Kedai Starbuck pertama di dunia yang menggunakan bahasa isyarat sebagai medium perantaraan antara pelanggan dan pekerjanya (Starbuck Signing Store) menyambut ulangtahun pembukaan kedai yang ketiga dengan meraikan kejayaan pekerja Orang Kelainan Upaya (Pekak) mereka kerana berjaya menjadi barista kopi yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dan berjaya memperoleh sijil Advanced Coffee Masters (ACM) baru-baru ini.

Kedai Starbuck Signing Store itu terletak di Bangsar Village II dibuka pada tahun 2016, memberi peluang kepada komuniti orang Pekak dan yang mempunyai masalah pendengaran kronik di negara ini untuk berkerja dan seterusnya membina kerjaya mereka khususnya dalam bidang penghasilan kopi.

Hebat, Orang Pekak Ditauliah Sebagai Coffee Master Pertama di Starbuck Signing Store! Hebat, Orang Pekak Ditauliah Sebagai Coffee Master Pertama di Starbuck Signing Store!

Pengurus Tanggungjawab Sosial Korporat Starbuck di Malaysia dan Brunei, Rina Siew berkata bahawa semua pekerja Pekak di Starbuck Signing Store mempunyai peluang yang cerah untuk mengembangkan kerjaya di sini dan program ACM yang dihadiri mereka mengajar kemahiran penghasilan kopi yang lebih tinggi dengan menggunakan mesin kopi yang berlainan.

IKLAN

Pelatih Pekak Starbuck Signing Store yang mengikuti program ACM kini mampu menghasilkan kopi berkualiti dengan menggunakan teknik yang dipanggil sebagai Pour Over.

“Pada ulangtahun kali ini, kami mengiktiraf kejayaan pekerja Pekak kami kerana berjaya ditauliahkan sebagai Coffee Masters. Dengan kejayaan yang telah mereka capai dalam program ACM mereka, pekerja Pekak kami telah mendapat pencapaian yang cemerlang dalam pensijilan ini melalui kerja keras dan usaha yang bersungguh-sungguh”, kata Rina Siew.

Hebat, Orang Pekak Ditauliah Sebagai Coffee Master Pertama di Starbuck Signing Store! Hebat, Orang Pekak Ditauliah Sebagai Coffee Master Pertama di Starbuck Signing Store!

IKLAN

Pekerja Pekak yang menjadi barista yang menggunakan apron hitam di Starbuck Signing Store itu juga mahir dalam mengendalikan perbualan bersama pelanggan dalam menggunakan bahasa isyarat sama seperti kedai-kedai Starbuck yang lain di Malaysia.

Secara tidak langsung meningkatkan keyakinan untuk orang-orang Pekak berkerja secara professional dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkara ini dalam persekitaran mereka.

IKLAN

Dalam pada itu, Starbuck juga mengumumkan untuk menambah lagi cawangan Starbuck Signing Store di satu lokasi baru iaitu di Pulau Pinang hujung tahun ini yang turut memberikan peluang kepada komuniti Pekak di sana untuk berkerja dan mempunyai peluang untuk mengembangkan kerjaya yang lebih besar kepada mereka.

Hebat, Orang Pekak Ditauliah Sebagai Coffee Master Pertama di Starbuck Signing Store!
Mazzuliza Mohammad, Barista & Coffee Master Starbuck Signing Store sedang menyiapkan minuman yang dipesan oleh pelanggan.
Hebat, Orang Pekak Ditauliah Sebagai Coffee Master Pertama di Starbuck Signing Store!
Mazzuliza Mohammad & Nur’aizat Mohd Rosli berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat di Starbuck Signing Store. Kedua-dua mereka adalah pekerja Pekak di Starbuck Signing Store, perhatikan apron hitam yang dipakai oleh mereka.

Selain daripada Starbuck Signing Store untuk golongan orang Pekak, Starbuck Malaysia juga turut mewujudkan program yang memberikan peluang kerjaya kepada warga emas untuk berkerja iaitu Program Starbuck VIP tiga tahun lalu di mana pekerja yang diambil berkerja di situ adalah berumur 55 tahun ke atas.

Di dalam program tersebut, Starbuck memberikan waktu kerja fleksibel dan kemudahan untuk warga emas yang lain. Sehingga kini, lebih dari 10 orang pekerja VIP di Starbuck dan yang paling tua di antara mereka berusia 79 tahun.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI