Ruang udara Sarawak dijangka lebih sibuk bermula Julai 2020 ini selepas kerajaan negeri, melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak meluluskan peningkatan penerbangan ke Sarawak berikutan situasi pandemik COVID-19 yang semakin baik.
Ia juga sebagai keperluan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi domestik terutama sektor pelancongan dan untuk memudahkan pergerakan barangan dan orang untuk tujuan perniagaan, rasmi dan peribadi.
331 penerbangan berjadual mingguan telah diluluskan antara Julai dan Ogos tahun ini.
Peningkatan yang ketara berbanding hanya sekali seminggu oleh Malaysia Airlines antara Kuala Lumpur, Kuching dan Miri semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagi bulan Julai dan Ogos 2020, Malindo akan meningkatkan penerbangan mereka menjadi dua kali sehari.
Scoot menambah satu lagi penerbangan mingguan dari Singapura.
AirAsia Berhad akan meningkatkan penerbangan mereka termasuk meletakkan Singapura dalam laluannya.
Walaupun kelulusan telah diberi untuk meningkatkan kekerapan penerbangan dan kapasiti penerbangan 100 peratus, semua agensi seperti pengendali lapangan terbang dan syarikat penerbangan hendaklah mematuhi dengan ketat prosedur operasi standard (SOP) di terminal serta ketika berada dalam pesawat.
Ads
Ini termasuk saringan suhu badan sebelum memasuki terminal lapangan terbang, keperluan bagi kru dan penumpang memakai pelitup muka dan menggunakan pensanitasi tangan, dengan keperluan tambahan bagi penumpang untuk memuat turun dan melengkapkan maklumat mereka dalam aplikasi MySejahtera.
Ads
Penumpang juga dikehendaki mengisi borang perisytiharan e-Kesihatan di http://sdmc.sarawak.govy.my serta memuat turun aplikasi COVIDTrace Sarawak dan Qmunity selain bakal menjalani sampel PCR (Polymerase Chain Reaction) secara rawak semasa ketibaan
Takut untuk mengembara adalah satu perasaan yang disebabkan oleh beberapa perkara sama ada secara sedar ataupun tidak. Biasanya ia melibatkan kewangan, keselamatan dan persekitaran. Namun, perasaan ini boleh dielakkan jika individu yang merasainya berusaha mengatasi perasaan tersebut.Menurut kajian yang dibuat,perasaan takut mengembara ini timbul kerana terlalu obses dengan cerita-cerita yang dikeluarkan oleh media ataupun pengalaman orang lain. Hal tersebut secara tidak langsung telah membunuh keinginan dan sifat ingin tahu tentang sesuatu destinasi percutian indah yang pernah bermain di minda. Terdapat dua jenis faktor yang mempengaruhi seseorang sehingga dia takut untuk mengembara;
Ketakutan ini biasanya terhasil daripada imaginasi yang bukan-bukan ataupun terpengaruh dengan filem-filem aksi yang ditonton. Contohnya macam bertemu dengan individu yang menjengkelkan ketika sedang menikmati percutian atau ditipu oleh pemandu teksi yang kasar dan tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa yang difahami.
Perasaan ini lebih berbahaya dari yang pertama tadi kerana ia adalah punca seseorang itu memadamkan terus impian untuk mengembara. Ketakutan sebegini tidak diketahui puncanya. Biasanya ia dipengaruhi oleh potensi ataupun konteks individu itu sendiri terhadap definisikan kembara.
Individu yang merasainya hanya perlu menguatkan semangat dan menetapkan minda sahaja. Di samping itu, belajar menerima dan memahami situasi tertentu sesuatu tempat ataupun keadaan semasa yang berlaku juga diyakini dapat membantu menangani masalah takut untuk mengembara.
Mereka yang mengalaminya pasti akan berkata, “Tak kena pada batang hidung sendiri, mana kau tahu!” Hakikatnya, takut macam juga gembira. Ia merupakan satu perasaan semula jadi yang memang ada dalam setiap diri manusia. Sampai masanya, rasa tersebut pasti akan hilang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
My #QuranTime 2.0 (MQT) yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), sebanyak 2111 episod akan mula bersiaran setiap hari bermula Rabu, 14 Disember jam 12 hingga 1 tengah hari di semua platform digital Quran Hour dan Sinar Harian.
Dengan matlamat mempertingkatkan kualiti solat melalui bacaan Al-Quran bertajwid, memahami isi bacaan Al-Quran melalui tadabbur tahap dua, memperbaiki kualiti solat serta elemen baharu program iaitu menambah hafalan Surah melalui kaedah hafalan Al-Quran yang mudah dan praktikal dengan penggunaan metod Quran Al-Hafiz.
Terdahulu, program MQT yang telah mencipta fenomena “Baca, Faham, Amal Al-Quran” 1 jam setiap hari, bermula pada tahun 2020 telah diterbitkan dengan kerjasama TV Al-Hijrah. Kali ini, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas membuka peluang kepada semua stesen TV dalam dan luar negara untuk menayangkan MQT 2.0 agar program Al-Quran ini menjadi solusi dalam membina kerangka fikir dan karakter ummah yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
“Kami sedang berunding dengan beberapa stesen TV agar program MQT yang diterbitkan oleh Yayasan WUI dengan sebahagian hasil dana daripada sumbangan Tabung Gerakan Quran oleh orang ramai dapat membawa impak besar kepada proses membumikan Al-Quran yang disasarkan pada tahun 1500 Hijrah untuk “MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah”.
Program MQT ini dibina atas usaha Wakaf Konten di mana sumbangan dari individu, organisasi dan orang ramai digunakan sepenuhnya untuk tujuan melahirkan pelbagai kajian dan program digital dan TV untuk ummah.
Program -program yang dilahirkan atas misi Wakaf Konten ini boleh dimasuki dengan mudah di platform digital Quran Hour agar menjadi bahan rujukan sepanjang zaman kepada orang ramai, sekolah, kelas pengajian dan organisasi.
Usaha yang bermula lebih giat pada tahun 2020 ini telah menjadi pusat khazanah Al-Quran di mana kajian dan program Al-Quran diletakkan secara atas talian untuk rujukan semua. Wakaf Konten ini telahpun dimanfaatkan oleh siaran Quran TV di negara jiran juga, seperti Indonesia.
Siaran MQT kali ini dilancarkan di semua platform digital Yayasan WUI dan Kumpulan Media Karangkraf sebagai pendekatan untuk menarik lebih ramai segmen orang muda selain golongan dewasa, penonton setia dan baru.
“Insya-Allah dengan sinergi media untuk ummah di beberapa saluran TV, MQT bukan lagi ditayangkan secara eksklusif di saluran TV AlHijrah sahaja, program MQT ini akan menjadi langkah pendidikan jiwa dan karakter bagi banyak keluarga dan orang ramai melalui baca, faham, amal setiap halaman Al-Quran sebanyak 3 bahagian Al-Quran setiap hari.
Pada musim pertama sebanyak 838 episod, program ini telah mencatatkan sebanyak 85 juta tontonan di skrin, lebih 150 ribu sahabah Al-Quran di dalam dan luar negara.
Program MQT ini akan mengekalkan peneraju, Ustaz Fazrul Ismail sebagai pentadabbur dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali serta Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman sebagai Qari. Pentadabbur serta Qari jemputan akan mengisi di slot ulangkaji.
9Program ini telah siap untuk dilancarkan selepas melalui kajian konten dengan rujukan 18 Kitab Tafsir dan Kitab Hadith Bukhari Muslim, melakukan latih tubi program di makmal ujian studio My #QuranTime Plus dalam tempoh lebih dua bulan secara intensif agar isi Al-Quran dapat disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami para pelayar dan penonton MQT.
Ayuh saksikan My #QuranTime 2.0 Bermula 14 Disember 2022, Rabu, jam 12.00 tengah hari di semua platform media sosial rasmi ini:
Berani tak korang kalau nak makan kat atas kubur? Bila cakap sahaja pasal kubur mesti ramai yang membayangkan suasana yang seram dan sunyi tapi berbeza pula dengan sebuah kafe yang terletak di dalam kawasan perkuburan di New Delhi.
Makan sebelah perkuburan menjadi inisiatif unik daripada pemilik restoran untuk menarik pelanggan ke kafe miliknya. Ternyata usahanya itu membuahkan hasil kerana tindakannya itu membuatkan ramai yang tertarik untuk berkunjung ke kedainya sambil menikmati hidangan berselebahan kubur.
Kafe ini sering menjadi tumpuan pengunjung untuk berkumpul dan berbual sambil menikmati juadah secawan kopi. Namun, tindakan pemilik kafe berkenaan dianggap luar biasa memandangkan pusara adalah tempat orang mati disemadikan.
Media asing melaporkan, kafe berkenaan bukan sahaja tular di India, malah popularitinya melepasi sempadan negara itu hingga turut menjadi tumpuan pelancong asing.
Difahamkan, kafe di tanah perkuburan itu terletak di sebuah daerah di India bernama Prindavan.
Terdapat kubur dihiasi dengan pagar putih dan dicat dengan dekorasi meja makan diletakkan berhampiran dengannya.
Kelihatan juga sebatang pokok yang besar di bahagian tengah kafe dan pokok itu yang menembusi siling premis berkenaan.
Antara video yang tular menunjukkan suasana di kafe itu, kelihatan pelanggan menikmati juadah yang disediakan oleh kafe berkenaan seolah-olah tidak menyedari pun keadaan kubur di sekeliling mereka.
Sumber: hmetro
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hamparan pasir luas, batuan putih berbentuk cendawan dan langit biru tanpa penghujung menjadikan destinasi ini kelihatan seperti sebuah planet asing.Terletak di Gurun Barat Mesir,...