Sememangnya negara kita penuh dengan alam keindahan semulajadi yang memukau pandangan. Masih banyak lokasi-lokasi pelancongan menarik yang belum diteroka sepenuhnya dan hanya penduduk setempat mengetahui keistimewaanya.
Apa kata, kalau suatu hari berkesempatan ke Sarawak, selain melayan Waterfront di Bandaraya Kuching, menerjah Taman Negara Mulu bagi yang teringin melayan indahnya pemandangan matahari terbit, boleh naik ke Bukit Baru Selabat yang hanya ketinggian 218 meter dari paras laut. Lebih menarik, ia merupakan bukit paling top dikunjungi penduduk setempat untuk aktiviti hiking. Bukan pro pun tiada masalah untuk naik ke bukit ini. Sementelah, perjalanan dari tengah Bandaraya hanya memakan masa 20 minit pemanduan ke bukit ini tapi view yang bakal diperoleh memang superb sama sekali.
Ikuti perkongsian coretan dari Ismail Roslan akan keistimewaan bukit ini.
Muara Tebas, Kuching Sarawak.
Baru ini ada kesempatan mengunjungi bukit yang paling top di Kuching. Silap-silap aku orang yang ke enam belas ratus tiga ribu dua ke sini.
Bukit Batu Selabat, Muara Tebas, 20 minit pemanduan dari Bandaraya Kuching. Best bukit ni dia tak tinggi tapi treknya boleh dikatakan lengkap dari level santai sampai part bertali apabila hampir ke puncak yang menyajikan pemandangan 360 darjah dari kiri kanan depan belakang semua nampak. Dengan jarak ±1.2km pendakian di sini boleh dikatakan singkat, mengambil masa 30 minit (laju) sehingga 60-90 minit (santai-santai pace leha). Nak share sini pandangan,pengalaman dan pemerhatian peribadi:
Ads
> Sudut-sudut gambar yang menggayatkan
Ramai tahu, Bukit Batu Selabat popular dengan sudut-sudut gambar tepi cerun, sukut dengan sudut yang merangsangkan adrenalin tubuh badan. Tak dinafikan camera trick dan ruangan batu luas menjadi faktor dalam menghasilkan gambar-gambar extreme macam tu. Namun asasnya keselamatan wajib diutamakan. Tiada yang buat halangan, cuma berhati-hati dengan langkah dan tindakan.
Ads
> Sunset di Selabat
Boleh dijadikan pengalaman kalau nak cuba try test layan sunset dari tempat tinggi. Mentarinya jatuh di belakang hamparan gunung. Tapi viewnya agak luas. Tak sampai puncak pun boleh layan. Tak terlalu membezakan kalau korang layan sunset tepi waterfront. Macam dikata tadi, sekadar merasai pengalaman sunset dari Bukit Batu Selabat. Dicadangkan stay lama sikit sebab boleh layan lampu-lampu bergemerlapan Bandaraya Kuching. Ini pun best. Atas tu ada kawasan rata sikit boleh pakai Maghrib.
Ads
> Naik Selabat untuk sunrise penampakan matahari naik hanya dari puncak. Kalau tak sampai puncak, masih best menghayati suasana fajar menyinsing. Jadi kalau betul-betul nak tengok sunrise, cadangan pendakian selewatnya jam 0515. Mendaki dalam keadaan gelap mungkin memperlahankan sedikit pace. Subuh boleh lah kat tengah trek. best lagi kalau ada rezki, dapat awan karpet syahdu di awal pagi.
Sama seperti tempat lain, momen sunrise dan sunset tetap bergantung kepada faktor cuaca dan keadaan persekitaran. Nak rasa kedua-dua, boleh set camping kat puncak ketiga. tempat pun luas dengan view memukau. Jangankan camping, nak buat majlis baca nikah pun boleh. tapi PKP ni, kawin kat pejabat agama je la senang. takkan tok kadi nak ikut hiking?
Banyak lagi yang boleh diceritakan berkenaan Bukit Batu Selabat ni. Antaranya Puncak Beruk, iaitu Puncak kedua di Bukit Batu Selabat. Kelihatan bentuk puncak tersebut seakan-akan muka seekor beruk apabila dilihat dari kedudukan Puncak satu. Boleh refer caption pada gambar . Pada aku benda ni menarik jugak la, sebab tak perasan pun sebelum ni.
Lagi satu nak highlight. Bagi yang bercadang untuk dayhike, boleh lanjutkan pendakian turun terus ke air terjun Arong Serait yang memang dah popular sebelum ni. Jadi tak perlu la cerita lagi, nanti nak cerita panjang sangat aku pulak yang bosan, bukannya korang. Okey, sampai sini saja. Ini cuma pandangan peribadi dari pengalaman dan pemerhatian. Teruskan menyokong produk-produk pelancongan tempatan di samping mematuhi SOP yang ditekankan pihak berkenaan.
Anda wajib cari apam balik Astaka ini di Sitiawan, mencari rezeki dengan menggunakan sebuah motor tiga roda sahaja. Apa yang penting, sedap!
Pakcik Irsal ini dah meniaga apam balik sejak tahun 1990 lagi dekat Pasar Tuak, sekeping RM4.00 sahaja.
Tengoklah intinya sampai meleleh keluar, penuh dengan kacang dan jagung. Itu lah istimewanya makan apam balik pun. Kalau inti takat ada sahaja, itu biasa.
Lokasi: Apam Balik Astaka, Pasar Awam Sitiawan, Perak Waktu perniagaan: 3 petang hingga habis
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Orang Perak mesti sudah biasa dengan tempat ini, tetapi kalau anda yang datang dari luar Perak, ini spot air panas yang perlu anda kunjungi sekiranya ingin merasai kelainan kolam air panas berbanding tempat-tempat lain.
Kunjungan ke Kolam Air Panas Lubuk Timah, Simpang Pulai atau lebih dikenali sebagai Lubuk Timah Hotspring pasti meninggalkan memori terindah buat sesiapa sahaja yang datang ke lokasi tersebut.
Tidak sepopular kawasan kolam air panas semula jadi yang menjadi tumpuan lain di Malaysia, Kolam Air Panas Lubuk Timah sebenarnya agak terkenal dalam kalangan penduduk setempat serta negeri jiran, Selangor, Pulau Pinang dan Pahang yang sering datang untuk beriadah bersama keluarga dan sahabat selain menikmati air panas semula jadi yang dipercayai penuh khasiat di kawasan itu. Lokasi ini adalah strategik kerana ia melalui jalan menuju Cameron Highlands. Sekiranya pengunjung mahu ke Cameron Higlands, mereka boleh singgah ke Lubuk Timah Hotspring.
Khasiat mandi air panas semula jadi didapati berkesan dalam mengurangkan tekanan, melancarkan aliran darah dan menghilangkan lenguh badan. Ada kajian sains juga membuktikan kandungan sulfur dan mineral semula jadinya sangat bagus untuk meredakan kesakitan saraf dan penyakit berkaitan kulit. Ada juga peakit lumpuh separuh badan datang mandi air panas dikatakan bagus untuk membantu mempercepatkan lagi proses pemulihan mereka.
Kolam Air Panas Lubuk Timah turut tersedia beberapa kemudahan khusus untuk pengunjung seperti tandas, pondok rehat dan surau. Pusatat rekreasi ini cukup baik untuk bermalam setakat ini pusat rekreasi ini mempunyai tujuh chalet. Pengunjung boleh berkunjung ke sini pada bila-bila masa sahaja tetapi dicadangan kepada anda adalah diluar musim hujan. Keadaan hujan boleh membuatkan persekitaran di sini menjadi licin dan membawa risiko kecederaan kepada pengunjung terutamanya kepada kanak-kanak.
Lagi Khasiat Air Panas!
Kajian pakar perubatan di Jepun telah mendapati air panas semula jadi juga amat baik untuk merawat penyakit dalaman seperti lenguh-lenguh badan, sakit jantung, darah tinggi, lumpuh, kencing manis dan barah.
Berendam pada kolam air panas dipercaya mampu untuk mengurangkan stress.
Penyelidikan oleh New England Medicine menunjukkan pesakit diabetes yang berendam selama setengah jam di dalam air suam boleh menurunkan 13% kadar gula dalam darah.
Rendamkan badan selama 10 hingga 20 minit di dalam air bersama yang mengandungi campuran larutan soda bikarbonat (serbuk penaik) mampu mengatasi ruam atau jangkitan kulit.
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sistem air ini dibina oleh British, kemungkinan sekitar 100 tahun dahulu. Ia jelas dilihat dari jenis batu dan rekaannya. Binaan ini untuk menyokong perlombongan industri tin waktu itu dan mengawal banjir yang mudah berlaku di Serendah.
[VIDEO] Perigi usia lebih 100 tahun ini salur air masuk ke bawah tanah & kawal banjir di Serendah, Selangor 👍Baca sini http://www.libur.com.my/perigitujuh/#perigi7 #serendah
Posted by Majalah Libur on Tuesday, October 17, 2017
Serendah mendapat nama kerana kawasan ini ialah lembah rendah yang dikelilingi kawasan bukit tinggi dan Sungai Serendah yang mengalir di tengah kerap melimpah keluar serta membanjiri kawasan di sini terutamanya selepas hujan.
Tujuh perigi yang mengalirkan air ke bawah tanahLakaran pintu tujuh SerendahPintu air tujuh kesemuanya. Kolam ni bila air banyak jadi dalam
Biasanya selepas hujan, jumlah air menjadi banyak. Perigi tujuh ini bertujuan mengawal jumlah air mengalir. Pada hari biasa, mungkin 1-2 perigi sahaja yang akan dilalui air, telaga lain pula mungkin tidak. Namun apabila jumlah air banyak, semua telaga akan menyalurkan air keluar. Pintu air tujuh kesemuanya. Air banyak kolam ni jadi dalam dan bahaya
Air yang jatuh ke bawah tanah ini disalur lebih kurang 5 meter ke bawah seterusnya melalui lorong pintu dan ke kolam sebelum mengalir semula seperti biasa.
Kawasan ini dilarang mandi dikhuatiri tersedut masuk ke dalam lubang pergi. Di sebelah bawah, kolam akan menjadi dalam apabila jumlah air banyak. Waktu ini memang bahaya bagi orang ramai.
Kawasan ini diselia oleh Jabatan Pengairan & Saliran Daerah Hulu Selangor. Kawasan ini terbuka untuk orang awam datang berkunjung dan tidak dikenakan sebarang bayaran untuk masuk. Sesuai bagi mereka yang sukakan alam semulajadi dan mungkin kaki pancing.
Selain Perigi Tujuh, satu lagi lokasi berhampiran untuk dikunjungi adalah Air Terjun Serendah yang terletak kira-kira lima kilometer dari Kampung Dato’ Harun. Anda mungkin juga mahu ke Sekeping Serendah dan bermalam disitu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...