Kalau singgah Pantai Tanjung Buluh Johor yang terletak di Sedili Kechil, Daerah Kota Tinggi, anda pasti tenang apabila melihat pemadangan indah air menghempas pasir. Cukup puas untuk release tension setelah lelah mencari rezeki.
Pantai Tanjung Buluh Johor
Apa yang menarik, suasana mahal di sini terutama ketika matahari terbit dan terbenam menjadikan pantai ini antara pantai awam yang kerap dikunjungi orang ramai yang ingin beriadah bersama keluarga tersayang. Tempat terjaga dan tiada sebarang bayaran kemasukan dikenakan.
Ads
Nak Berkhemah Pun Boleh
Sesuai untuk dijadikan spot bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan, di Pantai Tanjung Buluh terdapat kemudahan seperti taman permainan, buaian, banyak tempat menarik untuk bergambar, tapak perkhemahan, bilik air dan tempat bilasan, dan sesuai untuk berkelah di petang hari.
Ads
Ads
Ramai pengunjung suka singgah sini untuk ‘berootd’ dan layan teduhkan emosi yang penat dengan melihat sekitar lokasi yang tak serabut untuk dipandang.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat (AS) meneruskan kegemilangan penerbangan angkasa setelah hampir satu dekad tertangguh dengan pelancaran bersejarah roket Falcon 9 pada petang 30 Mei 2020.
Pelancaran dengan kerjasama syarikat roket swasta milik usahawan bilionair Elon Musk, SpaceX itu menyaksikan dua angkasawan warga AS diterbangkan ke orbit dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida. Terdahulu, percubaan pelancaran pertama misi sepatutnya dijadualkan pada 27 Mei 2020, namun dibatalkan kurang 17 minit sebelum berlepas disebabkan cuaca buruk sebelum ditunda ke hari ini.
Falcon 9 dilancarkan pada30 Mei 2020 jam 3.22 petang waktu tempatan itu membawa angkasawan Doug Hurley, 53 tahun dan Bob Behnken, 49 tahun di dalam kapsul Crew Dragon dalam perjalanan 19 jam ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Crew Dragon terpisah dari pelancar roket tahap dua pada jam 3.35 petang sebelum seminit kemudian memasuki orbit. Doug Hurley dan Bob Behnken dijangka berada di Stesen Angkasa Lepas selama beberapa minggu bagi memenuhi kekurangan kru di makmal stesen itu.
Kali terakhir NASA melancarkan angkasawan ke angkasa dengan roket baharu keluaran sendiri adalah pada 40 tahun lalu ketika permulaan program ulang-alik angkasa.
Kalau merancang bercuti ke Romania, jangan hanya fikirkan Dracula, istana lama atau pemandangan Transylvania semata-mata. Ada satu lokasi unik yang patut masuk dalam senarai, iaitu Salina Turda, sebuah lombong garam lama yang kini menjadi tarikan pelancongan bawah tanah paling luar biasa di negara itu.
Terletak di bandar Turda, Transylvania, Salina Turda bukan sekadar bekas lombong biasa. Sebaik melangkah masuk, pengunjung akan dibawa turun ke ruang bawah tanah yang luas, sejuk dan penuh dengan formasi garam semula jadi. Suasananya memang lain macam, seolah-olah berada dalam dunia fantasi atau set filem sains fiksyen.
Salina Turda mempunyai sejarah panjang sebagai kawasan perlombongan garam. Dahulu, tempat ini digunakan untuk mengeluarkan garam dari perut bumi, namun kini ia diberi nafas baharu sebagai destinasi pelancongan yang cukup popular.
Apa yang membuatkan tempat ini istimewa ialah gabungan sejarah, alam semula jadi dan sentuhan moden. Ruang lombong yang besar dibiarkan mengekalkan bentuk asalnya, tetapi ditambah dengan pencahayaan, laluan pejalan kaki dan kemudahan rekreasi untuk pelawat.
Di bahagian dalam, pengunjung boleh melihat dinding garam yang berlapis-lapis, galeri lama, peralatan perlombongan serta ruang besar yang pernah digunakan pekerja lombong suatu ketika dahulu. Setiap sudut terasa unik kerana ia bukan dibina seperti taman tema biasa, tetapi terbentuk daripada sejarah perlombongan sebenar.
Antara tarikan paling menarik di Salina Turda ialah tasik bawah tanah yang terletak jauh di dalam lombong. Di sini, pengunjung boleh menaiki bot kecil sambil menikmati suasana tenang di bawah tanah.
Bayangkan mendayung bot di dalam lombong garam yang besar, dikelilingi dinding tinggi dan pencahayaan dramatik. Pengalaman ini memang sukar ditemui di tempat lain.
Selain tasik, terdapat juga kawasan rekreasi seperti roda Ferris mini, meja ping pong, laluan berjalan dan ruang santai. Sebab itu ramai pelancong menganggap Salina Turda sebagai taman rekreasi bawah tanah yang sangat unik.
Satu perkara yang perlu tahu sebelum datang ke Salina Turda ialah suhu di dalam lombong agak sejuk dan stabil sepanjang tahun. Jadi, walaupun datang ketika musim panas, pengunjung tetap disarankan membawa jaket nipis atau pakaian yang selesa.
Udara di dalam lombong garam ini juga sering dikaitkan dengan persekitaran yang baik untuk sistem pernafasan. Namun bagi pelawat biasa, kelebihannya lebih kepada pengalaman suasana yang nyaman, bersih dan berbeza daripada lokasi pelancongan biasa.
Bagi yang suka travel ke tempat unik dan lain daripada yang lain, Salina Turda memang destinasi yang berbaloi untuk dikunjungi. Ia sesuai untuk pasangan, keluarga, pencinta sejarah, peminat fotografi atau sesiapa sahaja yang mahu melihat sisi Romania yang lebih menarik.
Lokasinya juga boleh digabungkan dengan perjalanan ke Cluj-Napoca atau tempat menarik lain di Transylvania. Jadi kalau sudah sampai ke Romania, rugi kalau tidak singgah ke lombong garam bawah tanah yang cukup ikonik ini.
Salina Turda membuktikan bahawa tempat lama tidak semestinya dilupakan. Dengan sedikit sentuhan kreatif, bekas lombong garam ini kini berubah menjadi salah satu tarikan paling memukau di Eropah Timur.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nak merasa pulau tercantik di Johor, anda boleh lah pilih salah satu daripada sembilan dalam senarai ini. Semua nampak indah dan menarik!
Asyik hadap kota raya yang sibuk saja, sesekali elok bawa diri tenangkan fikiran melihat air laut biru. Jom tengok antara pulau best di Johor.
Pulau Tinggi merupakan tempat penyu menetas dan ini membuatkan ia lebih menarik. Disarankan datang ke sini pada bulan Mei hingga September.
Selain melakukan aktiviti seperti snorkeling, berkelah dan aktiviti pantai, anda juga boleh mendaki dan melawati pulau-pulau di kawasan sekitar.
Lebih menarik lagi, pulau ini menyediakan tapak perkhemahan untuk untuk anda gunakan. Memang puas hati dan berbaloi-baloi!
Pulau Tengah mempunyai kira-kira 10 pantai yang indah, tenang dan terpencil. Pelancong perlu sampai ke pelabuhan Mersing untuk ke pulau Tengah.
Ia terletak kira-kira 9 batu nautika atau 16 km dari pelabuhan ini. Merentasi perairan biru yang luas selama kira-kira 20 minit, pulau ini sudah tentunya destinasi terbaik untuk bercuti.
Pulau Besar atau dahulunya dikenali sebagai Pulau Babi Besar, merupakan antara tempat popular yang selamat untuk dikunjungi.
Keindahan pulau yang kaya dengan terumbu karang dapat dilihat dari pemukaan air kerana jernih dan bersih. Pelbagai aktiviti berasaskan air boleh dilakukan di sini untuk memenuhi masa anda.
Pulau Dayang merupakan antara pulau di Johor yang popular dan menjadi tarikan pelancong. Sekiranya anda inginkan ketenangan semasa bercuti, pulau ini adalah pilihan terbaik.
Pulau ini menjadi tarikan dalam kalangan penyelam kerana merupakan lokasi ikan yu, ikan paus dan pari. Pulau Dayang juga menyediakan kursus sekiranya anda ingin belajar menyelam tetapi disediakan pada bulan Februari hingga November.
Aktiviti air seperti snorkeling dan lain-lain juga tersedia dengan keindahan yang sangat menakjubkan.
Seterusnya, pulau di Johor sering dikunjungi adalah Pulau Rawa. Keindahan pasir berwarna putih dan air kebiruan sudah pastinya menjadi tarikan orang ramai.
Sekiranya ingin melihat kehidupan di dasar laut, pulau ini adalah pilihan tepat. Anda juga boleh melakukan aktiviti seperti trekking dan perlu mendaki 270 anak tangga sehinhgga ke puncak.
Walaupun nama pulau sedikit menakutkan namun keindahan di sini sangat memukai. Airnya yang jernih menjadikan pulau ini menjadi tempat persinggahan para penyelam.
Antara tarikan di Pulau Harimau ini adalah kolam semula jadi dikelilingi oleh ukiran batu cantik. Layan view sambil tengok sunset memang puas hati.
Pulau Sibu merupakan gabungan beberapa pulau lain iaitu Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung.
Air di pulau ini berwarna biru kehijauan dan hidupan laut juga menarik perhatian pencinta laut. Pelbagai aktiviti seperti snorkeling, paya bakau, selam skuba dan mendaki hutan.
Pulau Aur antara pulau di Johor yang menarik minat pelancong. Hal ini kerana keindahan warna air, kolam semula jadi dan lain-lain.
Pelbagai hidupan laut boleh dijumpai di sini dan dinasihatkan agar tidak datang pada bulan November sehingga Mac kerana cuaca tidak sesuai untuk melakukan aktiviti berasaskan air.
Pulau Mensirip terletak di Mersing, Johor dan merupakan pulau persendirian. Pulau ini telah dianugerahkan dengan status Taman Laut.
Haaa… indah pemandangannya, bukan? Anda yang duduk luar dari negeri ini pun patut datang untuk healing bersama keluarga.
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...