Buat anda yang tercari-cari perabot berkonsep dan mencari interior yang mengetengahkan gaya Scandinavian, kunjungan ke galeri perabut Joy Design Studio pasti tidak mengecewakan. Koleksi perabot dan sofa tampil dengan reka bentuk terkini dan warna yang mempersona.

Joy Design Studio yang direealisasikan sejak 2014 oleh Sheikh Mohamad Azrul S.M Nasimuddin Kamal membuka satu lagi cawangan baharu premis itu di Pusat Perdagangan Danga Utama, Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat, cawangan itu kini ialah bilik pameran terbesar JOY setakat ini, terletak di lokasi strategik dengan kawasan trafik tinggi dalam pusat bandar yang sibuk.

Menurut Sheikh Azrul lagi, kajian JOY mengenai demografik cawangan tersebut pastinya dapat menampung jumlah kehadiran pelanggan sekitar wilayah Selatan tanah air, termasuk penduduk Johor dan Singapura. Malah, cawangan baharu tersebut juga mampu berfungsi sebagai pintu masuk kepada Joy Design Studio untuk cuba berjinak dalam pasaran antarabangsa.

IKLAN

Joy Design Studio turut mengumumkan pembukaan unit perniagaan JOY ID & CAFE, iaitu sebuah kafe dalam premis dengan nama CUPPAJOY, dan firma konsultan rekabentuk dalaman, JOY DESIGN & BUILDING yang bakal mula beroperasi di ibu pejabat di Setia Alam, Shah Alam. Kafe ini bakal dilengkapkan dengan mesin kopi terkini dan barista yang akan menyediakan hidangan kopi panas menyegarkan. Kafe ini djangka beroperasi tidak lama lagi.

IKLAN

Apa yang dibawakan oleh studio ini ialah berkonsepkan mid century dan Scandinavian tampil dengan gaya elegan. Konsep dan reka letak keseluruhan galeri perabot tersebut diberikan rupa baharu yang cukup memukau, di mana pelanggan akan merasai suasana membeli-belah selesa dan mewah, iaitu konsep baharu yang diperkenalkan menerusi produk mewah mampu milik, JOY COLLECTION.

IKLAN

Dengan pelancaran cawangan baharu di Johor Bahru, Joy Design Studio  kini sudah memiliki tiga bilik pameran di Malaysia. Selain di Johor, dua lagi premis terletak di Setia Alam Shah Alam yang juga ibu pejabat dan Bangsar, Kuala Lumpur. Galeri ini mampu menarik lebih ramai pelanggan dengan pilihan perabot terkini serta  keluasan yang ada memberi keselesaan buat pelanggan memilih perabot yang bersesuaian untuk menghiasi kediaman mereka.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI