Sebelum pandemik ramai rakyat Malaysia yang suka bercuti ke Korea Selatan. Tempatnya yang cantik dan juga dek kerana pengaruh daripada K-Drama dan kumpulan K-Pop membuatkan negara ini menjadi pilihan pelancong Malaysia.
Selepas terkesan dengan pandemik COVID-19, Korea Selatan juga kini sudah membuka sempadan negaranya untuk kemasukan pelancong namun memerlukan beberapa SOP yang masih perlu dilengkapkan sebelum bercuti ke negara tersebut.
Berpeluang mengunjungi negara tersebut pada musim panas baru-baru ini bersama anak perempuannya, Yaya Mohammad II berkongsi maklumat lengkap untuk memasuki negara Korea Selatan.
Perkongsiannya itu cukup terperinci dan boleh digunakan buat anda yang ada perancangan untuk bercuti ke Korea Selatan nanti.
Ikuti perkongsiannya!
TRIP KOREA MUSIM PANAS 2022
( Seoul Edition)
Alhamdulillah , berjaya akhirnya sampai ke tanah Korea. Walaupun sedikit leceh untuk kemasukan kali ini tapi memang berbaloi. Untuk trip kali ini, saya hanya pergi berdua dengan anak kerana cuti musim sekolah. Menaiki Vietnam Air, kos tiket hanya RM1300 seorang dan transit di Saigon. Di sini saya share cara-cara terkini untuk mendaftar masuk ke South Korea! Kali terakhir saya ke Korea adalah pada tahun 2020 sebulan sebelum lockdown! Waktu tu anak masih kecil lagi, kali ni dia lebih excited.
K-ETA
Untuk masuk ke SK (South Korea), rakyat Malaysia dikehendaki mendaftar K-ETA di website rasmi mereka. Hati-hati dengan website palsu. Kos pendaftaran hanyalah RM40/application. Jika application gagal, anda harus membayar kos yang lain. Ramai yang gagal untuk memasukkan detail informasi termasuk saya juga. Saya daftar dengan 3 kali percubaan, pertama denied sebab informasi salah. Yang kedua denied sebab gmbr passport terlebih saiz. Yang ke 3 baru la approved, itu pun selepas saya menelefon sendiri Call Centre K-ETA. Proses approval hanya setengah jam jika detail semua diisi dengan betul. Saya juga ada mendengar keluhan beberapa rakyat Malaysia yang gagal dalam K-ETA, saranan saya apply K-ETA dulu guna dummy alamat di Korea, dah approved baru beli tiket. Ramai yang burn tiket penerbangan gara-gara gagal dalam K-ETA. Print K-ETA kerana airline akan check sebelum checkin-flight.
QCode
Selepas K-ETA Visa approve, anda perlulah mendaftar keadaan kesihatan di website rasmi QCode. Proses ini hanya boleh dilakukan setelah mendapat result negatif PCR atau RTK yang dilakukan di Malaysia. Saya hanya melakukan RTK 24 jam sebelum berlepas dengan kos RM40 di Klinik Anda. Requirement ini perlu sehingga 3 September 2022. Selepas tarikh ini, anda masih perlu mendaftar QCode untuk memasukkan detail PCR di Korea. Print result RTK kerana akan di periksa sebelum berlepas. Dan print juga Qcode kerana akan digunakan di airport Incheon/Jeju. Di airport Incheon, mereka hanya scan Qcode kita, check suhu and done!
Safe2pass ( PCR )
Proses seterusnya ialah booking slot untuk PCR post-arrival di Incheon Airport. Kos PCR ialah KRW 80000( RM276) seorang. Kanak-kanak jugak tidak terkecuali untuk diwajibkan PCR. Ada 2 lokasi Covid – Testing di Incheon Airport ( East & West).Jika anda tidak reserved slot kemungkinan anda perlu beratur panjang di barisan walk-in. PCR dilakukan di terminal 1, exit 10. Bayaran dilakukan di cashier dan boleh menggunakan Cash/kredit card. Result akan keluar pada hari yang sama dan result perlu di upload di webiste Qcode yang sama dalam masa 24 jam selepas tiba di Korea.
SimCard
Untuk simcard saya beli Travel Simcard di Malaysia sahaja. Di Shopee hanya RM60. Anda juga boleh mendapatkan Egg-wifi atau portable wifi dongle di Inchian Airport.
Discover Seoul Pass
Trip kali ini saya membawa anak bercuti, kebanyakan aktiviti dan lokasi adalah berkisarkan hiburan anak-anak. Huhu. Saya mendapatkan DSP di Klook untuk 48jam. Banyak attraction menarik yang boleh saya masuk dengan percuma menggunakan kad DSP ini. Kos untuk DSP 48hour ialah RM165/pax. ( pre-booked) . Oleh kerana membawa anak, aktiviti yang saya pilih juga berkisarkan kegembiraan anak saya. Antara lokasi yang saya sempat pergi untuk 2 hari ini ialah :
– Lotte World Adventure & Magic Island
– Namsan Tower
– Coex Aquarium
– SM Museum ( BTS)
– Gyeongbokgubg Palace
– Hanboknam( hanbok rental) free
– AREX ( train dr Incheon – Seoul )
– Mok Dong Ice Rink
– Alive Museum
– Bike Rental ( free)
– Eland Cruise ( Han River Cruise)
– 63 Buliding ( Art Observatory & Aqua Planet)
Sebenarnya lebih banyak lokasi boleh pergi secara PERCUMA, cuma masa tak mengizinkan.
Owh ya, kad DSP juga boleh digunakan sebagai T-Money card. Hanya perlu topup di kiosk. Kad ini saya gunakan di subway dan bas kota. Kali ini saya banyak menggunakan perkhidmatan bas, kerana perkhidmatan bas agak efisien, tepat dan dapat explore Seoul dengan lebih meluas! ( di subway kan gelap jer)
APPLIKASI
Banyak aplikasi yang saya install di phone dan membantu perjalanan saya di sini, KakaoTaxi, NaverMAp, Kakaobus, dsb. Tiada Uber di sini, Kakao Taxi jugak sy efisien. Terutamanya bila saya sesat huhu.
BIGPAY
Untuk transaksi pembayaran, kebanyakan saya menggunakan Bigpay kerana rate Bigpay lebih bagus dari money exchange. Saya hanya tukar KRW 300,000 won dan hanya digunakan untuk topup T-money. Makan di restaurant, pembelian di CU, 7 Eleeven dan aktiviti lain semuanya menggunakan Bigpay!
Penginapan
Untuk di Seoul, saya menetap di area tourist Myeongdong kerana mudah utk access ke mana2. Ada banyak Guest House di area sini dan yang paling best ialah Guest House saya ada rooftop menghadap Namsan Tower. Boleh la feeling-feeling mcm dalam kdrama kan.
Halal Food
Restoren Kampungku di Myeongdong sudah ditutup, jadi saya makan di restoren Bakso di sebelahnya dan banyak jugak restoran halal yang lain masih dibuka.
So sesiapa yang nak pergi ke SK, i think jangan risau. Saya tidak pernah pergi ke Korea semasa musim panas. Dan ternyata vibes nya sangat berbeza. Rakyat Korea sangat ramai keluar rehat dan santai-santai di Hangang river mcm dalam Kdrama tu. Waktu musim panas ni ramailah oppa-oppa keluar.
Kredit: Yaya Mohammad II
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI