Yang paling abang R suka mengenai HVBRSL ini adalah konsep ‘melayu’ yang masih dikekalkan oleh pihak pengurusan, membuatkan atmosfera sepanjang abang berada di sini sangat dekat di hati.
Salam Semua. Salam perkenalan diantara kita. Sebelum abang mula cerita ni, ada baiknya abang perkenalkan diri dulu. Abang mesra dengan panggilan R dikalangan kawan-kawan dan di sini biarlah abang bahasakan diri abang sebagai abang R juga dikalangan pembaca-pembaca setia laman sesawang Libur ni.
Baru-baru ni, abang R ada pergi bercuti ke Langkawi bersempena dengan cuti Hari Raya Aidilfitri. Destinasi Langkawi memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Lankawi sentiasa menjadi pilihan ramai untuk untuk bercuti dek kerana keindahan pantai dan lautnya yang indah. Di Langkawi sendiri memang banyak kemudahan penginapan seperti hotel dan resort mengikut pilihan dan bajet masing-masing. Jadinya, abang R nak cerita dan kongsikan kepada pembaca semua pasal penginapan abang R di sana.
Kalau korang nk tahu, memang setiap tahun waktu hari raya (dalam raya ke-3 ke atas), abang R akan pilih untuk berehat-rehat di hotel dan sewaktu percutian abang R di Langkawi kali ini, abang R memilih Holiday Villa Beach Resort And Spa Langkawi (HVBRSL) sebagai lokasi penginapan.
Holiday Villa Langkawi
Hotel ini didirikan di atas tanah berkeluasan 13 ekar menghadap Pantai Tengah, Langkawi dan terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menaiki kereta.
Sampai saja abang R di sini, abang R disambut oleh pekerja hotel yang bertugas. Customer service yang diberikan kepada abang R memang bagus dan tak kira siapa pun pelanggan yang datang ke sini, semuanya akan dilayan dengan layanan yang paling baik sekali.
Kebetulan, kedatangan kami disambut mesra oleh Pengurus Besar Holiday Villa Langkawi (HVL) ini iaitu en. Philip and Pengurus F&B En. Annuar. Lepas bersalaman dengan kedua mereka, abang R terus dibawa ke bilik penginapan abang R.
Ads
HVL ni seperti hotel-hotel lain yang bersebelahan dengan pantai dan juga laut. Ada beberapa jenis bilik yang ditawarkan kepada pelanggan yang ingin bermalam di sini. Ada yang menghadap laut, ada yang menghadap dengan kolam renang.
Untuk percutian abang R kali ini, abang R pilih bilik King Suite yang menghadap laut sebab boleh nak feeling pagi-pagi je bangun terus tengok laut, rasa tenang je. Hehehe.
HVBRSL menyediakan 258 buah bilik penginapan pelbagai jenis termasuk dewan serta ruang lantai yang luas dan sesuai untuk semua acara sama ada pecutian bulan madu, percutian keluarga atau acara korporat yang memuatkan 200 orang satu-satu masa.
Harga yang ditawarkan sewaktu abang R menempah bilik tersebut memang berpatutan. Sangat bersesuaian dengan keadaan bilik yang selesa untuk anda keluar dari keriuhan bandar dan rasa nyaman di sini.
Bersama dengan bilik tersebut, abang R ambil pakej bersekali dengan sarapan pagi dan sarapan pagi yang disediakan memang sedap, terbaik dan menepati selera tekak abang R, hehehe.
Ads
LaVilla Pool Club
Abang R nak share dengan anda semua berkenaan dengan LaVilla Pool Club (LPC) ni sebab LPC ni juga antara salah satu sebab kenapa abang R nak datang menginap di HVL. Hehe.
Ada empat restoran yang tersedia iaitu Lagenda Restaurant, Kafe Ole Tropical Beach Bar, Poolside Bar dan LaVilla Pool Club & Restaurant yang baharu dan menjanjikan satu pengalaman istimewa kepada setiap pengunjung yang datang menjamu selera di sini.
Untuk pengetahuan anda semua, LPC ini ada infinity facing ‘private beach’ yang kalau anda pergi waktu matahari terbenam memang cantik and seronok!
Selain daripada itu, makanan yang disediakan di sini pun sedap-sedap belaka. Setiap hari Sabtu, diorang akan buat bbq buffet dinner.
Ads
Apart from that, diorang ada signture lobster dish yang memang menjadi tumpuan pengunjung yang datang untuk menjamu selera.
LPC ini tersenarai dalam Award of Excellent Service daripada Trip Advisor setelah 5 tahun memulakan operasi mereka dan kelab ini juga dibuka untuk non in-house guest kalau ada yang datang sekadar ingin mencuba aktiviti menarik di sini.
Amoaras Spa
Di HVL ini juga ada in-house spa. Sewaktu abang R datang ke sini, mereka buat offer 50% diskaun untuk semua treatment yang disediakan. Memang seronok sebab tak payah keluar dari hotel untuk cari tempat urut.
Dipendekkan cerita, 3 hari 2 malam abang R stay di langkawi, memang tak keluar dari hotel langsung sebab service di HVBRSL ni memang terbaik dan buatkan anda berasa seperti di rumah, hahaha.
Yang paling abang R suka mengenai HVBRSL ini adalah konsep ‘melayu’ yang masih dikekalkan oleh pihak pengurusan, membuatkan atmosfera sepanjang abang berada di sini sangat dengan di hati gitu..
Abang R nak ucapkan terima kasih kepada pengurusan dan operasi HVBRSL kerana sentiasa memastikan penginapan abang R selesa. Abang R malas nak tulis panjang-panjang, biarlah gambar sahaja yang berbicara untuk abang R, hehehe.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Masih terdapat lagi bot-bot rekreasi yang berdegil, dengan melakukan aktiviti memancing di sekitar perairan Selat Melaka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik, perkara itu tidak seharusnya berlaku dan komuniti laut seharusnya akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumum oleh kerajaan sebagai langkah mencegah jangkitan COVID-19. Mana-mana perkhidmatan bot kurang penting (non-essential services boat) yang keluar ke laut, boleh diambil tindakan kerana melanggar PKP.
Foto: pixabay
Hanya komuniti nelayan yang berlesen sahaja dibenarkan untuk ke laut manakala yang selebihnya seperti kegiatan menjala ikan dan mengutip kupang secara berkumpulan ketika air laut sedang surut, tidak dibenarkan.
Masih dapat dilihat kegiatan sedemikian (memancing, menjala dan mengutip kupang) berlaku di sekitar pesisir pantai perairan Pantai Morib, Pantai Sepang dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Mereka keluar beramai-ramai termasuk membawa anak kecil sekali pergi mengutip kupang di pesisiran pantai. Pihak APMM terpaksa menggunakan pembesar suara dengan memberi peringatan dan menyuruh mereka pulang ke rumah.
Aktiviti perkhemahan selain bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan baik dalam suasan alam sekitar yang damai mendapat tempat hari ini. Lokasi ‘pacak khemah’ di tepi pantai atau lokasi air terjun menjadi kegemaran dan pilihan.
Di Johor, terdapat sebuah kawasan air terjun menjadi viral dek lokasinya yang tampak begitu menarik dan berbeza dengan tapak perkhemahan yang lain. Tak perlu risau akan aspek keselamatan, semuanya sangat terjaga dan pasti berpuas hati.
First night ada ditemani family campers dari JB. Second night tinggal lah 3 orang gadis di dalam takah pengkoi tanpa orang lain camping ni masak dan makan jelaa. Kitaorg bawak makanan memang banyak masak dan bagi jiran. Jemput tok batin dengan Kak Ros (owner) datang makan. Nak balik bagi nasi lemak dekat satu group campers ni.
Buka mata nampak air terjun. Pagi mengopi depan air terjun sambil dengar air terjun. Ya Allah betul nikmat indahnya ciptaanmu. Tempat ni actually kawasan perkampungan orang asli. Dekat daerah Segamat Johor. Tempat memang sangat cantik. Boleh camping dan ada juga chalet. Ada juga penginapan dalam ‘Lori Bas’ nanti saya letak gambar.
kalau rasa malas nk bawak barang dari rumah. Dekat pekan bekok tu ada kedai speedmart 99. So boleh laaa shopping kt situ before masuk
kereta semua jenis boleh masuk.
line phone semua tak ada off dari dunia social media sebentar
toilet sharing tp lelaki perempuan asing
air terjun sesuai untuk kanak kanak and dewasa. Pandai berenang pun ada tempat yg dalam.
plugpoint ada. Tapi time saya pegi tak boleh hidup, sbb pakai generators ja. So better bawak powerbank kalau yg camping tu. Yg chalet plug ada kt dalam sana. Tiup tilam angin pakai mulut you all. Hebat partner camping saya
Meja kerusi ada disediakan dekat situ. So boleh ja ambil untuk duduk makan tepi air terjun
pelampung pun ada disediakan
bbq pit pun ada disediakan
kedai terdekat dlm 10 minit keluar dari kawasan situ. Dekat simpang Y nk masuk ke kawasan takah pengkoi ada satu kedai runcit
nak mandi saja tanpa bermalam pun boleh
kalau tak suka ramai org elok pegi time hari biasa, kalau weekend nk jalan pun berlaga bahu ramai sangat. Kalau weekdays tulaaa kekadang nasib baik ada laa org kalau tak mmg mcm kami laa jadinya. Mujur tok batin dgn kakros teman tidur kt chalet
Pesanan ringkas
sila bawak plastik sampah sendiri
jaga kebersihan kawasan ni sbb kawasan ni sangat bersih nk jumpa sampah pun susah
kalau camping bawak lampu lebih, sebab lepas pukul 11 malam. Spotlight semua akan off so akan gelap. Tinggal lampu yg malap dan biasa terang dia.
untuk campsite tkleh nk booking kt mana kita nak sbb kak ros dgn tok batin cakap siapa cepat dia dapat. Ada yg tunggu seawal 6 pagi pun ada nk tempat yg saya pacak khemah ni ni cerita time weekend and public holiday.
Harga:
Camping RM40 per pax / night (barang sendiri)
Chalet RM70 per pax / night
Mandi sahaja RM15 per pax
Harga ada yg ckp mahal and baik duduk hotel oyo harga mcm ni. Sampai sana dulu tengok sekeliling and baru anda tahu kecantikkan dia. Jalan nak masuk pun bersimen walaupun dlm hutan mmg patut bayaran mcm tu. Tak payah nk hiking bagai nk sampai kt tempat cantik mcm ni. Tekan minyak kereta je terus sampai. Part yg suka campsite dia berpasir so mmg kalau hujan pun tk akan kotor khemah and lecak. So erti kata tepuk dada tanya lah selera.
Contact person Kak Ros – 019 659 9316. Booking dulu before ke sana. Selamat tinggal Takah Pengkoi nanti ada rezeki saya akan datang lagi
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Taman Negara Kuala Koh destinasi pelancongan terletak di Gua Musang, Kelantan merupakan salah satu pintu masuk ke Taman Negara. Ia tidak lah gah seperti Taman Negara lain tetapi apa yang ada di sini tidak ditawarkan di tempat lain, misalnya terdapat lebih 350 spesies unggas yang boleh didapati dalam hutan hujan khatulistiwa ini.
Ia membuka ruang kepada pengunjung yang melalui negeri ini menjengah hutan tropika yang menyimpan kepelbagaian flora dan fauna berusia kira-kira 130 juta tahun. Hutan tebal sebegini tentunya lebih sesuai kepada mereka yang mencintai alam penuh sunyi, damai, bersantai dengan kemudahan ala kadar. Setiap pengunjung ke sini akan dikenakan beberapa bayaran untuk permit masuk, aktiviti lesen memancing sebanyak dan perlatan kamera
Canopy Walk
Laluan Canopy Walkway Taman Negara Kuala Koh sepanjang 420 meter menjadi tarikan pengunjung jika ke sini. Dibina dengan kabel besi dan jubah berkualiti tinggi serta tali yang kukuh dan mampu menampung berat lebih dari 5 tan. Ia tidak menggunakan paku yang mampu merosakkan pokok yang ada, hanya ruang kayu dipenuhi kabel dan tali. Laluan kanopi itu juga merupakan jambatan antara kanopi dengan hutan yang menghubungkan pusat pentas atau sekitar pokok.
Perasaan gayat pada mulanya ketika merentas laluan ini pasti hilang begitu sahaja setelah terpukau menghayati permandangan indah hutan menghijau dari paras atas. Jika bernasib baik, anda mungkin dapat melihat pelbagai jenis haiwan yang melintasi bawah Canopy Walkway di tanah seperti Kijang dan Babi Hutan.
Tubing
Bagi yang ingin merasa pengalaman meredah jeram di Sungai Neggiri, Gua Musang, Kelantan anda boleh mencuba di Taman Negara ini yang pasti menjadi kenangan paling berharga. Dengan bantuan nature guide berpengalaman, anda bersama tiub-tiub pelampung diturunkan ke sungai untuk memulakan ekspedisi.
Sebaik sahaja tiub-tiub hanyut ke arah kuala, anda akan disajikan keindahan alam semula jadi di sepanjang tebing sungai. Paling penting, jaket keselamatan hendaklah sentiasa dipakai bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sebahagian besar laluan adalah sungai berarus tenang yang memberi peluang kepada anda menguasai teknik mendayung. Kemahiran mendayung tiub perlu dikuasai bagi membolehkan seseorang itu dapat mengawal tiub dengan baik. Dihiburkan gemeresik kicauan unggas, keseronokan di tengah-tengah sungai dimeriahkan dengan keriuhan suara-suara pengunjung lain yang menjerit keseronokan.
Masyarakat Pribumi Kuala Koh
Menariknya pengunjung juga berpeluang mengunjungi perkampungan Orang Asli suku kaum Batek kira-kira dua kilometer dari Taman Negara Kuala Koh. Kebanyakan pengunjung tidak akan melepaskan peluang melawat perkampungan yang terletak satu kilometer daripada pintu masuk Taman Negara tersebut. Keriangan anak kecil bermain bakal menyambut kedatangan anda. Keterujaan sekumpulan kanak-kanak yang asyik bermain pasti terhenti seketika jika dihulur bungkusan gula-gula atau jajan.
Masyarakat pribumi di sini merupakan satu-satunya suku kaum Batek yang masih mengamalkan kehidupan nomad. Suku kaum ini mendapat gelarannya kerana keadaan kulit mereka yang bercorak seakan-akan batik dipercayai akibat genetik yang akan hilang sebaik meningkat dewasa. Dahulunya mereka semua duduk di dalam hutan tebal kawasan Pertang. Sejak penempatan unit baru dibuka mereka berpindah di rumah batu didirikan. Walaupun rumah batu didirikan mereka masih mendiami rumah yang mempunyai ciri-ciri asal mereka.
PenginapanTersedia
Di Taman Negara Kuala Koh menyediakan kemudahan resort bertaraf dua bintang berupa chalet dan juga bilik asrama. Manakala sebuah kafe, surau dan bilik mesyuarat lengkap dengan kemudahan audio visual turut disediakan. Bekalan elektrik di sini agak terhad tetapi perhubungan telekomunikasi tidak terputus. Lokasi untuk tapak perkhemahan juga turut disediakan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...