Ia kini bukanlah sesuatu perkara yang asing lagi. Melancong bersama keluarga mahupun rakan-rakan sememangnya menyeronokkan. Tapi tahukah anda percutian seorang diri juga mempunyai daya tarikan tersendiri serta memberikan cabaran baharu?
Negeri Selangor kini telah memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara dan sektor pelancongan telah dibuka sepenuhnya, jadi anda harus menerokai seleksi tarikan pelancongan di Negeri ini!
Memulakan percutian seorang diri pastinya dapat mengajar kita untuk menjadi seorang yang lebih teratur dan berdikari di masa hadapan. Jadi atur perjalanan anda dan pastikan anda kunjungi destinasi yang disenaraikan di bawah ketika melancong seorang diri ke Negeri Selangor!
1) Kenali Sejarah Sektor Autombil Negara di Muzium Automobil Nasional
Muzium Automobil Nasional
Muzium Automobil Nasional terletak di Welcome Centre, Litar Antarabangsa Sepang yang merangkumi ruang pameran seluas 7,949 kaki persegi bagi tingkat bawah dan 10,577 kaki persegi untuk tingkat satu. Muzium ini dibuka pada tahun 2004 dan menampilkan sejarah perkembangan industri automotif negara.
Ads
Tingkat bawah mempamerkan segmen pengenalan Muzium Automobil Nasional serta sejarah perkembangan sistem pengangkutan di Malaysia dan produksi kereta-kereta terawal.
Manakala, di tingkat satu pula memaparkan industri permotoran di Malaysia secara umum. Sebagai pelancong solo, anda dapat melihat lebih 20 model tempatan dan antarabangsa termasuk kereta vintaj di sini. Sememangnya destinasi ini akan memberi keterujaan untuk pelancong solo!
2) Jom Makan Mee Udang Banjir di Kuala Selangor
Mee Udang Banjir Kuala Selangor
Makanan yang wajib anda cuba ketika anda berada di Daerah Kuala Selangor tentunya adalah menu Mee Udang Banjir yang pasti membuatkan anda terliur! Ketika melancong seorang diri, anda mesti ingin mencari pilihan makanan yang sedap serta murah.
Ads
Mee yang disajikan dengan udang bersaiz besar dan kuah banjir ini akan memberikan kepuasan kepada setiap pelanggan. Jadi, di sini lah tempat paling sesuai untuk anda mulakan sesi “food hunting”, dan nikmati makanan lazat tanpa perlu berkongsi dengan sesiapa!
3) Memancing Dulu di Pulau Ketam!
Pulau Ketam
Pulau Ketam bukanlah sebuah tempat yang asing kepada penggemar aktiviti memancing, terutamanya di Negeri Selangor.
Pulau Ketam terletak berdekatan dengan Pelabuhan Klang yang merupakan lokasi yang popular untuk aktiviti perikanan. Peluang rekreasi sambil memancing ini akan memberi ketenangan dan masa bersendirian dalam suasana yang menyeronokkan kepada anda!
Ads
4) Lakukan Aktiviti Bersama Hos Komuniti Selangor!
Sabak Bernam
Habiskan masa terluang anda dengan melakukan aktiviti bersama para Hos Komuniti yang bertempat di 9 Daerah di Negeri Selangor! Hos Komuniti Selangor merupakan sekumpulan komuniti dengan pelbagai latar belakang, namun pastinya sangat “dekat” dengan cara hidup masyarakat setempat di sesebuah Daerah di Negeri Selangor.
Anda boleh rasai pengalaman melakukan aktiviti bersama para Hos Komuniti seperti belajar tentang cara memancing dan pemprosesan kelapa secara tradisional dari Hos Komuniti Sabak Bernam, atau belajar tentang cara pemprosesan Tempeh dan resipi-resepi Tempeh yang lazat dari Hos Komuniti Kuala Langat!
5) ‘Cuci Mata’ dan Membeli-belah di 1 Utama Shopping Centre
One Utama Shopping Centre
Aktiviti yang santai dan paling diminati ramai adalah membeli belah, sambil ‘cuci mata’! 1 Utama Shopping Centre merupakan Pusat Beli-belah terbesar di Malaysia yang tidak lekang dari kunjungan pelanggan.
Ianya merupakan lokasi yang ideal untuk anda kunjungi kerana menawarkan deretan kedai yang menjual pelbagai barangan yang mampu memenuhi keperluan dan keinginan anda! Tak lupa juga, di sini anda boleh cuba aktiviti sukan “FlowRider” atau “AirRider” Indoor Skydiving untuk sebuah pengalaman yang luar biasa!
Kredit: Tourism Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau singgah Pantai Tanjung Buluh Johor yang terletak di Sedili Kechil, Daerah Kota Tinggi, anda pasti tenang apabila melihat pemadangan indah air menghempas pasir. Cukup puas untuk release tension setelah lelah mencari rezeki.
Pantai Tanjung Buluh Johor
Apa yang menarik, suasana mahal di sini terutama ketika matahari terbit dan terbenam menjadikan pantai ini antara pantai awam yang kerap dikunjungi orang ramai yang ingin beriadah bersama keluarga tersayang. Tempat terjaga dan tiada sebarang bayaran kemasukan dikenakan.
Nak Berkhemah Pun Boleh
Sesuai untuk dijadikan spot bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan, di Pantai Tanjung Buluh terdapat kemudahan seperti taman permainan, buaian, banyak tempat menarik untuk bergambar, tapak perkhemahan, bilik air dan tempat bilasan, dan sesuai untuk berkelah di petang hari.
Ramai pengunjung suka singgah sini untuk ‘berootd’ dan layan teduhkan emosi yang penat dengan melihat sekitar lokasi yang tak serabut untuk dipandang.
Lokasi:
Pantai Tanjung Buluh, Sedili Kechil
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Seni jalanan di lorong-lorong jalan sekitar Kuala Lumpur bagaikan khazanah yang tersembunyi di serata kawasan. Hasil karya kebanyakkan seni dinding di lorong jalanan menggambarkan gaya hidup rakyat Malaysia yang menjadi tradisi hingga kini.
Terbaharu street art di Kwai Chai Hong yang terletak di antara Lorong Panggung dan Jalan Petaling menjadi tarikan terbaru buat anda yang gemar berswafoto atau membidik gambar kenangan untuk dimuatkan dalam sosial media. Landmark untuk mencari lorong ini adalah Kuil Chan See Shu Yuen.
Mural yang terdapat di lorong Kwai Chai Hong menampilkan warisan budaya masyarakat Malaysia terutama tradisi masyarakat Cina sewaktu era 60-an. Pengunjung ‘berusia’ pasti dapat mengimbau kenangan setelah melihat pelbagai produk dan makanan yang dipromosi disekitar lorong ini. Antaranya kudapan atau jajan ketika zaman 80an hingga 90an, alat permainan dan majalah.
Lorong Kwai Chai Hong dibuka untuk pengunjung dan pelancong dari 9 pagi hingga 6 petang. Jom la serang port instagrammable terbaru ni!
Percutian di Pahang yang terkenal dengan sejarah Mat Kilau tidak lengkap jika tidak mencuba hidangan tradisi berasaskan ikan patin. Pahang mempunyai banyak lokasi menarik yang boleh diteroka antaranya Sungai Lembing, Pekan, dan Cherating. Jom teroka destinasi menarik di Pahang pada hujung minggu!
Sungai Lembing – Muzium Sungai Lembing menjadi salah satu daya tarikan disini. Siapa sangka, pekan kecil dikenali sebagai ‘Kota El Dorado Timur’ pada suatu ketika dahulu menyimpan sejarah yang mungkin tidak diketahui kebanyakan orang. Sesi lawatan di muzium ini pasti memberi pengetahuan kepada pengunjung tentang sejarah kegemilangan Sungai Lembing dengan kegiatan perlombongan telah menjadikan pekan ini terkenal. Pelbagai khazanah, replika dan artifak menarik berkaitan dengan aktiviti perlombongan bijih timah terdapat di sini. Jika ingin merasai pengalaman sebenar melombong, mulakan penerokaan menaiki kereta api atau lokomotif, kenderaan yang mengangkut bijih timah sejauh 80 meter. Ia kemudian diikuti dengan berjalan kaki sambil melihat pelbagai maklumat berkenaan terowong yang disediakan pada dinding.
Air Terjun Sungai Pandan – Terletak di Kuantan, air terjun ini juga dikenali sebagai Air Terjun Panching oleh penduduk setempat. LOkasi ini menjadi tumpuan ramai untuk berkelah, mandi manda atau bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan. Terdapat sebuah jambatan gantung merentasi sungai di air terjun ini yang sesuai menjadi lokasi untuk merakam kenangan.
Pusat Tenunan Pulau Keladi – Pekan sememangnya terkenal dengan hasil tenun yang bukan saja halus pembuatannya tetapi juga menawarkan pelbagai jenis corak dan fabrik menarik. Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi yang merangkumi Pusat Tenunan Sutera Pahang adalah destinasi utama bagi pengunjung yang ingin melihat sendiri kain tenun dihasilkan dari awal hingga siap. Hasilnya yang cantik itu boleh dibeli secara terus atau membuat tempahan terlebih dahulu dengan memilih pelbagai jenis corak kain yang disediakan.
dav
Bazaar Serambi Teruntum – Lokasi membeli-belah ini menjadi tarikan pengunjung yang mencari produk hasil keluaran negeri Pahang. Terdapat pelbagai pilihan premis kedai yang menampilkan produk tempatan termasuk makanan tradisional, kraftangan, tekstil dan hasil laut. Produk wajib untuk anda dapatkan di sini seperti sambal hitam, pes sambal tempoyak, puding diraja, dan kain tenun.
Kelip-kelip Sungai Cherating – Lokasi ini memang terkenal sebagai lokasi untuk melihat keajaiban kelip-kelip bukan sahaja kepada pengunjung tempatan malah pelancong asing. Pengunjung akan menyusuri sungai sepanjang 2 kilometer untuk melihat keindahan cahaya genit si kelip-kelip di sekitar pokok paya bakau berhampiran.
Pusat Santuari Penyu Cherating – Penyu, hidupan yang makin pupus. Namun, jika ingin melihat penyu yang comel anda boleh berkunjung ke pusat ini. Pelbagai pendekatan dan promosi dilakukan bagi menarik lebih ramai pelancong antaranya dengan mengadakan aktiviti melepaskan anak penyu ke laut pada waktu petang.
Jom cuti-cuti Malaysia!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...