
Kalau korang jenis yang boleh habiskan masa lama di kaunter perfume semata-mata nak cari bau yang betul-betul kena dengan personaliti, hujung minggu ini ada satu event yang memang patut masuk dalam senarai.
Fragrance Festival Malaysia (FFM) 3.0 bakal berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober 2026 di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre, Kuala Lumpur.

Lebih menarik, festival selama tiga hari ini dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam dengan kemasukan percuma.
LEBIH 70 JENAMA DALAM SATU TEMPAT
Tak perlu lagi pergi dari satu butik ke satu butik untuk mencuba perfume.
FFM 3.0 bakal menghimpunkan lebih 70 jenama dan pempamer wangian tempatan serta antarabangsa, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung meneroka pelbagai jenis wangian dalam satu lokasi.

Antara jenama yang bakal diketengahkan termasuk Perfume Paradise, Mykonos, NBDY, High Notes, HMNS, Swiss Arabian, Beauboss, Marina Rituals serta Longtien & Blanc.
Kalau sebelum ini korang hanya tengok review perfume di TikTok atau media sosial, inilah peluang untuk datang dan cuba sendiri sebelum membuat pilihan.
BUKAN SEKADAR SHOPPING PERFUME
Apa yang menarik tentang Fragrance Festival Malaysia, ia bukan sekadar tempat untuk membeli minyak wangi.
Festival ini juga menjadi ruang untuk pengunjung meneroka dunia wangian, mengenali pelbagai jenama serta memahami kreativiti dan cerita di sebalik sesuatu haruman.

Jadi tak kisahlah sama ada baru nak berjinak-jinak dengan perfume atau memang fragrance enthusiast yang dah ada satu rak koleksi dekat rumah, memang ada banyak benda untuk diterokai di sini.
TEST DULU, BARU BELI
Beli perfume secara online kadang-kadang agak tricky. Deskripsi seperti woody, floral, musky atau citrus boleh memberi gambaran tentang sesuatu wangian, tetapi baunya mungkin berbeza apabila terkena pada kulit sendiri.

Sebab itu antara kelebihan datang ke festival seperti ini ialah korang boleh mencuba wangian terlebih dahulu sebelum membeli.
Tipnya, cuba perfume pada blotter terlebih dahulu dan shortlist beberapa bau yang paling disukai. Selepas itu, barulah cuba pada kulit dan beri sedikit masa untuk melihat bagaimana wangian tersebut berkembang.
Mana tahu, mungkin dekat sini korang akhirnya jumpa signature scent baru.
PERNAH TARIK LEBIH 33,000 PENGUNJUNG
Fragrance Festival Malaysia bukanlah acara yang baru muncul tahun ini.
Festival ini bermula pada 2025 dan terus berkembang. Menurut laporan Bernama, jumlah pengunjung meningkat daripada sekitar 5,000 orang pada edisi pertama kepada 33,393 pengunjung pada FFM 2.0.

Nilai jualan juga dilaporkan meningkat daripada sekitar RM1 juta kepada RM3.3 juta.
Untuk FFM 3.0 pula, penganjur menyasarkan kehadiran sehingga 60,000 pengunjung sepanjang tiga hari festival berlangsung.
SEBAHAGIAN DARIPADA VISIT MALAYSIA 2026
Menariknya, Fragrance Festival Malaysia 2026 turut disenaraikan dalam kalendar Visit Malaysia 2026.

Acara ini bukan sahaja mengetengahkan dunia wangian, malah menjadi platform yang meraikan kreativiti, budaya dan perkembangan industri wangian tempatan.
Jadi kalau korang mencari aktiviti lifestyle yang sedikit berbeza untuk hujung minggu, ini boleh jadi salah satu port menarik untuk diterokai.
NAIK LRT PUN BOLEH
Kalau malas nak fikir pasal parking, korang juga boleh menggunakan pengangkutan awam.
Stesen LRT terdekat ialah LRT Awan Besar dan pengunjung boleh meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan shuttle ke Pavilion Bukit Jalil.
Bagi yang memandu pula, kemudahan parkir turut tersedia di Pavilion Bukit Jalil.
INFO FRAGRANCE FESTIVAL MALAYSIA 3.0
Lokasi: Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre, Kuala Lumpur
Tarikh: 2–4 Oktober 2026
Waktu: 10.00 pagi – 10.00 malam
Kemasukan: Percuma
LRT terdekat: Awan Besar
Tarikan: Lebih 70 jenama dan pempamer wangian tempatan serta antarabangsa
Kalau belum ada plan hujung minggu ini, bolehlah ajak geng yang sama-sama kaki perfume untuk singgah.
Datang test bau, kenal jenama baru dan siapa tahu, mungkin korang akan balik dengan signature scent yang selama ini dicari.

sekarang!
