Dapat jejakkan kaki ke Switzerland adalah impian ramai traveler. Negara yang terletak di Eropah Barat ini kaya dengan pemandangan bentuk muka buminya yang bergunung-ganang dan cantik.
Bagaikan berada di dalam lukisan bila sampai ke Switzerland, semuanya sangat mengagumkan dan mengujakan. Bagi yang ada plan nak ke sana, 10 tip yang dikongsikan oleh Detektif Kembara ini mungkin bermanfaat untuk korang.
10 Tip Travel ke Switzerland
- Pergilah sekurang-kurangnya 6 malam.Duduk di bandar yang strategik dan tumpuan utama untuk maksimakan masa seperti Interlaken, Lauterbrunnen, Grindelwald, Zermatt, St. Moritz. Duduk di tempat lain boleh untuk jimat kos tapi akan rugi masa.
- Maksimakan penggunaan pengangkutan awam. Pengalaman di Switzerland itu sendiri adalah menggunakan pengangkutan mereka iaitu antara yang terbaik di dunia. Tiada keperluan menggunakan kereta melainkan ada masalah mobiliti. Tanyalah bagaimana mereka yang gunakan kereta sampai ke Zermatt, Jungfraujoch atau Murren. Pasti gunakan pengangkutan awam. Untuk bergerak ke mana-mana, app yang terbaik adalah google maps.
- Gunakan pas travel. Ada banyak jenis tetapi yang utama adalah Swiss Travel Pass (STP) atau Flexi Pass. Bagi yang sudah tetapkan jadual perjalanan boleh cuba Half Fare Card (HFC). Penggunaan HFC mungkin lebih jimat tapi kurang fleksibiliti. Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun percuma apabila guardian ada Swiss Pass.
- Kalau nak lebih jimat bawa makanan atau masak sendiri. Kos makan di luar amat tinggi iaitu antara RM40-60 untuk setiap hidangan.
- Restoran makanan halal ada hampir di semua bandar utama tarikan pelancong seperti Zurich, Lucerne, Lauterbrunnen,Interlaken,Zermatt, Geneva dan Bern.
- Bawalah botol kosong untuk isi air minuman. Di Switzerland ada banyak water fountain yang percuma. Air tap juga boleh diminum tanpa dimasak terlebih dahulu.
- Download app “Too Good too Go” untuk dapatkan diskaun beli beli groceries.
- Sekiranya travel bersama rakan-rakan atau ramai dalam kumpulan berusia lebih 16 tahun, sewa kenderaan lebih menjimatkan. Perlu diingat bahawa tiada diskaun boleh diperoleh untuk aktiviti excursions. Kalau merancang untuk buat aktiviti boleh gabungkan sewa kereta bersama Half Fare Card (HFC).
- Elakkan travel semasa musim panas terutama bulan Julai- pertengahan September kerana ini musim peak. Harga penginapan sangat tinggi melainkan ditempah 3-5 bulan lebih awal.
- Bagi yang nak melakukan aktiviti ke gunung, periksa webcam dan suhu dahulu setiap hari sebelum keluar untuk melihat keadaan cuaca dan awan. Rugi bayar mahal tapi cuaca kurang baik atau pakaian tidak lengkap. Perbezaan suhu di base dan gunung amat ketara.
Tips Bonus
Jangan risau kalau sesat sebab di sini ada ramai pengunjung daripada Malaysia . Kalau lapar boleh tumpang makan sekali. Kalau sesat boleh ikut mereka dan sama-sama sesat.
Selamat mengembara guys!!!
Sumber: Detektif Kembara
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI