Ads

Panduan Lengkap Ke Litar Antarabangsa Sepang Bersempena F1 Bahrain Grand Prix Hujung Minggu Ini

F1

Selepas sekian lama, deruman enjin Formula 1 kembali bergema di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menerusi Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 yang berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026.

Buat peminat F1 yang nak turun ke Sepang hujung minggu ini, and tidak semestinya perlu keluarkan bajet besar untuk perjalanan dan makanan. Dengan sedikit perancangan, anda masih boleh enjoy suasana race weekend dengan lebih mudah dan jimat.

1. Guna Pengangkutan Awam, Lagi Senang Elak Jem

Lebih 200,000 pengunjung dijangka hadir sepanjang tiga hari perlumbaan, jadi kesesakan di sekitar Sepang dan KLIA memang dijangka lebih sibuk daripada biasa. Pihak KLIA sendiri menggalakkan pengunjung menggunakan pengangkutan awam.

Antara pilihan paling mudah ialah naik KLIA Ekspres atau KLIA Transit menuju ke kawasan KLIA.

Untuk pengunjung F1, perkhidmatan bas shuttle percuma turut disediakan ke Litar Antarabangsa Sepang dari beberapa lokasi termasuk KLIA Terminal 2, Mitsui KLIA dan De-Village, Bandar Baru Enstek.

Bas beroperasi dari 7 pagi hingga 12 tengah malam sepanjang 2 hingga 4 Oktober, dengan kekerapan sekitar 10 hingga 15 minit.

Kalau datang dari KL Sentral, KLIA Ekspres turut menawarkan Sepang Race Train Pass yang sah sepanjang tiga hari perlumbaan.

Ads

BACA JUGA: Sunset Town Phu Quoc, Pekan Ala Itali Yang Tengah Viral Di Vietnam

2. Jangan Datang Terus Dengan Kereta Kalau Tiada Parking Pass

Kalau anda memang tidak memiliki pas parkir rasmi di SIC, lebih baik elakkan memandu terus ke kawasan litar.

Selain kesesakan, tempat letak kereta di sekitar KLIA juga dijangka cepat penuh sepanjang hujung minggu ini. Jadi pilihan paling selamat adalah tinggalkan kereta di lokasi yang sesuai dan sambung perjalanan menggunakan pengangkutan awam atau shuttle rasmi.

3. Alas Perut Sebelum Masuk Litar

Nak berjimat? Jangan tunggu sampai masuk litar baru cari makanan.

Ads

Anda boleh singgah makan terlebih dahulu di kawasan sekitar Kota Warisan, Salak Tinggi atau Nilai sebelum meneruskan perjalanan ke SIC.

Sekurang-kurangnya perut dah kenyang dan bajet makan dalam litar boleh dikawal.

Bawa juga snek ringan jika dibenarkan mengikut syarat kemasukan semasa, selain pastikan sentiasa cukup air kerana cuaca Sepang boleh jadi cukup panas.

4. Jangan Lupa ‘Survival Kit’ di Sepang

Cuaca di Sepang semakin panas dan boleh bertukar menjadi hujan dalam masa singkat.

Ads

Jadi antara benda yang elok ada dalam beg ialah topi, cermin mata hitam, sunblock dan baju hujan atau payung kecil.

Pakai kasut yang selesa juga sebab anda mungkin perlu berjalan agak jauh dari satu kawasan ke kawasan lain.

Datang Awal, Baru Tak Kelam-Kabut

Dengan jumlah pengunjung yang dijangka ramai, jangan datang terlalu dekat dengan waktu sesi bermula.

Rancang perjalanan lebih awal, semak laluan shuttle dan beri masa tambahan untuk pemeriksaan masuk serta berjalan ke tempat duduk.

Lepas itu barulah boleh enjoy deruman enjin F1 di Sepang tanpa stres fikir pasal jem dan parking.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi Libur, Instagram, Facebook & TikTok

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Jom Kita Travel

Sunset Town Phu Quoc

Sunset Town Phu Quoc, Pekan Ala Itali Yang Tengah Viral Di...

Sunset Town Phu Quoc menawarkan pekan ala Itali dengan bangunan pastel, Kiss Bridge, lokasi OOTD menarik, sunset indah dan suasana malam meriah.