Mungkin sebelum ini jika ke Singapura, kembara anda hanya ke tempat shopping dan makan-makan, apa kata kali ini mencuba ke lokasi yang lebih fresh.
Singapore Botanic Gardens, sebuah taman atau boleh dikatakan sebagai hutan kota yang telah berusia lebih dari 150 tahun. Selain bersantai, anda lebih mendekatkan diri dengan alam semua jadi seperti slogan Singapore Botanic Gardens, iaitu “Find tranquility in the heart of the city”.
Sebaik anda berada di sini , udaranya nyaman dan segar. Taman ini wujud sejak tahun 1859 ini, dibuka setiap hari mulai jam 5 pagi hingga 12 malam. Boleh dibilang, taman ini satu-satunya botanic garden di dunia yang buka dari pagi buta hingga tengah malam dan tidak dikenakan bayaran.
IKLAN
Dengan luas lebih dari 70 hektar, koleksi tanaman yang menghiasi taman ini tentunya sangat pelbagai. Buat pencinta tanaman pastinya taman ini memberi anda kepuasan yang tidak terhingga.
Bukan sekadar melihat keindahan tanaman yang ada, malah anda juga boleh melakukan aktiviti lain seperti jogging, piknik bersama teman dan keluarga atau sekadar berjalan sambil menyedut udara segar.
Untuk ke Singapore Botanic Gardens, anda boleh menggunakan kenderaan umum. Anda boleh memilih teksi, bus awam yang melalui Holland Road atau Bukit Timah Road dan MRT.
IKLAN
Di dalam Singapore Botanic Gardens juga terdapat National Orchid Garden (Taman Anggrek Nasional). National Orchid Garden ini memiliki luas sekitar 3 hektar dengan koleksi tanamannya yang cantik dan menyejukkan mata.
Sekitar 700 jenis anggerik dari pelbagai penjuru dunia dan lebih dari 2.000 jenis anggerik hibrida ada hadir di sini. Tentunya taman ini menjadi syurga tersendiri bagi pencinta anggerik.
IKLAN
National Orchid Garden dibuka dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 7.00 malam. Di depan National Orchid Garden terdapat kedai menjual cenderahati dengan barang-barang yang menarik.
Singgah juga ke Singapore Botanic Gardens Visitor Center yang masih berada di persekitaran taman, terletak di 1 Cluny Road. Di sini terdapat The Botanic Gardens Shop yang menjual buku-buku tentang tanaman dan juga cenderahati unik.
Jom tengok aktiviti terbaru Singapore Botanic Garden di laman sesawang www.nparks.gov.sg atau terus klik sahaja di sini!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Masih terdapat lagi bot-bot rekreasi yang berdegil, dengan melakukan aktiviti memancing di sekitar perairan Selat Melaka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik, perkara itu tidak seharusnya berlaku dan komuniti laut seharusnya akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumum oleh kerajaan sebagai langkah mencegah jangkitan COVID-19. Mana-mana perkhidmatan bot kurang penting (non-essential services boat) yang keluar ke laut, boleh diambil tindakan kerana melanggar PKP.
Hanya komuniti nelayan yang berlesen sahaja dibenarkan untuk ke laut manakala yang selebihnya seperti kegiatan menjala ikan dan mengutip kupang secara berkumpulan ketika air laut sedang surut, tidak dibenarkan.
Masih dapat dilihat kegiatan sedemikian (memancing, menjala dan mengutip kupang) berlaku di sekitar pesisir pantai perairan Pantai Morib, Pantai Sepang dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Mereka keluar beramai-ramai termasuk membawa anak kecil sekali pergi mengutip kupang di pesisiran pantai. Pihak APMM terpaksa menggunakan pembesar suara dengan memberi peringatan dan menyuruh mereka pulang ke rumah.
Pulau Hashima terletak kira-kira 15 kilometer dari daerah Nagasaki di Jepun merupakan pulau kecil yang ditinggalkan dan tidak berpenghuni. Pulau ini digelar dengan nama Gunkanjima yang bermaksud ‘Pulau Kapal Perang’ sesuai dengan bentuknya seakan kapal perang.
Sekitar tahun 1890, pulau ini telah dibeli oleh syarikat Mitsubishi bagi tujuan perlombongan arang batu di bawah laut.Pulau itu mencapai kemuncak penduduk tertinggi pada tahun 1959 dengan penduduk seramai 5,259 orang dan dianggap sebagai kepadatan penduduk tertinggi dunia yang pernah dicatatkan.
Dibina pada tahun 1887, pulau ini mempunyai sebuah apartment 10 tingkat bagi menampung pekerjanya yang ramai. Selain itu, terdapat juga sekolah, restoran, kolam renang dan banyak lagi bagi para pekerja menjalani kehidupan normal seperti berada di tanah besar.
Ketika Perang Dunia Kedua meletus, tahanan perang Jepun menjadi buruh paksa di hantar ke pulau ini dan dikerah untuk mencari arang batu bagi keperluan perang Jepun. Ramai tahanan perang yang mati di sini kerana keletihan melampau, kebuluran dan wabak penyakit. Kebanyakkan tahanan perang adalah rakyat Korea Selatan dan China. Disebabkan itu, sewaktu UNESCO mengishitharkan Pulau Hashima sebagai tapak warisan dunia pada tahun 2015, kontroversi meletus. Negara Korea Selatan dan China membantah dengan status tersebut.
Namun zaman kegemilangan pulau ini tidak bertahan lama kerana kehabisan sumber arang batu. Pulau ini hanya mampu bertahan sekitar seabad sahaja sebelum ditinggalkan kosong begitu sahaja. Pulau Hashima turut digelar Pulau Berhantu kerana banyak peristiwa-peristiwa ganjil berlaku di sini.
Pada tahun 2009 Pulau Hashima dibuka kembali untuk tujuan pelancongan. Pengunjung masih boleh melihat bangunan-bangunan lama yang masih berdiri megah, sekolah, kolam mandi air panas, kedai gunting rambut dan kemudahan-kemudahan yang lain. Terdapat juga barang-barang kepunyaan penduduk yang masih tertinggal di sana seperti televisyen, buku, rangka katil, komik dan kerusi. Pulau ini masih berada dalam keadaan yang sama seperti ia ditinggalkan lebih berpuluh tahun lalu.
Kebanyakkan pengujung yang melawat ke sini berasa kagum dengan infrastruktur pembangunan di sini. Mana tidaknya, berpuluh tahun yang lepas pulau ini seperti sudah membangun dengan bangunan-bangunan yang tinggi dan kemudahan yang serba moden. Itu la kelebihan negara Jepun yang maju berpuluh tahun dari negara-negara lain.
Disebabkan keunikan Pulau Hashima ini, banyak produksi filem menjadikan pulau ini sebagai set penggambaran. Antaranya filem James Bond – Skyfall.
Yang paling abang R suka mengenai HVBRSL ini adalah konsep ‘melayu’ yang masih dikekalkan oleh pihak pengurusan, membuatkan atmosfera sepanjang abang berada di sini sangat dekat di hati.
Salam Semua. Salam perkenalan diantara kita. Sebelum abang mula cerita ni, ada baiknya abang perkenalkan diri dulu. Abang mesra dengan panggilan R dikalangan kawan-kawan dan di sini biarlah abang bahasakan diri abang sebagai abang R juga dikalangan pembaca-pembaca setia laman sesawang Libur ni.
Baru-baru ni, abang R ada pergi bercuti ke Langkawi bersempena dengan cuti Hari Raya Aidilfitri. Destinasi Langkawi memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Lankawi sentiasa menjadi pilihan ramai untuk untuk bercuti dek kerana keindahan pantai dan lautnya yang indah. Di Langkawi sendiri memang banyak kemudahan penginapan seperti hotel dan resort mengikut pilihan dan bajet masing-masing. Jadinya, abang R nak cerita dan kongsikan kepada pembaca semua pasal penginapan abang R di sana.
Kalau korang nk tahu, memang setiap tahun waktu hari raya (dalam raya ke-3 ke atas), abang R akan pilih untuk berehat-rehat di hotel dan sewaktu percutian abang R di Langkawi kali ini, abang R memilih Holiday Villa Beach Resort And Spa Langkawi (HVBRSL) sebagai lokasi penginapan.
Holiday Villa Langkawi
Hotel ini didirikan di atas tanah berkeluasan 13 ekar menghadap Pantai Tengah, Langkawi dan terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menaiki kereta.
Sampai saja abang R di sini, abang R disambut oleh pekerja hotel yang bertugas. Customer service yang diberikan kepada abang R memang bagus dan tak kira siapa pun pelanggan yang datang ke sini, semuanya akan dilayan dengan layanan yang paling baik sekali.
Kebetulan, kedatangan kami disambut mesra oleh Pengurus Besar Holiday Villa Langkawi (HVL) ini iaitu en. Philip and Pengurus F&B En. Annuar. Lepas bersalaman dengan kedua mereka, abang R terus dibawa ke bilik penginapan abang R.
HVL ni seperti hotel-hotel lain yang bersebelahan dengan pantai dan juga laut. Ada beberapa jenis bilik yang ditawarkan kepada pelanggan yang ingin bermalam di sini. Ada yang menghadap laut, ada yang menghadap dengan kolam renang.
Untuk percutian abang R kali ini, abang R pilih bilik King Suite yang menghadap laut sebab boleh nak feeling pagi-pagi je bangun terus tengok laut, rasa tenang je. Hehehe.
HVBRSL menyediakan 258 buah bilik penginapan pelbagai jenis termasuk dewan serta ruang lantai yang luas dan sesuai untuk semua acara sama ada pecutian bulan madu, percutian keluarga atau acara korporat yang memuatkan 200 orang satu-satu masa.
Harga yang ditawarkan sewaktu abang R menempah bilik tersebut memang berpatutan. Sangat bersesuaian dengan keadaan bilik yang selesa untuk anda keluar dari keriuhan bandar dan rasa nyaman di sini.
Bersama dengan bilik tersebut, abang R ambil pakej bersekali dengan sarapan pagi dan sarapan pagi yang disediakan memang sedap, terbaik dan menepati selera tekak abang R, hehehe.
LaVilla Pool Club
Abang R nak share dengan anda semua berkenaan dengan LaVilla Pool Club (LPC) ni sebab LPC ni juga antara salah satu sebab kenapa abang R nak datang menginap di HVL. Hehe.
Ada empat restoran yang tersedia iaitu Lagenda Restaurant, Kafe Ole Tropical Beach Bar, Poolside Bar dan LaVilla Pool Club & Restaurant yang baharu dan menjanjikan satu pengalaman istimewa kepada setiap pengunjung yang datang menjamu selera di sini.
Untuk pengetahuan anda semua, LPC ini ada infinity facing ‘private beach’ yang kalau anda pergi waktu matahari terbenam memang cantik and seronok!
Selain daripada itu, makanan yang disediakan di sini pun sedap-sedap belaka. Setiap hari Sabtu, diorang akan buat bbq buffet dinner.
Apart from that, diorang ada signture lobster dish yang memang menjadi tumpuan pengunjung yang datang untuk menjamu selera.
LPC ini tersenarai dalam Award of Excellent Service daripada Trip Advisor setelah 5 tahun memulakan operasi mereka dan kelab ini juga dibuka untuk non in-house guest kalau ada yang datang sekadar ingin mencuba aktiviti menarik di sini.
Amoaras Spa
Di HVL ini juga ada in-house spa. Sewaktu abang R datang ke sini, mereka buat offer 50% diskaun untuk semua treatment yang disediakan. Memang seronok sebab tak payah keluar dari hotel untuk cari tempat urut.
Dipendekkan cerita, 3 hari 2 malam abang R stay di langkawi, memang tak keluar dari hotel langsung sebab service di HVBRSL ni memang terbaik dan buatkan anda berasa seperti di rumah, hahaha.
Yang paling abang R suka mengenai HVBRSL ini adalah konsep ‘melayu’ yang masih dikekalkan oleh pihak pengurusan, membuatkan atmosfera sepanjang abang berada di sini sangat dengan di hati gitu..
Abang R nak ucapkan terima kasih kepada pengurusan dan operasi HVBRSL kerana sentiasa memastikan penginapan abang R selesa. Abang R malas nak tulis panjang-panjang, biarlah gambar sahaja yang berbicara untuk abang R, hehehe.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!