Robocar Poli, Tobot & PJ Masks adalah watak kartun popular Korea yang semakin digemari ramai kanak-kanak di Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk bertemu watak-watak kartun kesukaan kanak-kanak ini di Adventure Land di Main Concourse, Sunway Putra Mall pada cuti sekolah minggu hadapan pada 23 Mac hingga 31 Mac.
Pelbagai acara harian juga telah diaturkan untuk para pengunjung cilik setiap hari antaranya permainan bertemakan Robocar Poli iaitu Robocar Poli Puzzle Game, Robocar Poli Roy Fire Safety Game, Robocar Poli: Poli Paper Car DIY dan aktiviti mewarna Robocar Poli. Di kawasan pameran Tobot pula, sebuah “photobooth” khas akan didirikan untuk bergambar bersama karakter-karakter kegemaran dari Tobot iaitu Tobot Adv X, Tobot Adv Y, Tobot K dan Tobot Mach W.
Ads
“Meet and greet” bersama Roy dari Robocar Poli
Si cilik yang gemarkan Robocar Poli tentu akan teruja dengan peluang bertemu Roy dan bergambar bersama-samanya!
Ads
“Meet and greet” bersama Tobot Adventure K & Tobot Adventure Y
Kanak-kanak berpeluang untuk bergambar dan berjalan-jalan bersama Tobot K & Y di sekitar kawasan pameran. Tentunya ia menjadi suatu kenangan indah untuk para peminat cilik Tobot!
Ads
“Meet and greet” bersama PJ Masks
Bagi peminat PJ Masks , anda berpeluang untuk bergambar bersama dan berjalan-jalan dengan karakter PJ Masks iaitu Catboy, Gekko dan Owlette di sekitar kawasan pameran.
Ini merupakan destinasi ketiga Air Asia X di Korea Selatan; selepas Incheon dan Busan.
Sidang media untuk pengumuman rasmi akan diadakan dalam masa terdekat
Penerbangan dengan kekerapan empat kali seminggu dari KLIA2 ke Pulau Jeju akan dilakukan selepas jumlah permintaan yang tinggi dari pelancong Malaysia yang mahu ke pulau ini dan sebaliknya.
Pulau Jeju paling selatan di Korea, miliki banyak tempat cantik dan mendapat ulasan yang baik dari pelancong dunia. So, yang suka Kpop dan Korea boleh lah sedia!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Media Karangkraf yang berpengkalan di Shah Alam, Selangor yang dipilih sebagai penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 pada majlis kemuncak sambutan Hawana di sini pada Ahad yang lalu.
Majlis penganugerahan yang berlangsung di Melaka itu menyaksikan Karangkraf yang berusia lebih 40 tahun membawa pulang trofi, sijil serta wang tunai RM10,000.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan anugerah itu kepada Pengerusi Kumpulan Karangkraf Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.
Kriteria Penerima Anugerah
Antara kriteria untuk dipilih sebagai penerima anugerah itu adalah berdaftar dan menunjukkan hasil kerja cemerlang, kupasan isu yang mendalam, berkualiti serta berimpak pada tahun yang dinilai.
Selain berdaftar, ia juga mengamalkan tatakelola serta nilai kewartawanan yang baik, selain menyumbang kepada pembangunan industri kewartawanan dan media di negara ini, manakala hasil karya terlibat harus menyumbang kepada pembangunan insan, keamanan dan kesejahteraan sejagat.
Kumpulan Karangkraf membuat kemunculan pertama pada 1978 dengan Mingguan Kanak-kanak dan pada 1990, dan organisasi itu kemudiannya melebarkan skop perniagaan dengan penerbitan beberapa genre buku menerusi Alaf 21 dan Karya Bestari.
Pada 2006, kumpulan itu melahirkan akhbar kompak wilayah, Sinar Harian yang kemudiannya mencatat sejarah sebagai akhbar paling cepat berkembang di Malaysia.
Kini kumpulan media itu berdiri gah dalam industri dengan 13 keluaran majalah, penerbitan novel, percetakan, saluran media Internet dan pemberitaan akhbar.
Pada 2015, kumpulan itu memperkenalkan program Malaysia Ngaji disusuli Kempen World #QuranHour pada 2016 serta beberapa siri rantaian seperti Malaysia #QuranHour, Merdeka #QuranHour dan World #QuranConvention yang secara kumulatifnya merekodkan 2.475 bilion penyertaan.
Perkenal Rasuah Busters
Dalam usaha membanteras aktiviti rasuah, pada Februari 2021, inisiatif agresif diperkenalkan kumpulan itu menerusi #RasuahBusters membabitkan gabungan media, individu, pertubuhan serta syarikat swasta dengan kolaborasinya kini melibatkan 550 rakan strategik.
Anugerah Hawana 2022 bertujuan mengiktiraf dan sebagai penghormatan kepada wartawan profesional, individu atau organisasi yang memberi sumbangan besar bukan sahaja dalam bidang kewartawanan tetapi dalam membentuk minda rakyat menerusi karya-karya dihasilkan.
Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan pertama akhbar di Malaysia iaitu Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, yang menjadi platform pertama media di Malaysia.
Kali pertama Hawana diadakan adalah pada 11 April 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade Kuala Lumpur. Sambutan julung kali bertemakan ‘Membela Bangsa, Membina Negara’ itu dihadiri kira-kira 1,000 pengamal media dari seluruh negara.
Pada 30 November 2021, kerajaan bersetuju mengekalkan tarikh 29 Mei setiap tahun sebagai Hari Wartawan Nasional.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang terkini, MASwings merancang untuk mengembalikan semula frekuensi penerbangan termasuk yang digantung, kembali kepada normal dalam empat fasa seperti yang dikehendaki oleh Perjanjian Obligasi Perkhidmatan Awam (PSO), mulai 10 Jun 2020 hingga 27 Mac 2021.
Walaupun pengenaan serta Prosedur Pengendalian Standard (SOP) PKPP adalah lebih longgar, permintaan untuk perjalanan udara di Sabah dan Sarawak masih belum menunjukkan sebarang pertumbuhan yang ketara, dengan itu jadual penerbangan semasa yang dilaksanakan sejak PKP akan kekal sehingga 30 Jun depan.
Bagaimanapun, berdasarkan kepada tempahan sedia ada untuk tempoh enam bulan akan datang termasuk jangkaan trafik penumpang yang lebih besar jika lebih banyak perniagaan dan industri pelancongan dibuka, MASwings memutuskan untuk mengembalikan frekuensi penerbangan secara beransur-ansur melalui empat fasa. Pengembalian jadual operasi semula yang dirancang bagi seluruh Sabah dan Sarawak telah menerima kelulusan dan sokongan daripada Kementerian Pengangkutan.
MASwings juga menambah akan terus komited terhadap peranannya dalam menyediakan perkhidmatan penerbangan untuk rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan di bawah PSO serta bersedia mengkaji semula pelannya dari masa ke semasa, tertakluk kepada permintaan tempatan dan operasi sedia ada.
Untuk maklumat terbaharu dan kemas kini jadual penerbangan serta frekuensi atau pertanyaan lain, pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol MASwing di 1 300 88 3000 termasuk melawat laman web rasmi di www.maswings.com.my
Penerbangan jarak jauh memang boleh jadi mencabar, terutama kalau perlu duduk berjam-jam dalam ruang yang terhad. Silap pilih tempat duduk, perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan...