Ada berita baik buat anda yang bakal bercuti atau akan menginap di hotel sekitar Pulau Pinang sehingga 30 Jun tahun 2021.
Kerajaan Pulau Pinang telah melanjutkan lagi tempoh untuk mengetepikan caj hotel selama enam bulan lagi. Lanjutan itu dibuat berikutan pengumuman Fi Hotel sebelum ini yang berkuat kuasa 1 Julai hingga 31 Dis 2020 sahaja.
Ads
Fi Hotel (dahulunya dikenali sebagai Fi Kerajaan Tempatan) dikenakan ke atas hotel empat dan lima bintang pada kadar RM3 sebilik untuk satu malam, manakala bagi hotel tiga bintang ke bawah termasuk asrama (dormitory), hotel bajet, hostel dan rumah tumpangan pula adalah sebanyak RM2 sebilik untuk satu malam.
Ads
Selain pengecualian caj pelancongan di peringkat Persekutuan, sokongan ini akan dapat memacu minat ke arah mengaktifkan semula pelancongan dan menyokong usaha pemulihan pelancongan untuk bulan-bulan mendatang.
Pengecualian enam bulan itu adalah sebahagian daripada pelan pemulihan pelancongan untuk secara berterusan menarik kedatangan pelancong domestik sepanjang bulan akan datang sehingga tahun hadapan. Pelan pemulihan itu turut disertakan dengan pelbagai usaha promosi dan program insentif pelancongan, yang akan diperkenalkan secara berperingkat.
Ini adalah salah satu usaha kerajaan negeri untuk menyokong proses pemulihan industri pelancongan seiring dengan usaha yang dibuat untuk mengekalkan pelbagai sektor dan kumpulan yang terkesan dalam industri.
Ads
Keputusan itu diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang pada 11 November 2020 lepas. Semua pihak diharap dapat menyokong penggiat industri untuk menghadapi cabaran norma baharu dalam usaha mereka membangunkan semula sektor pelancongan Pulau Pinang.
image via google | Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ada banyak kelebihan apabila mak ayah bawa anak-anak pergi bercuti yang boleh mempengaruhi perkembangan dan pembesaran mereka. Sebagai mak ayah yang dicintai anak-anak, sekurang-kurangnya peruntukkan sedikit masa dan asingkan sedikit bajet untuk bawa anak-anak keluar bercuti walaupun sekali seumur hidup.
Perkongsian daripada Zainurulazwa Zakaria menjelaskan membawa anak dan keluarga bercuti ini memerlukan komitmen lebih-lebih lagi ketika anak-anak masih kecil, renyah. Kalau bukan kaki berjalan, memang confirm tak bawa anak berjalan tetapi sebolehnya, sebagai mak ayah perlu juga usaha bawa anak-anak bercuti at least setahun sekali! Disamping erat hubungan keluarga, ada sebab saintifik mengapa mak ayah perlu bawa anak-anak anda bercuti.
Gambar: pixabayGambar: pixabay
6 sebab saintifik mengapa perlu bawa anak bercuti
1. Dapat mencipta memori indah zaman kanak-kanak
Ada kajian oleh Holiday Association di United Kingdom, majoriti respondent bersetuju memori terindah zaman kanak-kanak mereka adalah sewaktu pergi bercuti dengan ahli keluarga. Alaa anak sekejap je dah besar, kalau tak bawa anak bercuti sekarang, sikit lagi depa dah besar, masuk asrama, kerja & berkahwin. Alangkah rugi jika anak-anak tiada kenangan indah zaman kanak-kanak.
2. Mengasah kemahiran berfikir anak-anak
Tahu tak, aktiviti ketika bercuti boleh aktifkan beberapa bahagian penting dalam otak anak. Seperti contoh, aktiviti bina istana pasir, berenang di kolam, berlari-lari di pantai boleh rangsang pemikiran BERMAIN ‘ play system’. Ini sangat penting dalam memperkasakan kebolehan berfikir dan bermain secara bebas.
3. Melahirkan anak ber’IQ’ tinggi
Kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai persikataran mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding yang hanya terperuk di rumah. Kepelbagaian persekitaran ini akan memberi sumber interaksi dari segi fizikal, sosial & pemikiran pada anak-anak. Bercuti dikatakan dapat mengasah konsentrasi, menajamkan pemerhatian dan kemahiran untuk belajar.
Gambar: pixabayGambar: pixabay
4. Meningkatkan kesihatan fizikal anak-anak
Perasan tak apabila kita membawa orang yang sakit keluar berjalan atau bersiar, mood dan kesihatan nya bertambah baik. Ini juga yang terjadi pada anak kecil. Keluar dari rutin yang sama, persekitaran yang sama sekali sekali buatkan mood anak lebih ceria, menenangkan minda seterusnya fizikal turut lebih sihat
5. Bantu kurangkan hyper active
Kanak-kanak yang di diagnose ADHD seharusnya lebih kerap dibawa ke tempat semulajadi yang hijau. Kerana persekitaran hijau ni dapat bantu anak lebih fokus, buat anak lebih tenang dan dapat kurangkan tantrum. Jadi boleh selalu lah plan ke Cameron Highlands ke, janda baik ke atau mana-mana tempat yang serba hijau okey.
6. Buat anak lebih positif dan gembira
Selain buatkan family bonding lebih rapat dan akrab, anak-anak pasti lebih gembira. Emosi nya lebih terjaga buatkan anak jadi lebih positif kerana bila kita dalam mood gembira, pelbagai hormon gembira akan terembes. Bercuti juga salah satu cara paling baik untuk kurangkan ketagihan gajet.
Gambar: pixabayGambar: pixabay
Sebab terakhir adalah kerana kita SEMEMANGNYA BOLEH!
Berhenti beralasan tak cukup duit, tak cukup masa dan sebagai nya. Kerana travel tak semestinya perlukan semua ini. Banyak je percutian bajet dan tips travel sekarang semua di hujung jari. Setiap hari asyik hadap je kerja pejabat, kerja rumah, ia memang tak kan pernah habis.
Bak kata bijak pandai: “Waktu muda, kita banyak masa, banyak tenaga, tapi takde duit. Dah ade duit sikit, masa pulak takde. Dah tua, masa banyak dan duit pun banyak. Tapi tenaga pulak tiada”
Jadi jom kita hargai apa yang ada dan buat sebaiknya.
Kepada mak ayah diluar sana, bawalah anak-anak anda bercuti dan berikan mereka masa bersama dengan anda. Percayalah, peluang hanya datang sekali. Berikan mereka peluang untuk bermesra dengan anda sebelum segalanya terlambat.
Perak menjadi negeri pertama yang memperkenalkan panggung wayang pandu masuk atau drive in cinema. Pawagam itu yang dikenali Casuarina Sini-Drive terletak di Bandar Meru Raya, Ipoh dan mampu memuatkan sehingga 70 buah kenderaan pada satu-satu masa.
Casuarina Sini-Drive beroperasi setiap malam, kecuali Isnin dan menawarkan pakej antara RM36 hingga RM42. Pihak penganjur juga akan membuat pemantauan di kawasan berkenaan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
Pengenalan pawagam itu dijangka memberi impak positif kepada sektor pelancongan di Perak yang terkesan teruk ekoran pandemik COVID-19. Seluruh rakyat di negeri Perak ataupun daripada luar dijemput ke Bandaraya Ipoh sambil menikmati keindahan sekitar, boleh juga luangkan masa untuk bersama-sama menonton mengeratkan silaturrahim sesama keluarga, menonton wayang di dalam kereta dan ini tentunya satu pengalaman baru yang akan tentu sekali menyeronokkan.
Namun, ada tiga golongan individu yang dinasihatkan tidak melakukan aktiviti ini dan dilarang menonton di pawagam pandu masuk sekiranya mereka sedang mengantuk, berasa penat atau tidak selesa. Public Health Malaysia menasihatkan orang ramai supaya tidak tertidur di dalam kenderaan dengan enjin terbuka apabila menonton di pawagam pandu masuk kerana gas karbon monoksida yang bocor dari ekzos boleh disedut masuk ke dalam kenderaan dan menyebabkan keracunan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
1. Jangan menginap di kawasan terpencil yang jauh dari bandar
Tinggal di hotel yang terletak di pinggir bandar mungkin lebih memudahkan dan menjimatkan kos. Tetapi sistem pengangkutan di luar bandar adalah kurang jadi anda mungkin terpaksa membelanjakan banyak wang untuk membayar pengangkutan.
Sebaiknya, tempah hotel di kawasan pusat bandar yang dikelilingi dengan banyak kemudahan selain berhampiran dengan tempat-tempat menarik. Dengan ini, anda berpeluang untuk mengunjungi pelbagai lokasi dan tidak perlu mengambil banyak masa untuk pulang semua ke hotel.
2. Sentiasa membaca ulasan daripada pelanggan lain
Setiap kali anda hendak mengunjungi mana-mana lokasi seperti hotel dan restoran, pastikan anda membaca dahulu semua ulasan daripada pelanggan terdahulu. Hal ini akan membantu mengelakkan anda daripada mengalami pengalaman yang tidak menyeronokkan.
3. Bawa ubat-ubatan
Ketika bercuti, anda perlu sentiasa membawa bekalan ubat-ubatan asas seperti ubat demam, selesema, minyak angin, pembalut luka dan sebagainya yang dirasakan sesuai. Dengan cara ini, anda boleh merawat diri sendiri sekiranya berlaku kecemasan dan tidak perlu membazir wang untuk mendapatkan rawatan di klinik.
4. Pastikan anda membawa makanan ringan
Perkara ini mungkin agak melecehkan tetapi sangat membantu sekiranya anda sukar untuk mendapatkan makanan halal di luar negara. Antara makanan yang boleh anda bawa adalah seperti biskut, buah, mi segera dan paket minuman segera.
5. Jangan membawa terlalu banyak barang
Sewaktu mengemas bagasi, kita sentiasa merasakan kita tidak membawa barangan yang mencukupi. Jadi, kita akan terus menyumbatkan segala barangan yang tidak penting sehingga akhirnya beg kita menjadi kembung dan berat! Pastikan anda hanya membawa barangan yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi.
Sebagai contoh, bawa selendang yang bukan sahaja boleh digunakan sebagai tudung tetapi juga boleh dijadikan sebagai selimut, kain lapik semasa berkelah dan menggantikan baju sejuk anda.
6. Melantik seorang rakan sebagai ketua
Ketua yang dimaksudkan adalah individu yang boleh diharapkan untuk mengetuai sesuatu perjalanan. Biasanya, ketua dalam pengembaraan ini adalah seorang yang terperinci dan peka dengan keadaan sekeliling.
Dengan adanya seseorang untuk boleh mengambil tanggungjawab ini, perjalanan akan menjadi lebih selamat dan menyeronokkan terutamanya ketika bercuti di luar negara.
7. Jangan takut untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan
Semasa mengembara ke luar negara, anda harus menjadi ringan mulut dan mesra dengan penduduk tempatan.
Sebaiknya, berkawanlah dengan mereka dan juga para pelancong lain supaya memudahkan anda untuk meminta pertolongan seperti cadangan tempat penginapan yang selamat atau lokasi restoran yang menyajikan makanan enak.
8. Beli tiket secara atas talian
Jika anda mahu pergi ke tempat yang terkenal seperti Louvre, anda harus membuat tempahan tiket lebih awal secara atas talian. Dengan cara ini, anda tidak perlu menunggu terlalu lama dan berbaris di barisan yang panjang.
9. Membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan
Ada individu selalu membeli cenderamata yang tidak cantik dan ada juga yang akan menyesal di kemudian hari kerana tidak membeli apa-apa cenderamata sebelum pulang ke negara asal.
Kami cadangkan supaya anda mengunjungi kedai-kedai cenderamata atau pasar lambak bagi mendapatkan pelbagai cenderamata istimewa dengan harga yang murah! Kebanyakan barangan yang dijual adalah hasil buatan penduduk tempatan sekali gus menjadikannya perkara wajib yang harus dibawa pulang!
10. Jangan takut untuk mencuba makanan tempatan
Kita semua mempunyai citarasa tersendiri dan segelintir daripada kita tidak suka atau takut untuk mencuba makanan baharu. Jika anda seperti ini, anda sememangnya manusia yang rugi!
Bukankah lebih bagus jika anda dapat merasai makanan-makanan unik yang menjadi pilihan penduduk tempatan. Pengalaman ini pastinya dapat memberikan sejuta kemanisan dalam kenangan pengembaraan anda.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...