Tidak salah lari dari kebiasaan bercuti kali ini dengan mencipta kelainan. Selalunya bagi yang ada keluarga, kita akan pilih mengunjungi Taman Tema tetapi kali ini pergi melihat ladang buah-buahan yang terletak di Rawang Selangor.
Terletak tidak jauh perjalananan dari bandaraya Kuala Lumpur, anda pasti teruja menikmati pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang ditanam di sini.
Selain menikmati buah-buahan, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti lain seperti Mini Petting Zoo, Taman Arnab, Ladang Rusa, Rumah Kampung, Menoreh Getah.
Bukan itu saja, pengunjung juga boleh menikmati keindahan Hi-Tech Farm, Eco Bridge Pavillion, Laman Herba dan banyak lagi.
Oleh kerana kawasan di sini sangat luas, jadi anda akan dibawa menaiki tram dan berhenti di pelbagai check point menarik sambil makan-makan buah tempatan secara percuma.
Ads
Untuk perjalanan dalam Selangor Fruits Valley ini mengambil masa 2 jam. Tidak terasa lama kerana enjoy menikmati keindahan kawasan ini.
Memang sesuai sangat nak bawa anak-anak dan keluarga santai kat sini, kalau datang musim buah lagi syok!
Ads
Tiket Masuk:
– Dewasa: RM15
– Kanak-kanak & Warga Emas: RM10
– Kanak2 bawah 3 Tahun: PERCUMA
– Waktu Operasi: 9.00 AM – 4.00 PM
– Tutup Hari Jumaat
Alamat:
Selangor Fruits Valley , KM7, Jalan Batang Berjuntai, Batu Arang,
Rawang, 45600 Berjuntai Bestari, Selangor
Taman Tema Air Pilihan Rakyat nak berlibur, anak-anak mesti seronok!
Inilah waktunya untuk anda dan keluarga bersuka-ria. Walau apa cara percutian sekalipun, jika tidak melibatkan keseronokan bermain air, seperti tidak sempurna. Di negara kita terdapat pelbagai pilihan taman tema berkonsep tersendiri, pilih sahaja mana yang kena dengan bajet anda.
Untuk anda yang mencari lokasi taman tema air bersaiz ‘mini’ atau tiket yang ditawarkan berbaloi untuk kunjungan keluarga. Ini destinasi yang dicadangkan:
Wet World Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali hari Rabu 10.00am hingga 6.00pm
Bayaran: Dewasa 130cm dan keatas RM33 / Kanak-kanak 3 tahun hingga 10 tahun RM29 / Warga Emas 60 tahun hingga 99 tahun RM20
2. Melaka Wonderland Theme Park & Resort, Melaka
Waktu Operasi: Selasa hingga Jumaat 11.00am hingga 6.00pm / Sabtu dan Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah 9.00am hingga 6.00pm
Bayaran: Selasa hingga Jumaat: Dewasa RM36.00 / Kanak-kanak RM29.00 / Warga Emas, OKU RM22.50 / Sabtu dan Ahad: Dewasa RM40.50 / Kanak-kanak RM34.00 / Warga Emas, OKU RM22.50
3. Kubang Gajah Mini Waterpark Temerloh, Pahang
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat Kecuali Rabu: 2.00pm – 7.00pm / Cuti Sekolah, Sabtu & Ahad, Cuti Umum 9.00am hingga 7.00pm
Bayaran: Dewasa RM12 / Kanak-kanak 2 hingga 12 Tahun RM10 / OKU, Warga Emas RM6
4. Gold Coast Morib Water Theme Park, Banting, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari 10.00am hingga 6.00pm
Bayaran: Dewasa 12 Tahun dan Keatas RM25 | Kanak-kanak 2 hingga 11 Tahun RM15
5. Waterworld @ I-City, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat Kecuali Selasa 11.00am hingga 6.00pm / Sabtu dan Ahad, Cuti Umum 10.00am hingga 6.00pm / Cuti Sekolah 10.00am hingga 7.00pm
Bayaran: Dewasa RM38/ Kanak-kanak RM33
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau dah sampai Terengganu, anda wajib singgah beberapa tempat ini untuk melengkapkan percutian di negeri ‘kaya’ dengan pantai ini.
Okay, jom tengok pantai apa yang best di sini dan makanan apa yang sedap di ‘Ganu Kita’ menurut pengalaman saudari Cik Han, katanya ada 9 tempat menarik, ya!
1. Pujangga Cafe
Cafe ni buka early morning & korang boleh experience breakfast style Terengganu. Dekat sini famous dengan Nasi Dagang & Nasi Minyak. Tapi untuk air tak banyak choice. Retro style cafe yang served Terengganu breakfast.
2. Pantai Mangkuk
Pantai Mangkuk terletak di Penarik dan sepanjang pantai ni ada banyak kedai celup tepung. Boleh pilih sahaja yang mana anda nak. Exact location dalam gambar ni susah nak explain tapi anda boleh explore sepanjang pantai dan boleh jumpa port ootd kat sini.
3. Pantai Jambu Bongkok
Pantai ini terletak di Marang. Dekat sini banyak Pokok Kelapa jadi rasa tenang sangat. Dekat tepi tepi pantai pun ada pondok pondok untuk lokasi bergambar.
4. Pantai Kekabu
Pantai ini ada benteng batu bentuk Y. Pantai berdekatan dengan Jeti Marang ke Pulau Kapas. Jadi anda boleh tengok banyak kapal dekat sini. Pantai ini pun ada kanak-kanak yang mandi.
5. Warung Adik Beradik
Selain Pok Nong Celup Tepung, anda patut cuba makan dekat sini. Anda boleh menikmati celup tepung sambil tengok pemandangan pantai.
6. Xofi.Trg
Antara cafe yang famous di Terengganu. Coffee & frappe sedap. Pastry dan cake pun ada banyak jenis. Lokasi di Tok Jembal dan dalam gambar tu makanan yang diorder.
7. Masjid Kristal
Yang ni wajib visit, floating masjid yang sangat cantik architecture. Tourist pun selalu datang sini. Kalau jalan sikit ada kedai makanan berdekatan.
8. Nyiur
Cafe yang viral sebab vibes dia tepi pantai dan lokasi pun cantik. Ada banyak pokok kelapa. Parking senang sebab tempat luas. Makanan berat tak banyak. Air dan snack pun biasa biasa. Lebih kepada tempat lepak.
9. Terengganu Foodie
Kalau nak merasa nasi kerabu sedap boleh makan di Suerasa Nasi Kerabu. Kalau nak merasa celup tepung sedap dan tempat makan yang vibes best boleh cuba di Mr.Celup Tepung Station. Mee Champa wajib cuba kalau ke Terengganu, lokasi di Dungun. Owh ya, boleh cuba makan di Warung Selera Sayang lepas balik daripada Pulau Kapas.
Itu sahaja yang anda boleh singgah bila sampai Terengganu. Jangan lupa bawa balik keropok losong juga sebagai buah tangan, baru lengkap percutian ke negeri ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bujang Senang; seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Buaya spesies Crocodylus porosus (buaya air masin) berukuran 19 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya. Bujang Senang dipercayai berumur 51 tahun.
Buaya ini bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941.Tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992, seorang wanita berbangsa Iban bernama Dayang anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban, anak Sungai Batang Lupar. Sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak mati Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992.
Bujang Senang adalah buaya ke 4 terbesar di dunia. Tengkorak Bujang Senang kini dipamerkan di ladang buaya Jong, Sarawak.
Inilah tengkorak kepala Bujang Senang. Bahagian lain dibuang ke laut begitu sahaja tanpa usaha untuk mendapatkan semula.
Namun, penduduk tempatan percaya, Bujang Senang masih berkeliaran. Yang ditembak mati ialah Dayang Fatimah Eneng Emas, isteri Bujang Senang.
Sebenarnya, bukan Bujang Senang sahaja buaya besar di Sarawak. Bujang Belawai, Bujang Selar, malah banyak lagi. Jika ke Sarawak, anda boleh ke Jong Crocodile Farm untuk melihat sejarah buaya dan mangsa buaya. Di sini ada live buaya diberi makan. Buaya mampu melonjak badan ke luar air sehingga 2 meter bagi menyambar makanan dan bunyi kuat ketika rahang buaya terkatup.
Buaya menyambar ayam tergantung
Buaya dibawa ke ladang
Anak buaya
Buaya sedia dipindahkan
Bujang Belawai
Izin buru buaya (The Borneo Post)
10 sungai di Sarawak dibolehkan memburu buaya ialah Batang Sadong, Sungai Tuang, Batang Krian, Sungai Seblak, Sungai Lingga, Sungai Sebuyau, Batang Lupar, Batang Saribas, Batang Baram dan Sungai Bakong.
Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Sapuan Ahmad berkata, kaji selidik yang dijalankan dari tahun 2012 hingga 2014 menunjukkan bahawa sungai-sungai tersebut mempunyai kepadatan 8 hingga 14 ekor buaya untuk setiap satu kilometer dengan Batang Lupar memiliki rekod terbanyak.
“Kesemua lokasi berkenaan adalah antara 45 sungai dengan jumlah sepanjang 2,108.38 kilometer dan dihuni kira-kira 12,000 ekor buaya atau 5.57 ekor buaya bagi setiap kilometer di sungai-sungai terbabit.
“Sungai-sungai ini juga adalah lokasi di mana kebanyakan serangan buaya ke atas manusia dilaporkan berlaku sejak bertahun-tahun lepas”
Bagaimanapun, menurut Sapuan, walaupun pemburuan dibenarkan namun kuota dan permit memburu, membunuh dan menjual buaya masih belum dimuktamadkan dan perlu dipersetujui oleh agensi-agensi kerajaan dan kementerian berkaitan termasuk Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Buaya dewasa adalah sangat produktif dan setiap ekor boleh menghasilkan 800 biji telur, manakala kadar survival atau jangka hayat adalah sangat tinggi kerana buaya boleh hidup sehingga 100 tahun
Buaya di Sarawak adalah haiwan liar dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar (WPO 1998) dan di bawah peruntukan antarabangsa CITES. Oleh kerana populasi pulih dengan drastik, kini memburu dan membunuh reptilia pemangsa ini dibenarkan apabila ia dianggap boleh mengancam keamanan dan harta, mengikut peraturan-peraturan di bawah Seksyen 41, 42 dan 42A WPO 1998.
Video buru buaya di Sarawak
Top 5 buaya besar dunia
Lolong (6.17 meters/20 feet 3 in) MATI
Dominator (6.1 meters/20 feet) HIDUP
Gustave (~6 meters/19.68 feet) HIDUP
Bujang Senang (5.88 meters/19 feet 3 inches) MATI usia 51 tahun. Jika masih hidup, agak besar mana?
Brutus (5.60 meters/18 feet 4 in) HIDUP
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...