Foto: Layang Layang Resort

Pulau Layang-Layang yang terletak di Sabah merupakan sebahagian daripada gugusan Kepulauan Spratly. Keindahannya di daratan dan laut memukau perhatian ramai.

Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa pulau tersebut milik negara ini memandangkan kedudukannya berhampiran dengan Negeri di Bawah Bayu. Akan tetapi tahukah anda bahawa ia juga dituntut oleh negara Republik Rakyat China, Republik China (Taiwan), Filipina dan Vietnam?

Kedudukan Pulau Layang-Layang yang terletak 162 batu nautika atau 300 kilometer dari Barat Laut Kota Kinabalu iaitu dianggarkan 200 batu nautika merupakan Zon Eksklusif seperti yang dibenarkan menurut Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ia timbul hampir 2,000 meter dari dasar laut dengan ukuran sepanjang 1.2 kilometer dan selebar 200 meter. Pulau berbentuk bujur itu amat menarik apabila menawarkan pelbagai pemandangan dasar laut, kepelbagaian batu karang dan ikan terumbu, termasuk haiwan laut dalam yang menjadi daya tarikan kumpulan penyelam.

Pulau Layang-Layang juga menjadi tempat perlindungan pada ribuan ekor burung yang bermigrasi.

Indahnya Pulau Layang-Layang, Syurga Buat Kaki Aktiviti Menyelam!
Foto: Layang Layang Resort

Setelah pihak kerajaan mengisytiharkan terumbu-terumbu Pulau Layang-Layang terletak dalam perairan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (ZEE) pada 20 September 1979, Kabinet mengarahkan agar kajian mendirikan tugu dan penempatan di beberapa buah terumbu batu karang di dalam wilayah negara.

IKLAN

Pada tahun 1989 kerajaan telah memutuskan supaya kawasan terumbu itu dimajukan sebagai tempat pelancongan.

Wilayah laut Pulau Layang-Layang mempunyai keindahan ekologi laut kerana terdapat pelbagai terumbu karang. Oleh kerana itu, kawasan ini menjadi tarikan eko pelancongan di Malaysia dan bahkan terkenal di dunia.

Dalam pada itu, melindungi kepentingan laut adalah misi utama kerajaan sehingga ia juga tersenarai dalam Wawasan 2020.

Pada tahun 1990, sektor marin memberi sumbangan 33 juta ringgit atau 13 peratus dari jumlah keseluruhan output Malaysia.

IKLAN
Indahnya Pulau Layang-Layang, Syurga Buat Kaki Aktiviti Menyelam!
Foto: Layang Layang Resort

Sektor marin itu terdiri daripada subsektor perkapalan, pengeluaran minyak dan gas dan perikanan. Ini termasuklah wujudnya subsektor seperti eko pelancongan laut, rekreasi dan pemprosesan makanan laut.

Malaysia kemudian membina pertahanan di sekitar pulau-pulau tersebut untuk melindungi kepentingan ekonomi dan integriti wilayah.

Di lokasi tersebut, Malaysia membina pangkalan tentera di hujung timur Pulau Terumbu Layang-Layang sebagai pos induk anggota TLDM ditempatkan dan bertugas di kawasan Kepulauan Spratly Selatan termasuk dermaga untuk kepentingan pelancongan.

IKLAN

Pada tahun 1983 Malaysia meletakkan Pasukan Khas Laut di Pulau Terumbu Layang-Layang.

Pada tahun 1985 pula, kemudahan ketenteraan ditambah sehingga membolehkan ia menjadi markas untuk pasukan pertahanan udara.

Ciri-ciri tentera ditujukan untuk menggentarkan negara lain yang akan cuba mempersengketakan pemilikan pulau ini. Sengketa pemilikan Pulau Layang-Layang dan kepulauan Spratly ini tidak pernah surut.

Kebijaksanaan pemerintah Malaysia hari ini berjaya memastikan kedaulatan wilayah Pulau Layang-Layang kekal milik kita.

Sumber: Urang Sabah

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI