Petang semalam Sebuah feri yang membawa seramai 547 penumpang dan kru kapal dari Kuala Kedah ke Langkawi tersangkut akibat air laut surut. Namun kesemua penumpang dan anak kapal yang berada dalam Feri tersebut telah selamat dan feri telah pun berjaya ditunda ke Terminal Feri Kuala Kedah pada Ahad Malam.
Ads
Ads
Ads
Pegawai operasi sektor Ferrylines Ventures Sdn Bhd, Ahmad Azizan Ahmad, berkata feri Express Bahagia 98 ditunda oleh bot tunda milik salah sebuah syarikat kargo dan selamat merapati jeti pada jam 9.25 malam.
Menurut Ahmad Azizan, seramai 272 orang penumpang berjaya dibawa keluar secara berperingkat oleh bot PERKASA 1224 Maritim Malaysia, bot ronda PSC 19 Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta bantuan daripada beberapa bot nelayan tempatan sekitar Kuala Kedah dan Yan.
Fot: JBPM
Manakala baki penumpang selebihnya selamat tiba dengan feri yang ditunda.
“Feri itu terkandas disebabkan air surut, jadi agensi penguatkuasa tidak dapat merapati feri… jadi, kena tunggu air pasang dahulu baru boleh rapat,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, operasi memindahkan penumpang turut berdepan kesukaran kerana beberapa kali enjin bot PERKASA 1124 tersekat disebabkan air cetek dan permukaan lantai laut yang berselut.
Katanya, turut sama dalam operasi adalah Jabatan Laut Malaysia (JLM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), dan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.
Dalam kejadian jam 4.15 petang Ahad feri penumpang yang membawa 547 penumpang dan kru terkandas di posisi 1.2 batu nautika dari muara Kuala Kedah.
Sumber: Astro Awani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selangor merupakan negeri tertinggi bagi kes COVID-19 di Malaysia. Namun masih ramai dilihat tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri. Jika anda masih berdegil, anda bakal berdepan dengan tindakan daripada pihak berkuasa.
Ini kerana polis Selangor telah mula melancarkan Ops COVID-19 bagi memastikan rakyat di negeri ini mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang mula berkuat kuasa 18 Mac hingga 31 Mac 2020.
Di Perak pula, Polis Perak meningkatkan rondaan di tempat awam bagi memastikan masyarakat negeri ini mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengekang penularan baharu jangkitan COVID-19.
Laporan terbaru menyatakan Singapura, Tokyo, dan Osaka merupakan tiga bandar paling selamat di Asia. Malaysia di tangga ke-9.
Di rantau Asia Tenggara, Malaysia nombor dua di belakang Singapura; yang juga bandar paling selamat di Asia.
Kajian oleh The Safe Cities Index 2017 (dihasilkan The Economist Intelligence Unit) meletakkan 60 bandar utama, melihat setiap aspek dari kadar jenayah hingga ke kualiti perubatan.
Bandar Asia paling selamat: Singapura New Zealand Australia Bhutan Jepun Taiwan Korea Selatan Azerbaijan Malaysia Tajikistan Mongolia Kazakhastan
Kapten Izham Ismail telah dilantik sebagai Pengarah eksekutif Malaysia Airlines Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan menggantikan Peter Bellew.
Lembaga Pengarah Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) dan Malaysia Airlines Berhad (MAB) berkata pelantikan Kapten Izham selari dengan pelan yang dibuat MAB sebagai sebahagian daripada 12 Pelan Pemulihan MAS.
“Untuk memastikan peralihan yang lancar, Jawatankuasa Eksekutif Lembaga akan diadakan sehingga enam bulan.
“Ia akan diketuai oleh Pengerusi Tan Sri Md Nor Yusof dan akan merangkumi anggota lembaga Tan Sri Krishnan Tan Boon Seng, Tan Sri Zamzamzairani Isa dan Sheranjiv Sammanthan,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Kapten Izham miliki 38 tahun pengalaman dalam industri penerbangan, setelah memulakan kerjayanya dengan Malaysia Airlines sebagai juruterbang pada tahun 1979.
Dia memecahkan rekod penerbangan dunia dengan menerbangkan B777-200 Malaysia Airlines pertama ke timur dari Seattle ke Kuala Lumpur dan kembali.
Penerbangan itu menetapkan rekod dunia baru bagi penerbangan terpanjang dan penerbangan pusingan dunia terpantas oleh pesawat komersial, dengan jumlah masa penerbangan 41 jam 59 minit lebih kurang 23,310 batu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hamparan pasir luas, batuan putih berbentuk cendawan dan langit biru tanpa penghujung menjadikan destinasi ini kelihatan seperti sebuah planet asing.Terletak di Gurun Barat Mesir,...