Ketibaan Tahun Baharu Cina pada tahun ini dimeriahkan dengan konsep pengalaman beli-belah yang ‘berani’ dan ‘garang’ oleh pusatbeli belah IPC.
Mulai sekarang hingga 13 Februari 2022, pengunjung bakal menikmati promosi istimewa dan ganjaran hebat menjelang Tahun Baru Cina apabila mereka membeli-belah di Pusat Beli-belah IPC.
Menurut horoskop Cina, tanda zodiak Harimau merupakan simbol kekuatan dan keberanian. Bagi menyambut kedatangan tahun Harimau, IPC akan membawakan tema ‘The Year of the Woohoo: Five Blessings at Your Doorstep’.
Mengambil inspirasi daripada ‘Wu Hu Jiang’ atau lebih dikenali sebagai jeneral Lima Harimau, setiap Harimau mewakili penawaran teras yang terdapat di Pusat Beli-belah IPC – Kekayaan (Pasar raya), Kemakmuran (Fesyen), Kegembiraan (Makan minum), Kesihatan (Optik, Kesihatan, Kesejahteraan) dan Panjang umur (Rumah).
Ads
Pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM188 dalam dua resit akan menerima amulet impian berwarna merah untuk menulis impian mereka dan kemudiannya menggantung amulet impian itu pada Tree of Blessings di Tiger Garden.
“Pada Tahun Baru Cina ini, IPC berharap dapat menggalakkan dan berkongsi aura positif setelah kita berdepan dengan pelbagai cabaran akibat pandemik COVID-19.
Ramai orang teruja untuk memulakan kehidupan baharu pada tahun 2022, dan kami ingin mencetuskan inspirasi dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk meraikan kedatangan tahun baharu ini dengan rasa gembira dan perpaduan bersempena dengan tahun Harimau.
Ads
“Kami berharap pada musim perayaan ini, IPC akan terus menjadi destinasi pilihan orang ramai untuk berkumpul dengan saudara mara, rakan dan insan tersayang bagi meraikan kemakmuran dan menerima ganjaran kebaikan tahun baharu,” jelas Pengurus Pemasaran Pusat Beli-belah IPC, Mark Tan.
Sebagai sebahagian daripada usaha pendigitalan jenama, pembeli-belah digalakkan untuk mengunjungi Tiger Garden dan mengimbas kod QR agar mereka dapat mengetahui promosi dan tawaran semasa yang disediakan oleh para penjual di Pusat Beli-belah IPC.
Ads
Terdapat juga bengkel realiti terimbuh interaktif Kung “Hu” yang membolehkan orang dewasa dan kanak-kanak berseronok dan kekal aktif melalui beberapa pergerakan seni mempertahankan diri seperti “Crane Stance” dan “Tiger Fist” yang popular.
Pengunjung turut dihiburkan dengan aktiviti yang menyeronokkan lagi menarik seperti persembahan tarian singa yang mengasyikkan, penampilan “God of Prosperity”, persembahan budaya, bengkel kraf untuk kanak-kanak, kaligrafi dan banyak lagi.
Bagi memastikan ketenangan fikiran para pembeli-belah, IPC telah mempertingkatkan usaha sanitasi selain komited kepada standard kebersihan yang tinggi, penjejakan kontak serta protokol penjarakan fizikal mengikut arahan yang terkini daripada kerajaan untuk mengekang penularan virus demi memastikan keselamatan semua pembeli-belah, penjual dan komuniti.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Rata-rata rakyat Malaysia pasti tahu nama Batam sebab tempat itu juga adalah antara lokasi yang menarik untuk rakyat negara ini keluar negara selain daripada ke Hat Yai dan Danok.
Batam, atau Pulau Batam terletak di selatan tanah air berhampiran dengan Singapura. Jaraknya sangat hampir dengan sempadan negara dan boleh diakses menggunakan feri.
Batam ni antara lokasi yang seronok untuk kaki shooping, kaki makan dan, kaki tangkap gambar sebab banyak spot menarik yang boleh anda kunjungi.
Jadi jangan lengah lagi, jom kita tengok apa yang anda boleh buat di Batam dengan bajet rendah bersama kawan-kawan anda di sana.
Itinerari & tip ini adalah perkongsian oleh Amoy Yusliana
Percutian dua hari ke Batam yang sangat menjimatkan!
Total kos RM450 termasuk duit carpool minyak, tol, makan dari KL ke Johor, feri, bot, KTM Resort.
Tips – makan pagi, petang, siang, malam dan kudap-kudap, pantang nampak yang tepi jalan semua beli, bawa balik.. Duit collection masih berbaki. Agihkan balik sama rata dapat la seorang RP150 ribu.
Diorang cakap kan.. Orang Malaysia kalau datang sini tak bawa suami. Yang suami datang tak bawak isteri.. Kenapa erkkkk?
Naik feri Puteri Harbour ke Jeti Batam Centre (2 jam) – naik yang paling awal.
Naik kete dari Jeti Batam ke Telaga Punggur (30 minit)
Naik bot dari Telaga Punggur ke Jeti Tg Uban (30 minit) – terumbang-ambing perjalanan dia.
Naik kete ke Pulau Bintan.
Tips – Di sinilah view yang cantik untuk bergambar. White Sand Island, Danau Biru, Gurun Pasir, Telaga Biru adalah lokasi yang sama.
Settle bergambar sakan pulang ke pangkal jalan untuk ke Batam ikut route atas tadi.
Baru check-in dekat KTM Resort. Satu jam perjalanan. Jauh yang amat tapi berbaloi.. Dia win dekat view dan kedamaian tempat dia.. Hilang penat. Apa-apa pun yang penting cari makan siap-siap tapau atau makan kenyang-kenyang. Sampai sana kedai jauh.
Itinerary Day 2
Mangrove Pantai Terih (Paya Bakau).
Jeti Batam.
Jeti Puteri Harbour.
Naik feri last – Pukul 5 petang waktu Malaysia.
Sampai Puteri Harbour pukul 7 petang.
Berdesup balik bangi.. Alhamdulillah.
Cerita dia, lepas sarapan, mandi manda dekat pool sejam dua. Check-out pukul 11 pagi. Ke Mangrove Pantai Terih ni macam perkampungan. Yang layan kita pun penduduk situ. Peramah semuanya. Boleh lepak-lepak minum kopi sambil lunch kat situ. Then naik boat kecil ke paya bakau untuk photoshoot. Nak naik sampan pun boleh, cuma belengas la ketiak nak sampai ke paya bakau tu. Panas terikk!
Lunch dekat pondok makcik tepi tu, sambil menikmati live band dan permandangan pantai. Ketam dia fresh gila! Makan ketam dan nasi putih je pun dah kenyang. Pukul 2.30 petang baru gerak ke Jeti Batam. Nampak tak kami lama kat situ. Rasa mcm balik kampung sendiri. Seronok pula sembang-sembang dengan orang kampung dekat situ.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi pencinta bunga matahari, tidak perlu pergi jauh untuk menikmati keindahan flora berwarna kuning jingga tersebut.
Perlis kini mempunyai ladang bunga matahari yang tidak kurang menariknya terletak di Taman Ular dan Reptilia, Sungai Batu Pahat menjadi destinasi pilihan bagi pelancong domestik.
Suasana indah berlatarkan panorama Banjaran Nakawan menerusi bukit Sungai Batu Pahat pastinya memukau para pengunjung yang ingin meluangkan masa di sini, sekali gus menjadi lokasi terbaik untuk merakam kenangan sambil dikelilingi pokok bunga matahari yang kembang mekar, untuk dikongsi dalam media sosial.
Ladang bunga matahari tersebut adalah milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) dengan keluasan 1.21 hektar, mencetuskan fenomena luar biasa setelah mencatatkan lebih 15,000 pengunjung dari dalam dan luar negara dalam tiga bulan pertama dibuka sejak akhir Disember 2019 lalu.
Kebanyakan pengunjung adalah daripada golongan remaja, bagaimanapun sejak taman itu dibuka kembali pada 10 Jun 2020 lalu sebaik negara memasuki tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), berlaku penurunan pengunjung, terutama yang berkeluarga. Kebanyakan pelawat datang pada hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Mengimbas kembali idea untuk membuka ladang itu, pada asalnya kawasan taman itu adalah lembah (tanah mendap dan berair) serta tidak digunakan, bagaimanapun kakitangan unit publisiti dan promosi PKENPs mahu memanfaatkan kawasan itu sebagai produk alternatif dengan menanam pokok bunga matahari. Pada 2017 dan 2018, kakitangan PKENPs membelanjakan wang sendiri untuk membeli biji benih tempatan, namun percubaan menanam tanaman itu tidak menjadi selain tiada kepakaran. Pada 2019 mereka cuba benih jenis ‘oil’ dari Thailand dan setelah tiga kali percubaan, benih dari Thailand ini beri kesan positif sesuai dengan faktor cuaca dan tanah di sini.
Proses penanaman pokok bunga matahari memakan masa selama dua bulan dengan penyemaian biji benih dibuat secara berperingkat bagi memastikan pokok terus tumbuh dan tidak terputus. Penjagaan pokok itu juga mempunyai cabaran apabila tanah yang mendap perlu sentiasa digembur selain turut terdedah dengan kehadiran serangga perosak seperti siput dan ulat serta memerlukan pemantauan berterusan.
Jom sokong industri pelancongan domestik kita dengan cuti-cuti Malaysia ke negeri Perlis
Asyik singgah tempat yang sama tiap kali pergi Cameron Highlands, apa kata kali ini pasti anda berkunjung ke satu tarikan baharu iaitu Cameron Santorini.
Bercuti di sini sudah tentunya membuatkan anda seakan-akan berada di Pulau Santorini tetapi versi ‘bajet’.
Singgah Cameron Santorini
Pemandangan mempesonakan dengan bangunan berwarna putih dan biru, memang tidak mengecewakan.
Nampak macam di luar negara. Ada swimming pool tersejuk dalam Malaysia, boleh mandi puas-puas. Memang lawa kalau nak bergambar di sini.
Selain itu, boleh juga jalan-jalan bersama keluarga sambil menikmati kesedapan buah strawberi di sini dan makanan yang dijual di kafe.
Harga tiket masuk:
Dewasa – RM40
Kanak-kanak (5-12 tahun) – RM20
Warga emas – RM20
Cameron Santorini terletak berhampiran Water Cress Valley. Sekiranya menaiki kereta untuk naik ke atas, perjalanan mengambil masa kira-kira selama 5 minit.
Perlu diingatkan keadaan jalan agak curam, jadi pastikan anda memandu secara berhati-hati untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Semoga bermanfaat dan selamat bercuti!
Sumber: Facebook Perak Press
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...