
Malaysia sememangnya kaya dengan tempat-tempat menarik untuk diteroka. Banyak pulau-pulau yang sangat indah hingga diiktiraf sebagai 10 pulau tercantik di dunia. Bukan saja pulau, tapi banyak lagi tempat untuk diteroka.
Bagi yang sukakan cabaran meneroka gunung, bolehlah mencuba meneroka Gua Pasir Dagag di Langkawi. Kaya dengan formasi stalagmite yang pelik, bagi individu yang sukakan cabaran, bolehlah ke sini.
Gua ini terletak di kawasan perairan selatan pulau utama Langkawi. Anda perlu menaiki bot (lebih baik dari Jeti Teluk Baru Awana di Pantai Tengah) dan sampai ke Pantai Pasir Dagang yg terletak di Pulau Dayang Bunting.
Gua sepanjang 100 meter ini akan membuat anda terpukau dengan formasi stalagmit yang pelik. Gua ini mempunyai dinding batu kapur yang besar dan aliran air mengalir melaluinya.
Untuk memasuki gua, anda perlu melalui air separas pinggang sekiranya air laut pasang.
Rasa udara yang nyaman didalam gua disebabkan oleh angin sejuk yang terus menerus mengalir melalui terowong.
p/s: Dinasihatkan untuk menggunakan jurupandu yang berpengalaman dan menjaga semua Formasi yang terdapat di dalam gua.
Trip 2 hari 1 malam sukses dengan jayanya dimana semua peserta bermalam di Pulau Singa Besar yang mempunyai kemudahan air tawar dan tapak perkemahan. Sesuai juga untuk menggantung hammock dan aktiviti hiking ke waterfall yang tidak jauh dari tapak perkemahan.
Kredit : Azim Lgk via Jom Ronda Malaysia
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Intip Destinasi: 9 Fakta Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Melancong Ke Brunei Darussalam

Isi Kandungan
ToggleBrunei Darussalam, salah satu negara jiran kita di Kepulauan Borneo dan berkeluasan 5,765 kilometer persegi. Kalau nak dibandingkan, keluasan Brunei ni hampir-hampir dengan keluasan Negeri Sembilan. Kepada anda yang nak travel ke Brunei, boleh practice ronda-ronda Negeri Sembilan dulu ambil mood, hehe.
Okay tapi bukan itu yang nak Libur fokuskan dalam artikel ni. Libur nak fokuskan mengenai tips and trick untuk anda yang ada perancangan ke Brunei Darussalam.
Sekalipun Brunei mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Malaysia, jangan pula anda sesuka hati melanggar peraturan di sana ya. Alamatnya tak balik Malaysia la nanti.
Jadi, tanpa melengahkan waktu, jom kita ambil tahu apa yang perlu kita buat sekiranya ingin travel ke Brunei Darussalam.
Brunei berkeluasan 5,765 kilometer persegi
Ramai orang yang datang melancong ke Brunei hanya ambil masa sehari atau dua hari. Rugi sebenarnya sebab ada banyak tempat yang anda boleh lawati di sana. Sehari dua di Brunei, Taman Negara Ulu Temburong pun anda tak sempat pergi.
Libur cadangkan ambil masa antara tiga ke empat hari untuk melancong di Brunei. Brunei adalah satu negara yang sangat menarik dan jangan rushing untuk balik rumah.
Rakyat Brunei sangat ramah kepada pelancong
Rakyat Brunei adalah antara masyarakat yang peramah di dunia dan mereka juga sukakan pelancong datang ke negara mereka. Boleh dikatakan di setiap jalan, akan ada yang menyapa anda sekalipun mengucapkan perkataan ‘hi’ sahaja.
Rakyat Brunei juga suka travel, jadi siap sedia sekiranya mereka berkongsi kisah travel mereka kepada anda.
Undang-undang syariah di Brunei
Brunei adalah negara yang menggunakan undang-undang syariah dan undang-undang syariah tidak terpakai kepada yang bukan beragama Islam. Walaupun begitu, kepada anda yang bukan beragama Islam, tidak bermakna anda boleh melakukan apa sahaja di sana. Begitu juga kepada yang beragama Islam.
Jaga pemakaian dan sentiasa berpakaian sopan sekalipun anda jauh dari rumah. Cuba jaga nama baik Malaysia sewaktu anda berkunjung ke sana. Perbuatan yang bertentangan dengan syariah boleh jadi viral dan membuatkan anda terkenal di Malaysia.
Negara yang bosan untuk aktiviti jahiliah
Hanya orang yang membosankan sahaja yang cepat bosan. Ramai orang rasa Brunei ini bosan sebab tiada apa-apa aktiviti yang anda boleh lakukan di waktu malam. Tapi cuba anda buka jiwa dan minda anda untuk menyelami budaya masyarakat Brunei, mesti anda akan merasai keseronokkannya.
Di Brunei, anda tidak boleh berpakaian yang mendedahkan aurat seperti berseluar pendek. Tidak ada kelab malam di sana dan tidak ada satu kedai pun yang menjual minuman alkohol. Walau bagaimanapun, anda yang minum minuman alkohol boleh minum tuak bersama masyarakat Iban di daerah Temburong sewaktu persa menuai. Itu sahaja.
Aktiviti malam masyarakat Brunei pada waktu malam hanyalah minum kopi di kedai kopi atau restoran sehingga pukul 11 malam kerana kedai tidak lagi beroperasi selepas waktu itu.
Cara berpakaian yang sesuai di Brunei
Kepada yang bukan muslim, tidak perlu untuk anda try-hard berpakaian menutup litup seperti kawan-kawan muslim anda yang lain. Cukup sekadar anda berpakaian yang tidak menjolok mata.
Baju biarlah di bawah paras lengan dan kain pula biarlah di bawah paras lutut. Kepada lelaki, seeloknya anda berseluar panjang ketika keluar bersiar-siar menikmati keindahan negara Brunei Darussalam.
Elak bercakap soal politik
Hati-hati bila bercakap tentang Brunei lebih-lebih lagi berkaitan Sultan mereka. Perkara ini adalah perkara sensitif dan ada tindakan undang-undang boleh dikenakan sekiranya anda menyinggung perkara berkenaan Sultan Brunei.
Jadi, lebih baik anda elakkan daripada berbual soal politik di sana lebih-lebih lagi jika anda ada perkara-perkara kritikal yang ingin dibualkan. Ingat, Brunei tiada hak kebebasan bersuara.
Pengangkutan awam tidak selalu digunakan
Sekiranya anda travel ke sana dan tidak memandu kenderaan, adalah elok sekiranya anda boleh merancang perjalanan anda terlebih dahulu. Ada bas dari lapangan terbang ke pusat bandar, tapi kekerapannya tidak banyak dan bas akan bertolak tepat pada waktunya.
Kebanyakkan tempat-tempat menarik di Brunei boleh diakses dengan hanya berjalan kaki sahaja dan sekiranya jarak tempat yang anda tuju itu jauh, anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi sahaja. Lebih berbaloi sekiranya anda boleh menginap di kawasan pusat bandar kerana anda boleh menjimatkan kos untuk menaiki teksi di sana.
Untuk menggunakan perkhidmatan teksi, download aplikasi Dart atau Grab. Aplikasi ini akan memberikan lokasi anda, jumlah kos dan pemandu teksi akan mengambil anda di lokasi yang diberikan.
Brunei adalah syurga makanan
Rakyat Brunei juga adalah pencinta makanan dan anda jangan tinggalkan negara Brunei tanpa mencuba beberapa menu makanan tempatan tatkala travel di sana. Anda perlu cuba ambuyat dan street food Brunei apabila berkunjung ke night market.
Makanan laut di sana fresh dan cukup rempah ratusnya. Sekiranya anda travel ke sana, cuba makanan laut mereka. Antara menu makanan lain yang dicadangkan adalah Nasi Katok.
Rebut peluang ke Taman Negara Ulu Temburong
Walaupun hasil utama negara Brunei adalah petroleum, kerajaan mereka turut mementingkan usaha untuk penjagaan alam sekitar bagi melindungi alam semulajadi mereka yang kaya dengan flora dan fauna ini. Dan untuk pengetahuan anda, Brunei antara negara yang mempunyai hutan hujan dara yang terbaik di dunia.
60% daripada keluasan negara ini masih ditutupi hutan hujan dan masih belum diteroka oleh manusia. Walapun hanya sebahagian sahaja kawasan Ulu Temburong yang boleh dilawati orang awam, itu sahaja sudah cukup memuaskan bila melihat keindahan alam semulajadi di sana.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lagenda Bujang Senang, Si Buaya Pembaham Ramai Manusia Di Sarawak

Bujang Senang, seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Buaya spesies Crocodylus porosus (buaya air masin) berukuran 19 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya.
Buaya ini bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941. Tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992, seorang wanita berbangsa Iban bernama Dayang anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban, anak Sungai Batang Lupar. Sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak mati Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992.
Bujang Senang adalah buaya ke 4 terbesar di dunia. Tengkorak Bujang Senang kini dipamerkan di ladang buaya Jong, Sarawak. Namun, penduduk tempatan percaya, Bujang Senang masih berkeliaran. Yang ditembak mati ialah Dayang Fatimah Eneng Emas, isteri Bujang Senang.
Mitos
Bujang Senang kononya jelmaan seorang pahlawan Iban bernama Simalungun. Dia dikatakan telah dibunuh dan disumpah menjadi buaya lalu dia bersumpah akan membunuh semua keturunan yang membunuh dia dan isterinya. Kebanyakan mangsa adalah dari Orang Iban. Kebetulan kerana Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Lupar, Sungai Saribas, Sungai Kalaka, Sungai Rajang, Sungai Sadong, Sungai Sarawak, Sungai Balingian, Sungai Kemena, Sungai Baram, Sungai Limbang dan Sungai Lawas.
Sebenarnya, bukan Bujang Senang sahaja buaya besar di Sarawak. Bujang Belawai, Bujang Selar, malah banyak lagi. Jika ke Sarawak, anda boleh ke Jong Crocodile Farm untuk melihat sejarah buaya dan mangsa buaya. Di sini ada live buaya diberi makan. Buaya mampu melonjak badan ke luar air sehingga 2 meter bagi menyambar makanan dan bunyi kuat ketika rahang buaya terkatup.
Izin Buru Buaya (The Borneo Post)
10 sungai di Sarawak dibolehkan memburu buaya ialah Batang Sadong, Sungai Tuang, Batang Krian, Sungai Seblak, Sungai Lingga, Sungai Sebuyau, Batang Lupar, Batang Saribas, Batang Baram dan Sungai Bakong.
Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Sapuan Ahmad ketika itu berkata, kaji selidik yang dijalankan dari tahun 2012 hingga 2014 menunjukkan bahawa sungai-sungai tersebut mempunyai kepadatan 8 hingga 14 ekor buaya untuk setiap satu kilometer dengan Batang Lupar memiliki rekod terbanyak.
“Kesemua lokasi berkenaan adalah antara 45 sungai dengan jumlah sepanjang 2,108.38 kilometer dan dihuni kira-kira 12,000 ekor buaya atau 5.57 ekor buaya bagi setiap kilometer di sungai-sungai terbabit.
“Sungai-sungai ini juga adalah lokasi di mana kebanyakan serangan buaya ke atas manusia dilaporkan berlaku sejak bertahun-tahun lepas”
Bagaimanapun, menurut Sapuan, walaupun pemburuan dibenarkan namun kuota dan permit memburu, membunuh dan menjual buaya masih belum dimuktamadkan dan perlu dipersetujui oleh agensi-agensi kerajaan dan kementerian berkaitan termasuk Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Buaya dewasa adalah sangat produktif dan setiap ekor boleh menghasilkan 800 biji telur, manakala kadar survival atau jangka hayat adalah sangat tinggi kerana buaya boleh hidup sehingga 100 tahun
Buaya di Sarawak adalah haiwan liar dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar (WPO 1998) dan di bawah peruntukan antarabangsa CITES. Oleh kerana populasi pulih dengan drastik, kini memburu dan membunuh reptilia pemangsa ini dibenarkan apabila ia dianggap boleh mengancam keamanan dan harta, mengikut peraturan-peraturan di bawah Seksyen 41, 42 dan 42A WPO 1998.
Video buru buaya di Sarawak
Top 5 buaya besar dunia
- Lolong (6.17 meters/20 feet 3 in) – MATI
- Dominator (6.1 meters/20 feet) – HIDUP
- Gustave (~6 meters/19.68 feet)- HIDUP
- Bujang Senang (5.88 meters/19 feet 3 inches) – MATI usia 51 tahun. Jika masih hidup, agak besar mana?
- Brutus (5.60 meters/18 feet 4 in) – HIDUP
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cinta Abadi Resort Bidor, Depan Ada Kolam Dan Tepinya Sungai

Isi Kandungan
ToggleKalau anda mencari tempat nak buat reunion atau family day, boleh lah pilih Cinta Abadi Resort Bidor di Perak.
Cinta Abadi Resort Bidor
Apa yang menarik, resort tepi Sungai Poh sangat cantik dengan pemandangan belakang gunung yang memukau.
Menu Yang Menarik
Nampak menu di sini pun macam menarik, ya! Nasi lemak, memang confirm ada, jangan risau. Okay, semak lah sendiri menu lain yang ada kat sini.
Lokasinya pula penuh dengan kehijauan dan betul-betul tepi anak sungai. Suasana yang tenang, aman, damai, jauh dari kesibukan kota.
Owh ya, jangan risau di sini ada banyak jenis penginapan berbentuk chalet, rumah tamu dan studio villa yang boleh disewa seisi keluarga.
Aktiviti apa boleh buat di sini:
Family day
Team Building
Majlis Bertunang
Majlis Kahwin
Majlis doa selamat
Explorace
Jika nak berkhemah pun boleh, memang ada tempatnya. Tengok suasana bilik itu sudah menarik. Boleh lah buat healing dengan keluarga tersayang.
Bentuk resort yang menarik, Kampung Modern dan sangat sesuai menginap bersama keluarga serta rakan-rakan.
Nanti datang lah beramai-ramai, baru seronok nak buat aktiviti di sini. Kalau kena waktu musim durian, itu bonus!
Lokasi:
Cinta Abadi Resort Bidor
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI