Ads

Night at The Museum, Pengalaman Unik Terokai Muzium Waktu Malam

muzium waktu malam

Apabila sebut tentang lawatan ke muzium atau galeri seni, kebanyakan daripada kita mungkin membayangkan aktiviti pada waktu siang, terutama ketika hujung minggu yang dipenuhi pengunjung dan rombongan sekolah. Namun, pernahkah anda terfikir untuk menerokai muzium waktu malam?

Konsep Night At The Museum menawarkan pengalaman berbeza apabila ruang pameran diterokai selepas matahari terbenam. 

BACA JUGA: Tak Perlu Naik Flight! Cara Menikmati ‘Staycation’ Di Bandar Sendiri Dengan Gaya Baharu

Dengan suasana lebih tenang, pencahayaan dramatik dan jumlah pengunjung yang biasanya lebih terkawal, pengalaman menikmati seni dan sejarah terasa lebih dekat serta unik.

Bagi anda yang mencari aktiviti malam selain melepak di pusat beli-belah atau kafe, pengalaman menerokai muzium dan galeri seni pada waktu malam mungkin boleh dimasukkan dalam senarai.

1. SUASANA & PENCAHAYAAN LEBIH DRAMATIK

Antara perkara paling menarik tentang muzium waktu malam ialah suasananya.

Tanpa cahaya matahari dari luar, pencahayaan dalaman dan spotlight pada lukisan, arca serta artifak menjadi lebih menyerlah.

Suasana yang lebih redup juga memberikan perspektif berbeza ketika melihat sesuatu karya seni. Ada karya yang mungkin kelihatan biasa pada waktu siang tetapi terasa lebih dramatik apabila dilihat dalam suasana malam.

Bagi peminat fotografi dan seni visual, pengalaman sebegini tentunya memberikan inspirasi berbeza.

Ads

2. LEBIH TENANG & SELESA UNTUK TEROKAI PAMERAN

Mengunjungi muzium ketika sesak kadangkala membuatkan kita tidak sempat menikmati sesuatu pameran dengan puas.

Belum habis membaca penerangan mengenai artifak, sudah ada pengunjung lain menunggu di belakang. Nak ambil gambar pun kadangkala perlu menunggu lama.

Sesi melawat muzium waktu malam tertentu pula boleh memberikan pengalaman yang lebih tenang, terutama apabila jumlah pengunjung dihadkan.

Anda boleh mengambil masa menghayati karya, membaca informasi pameran atau sekadar menikmati suasana tanpa terlalu tergesa-gesa.

3. ADA PROGRAM KHAS ‘NIGHT AT THE MUSEUM’

Sesetengah muzium dan galeri turut menawarkan program khas bersempena pembukaan pada waktu malam.

Ia bukan sekadar peluang melihat pameran selepas waktu operasi biasa, malah boleh disertakan dengan aktiviti menarik seperti persembahan muzik, bengkel seni, perkongsian bersama kurator atau artis serta lawatan berpandu.

Ads

Ada juga program night tour yang membawa pengunjung menyusuri ruang pameran sambil mendengar penerangan tentang sejarah, koleksi atau kisah di sebalik artifak tertentu.

Bagaimanapun, program yang ditawarkan berbeza mengikut muzium, galeri dan acara. Jadi, semak dahulu jadual rasmi sebelum berkunjung.

4. PORT OOTD DENGAN VIBE ‘DARK ACADEMIA’

Kalau anda suka menghasilkan kandungan estetik untuk media sosial, muzium dan galeri seni pada waktu malam boleh memberikan latar yang cukup menarik.

Pencahayaan spotlight, seni bina bangunan, lorong galeri dan susunan karya seni mampu menghasilkan visual dengan vibe dark academia serta sinematik. Sangat sesuai ketika melawati muzium waktu malam.

Cuma, jangan terlalu leka mengejar OOTD hingga mengganggu pengunjung lain.

Pastikan juga anda menyemak polisi fotografi kerana sesetengah muzium atau pameran tidak membenarkan penggunaan flash, tripod atau fotografi di kawasan tertentu.

Ads

TIPS SEBELUM PERGI MUZIUM WAKTU MALAM

Semak waktu operasi dan acara khas
Tidak semua muzium dibuka sehingga malam. Ada yang menawarkan sesi malam hanya pada tarikh tertentu atau bersempena program khas.

Tempah tiket lebih awal
Jika acara menggunakan sistem slot atau mempunyai kapasiti terhad, tempahan awal boleh mengelakkan anda daripada terlepas peluang.

Semak polisi fotografi
Peraturan fotografi berbeza mengikut lokasi dan jenis pameran. Elakkan menggunakan flash sekiranya dilarang.

Jaga etika ketika berada di galeri
Kawal nada suara, jangan menyentuh karya atau artifak dan sentiasa ikut arahan petugas.

Sama ada untuk date night bersama pasangan, keluar seorang diri ataupun mencari aktiviti santai bersama kawan-kawan, menerokai muzium pada waktu malam boleh menjadi alternatif yang menarik.

Daripada suasana lebih tenang hingga pencahayaan yang memberikan perspektif berbeza terhadap karya seni, pengalaman Museum After Dark membuktikan aktiviti malam tidak semestinya perlu berkisar tentang kafe, pusat beli-belah atau tempat hiburan.

Cuma sebelum pergi, buat sedikit research dan semak laman rasmi muzium atau galeri pilihan anda kerana waktu operasi, tiket serta program malam yang ditawarkan mungkin berbeza. 

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi Libur, Instagram, Facebook & TikTok

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Jom Kita Travel

Fragrance Festival Malaysia Kembali, Port Best Untuk Kaki Perfume Weekend Ini

Kalau korang jenis yang boleh habiskan masa lama di kaunter perfume semata-mata nak cari bau yang betul-betul kena dengan personaliti, hujung minggu ini ada...