Robocar Poli, Tobot & PJ Masks adalah watak kartun popular Korea yang semakin digemari ramai kanak-kanak di Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk bertemu watak-watak kartun kesukaan kanak-kanak ini di Adventure Land di Main Concourse, Sunway Putra Mall pada cuti sekolah minggu hadapan pada 23 Mac hingga 31 Mac.

Jom Jumpa Robocar Poli, Tobot & PJ Masks Di Sunway Putra Mall Cuti Sekolah Ini

Jom Jumpa Robocar Poli, Tobot & PJ Masks Di Sunway Putra Mall Cuti Sekolah Ini

Pelbagai acara harian juga telah diaturkan untuk para pengunjung cilik setiap hari antaranya permainan bertemakan Robocar Poli iaitu Robocar Poli Puzzle Game, Robocar Poli Roy Fire Safety Game, Robocar Poli: Poli Paper Car DIY dan aktiviti mewarna Robocar Poli. Di kawasan pameran Tobot pula, sebuah “photobooth” khas akan didirikan untuk bergambar bersama karakter-karakter kegemaran dari Tobot iaitu Tobot Adv X, Tobot Adv Y, Tobot K dan Tobot Mach W.

IKLAN

“Meet and greet” bersama Roy dari Robocar Poli

Jom Jumpa Robocar Poli, Tobot & PJ Masks Di Sunway Putra Mall Cuti Sekolah Ini
Si cilik yang gemarkan Robocar Poli tentu akan teruja dengan peluang bertemu Roy dan bergambar bersama-samanya!

IKLAN

“Meet and greet” bersama Tobot Adventure K & Tobot Adventure Y

Jom Jumpa Robocar Poli, Tobot & PJ Masks Di Sunway Putra Mall Cuti Sekolah Ini
Kanak-kanak berpeluang untuk bergambar dan berjalan-jalan bersama Tobot K & Y di sekitar kawasan pameran. Tentunya ia menjadi suatu kenangan indah untuk para peminat cilik Tobot!

IKLAN

“Meet and greet” bersama PJ Masks

Jom Jumpa Robocar Poli, Tobot & PJ Masks Di Sunway Putra Mall Cuti Sekolah Ini
Bagi peminat PJ Masks , anda berpeluang untuk bergambar bersama dan berjalan-jalan dengan karakter PJ Masks iaitu Catboy, Gekko dan Owlette di sekitar kawasan pameran.

Sumber: suri.makchic

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI