Boleh dikatakan hampir setiap minggu, ada sahaja rakan-rakan, jiran-jiran terdekat juga ahli keluarga yang begitu teruja melancong dalam negara. Lokasi tumpuan pelancong seperti Cameron Highland, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Kota Kinabalu dikatakan kembali rancak dan meriah dengan kehadiran rakyat Malaysia.
Disebabkan sokongan rakyat Malaysia terhadap aktiviti ‘cuti-cuti’ dalam negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjangkakan industri pelancongan domestik akan mula menunjukkan pemulihan memberangsangkan pada suku kedua tahun 2021. Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, walaupun pelancong asing masih tidak dibenarkan memasuki negara, namun penggalakan pelancongan domestik mula menunjukkan perkembangan positif ketika ini.
Ads
“Kita ada banyak perancangan dan telah mengambil tindakan untuk memastikan pemulihan ekonomi akan berjalan lebih awal. Saya hendak nyatakan di sini bahawa banyak yang telah kita lakukan termasuk dari segi promosi pelancongan domestik, walaupun kita menjangka (pemulihan) pada akhir tahun ini. Namun kita telah nampak (pemulihan) pada beberapa minggu lepas, kita sudah nampak hasil pemulihan ini. Nampaknya, begitu banyak hotel yang telah mula beroperasi dan kadar penginapan mencecah 75 peratus, malah ada yang 100 peratus, hasil maklum balas daripada MAH (Persatuan Hotel Malaysia) dan juga (persatuan) lain yang bekerjasama dengan kita,” jelas beliau kepada persidangan Dewan Rakyat.
Ads
MOTAC mengunjurkan kerugian bagi segmen pelancong antarabangsa adalah melebihi RM31 bilion, manakala bagi segmen pelancong domestik, pihaknya mengganggarkan kerugian melebihi RM13 bilion. Berdasarkan statistik, bagi tempoh Januari hingga Mac 2020, perbelanjaan pelancong antarabangsa merekodkan penurunan sebanyak 41.5 peratus daripada RM21.4 bilion pada 2019 kepada RM12.5 bilion. Jumlah kerugian ini termasuklah kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan ekoran aktiviti perniagaan yang tidak boleh dijalankan, pemotongan gaji serta pembatalan tempahan produk pelancongan seperti hotel dan pakej pelancongan.
[VIDEO] Thanabalan komen CURVA OFF ULTRAS MALAYA UM'07 final bola Malaysia v Thailand SEA GAMES 2017. http://stg.libur.com.my/ultrasmalaya/? IA & Zain Asri#solidaritipemainke12 #sehatisejiwa #demiMalaysia #untilthelastrebel #ultrasmalaya #harimaumuda #harimaumalaya #mainbetul² #serumpun #SEAKL17 #bangkitbersama #malaysia
Semboyan perang Ultras Malaya di stadium buat orang meremang. Padu dengan lagu Tunjukkan Taringmu, Oh Malaysia Tetap Di Hati, Lalala Oh Malaysia, Ayuh Bangkit Bersama, Kita Masuk Padang, Kami Disini Malaysia, Sikit Kita Tak Takut, Selamanya Harimau Malaya, Bersama Selamanya, Ole Ole, Huru Hara, Ekor Harimau Malaya, Darah, Mana Kamu Malaysiaku, Bangunlah,dan Kau Kebanggaanku.
ULTRAS MALAYA: PEMAIN TETAP KE-12 Ultras bukan sekadar penyokong atau tukang sorak biasa-biasa. Mereka pemain tetap ke 12 bola Malaysia; sampai BILA-BILA. Bukan saja bola, Ultras Malaya juga pernah muncul sokong skuad hoki Malaysia lawan Jerman pada 2013, hingga dapat pujian liputan media dunia.
Ultras Malaya sewaktu perlawanan hoki Malaysia v Jerman 2013.
Ultras agresif ketika match, malah pernah juga desak perubahan sistem tadbir bola negara FAM yang lama. Mereka mahu perubahan. Apa yang dirasa tidak betul, mereka luahkan di stadium. Bahasa kasar diguna, bukan suka-suka tapi betul nak tunjuk rasa tidak puas hati pada permainan atau pentadbiran. LOGIK, kalau guna bahasa lembut, memang sampai bila-bila lah tiada impak! Itulah yang berlaku sejak sekian lama.
OMBAK GULUNG ULTRAS MALAYA Sorot kembali, panjang liku perjuangan Ultras Malaya. Apa yang pasti, ultras banyak berperang dengan FAM, media, rakyat Malaysia dan penyokong negara lain.
Kemuncak kemarahan pada 2015, kelayakan Piala Dunia peringkat Asia; Malaysia lawan Arab Saudi. Saya di stadium lihat suar dibaling tengah padang, dan mercun roket dipasang menghala ke kerusi VIP. Malaysia tewas. Perlawanan dibatalkan. Malah dikenakan tindakan oleh FIFA.
Jika anda salahkan Ultras, saya kata anda gila. Kerana Ultras Malaya, banyak perubahan drastik berlaku dalam bola Malaysia. Itu tak boleh disangkal!
Pada 29/8/2017 final bola Malaysia v Thailand Sukan SEA, Ultras Malaya sepakat tidak muncul di stadium. Ini sejarah. Protes pada sistem jualan tiket yang lemah, tiket dijual oleh ulat tiket pada harga merapu dan mereka yang masuk melalui tiket kabel. Malah, ultras beri laluan pada penyokong lain yang mahu masuk stadium menyokong. Tindakan Ultras ini saya hormati. Salute!
Impak terasa. Tiada paluan gendang dan sorakan ultras. Ultras Thailand yang sedikit pula lebih suara atasi puluhan ribu rakyat Malaysia. Terdengar sekali sekala sorakan dari penyokong Malaysia, namun tanpa ultras, penyokong kita hilang punca dan suara.
Ultras memang haluan kiri. PROTES kata kunci!
ALTER EGO ULTRAS MALAYA Bola bukan sekadar sepak, gol, sorak, balik, dan tidur. Bukan… Bola dianggap maruah mana-mana pasukan. Lumrah penyokong serang mental penyokong dan pemain pihak lawan. Sampai masa, bertindak agresif. Jadi over the limit. Ini leceh.
Bila ramai, semangat lain macam. Baling bom pun belum tentu lari. OKLAH mungkin lari tapi lambat sikit. Sukar kawal semua orang. Ada yang OK ada yang OVER. Ini biasa mana-mana tempat. Tak payah sembang. Geylang si paku geylang.
Scene ultras malaya menyalakan suar Foto: ahmadjunaidi.com
Mulut jahat itu biasa. Contoh terbaru isu lirik ‘Brunei anjing, dibunuh saja’ pada match lepas. Saya cuba hadam perkara ini. Satu sudut, saya fikir over the limit.. Malah kita serumpun dan seagama. Kenapa terlebih provoke? Sudut lain saya fikir ini perang mulut bola. BIASA. Jangan sentap teruk.
Bukan Brunei saja kena, Indonesia dan Singapura pun dah lama kena ‘anjing’. Mereka pun ramai yang serumpun dengan kita. Isu ini sebabkan kemarahan penyokong bola Indonesia, Singapura, dan Brunei di media sosial. Mereka juga mula membenci Ultras Malaya, malah rakyat Malaysia. Namun, cuma berlebih-lebih di media sosial. Tapi OKLAH, keyboard warrior je.
Belum lagi tercetus PERANG DUNIA SEBAB BOLA. Perang mulut, mana-mana ceruk dunia pun sama saja.
Sudut positif; sebab perang mulut ini, semarak semangat penyokong negara lain hidupkan barisan ultras mereka. Kebangkitan demi kebangkitan ultras rantau Asia Tenggara dapat perhatian dunia. Indonesia, sememangnya miliki kapasiti ultras lebih besar dari kita. Thailand, Vietnam, Laos, Brunei, Myanmar, Singapura semua bangkit ultras mereka. Malah mereka juga menyerang balas dengan psikologi mereka. Jadi adil lah kan?
Serangan mulut jahat memang kasar, tapi tackle ini yang belum pernah kena kad kuning atau merah dari referee. Ini bola. Kalau tak tahan, marilah main catur, snooker atau batu seremban?
Cuma pendapat 20sen saya, mungkin tak perlu label ‘anjing’ pada negara serumpun kita. Kita berbahasa, pasti lawan hormat kita. Mungkin, provoke negara yang tindas umat Islam di negara lain. Mungkin sudah dibuat ultras, mungkin saya belum tahu. Mungkin boleh nyanyi nanti sama-sama. Dalam toilet, dalam kereta, dalam stadium sudah tentu.
#SERUMPUN #SEA Sampai hari surut, yang jahat panas akan reda jadi sejuk baik. Dalam padang semua keluar, luar padang biasa-biasa. Minggu depan mungkin pergi Bali, Bandung atau Lombok bercuti disana. Makan sedap kos melancong juga murah. Bulan depan mungkin ke Phuket pergi layan pantai sana. Lepastu mungkin ke Singapura shopping. Orang Singapura pula ke Malaysia makan nasi dagang, nasi kerabu, cari air terjun, masuk Sepang track. Raya haji mungkin ke Brunei ada saudara di sana. Pergi Bandar Seri Begawan tangkap gambar cantik-cantik. Untung kalau rezeki dapat kahwin gadis sana. Awal tahun rupanya dah beli tiket Air Asia ke Kemboja layan kuil Tomb Raider. Pergi Laos, buat apa? Saya pun tak tahu. Namun kita saling melawat negara jiran…Kann…Kita tak bawa mulut jahat. Silap-silap bawa balik jodoh bersama. Lupa sengketa. Api perang mulut hanya datang waktu match berlangsung. Lepastu OK. Macamtulah pusingan dia sampai bila-bila.
KITA MUNGKIN MALU, NAMUN ULTRAS MALAYA LEBIH TAHU Ketika korang selesa di rumah, pejabat, atau di mamak tonton match Malaysia melalui televisyen, Ultras Malaya di stadium sumbang tenaga, masa dan suara. Belum kira beratur punya panjang, duit minyak, makan, minum, sesak jammed, helmet hilang, dompet cicir, handphone hilang, kawan hilang, motor hilang, badan orang sebelah berbau, gaduh dengan awek, mak marah balik lambat dan lain-lain lagi.
Apa yang perlu diingat, ketika bola Malaysia nak mati, Ultras Malaya sudah ada disana menyokong hingga segagah kini.
Waktu tu, korang buat apa? Makan kuaci?
Lautan Ultras Malaya Foto: ahmadjunaidi.com
Foto: ahmadjunaidi.com
Logo harimau Malaya
Stadium dipenuhi peminat dan Ultras Malaya
Logo Ultras Malaya
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kerajaan negeri Sabah membenarkan beberapa lagi sektor beroperasi secara berperingkat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) fasa kelima bermula 10 Mei 2020.
Sektor tersebut termasuk pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar serta rangkaiannya meliputi pelancongan domestik (dalam negeri sahaja) dan semua operasi perhotelan dibenarkan kecuali penggunaan fasiliti hotel seperti surau, bilik mesyuarat, dewan seminar, bilik latihan dan bufet.
Foto: google image
Aktiviti seni budaya juga dibenarkan meliputi kegiatan seni kraf, visual, pakaian tradisional, makanan tradisional, muzik dan tari (tidak melebihi 10 orang) serta penyelidikan dan pendidikan budaya.
Selain itu, aktiviti meliputi kunjungan riadah, kajian, penyelidikan dan pemantauan alam sekitar termasuk perkhidmatan yang ditawarkan di Taman-Taman Sabah dan santuari, penuaian sarang burung, pengeluaran permit dan lesen hidupan liar juga dibenarkan.
Aktiviti lain ialah sektor sukan dan rekreasi termasuk rangkaiannya seperti latihan sukan secara individu, sukan elit dan sukan berprestasi tinggi, aktiviti sukan massa dan rekreasi yang melibatkan orang awam tidak melebihi 10 orang dalam satu kumpulan pada satu-satu masa dan rangkaian kemudahan sukan dan rekreasi seperti boling padang, lapang sasar golf dan lapang sasar menembak.
Sektor lain ialah perkhidmatan ikhtisas dan profesional, pengangkutan udara, kedai menjual kenderaan bermotor, jentera berat dan basikal serta kebenaran merentas daerah.
Semua sektor yang dibenarkan ini perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa.
Melancong sebab makanan adalah pendorong utama untuk rakyat Malaysia dan Singapura keluar bercuti dan ini bukan andaian sebarangan sebab fakta ini adalah hasil kajian yang dijalankan oleh portal tempahan penginapan iaitu Booking.com
80 peratus responden kajian itu adalah dari Malaysia dan tiga perempat responden dari Singapura mendedahkan ‘mencuba makanan baru’ adalah sebab dan pendorong utama mereka keluar bercuti dan melancong.
Pelancong dari China dan Taiwan mengembara kerana memilih untuk merasai pengalaman gaya hidup yang lebih ringkas manakala pelancong Jepun dan Hong Kong pula mahu lari dari persekitaran yang sangat mendesak di tempat sendiri sebagai sebab keluar melancong.
Bagi pelancong dari Indonesia, India dan Filipina pula, pendorong utama mereka keluar melancong adalah untuk membuktikan status sosial mereka di tempat masing-masing.
Kajian yang dijalankan pada Oktober dan November lepas itu melibatkan 53,492 pelancong dari 31 buah negara.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...