Malaysia umumnya mengetahui mengalami cuaca beriklim khatulistiwa, namun itu tidak menjadi alasan untuk anda berpeluang merasai percutian bersuhu sejuk yang mendamaikan.
Cameron Highlands, Pahang merupakan pilihan warga tempatan yang suka akan kedamaian dan suhu yang sejuk. Pengunjung tidak perlu risau tentang penginapan di sini. Terdapat banyak resort dan hotel daripada status mewah hingga bajet yang boleh dipilih mengikut kemampuan.
Kalau di Switzerland ada penginapan ala iglu atau ‘dome’ diberi nama ‘Whitepod’, di Cameron Highland juga ada. Jom baca perkongsian Nadya Amin Shaharudin cadangan tempat penginapan yang telah viral dan istimewa di tanah tinggi Cameron Highland.
I nak share tempat yang sangat bez and relaxing dengan semua yang nak try something different!
Selalunya kalau pergi cameron,orang akan booking homestay atau hotel,but for those yang betul-betul nak relax i sangat recommed to try ‘glamping’ pulak di A’moss Farmstay, cameron highlands. A’moss farmstay ni terletak di Sungai Palas,area Boh Tea Plantation tu.
Ads
Tapi dah namanya ‘glamping’, so owner dia pun dah bagi pesanan awal-awal, jalan nak ke sana jalan kecik dan sempit, dan tempat dia ke dalam sikit. Oleh kerana terletak betul-betul di ladang, ada problem sikit dengan lalat so for me okay je lagipun dia dah pesan awal-awal. Fyi, this is not a proper hotel so don’t expect macam duduk hotel 5 star. I repeat, its a glamping farmstay.
Sampai-sampai sana, ada 3 dome, then ada small pantry yang you all boleh masak/bbq/steamboat. Steamboat boleh masak depan bilik jugak tapi nak bbq/masak heavy tak boleh sebab takut dome tu terkena percikkan api.
Ads
Dalam dome tu sangat selesa, bersih and memang bez untuk bergambar. View kat luar pun tenang je. Ktorng tak masak kat sana, tapi dah bawa snacks/maggie siap2. Klau nak masak boleh beli brg siap-siap,kalau tak nak masak,timing la masa korang nak makan luar dulu,sebab kalau balik malam lewat sangat boleh tahan gelap.
Setiap dome ada toilet yang bersih,dan ada heater and towels provided. Kat sana takde nak buat apa-apa activity, so its just to relax and chill dengan family,malam-malam boleh star gazing.
Ads
Bangun pagi-pagi memang best sangat sebab sejuk and berkabus. Bangun-bangun je dah boleh tengok view ladang dan gunung, kena bawa sweater dan socks sebab sejuk. Hehe. Breakfast tak disediakan,so boleh bawa siap-siap/masak den makan sama-sama sambil enjoy view and weather yang sangat best!
Tak rugi mencuba and dapat pengalaman glamping kat Amoss Farmstay. Kalau nak book boleh book through booking.com or can click this link www.amossfarmstay.com
Price: RM180-RM300 depends on day/musim booking.
Experience wise and place 5 for a glamping experience!
Jom cuti-cuti Malaysia~
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kuala Kangsar, bandar Diraja yang terletak di kawasan pertemuan Sungai Kangsar dan Sungai Perak dikatakan mendapat namanya daripada pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing Sungai Kangsar, anak Sungai Perak. Manakala satu versi lagi mengatakan nama itu diperolehi daripada para peneroka yang membuka penempatan di kuala sungai itu dengan panggilan ‘Kuala Kurang Sa’ bermakna kurang satu daripada seratus kerana terdapatnya 99 anak sungai di situ.
Terletak kira-kira 48 kilometer dari bandar raya Ipoh, bandar diraja itu mempunyai aset pelancongan yang tidak dimiliki negeri lain, sekali gus menjadikan ia begitu eksklusif kepada penduduk negeri Perak. Sebagai bandar tertua Perak, Kuala Kangsar terkenal dengan pelbagai perkara, antaranya bangunan lama dan bersejarah. Di sini menempatkan salah satu masjid tercantik di negara ini iaitu Masjid Ubudiah. Tidak lengkap kunjungan ke Kuala Kangsar jika tidak singgah ke bangunan-bangunan lama yang penuh dengan nilai-nilai sejarah perkembangan institusi diraja Perak seperti Galeri Sultan Azlan Shah, Muzium DiRaja Kuala Kangsar dan juga melawat kawasan sekitar Sungai Perak sendiri
Selain itu, ikon bandar DiRaja Kuala Kangsar yang juga popular adalah Masjid Ubudiah. Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Terletak berdekatan Istana Iskandariah, ia dibina pada zaman pemerintahan Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah 1.
Baginda bernazar jika sembuh daripada satu penyakit yang serius, baginda akan membina sebuah masjid dan apabila sembuh, maka Masjid Ubudiah mula dibina pada 26 September 1913. Pembinaan terpaksa ditangguhkan apabila bekalan batu marmar terputus ekoran meletusnya Perang Dunia Pertama. Baginda tidak sempat melihat masjid ini siap kerana meninggal dunia setahun sebelumnya. Ia dibuka secara rasmi pada 1917 ketika era pemerintahan Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah (Sultan Perak ke-29, 1916-1918).
Sejarah Gajah Pijak Batu Marmar
Pembinaan masjid ini pada awalnya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja (Sir) Chulan Ibni Sultan Abdullah. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa’id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok. Perjuangan gajah itu telah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya, musnahlah batu marmar itu.
Perjuangan gajah itu telah berlanjutan hingga berjam-jam lamanya, sehingga Raja Chulan sendiri datang, menyeru nama gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka barulah gajah itu berhenti berjuang, walaupun telah ramai orang yang cuba meleraikan gajah itu tetapi tidak berhasil. Oleh sebab batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah dipesan semula.
Galeri Sultan Azlan Shah terletak di bandar DiRaja Kuala Kangsar dahulunya dikenali sebagai Istana Hulu. Ia mempamerkan gabungan senibina Asia dan Eropah. Galeri itu memberi tumpuan kepada sejarah dan pencapaian Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Ia turut memberikan maklumat mengenai sejarah dan susur paur Kesultanan Perak dan gambar dan kenderaan, termasuk hadiah-hadiah yang diberikan kepada Sultan dan Sultanah oleh ketua negara dari seluruh dunia. Galeri Sultan Azlan Shah terletak di Bukit Chandan sekitar 1.5 kilometer dari bandar Kuala Kangsar dan hanya 500 meter dari Istana Kenangan.
Muzium Diraja Kuala Kangsar (dahulunya dikenali dengan nama-nama seperti Istana Kenangan, Istana Lembah atau Istana Tepas) telah didirikan pada tahun 1926, di bandar Kuala Kangsar, Perak. Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke-30, 1918-1938), Istana Negara diruntuhkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Istana Iskandariah pada 1930. Pembinaan memakan masa tiga tahun. Sementara menunggu Istana Iskandariah siap, Sultan Iskandar Shah bersemayam di Istana Kenangan yang keseluruhannya dibuat daripada kayu tanpa menggunakan paku.Istana itu kini telah dijadikan Muzium Diraja Perak.
Struktur Binaa Unik
Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah, ia dijadikan Istana Tetamu terutama di hari-hari Perayaan DiRaja seperti hari keputeraan, perlantikan orang-orang besar Perak dan lain-lain Istiadat DiRaja Perak Darul Ridzuan. Dari segi bentuk senibinanya, Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu Tradisional yang mengkagumkan. Pembinaan bangunan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan ( kayu jenis berlian ).
Paku-paku besi tidak digunakan dalam pembinaan bangunan ini. Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik yang menggunakan tepas yang diam dengan corak-corak anyaman Melayu Tradisional. Bangunan ini dibina di atas enam puluh batang tiang, di mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter. Bentuk bangunan ini melambangkan sebilah padang yang tersimpan di dalam sarungnya. Bahagian tengah di atas bangunan ini ditempatkan sebuah singgahsana. Tingkat bawah bangunan ini pula digunakan sebagai pejabat rasmi Baginda, di mana ia mempunyai lantai simen dan disekelilingnya ditutup dengan bidai.
Persisiran Sayong, yang terletak di tebing Sungai Perak, merupakan daya tarikan pelancong terbaru di daerah itu yang akan dibangunkan sebagai pusat aktiviti air seperti berkayak dan berakit selain lokasi penganjuran pesta sukan air dan pesta lanjut sempena ulangtahun keputeraan Sultan Perak.
Projek Persisiran Sayong dibina di tapak seluas enam hektar dan mempunyai beberapa kemudahan pelancongan seperti galeri kraftangan, restoran pinggiran, tempat penginapan, jeti pelancongan serta tandas awam. Jika singgah di Kuala Kangsar, tidak lengkap jika anda tidak singgah di persisiran sungai Perak ini.
Sungai Perak sepanjang 400 km mengalir dari Hulu Perak hingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh ke Selat Melaka. Sungai Perak merupakan sungai ke-2 terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang. Ia memainkan peranan yang penting dalam sejarah negeri Perak. Terdapat beberapa empangan hidroelektrik di Sungai Perak:
Trivia
Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa Sayong adalah pusat pentadbiran diraja Perak sebelum berpindah ke Bukit Chandan. Pemindahan itu berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah 1 (Sultan Perak ke-28, 1887-1916). Sebelum itu, Sayong menjadi tempat raja-raja Perak bersemayam iaitu mulai dari zaman Sultan Perak yang pertama, Sultan Mudzaffar Shah 1 (1528-1549). Ketika itu, istana sultan dibina di tebing kanan mudik Sungai Perak iaitu dari hilir Sungai Perak sehingga ke Sayong. Tradisi itu dipecahkan oleh Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah 1 apabila baginda memindahkan tempat persemayaman dari Sayong ke Bukit Chandan yang terletak di tebing kiri Sungai Perak. Di situ, baginda membina Istana Negara untuk raja-raja bersemayam, Istana Cinta Berahi untuk Tengku Permaisuri dan Istana Kasar Makmur untuk Raja Perempuan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Walaupun kita masih lagi tidak dapat ke mana-mana disebabkan pandemik Covid-19, jadi tak salah untuk kita merancang dulu perjalanan ke mana-mana destinasi yang diidamkan.
Jika anda berhajat untuk ke South Island, New Zealand perkongsian wanita ini boleh dijadikan panduan.
Menurutnya selama 10 hari berada di sana, dapat berjalan banyak tempat dengan bajet sekitar RM1700 + seorang. Total keseluruhan untuk dua orang pula adalah RM3424.70 saja.
Saya share itinerary kami berdua pada raya cina yang lepas. Moga dapat membantu bagi yang sedang plan untuk ke sana.
{2/2/19} TOUCH DOWN AUCKLAND (Penginapan: Kiwi Backpackers Hostel) – Sampai Airport, gerak ke hostel. Hostel provide free shuttle from/to airport
{3/2/19} AUCKLAND – CHRISTCHURCH – TWIZZLE (Penginapan: Twizle Holiday Park) – Lake Tekapo – The Church of Good Shepherd – Stargazing area Twizle
{4/2/19} TWIZLE – LAKE PUKAKI – MT COOK NATIONAL PARK – Omarama (Penginapan: Dunstan Downs High Country Sheep Station) – Lake Pukaki ke Mt Cook National Park. Kalau boleh setiap 5mnt nak berhenti – Trekking @ Hooker Valley
{5/2/19} OMARAMA – OTAGO (Penginapan : Lake Hawea Hotel) – Hiking Isthmus Peak (8 jam – masa untuk kaki gambar…haha) – Lake Hawea Viewpoint
{6/2/19} OTAGO – WANAKA – GLENORCHY –TE ANAU (Penginapan – Te Anau Holiday Park) – Blue Pool Walk – Lavender Farm – Cardona Hotel – Red House – Paradise – Stargazing @ Te Anau
{7/2/19} TE ANAU – MILFORD SOUND – QUEENSTOWN (Penginapan – Queenstown Backpacker Hostel) – Mackay Creek – Eglinton Valley – Mirror Lake – Falls Creek – The Divide – Pop’s View – Monkey Creek – Homer Tunnel – Milford Sound/Piopiotahi. Banyak lagi tempat best tapi tak sempat pergi.
{8/2/19} QUEENSTOWN – CHRISTCHURCH (Penginapan – Energetic Healthy Homestay) – Shopping @ Queenstown then gerak balik Christchurch – Kawarau Bridge Bunggy
{9/2/19} CHRISTCHURCH – AUCKLAND – KL – Check out, naik flight ke Auckland. Sampai Auckland, naik flight ke KL
1) Trip ni cuma berdua je & itinerary ini lebih sesuai untuk yang sukakan hiking /trekking. Kitaorg sewa kereta start dari Christchurch. 2) Musim panas kat sana siang memang panjang. Subuh pukul 5 pagi tapi magrib dalam pukul 9 lebih. So memang best sbb boleh la buat banyak aktiviti. 3) Walaupon musim panas, tapi sesetengah tempat sejuk gak especially area bawah macam Te Anau. Subuh suhu 5°c. So kalau sesiapa yang nak camping, sila prepare gear yang sepatutnya untuk tahan kesejukkan. Kitaorang tidur dalam hotel berselimut tebal pon pasang heater. Drive malam-malam pon pasang heater 4) Flight Air Asia KL-Auckland-KL RM1158 (termasuk luggage & makan) Flight Auckland – Christchurch – Auckland beli bln 9 last year dpt RM283, tapi di sebabkan tukar tarikh air asia, so kena beli flight ticket baru dlm RM700++ 5) Detail costs ada dalam gambar.
Kalau singgah The Tree Top Walk, Sungai Sedim, yang suka camping dan aktiviti mencabar pasti akan layan suasana di sini. Hijau dan tenang!
Walaupun dah 15 tahun dibuka, masih elok terjaga dan kukuh. Bagi yang minat untuk camping, ada beberapa tempat rekreasi yang sesuai contohnya Lubuk Jong.
Dengan aktiviti perkhemahan dan pelbagai aktiviti yang mencabar adrenalin, anda pasti berpuas hati datang ke sini.
Bagi yang ingin mencari kelainan dan mencuba aktiviti lasak, ayuh ke destinasi ini dan mencuba sendiri pengalaman bermain air di jeram sambil menikmati kesegaran alam semula jadi.
Untuk newbie yang masih belum mengetahui peralatan perkhemahan, anda boleh saja menyewa khemah yang disediakan oleh pemilik tapak-tapak perkhemahan yang terdapat di sekitar Sungai Sedim dengan kapasiti muatan sehingga lapan orang.
Pastikan percutian hujung minggu anda terisi dengan aktiviti menarik seperti water rafting, pemanduan kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV), paintball, night walk serta mengunjungi Tree Top Walk Sungai Sedim yang merupakan kanopi hutan hujan yang terpanjang di dunia iaitu dengan 925 meter panjang dan dengan ketinggian 26 meter dari paras tanah.
Paling penting, anda tidak perlu bersusah payah memikul beban bahan mentah kerana makanan turut termasuk dalam pakej yang ditawarkan. Pilih sahaja pakej yang menepati cita rasa anda.
Alamat: Kampung Ulu Riau, Sungai Sedim, Kedah
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...