Sebut saja nama Dubai, pasti terlintas di fikiran anda ianya satu bandar yang mewah, gah, dipenuhi wanita-wanita cantik, intan berlian, jutawan-jutawan dan deretan kereta-kereta mewah. Yup, sememangnya Dubai dikenali di dalam internet sebagai satu bandaraya yang penuh dengan kemewahan dan emas permata.
Namun, cerita sebenar dalam internet yang selalu kita tengok tu tak mencerita keseluruhan kisah sebenar bandaraya Dubai itu pun. Sebenarnya ada sisi lain yang tidak dipamerkan untuk tatapan anda di alam maya.
Di sebalik bandaraya serba mewah itu, ada sekelompok umat manusia yang sebenarnya hidup dibawah paras kemiskinan dan seorang jurugambar daripada Iran berjaya merakamkan gambar-gambar yang pasti akan membuatkan persepsi anda terhadap Dubai akan berubah.
Ads
Gambar-gambar yang berjaya dirakamkan oleh Ferjad Berahman itu mempamerkan golongan buruh yang berkerja di Dubai untuk menyara keluarga di tanah air dan kebanyakkan daripada mereka tidak menerima bayaran gaji yang setimpal, dan dipaksa berkerja dalam keadaan yang teruk.
Bertempat di Sonapur, ia adalah lokasi di mana gambar-gambar ini berjaya dirakam. Sonapur itu adalah satu daripada nama penempatan pekerja yang berada di luar bandar Dubai – jauh daripada segala kemewahan dan bangunan pencakar langit serta kekayaan orang-orang Arab di sana.
Ads
Untuk pengetahuan anda, apa yang lebih ironi mengenai nama Sonapur adalah ianya bermaksud ‘Bandaraya Emas’ dalam bahasa Hindi, tetapi menjadi penempatan kepada lebih 150,000 pekerja yang dibelenggu kemiskinan dan kekurangan dan kebanyakkan daripada mereka datangnya daripada India, Pakistan, Bangladesh dan China.
Untuk dapatkan gambaran jelas mengenai keadaan di sana, jom kita lihat gambar-gambar yang dirakam oleh Ferjad Berahman di bawah.
Ada berita baik buat anda yang ingin mengurangkan kesesakan jalan raya atau memendekkan tempoh perjalanan semasa musim cuti sekolah ini dengan menggunakan Lebuhraya Persisitan Pantai Barat (WCE).
Jajaran Seksyen 5 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat dari Persimpangan Bertingkat Lebuh Raya Pintasan Selat Klang Utara Baru (NNKSB) ke Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja telah pun dibuka kepada pengguna mulai semalam (10 Disember 2019).
Pembukaan seksyen berkenaan adalah yang ketiga selepas laluan Hutan Melintang ke Teluk Intan dan Kampung Lekir ke Beruas di Perak dibuka pada Mei dan September lepas.
Tujuan utama projek ini dibina adalah khusus untuk menyokong keperluan pembangunan di pantai barat di samping menyediakan lebuh raya yang selesa untuk para pengguna. Strukturnya yang dibina bercantum dengan jalan-jalan persekutuan dan lebuh raya lain menjadikan ia satu-satunya lebuh raya yang cukup ideal dari segi memendekkan jarak perjalanan sekaligus menjimatkan masa serta kos.
Pembinaan lebuh raya berkenaan telah mencapai 71 peratus siap dari segi pembangunan dan pembinaan di mana ia telah dibuka secara berperingkat bermula pada Mei lepas.
Sepasang suami isteri dari Britain yang meninggalkan negara asal mereka pada tahun 2011 kerana ingin belayar mengelilingi dunia kini telah mempunyai tiga orang cahaya mata dan masih meneruskan pelayaran.
Ramai yang cemburu dengan kehidupan keluarga ini kerana menghabiskan masa hanya dengan belayar selain berpeluang menjejakkan kaki di pelbagai negara di dunia.
Jess Lloyd-Mostyn berusia 36 dan suaminya, James, 48 tahun memulakan pengembaraan mereka setelah mengikuti beberapa kursus pelayaran ringkas. Pasangan itu sebelum ini hanya pasangan kekasih, dalam tempoh ketika misi pelayaran mereka telah berkahwin dan dikurniakan anak sudah melawat hampir 36 buah negara. Mereka sudah belayar sejauh 41,000 kilometer dalam tempoh lapan tahun ini.
Selepas menyeberangi Lautan Atlantik dan berada beberapa bulan di Caribbean dan tiba di Panama, pasangan iniu memutusakan untuk memulakan kehidupan berkeluarga. Dua tahun selepas memulakan pelayaran, Jess melahirkan anak pertamanya, Rocket yang kini berumur 5 tahun di sebuah hospital di Mexico manakala anak kedua, Indigo, 3 tahun, dilahirkan di New Zealand. Manakala cahaya mata ketiga mereka, Autumn lahir di London ketika pasangan suami isteri itu pulang dan berhenti sebentar di Britain pada Oktober tahun lalu.
Jess sebelum ini merupakan seorang artis seni dan James pula bekerja sebagai arkitek. Pasangan itu menyewakan rumah dan sebuah flat milik mereka di London bagi membantu membiayai pelayaran tersebut.
Mereka pada mulanya meletakkan tempoh dua tahun untuk menamatkan pelayaran tersebut. Namun, Jess dan James terpaut pada kehidupan baharu itu dan tidak merancang untuk berhenti belayar. Penulis percaya kehidupan sebegini menjadi impian ramai orang kan? Tujuan hidup hanya dengan mengelilingi dunia dan menggembara melihat ciptaan Ilahi.
Rakyat Malaysia bakal menikmati satu lagi syarikat penerbangan tambang rendah yang baharu dengan tertubuhnya Citilink Malaysia Aviation Sdb. Bhd. yang dijangka beroperasi dalam tempoh satu atau dua tahun lagi selepas mendapat Sijil Pengendali Udara daripada Lembaga Penerbangan Awam Malaysia.
Pelbagai tawaran baharu dan perkhidmatan yang lebih baik akan diberikan kepada pelanggan dan mampu menyaingi pesaing yang lain dengan harga jualan yang kompetitif.
Antara tawaran yang akan dinikmati oleh pelanggan adalah bagasi 10kg dan hidangan percuma di dalam penerbangan.
Buat masa ini, syarikat itu akan beroperasi beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menggunakan AOC milik Citilink Indonesia dan bakal menawarkan penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Phnom Penh, Kemboja pada suku kedua ini.
Penubuhan syarikat penerbangan tambang rendah yang baharu itu direalisasikan menerusi Memorandum Persefahaman antara SMTrack Bhd dan Dexma Express Sdn. Bhd. yang mana SMTrack mengambilalih 60 peratus pegangan Dexma Express membabitkan jumlah bernilai RM2.8juta.
Selepas proses pengambilalihan itu selesai, Dexma akan ditukarkan nama kepada Citilink Aviation Malaysia serta mendapatkan AOC dan lesen dan permit berkaitan lain bagi membolehkan syarikat penerbangan itu beroperasi di negara ini.
Dexma ketika ini merupakan ejen jualan am yang dilantik oleh Citilink Indonesia bagi mewakili syarikat penerbangan tambang murah dari Indonesia itu untuk menguruskan operasinya membabitkan perkhidmatan kargo dan penumpang di Malaysia.
Bercuti berdua dengan bajet RM500 mungkin kedengaran agak ketat, apatah lagi untuk perjalanan selama tiga hari dua malam. Tapi kalau destinasi tak terlalu jauh,...