
Semua masjid di Kedah dibenarkan untuk menganjurkan solat fardu berjemaah dengan bilangan jemaah tidak melebihi tiga orang, iaitu terdiri daripada imam bersama dua ahli jawatankuasa kariah masjid dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Kebenaran tersebut mendapat perkenan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, berkuat kuasa serta-merta. Walaupun bilangan jemaah itu kecil dari kebiasaan, namun dari sudut Islam ia sudah melepasi tuntutan fardu kifayah dalam kariah.
Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang mengingatkan supaya kedudukan antara jemaah dijarakkan satu meter seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Hanya jemaah yang sihat dibenar mendirikan solat berjemaah di masjid dan kebenaran ini hanya untuk solat fardu sahaja. Manakala solat Jumaat dan sunat Tarawih (pada bulan Ramadan ini) tidak dibenarkan.
Kebenaran itu hanya diberikan kepada masjid dan ia bergantung kepada situasi semasa penularan wabak COVID-19 di negeri itu. Jika keadaan lebih baik mungkin boleh ada solat Tarawih dan solat Jumaat selepas ini, tetapi jika pandemik COVID-19 lebih serius maka kebenaran solat fardu berjemaah tiga orang di masjid mungkin boleh ditarik balik.
Sumber: Bernama
Maaf! Tiada Acara Rasmi Festival Songkran Disambut Tahun Ini Di Thailand

Kemeriahan tahunan dalam festival yang terkenal di seluruh dunia kerana melibatkan keseronokan bermain air tidak akan dilakukan secara besar-besaran tahun ini.
Penganjuran Festival Songkran, yang sering menarik perhatian pelancong antarabangsa untuk ke ibu negara Thailand khususnya di beberapa lokasi penting, tahun ini hanya akan disambut pada skala yang sangat kecil.
Warga setempat akan menyambutnya secara sendiri tanpa ada penganjuran rasmi. Semua ini kerana pihak berkuasa tidak mahu sambutan tersebut bertembung dengan persiapan pertabalan raja baharu Thailand. Tahun ini, sedikit saja yang akan menyambut Songkran, namun istiadat pertabalan raja akan menjadi acara besar yang akan disertai rakyat Thailand keseluruhannya dan kita semua perlu berkorban.
Saban tahun Thailand menyambut Songkran berdasarkan kiraan takwim tradisionalnya, dari 13 hingga 15 April. Ketika itu, orang awam akan menyimbah air antara satu sama lain di bawah kehangatan sinaran matahari.
Kawasan popular dalam kalangan pelancong iaitu di sekitar jalan Khaosan Road, Bangkok selalunya menyaksikan acara sambutan Songkran yang luar biasa, termasuk penaja-penaja yang menyediakan bekalan air tanpa had dan pelbagai kelengkapan untuk menembak air.
Namun, dengan istiadat rasmi pertabalan Raja Maha Vajiralongkorn yang berlangsung pada 4 hingga 6 Mei, sambutan besar-besaran Songkran di Khaosan telah dibatalkan. Satu lagi lokasi yang lazimnya terdapat sambutan meriah, iaitu di Silom Road, juga tiada penganjuran pada tahun ini.
Majlis bandar raya juga telah mengeluarkan arahan tentang pembatalan penganjuran di dua lokasi utama itu, termasuk peringatan supaya mereka yang masih mahu menyambutnya secara bersendiri, agar tidak boleh menggunakan pistol air tekanan tinggi, mengambil minuman keras, mahupun mengadakan persembahan hiburan umum.
Pembatalan penganjuran rasmi itu disahkan oleh kumpulan-kumpulan perniagaan yang sering memberi penajaan dalam festival itu.
“Pihak berkuasa sedang membuat persiapan untuk istiadat pertabalan itu dan kami terletak di tengah-tengah kawasan utama di Bangkok. Jika kami meneruskan festival itu, ia akan menimbulkan kekecohan,” ujar Pengerusi Persatuan Peniaga Khaosan Road, Piyabutr Jiwaramonaikun.
Kedai-kedai akan meneruskan operasi seperti biasa namun mereka tidak akan memberikan bekalan air percuma dan serbuk warna seperti selalu. Para pelancong dan warga tempatan bagaimanapun masih boleh menyambut Songkran secara kecil-kecilan, namun peniaga-peniaga tempatan tidak akan menganjurkan sebarang acara besar.
Pihak berkuasa Bangkok telah menjalankan kerja-kerja berkaitan istiadat pertabalan di sekitar kawasan Khaosan, termasuk membaik pulih jalan raya dan kawasan siar kaki, mengecat bangunan dan mengemas kini kabel elektrik.
Sumber: Astro Awani
“Tiada Lagi Memori Di Titi Hayun”- Kejadian Kepala Air & Tanah Runtuh Musnahkan Keindahan Alam Semulajadi

Kejadian kepala air dan tanah runtuh yang berlaku di Yan, Kedah dua hari lalu sangat mengejutkan kita rakyat Malaysia.
Peristiwa bencana alam ini menyebabkan keindahan kawasan terbabit seperti Pusat Rekreasi Titi Hayun musnah dalam sekelip mata.
Sebelum kejadian yang dahsyat ini, Pusat Rekreasi Titi Hayun yang terletak kira-kira 3 km dari Pekan Yan atau 40 km dari Alor Setar Kedah sering menjadi pilihan pengunjung untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.

Antara kemudahan rekreasi yang disediakan untuk pengunjung ialah chalet, gerai makanan, tempat letak kenderaan, wakaf, surau, dewan terbuka, chalet, asrama dan tandas.
Paling menarik apabila pengunjung yang datang ke sini dan sebelum balik akan mengabadikan kenangan bergambar di Jambatan Gantung dikenali dengan nama Titi Hayun sebagai tanda kenang-kenangan.
Tetapi kini tiada lagi Titi Hayun yang menjadi tarikan utama di Pusat Rekreasi Terjun Titi Hayun ini.


Seperti perkongsian seorang pengguna di laman sosial facebook, Akhmal Haffies Ahmad yang acap kali datang ke sini setiap kali balik ke kampung.
Menurutnya sebelum ini walau sibuk sekalipun dia akan cuba luangkan masa untuk balik sambil membawa anak-anak menikmati keindahan alam semulajadi.
Setiap bulan, walau sesibuk mana pun. Aku akan ambil masa untuk pulang ke kampung. Dan setiap kali pulang, wajib untuk bawa anak-anak melihat keindahan. Supaya mereka kenal asal usul. Ayah mereka asalnya di sini.
Warga Yan beruntung, dikelilingi keindahan alam. Ada laut dan pantai. Ada juga hutan, gunung dan sungai.
Hari ini, warga Yan diuji. Kuasa alam menunjukkan kuasa. Air bah keruh bersama selut datang merenggut segala.

Betapa kerdilnya kita di mata Allah. Dalam keadaan pandemik ini, musibah sebegini sangat menekan jiwa. Ada yang kehilangan nyawa.
Tiada lagi Titi Hayun yang menggamit memori. Tapi aku pasti, warga Yan akan bangkit kembali.
Mereka yang ada bukan calang-calang manusia. Orang Yan ni Urat Dawai Tulang Besi. Aminnn

Artikel Berkaitan:
Niagara Falls Of Malaysia, Indahnya Air Terjun Lusong Laku Di Kapit, Sarawak
Air Terjun Sungai Pandan Yang Cantik, Tertarik & Memang Best!
Beringat Sebelum Kena, Kenali Petanda Kemunculan ‘Kepala Air’ Ketika Beriadah Di Air Terjun
TANPA ULTRAS MALAYA, HARIMAU TAK MENGAUM!

[VIDEO] Thanabalan komen KEHILANGAN ULTRAS MALAYA @UMsemasa fi…
[VIDEO] Thanabalan komen CURVA OFF ULTRAS MALAYA UM'07 final bola Malaysia v Thailand SEA GAMES 2017. http://stg.libur.com.my/ultrasmalaya/? IA & Zain Asri#solidaritipemainke12 #sehatisejiwa #demiMalaysia #untilthelastrebel #ultrasmalaya #harimaumuda #harimaumalaya #mainbetul² #serumpun #SEAKL17 #bangkitbersama #malaysia
Posted by Majalah Libur on Tuesday, 29 August 2017
Semboyan perang Ultras Malaya di stadium buat orang meremang. Padu dengan lagu Tunjukkan Taringmu, Oh Malaysia Tetap Di Hati, Lalala Oh Malaysia, Ayuh Bangkit Bersama, Kita Masuk Padang, Kami Disini Malaysia, Sikit Kita Tak Takut, Selamanya Harimau Malaya, Bersama Selamanya, Ole Ole, Huru Hara, Ekor Harimau Malaya, Darah, Mana Kamu Malaysiaku, Bangunlah,dan Kau Kebanggaanku.
ULTRAS MALAYA: PEMAIN TETAP KE-12
Ultras bukan sekadar penyokong atau tukang sorak biasa-biasa. Mereka pemain tetap ke 12 bola Malaysia; sampai BILA-BILA. Bukan saja bola, Ultras Malaya juga pernah muncul sokong skuad hoki Malaysia lawan Jerman pada 2013, hingga dapat pujian liputan media dunia.
Ultras Malaya sewaktu perlawanan hoki Malaysia v Jerman 2013.
Ultras agresif ketika match, malah pernah juga desak perubahan sistem tadbir bola negara FAM yang lama. Mereka mahu perubahan. Apa yang dirasa tidak betul, mereka luahkan di stadium. Bahasa kasar diguna, bukan suka-suka tapi betul nak tunjuk rasa tidak puas hati pada permainan atau pentadbiran. LOGIK, kalau guna bahasa lembut, memang sampai bila-bila lah tiada impak! Itulah yang berlaku sejak sekian lama.
OMBAK GULUNG ULTRAS MALAYA
Sorot kembali, panjang liku perjuangan Ultras Malaya. Apa yang pasti, ultras banyak berperang dengan FAM, media, rakyat Malaysia dan penyokong negara lain.
Kemuncak kemarahan pada 2015, kelayakan Piala Dunia peringkat Asia; Malaysia lawan Arab Saudi. Saya di stadium lihat suar dibaling tengah padang, dan mercun roket dipasang menghala ke kerusi VIP. Malaysia tewas. Perlawanan dibatalkan. Malah dikenakan tindakan oleh FIFA.
Jika anda salahkan Ultras, saya kata anda gila. Kerana Ultras Malaya, banyak perubahan drastik berlaku dalam bola Malaysia. Itu tak boleh disangkal!
Pada 29/8/2017 final bola Malaysia v Thailand Sukan SEA, Ultras Malaya sepakat tidak muncul di stadium. Ini sejarah. Protes pada sistem jualan tiket yang lemah, tiket dijual oleh ulat tiket pada harga merapu dan mereka yang masuk melalui tiket kabel. Malah, ultras beri laluan pada penyokong lain yang mahu masuk stadium menyokong. Tindakan Ultras ini saya hormati. Salute!
Impak terasa. Tiada paluan gendang dan sorakan ultras. Ultras Thailand yang sedikit pula lebih suara atasi puluhan ribu rakyat Malaysia. Terdengar sekali sekala sorakan dari penyokong Malaysia, namun tanpa ultras, penyokong kita hilang punca dan suara.
Ultras memang haluan kiri. PROTES kata kunci!
ALTER EGO ULTRAS MALAYA
Bola bukan sekadar sepak, gol, sorak, balik, dan tidur. Bukan… Bola dianggap maruah mana-mana pasukan. Lumrah penyokong serang mental penyokong dan pemain pihak lawan. Sampai masa, bertindak agresif. Jadi over the limit. Ini leceh.
Bila ramai, semangat lain macam. Baling bom pun belum tentu lari. OKLAH mungkin lari tapi lambat sikit. Sukar kawal semua orang. Ada yang OK ada yang OVER. Ini biasa mana-mana tempat. Tak payah sembang. Geylang si paku geylang.

Mulut jahat itu biasa. Contoh terbaru isu lirik ‘Brunei anjing, dibunuh saja’ pada match lepas. Saya cuba hadam perkara ini. Satu sudut, saya fikir over the limit.. Malah kita serumpun dan seagama. Kenapa terlebih provoke? Sudut lain saya fikir ini perang mulut bola. BIASA. Jangan sentap teruk.
Bukan Brunei saja kena, Indonesia dan Singapura pun dah lama kena ‘anjing’. Mereka pun ramai yang serumpun dengan kita. Isu ini sebabkan kemarahan penyokong bola Indonesia, Singapura, dan Brunei di media sosial. Mereka juga mula membenci Ultras Malaya, malah rakyat Malaysia. Namun, cuma berlebih-lebih di media sosial. Tapi OKLAH, keyboard warrior je.
Belum lagi tercetus PERANG DUNIA SEBAB BOLA. Perang mulut, mana-mana ceruk dunia pun sama saja.
Sudut positif; sebab perang mulut ini, semarak semangat penyokong negara lain hidupkan barisan ultras mereka. Kebangkitan demi kebangkitan ultras rantau Asia Tenggara dapat perhatian dunia. Indonesia, sememangnya miliki kapasiti ultras lebih besar dari kita. Thailand, Vietnam, Laos, Brunei, Myanmar, Singapura semua bangkit ultras mereka. Malah mereka juga menyerang balas dengan psikologi mereka. Jadi adil lah kan?
Serangan mulut jahat memang kasar, tapi tackle ini yang belum pernah kena kad kuning atau merah dari referee. Ini bola. Kalau tak tahan, marilah main catur, snooker atau batu seremban?
Cuma pendapat 20sen saya, mungkin tak perlu label ‘anjing’ pada negara serumpun kita. Kita berbahasa, pasti lawan hormat kita. Mungkin, provoke negara yang tindas umat Islam di negara lain. Mungkin sudah dibuat ultras, mungkin saya belum tahu. Mungkin boleh nyanyi nanti sama-sama. Dalam toilet, dalam kereta, dalam stadium sudah tentu.
#SERUMPUN #SEA
Sampai hari surut, yang jahat panas akan reda jadi sejuk baik. Dalam padang semua keluar, luar padang biasa-biasa. Minggu depan mungkin pergi Bali, Bandung atau Lombok bercuti disana. Makan sedap kos melancong juga murah. Bulan depan mungkin ke Phuket pergi layan pantai sana. Lepastu mungkin ke Singapura shopping. Orang Singapura pula ke Malaysia makan nasi dagang, nasi kerabu, cari air terjun, masuk Sepang track. Raya haji mungkin ke Brunei ada saudara di sana. Pergi Bandar Seri Begawan tangkap gambar cantik-cantik. Untung kalau rezeki dapat kahwin gadis sana. Awal tahun rupanya dah beli tiket Air Asia ke Kemboja layan kuil Tomb Raider. Pergi Laos, buat apa? Saya pun tak tahu. Namun kita saling melawat negara jiran…Kann…Kita tak bawa mulut jahat. Silap-silap bawa balik jodoh bersama. Lupa sengketa. Api perang mulut hanya datang waktu match berlangsung. Lepastu OK. Macamtulah pusingan dia sampai bila-bila.
KITA MUNGKIN MALU, NAMUN ULTRAS MALAYA LEBIH TAHU
Ketika korang selesa di rumah, pejabat, atau di mamak tonton match Malaysia melalui televisyen, Ultras Malaya di stadium sumbang tenaga, masa dan suara. Belum kira beratur punya panjang, duit minyak, makan, minum, sesak jammed, helmet hilang, dompet cicir, handphone hilang, kawan hilang, motor hilang, badan orang sebelah berbau, gaduh dengan awek, mak marah balik lambat dan lain-lain lagi.
Apa yang perlu diingat, ketika bola Malaysia nak mati, Ultras Malaya sudah ada disana menyokong hingga segagah kini.
Waktu tu, korang buat apa? Makan kuaci?