkenaan mula membuat pengeluaran emas pada September 2018 dan sehingga Mac 2019, sebanyak 230,000 gram emas telah direkodkan dengan nilai lebih kurang RM40 juta.
Menurut laporan permohonan pembaharuan Skim Pengendalian Melombong di bawah Akta Pembangunan Mineral 1984, sumber emas yang masih terdapat di lombong itu adalah sekitar 6,500 kilogram. Berdasarkan kepada prestasi satu-satunya lombong emas di Sabah setakat ini, pengeluarannya agak memberangsangkan dan dijangka dapat mengekalkan pengeluarannya untuk beberapa tahun akan datang.
Begitupun, Sabah masih mempunyai beberapa kawasan lain yang telah dikenal pasti mempunyai sumber emas untuk dibangunkan antaranya Ranau, West Sualog dan Kiabau.
Untuk yang suka akan rantai, gelang atau cincin, lepas ini bolehlah ramai-ramai ke Sabah beli emas yang sudah dijadikan perhiasan. Mungkin suatu hari nanti harga emas di Sabah murah dan berbaloi untuk dibeli. Mana nak tahu kan 🙂