
Terletak di Pulau Shodoshima, Wilayah Kagawa, Shodoshima Olive Park terkenal dengan ladang zaitun, pemandangan Laut Pedalaman Seto dan kincir angin putih gaya Greek yang menjadi mercu tanda utamanya.
Suasana di sini cukup tenang dengan hamparan rumput, pokok zaitun dan panorama laut yang membuatkan pengunjung seolah-olah berada di Mediterranean.
Bergambar Dengan Penyapu Ajaib
Antara aktiviti paling popular ialah bergambar sambil menaiki penyapu di hadapan kincir angin. Penyapu boleh dipinjam secara percuma di Olive Memorial Hall.

Pengunjung hanya perlu melompat ketika gambar diambil untuk menghasilkan ilusi seolah-olah sedang terbang seperti watak dalam Kiki’s Delivery Service.
Cari Daun Zaitun Berbentuk Hati
Pengunjung juga boleh berjalan di sekitar taman sambil mencari daun zaitun yang menyerupai bentuk hati. Daun ini sering dianggap sebagai simbol kebahagiaan dan dijadikan kenangan daripada Shodoshima.

Cuba Produk Zaitun
Terdapat pelbagai produk tempatan seperti minyak zaitun, makanan ringan, kosmetik dan cenderamata. Aiskrim lembut berperisa zaitun turut menjadi pilihan popular dalam kalangan pengunjung.

Cara Ke Sini
Pengunjung perlu menaiki feri ke Pulau Shodoshima sebelum meneruskan perjalanan dengan bas, teksi atau kereta sewa.
Bayaran masuk: Percuma
Aktiviti utama: Bergambar di kincir angin, meminjam penyapu dan membeli produk zaitun
Masa sesuai berkunjung: Pagi atau lewat petang
Shodoshima Olive Park sesuai dikunjungi buat mereka yang mahu menikmati sisi Jepun yang lebih santai, indah dan tidak terlalu sesak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!

