Terletak di selatan semenanjung negara, Johor turut menjadi tumpuan pelancong kerana kaya dengan destinasi pelancongan semula jadi. Setiap daerahnya mempunyai bentuk muka bumi dan tempat yang menarik untuk dilawati.
Di Johor terdapat 25 gunung yang boleh menjadi lokasi pilihan pendaki atau mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki. Daripada itu, ini tujuh lokasi pendakian gunung yang menarik untuk diteroka. Paling menarik ketika di puncak gunung ini, anda berpeluang melihat panorama matahari terbit dan tenggelam yang indah.
Gunung Ledang
Gunung Ledang berketinggian 1,279 meter (m) adalah gunung tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia yang terletak di daerah Tangkak. Ia antara gunung ke-10 paling sukar didaki di negara ini tetapi sering menjadi pilihan kaki gunung menerokainya. Gunung ini sangat sesuai untuk mereka yang menggemari cabaran mental dan fizikal.
Gunung Tiong
Gunung ketiga tertinggi di Johor ini mempunyai ketinggian 1,014 meter yang terletak berhampiran Taman Negara Endau-Rompin Selai (TNER Selai). Laluan pendakian adalah terus dari TNER Selai ke puncak gunung yang boleh dilakukan dalam masa dua hari satu malam. Perjalanan ke puncak bermula dari tapak perkhemahan Lubuk Merekek selain pendaki perlu menyeberangi Sungai Selai iaitu sungai utama di kawasan berkenaan.
Ads
Gunung Belumut
Gunung berketinggian 1,010 meter ini terletak di daerah Kluang, Johor adalah gunung keempat tertinggi di daerah berkenaan. Gunung ini lebih tinggi dan curam sekiranya dibandingkan dengan Gunung Lambak dan Gunung Panti. Salah satu tarikan gunung berkenaan ialah Batu Mahkota iaitu sebuah batu yang kelihatan seolah-olah satu mahkota raksasa dan dapat dilihat selepas pengembaraan berjalan kaki selama dua jam.
Gunung Pulai
Gunung Pulai adalah gunung yang terletak di daerah Kulai dengan ketinggian 654 meter. Ia antara lokasi pendakian cukup dikenali bagi penduduk setempat dan warga Singapura. Pengunjung akan melalui Kampung Sri Gunung Pulai yang menjadi pintu masuk ke hutan lipur berkenaan. Kepelbagaian flora dan fauna menjadi daya tarikan kepada pengunjung untuk berekreasi di gunung itu.
Ads
Gunung Panti
Nama gunung ini amat jarang didengari dan kurang popular berbanding gunung lain. Ia mempunyai ketinggian 531 meter dan terletak berhampiran Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor. Lazimnya pendaki mengambil masa 4 jam 30 minit untuk mendaki dan turun dari gunung terbabit. Trek gunung ini lebih santai dan sesuai kepada pendaki amatur yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti pendakian.
Gunung Lambak
Ads
Terletak di daerah Kluang, gunung setinggi 510 meter ini salah satu lokasi pendakian digemari warga Johor kerana memiliki sebuah hutan rekreasi yang menarik. Ini membolehkan pengunjung berenang di kolam dan mendaki gunung. Gunung ini adalah identiti daerah berkenaan kerana menjadi latar belakang bandar Kluang.
Gunung Arong
Terletak 17 km dari bandar Mersing melalui Jalan Mersing-Endau dan 151 km dari Bandaraya Johor Bahru. Hutan Lipur Gunung Arong terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Arong , iaitu hutan dipterokarpa tanah pamah. Hutan lipur ini sesuai sebagai tempat berrekreasi sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Selain itu, pengunjung dapat mengenali pelbagai jenis pokok di sini. Hutan Lipur ini boleh dikunjungi dengan menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan awam seperti bas dan teksi.
Foto: Google Image | Sumber: Tourism Johor | hmonline
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebelum ini ramai ke Thailand untuk melihat kecantikan ladang bunga matahari, seakan menjadi ‘trend’ jika bercuti ke Lopburi sebuah daerah di Thailand.
Namun di negara kita juga telah muncul beberapa ladang bunga matahari ‘mini’ yang tidak kurang menariknya. Antaranya ladang bunga matahari yang terletak di negeri Perlis.
Lokasinya berada di Taman Ular dan Reptilia, Sungai Batu Pahat menjadi destinasi pilihan bagi pelancong domestik. Suasana indah berlatarkan panorama Banjaran Nakawan menerusi bukit Sungai Batu Pahat pastinya memukau para pengunjung yang ingin meluangkan masa di sini.
Bagi pencinta bunga matahari, ada lagi lokasi untuk menikmati keindahan flora berwarna kuning jingga tersebut. Anda boleh ke Sunflower Garden Bangan Datuk, Perak sekali gus menjadi lokasi terbaik untuk merakam kenangan sambil dikelilingi pokok bunga matahari yang kembang mekar.
Lokasi ini sangat dicadangkan untuk anda yang suka ‘berOOTD’ untuk dikongsi dalam media sosial. Tiket untuk masuk ke ladang bunga matahari ini juga berpatutan, hanya RM10 seorang.
Alamat: Sunflower Garden. A128, Bagan Sungai Burung, 36100 Bagan Datuk, Perak.
Waktu Operasi: 8 pagi – 7 mlm
Tiket Masuk:
RM 13 (Dewasa)
RM 10 (7 – 12 thn)
RM 5(3 – 6 thn)
Parkir: Percuma
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, sesetengah negara masih agak rasis bila menyebut tentang Islam. Ia mungkin kerana pemahaman salah diterima hingga mereka memandang semuanya sama rata. Tapi bagi pelancong muslim ada lima lokasi negara yang sangat mengalu-alukan kedatangan anda semua ke tempat mereka. Jom tengok, lokasi lima negara yang mesra muslim.
Chefchouen, Moroco
Terletak di Pergunungan Rif di Maroko Utara, kota Muslim yang menawan ini tidak seperti tempat yang pernah korang lawati sebelumnya. Ini kerana seluruh kota ini dipenuhi dengan lukisan berwarna biru. Kota ini didirikan pada tahun 1471 untuk membantu orang-orang Moroco melawan Portugis yang menyerang mereka. Bukan itu saja, kota ini turut berfungsi sebagai tempat berkumpulnya bagi orang-orang muslim hasil pengasingan dari Sepanyol. Namun seiring waktu, kota ini turut menerima dan menyambut orang-orang Yahudi dan Kristian juga.
Di sini, bukan saja kotanya sangat indah, pemandangan luar biasa, makanan agak lazat serta banyak kafe-kafe yang menawarkan makanan lazat. Hasil kerjatangan penduduk di sini juga agak hebat seperti perhiasan dan lain lagi.
Ko Panyi, Thailand
Desa muslim ini didirikan sepenuhnya atas air dan nelayan Indonesia menetap di sini sekitar 200 tahun lalu. Hari ini Ko Panyi mempunyai masjidnya sendiri, restoran dan padang bola yang semuanya didirikan di atas air. Kehidupan sangat sederhana di sini dan penduduknya juga sangat ramah kepada pelancong luar.
Bo Kaap, Afrika Selatan
Daerah Bo Kaap di Afrika Selatan adalah asal komuniti Muslim Cape Town. Ia mencatatkan orang muslim pertama tiba di sini pada tahun 16858 berasal dari Afrika dan Asia. Saat itu mereka menyebarkan agama islam secara bersembunyi. Pada 1805, kebebasan beragama akhirnya dikabulkan dan sejak itu, komuniti Muslim terus tumbuh di dearah ini. Uniknya di sini, rumah penduduk di cat berwarna warni malah pelancong boleh menikmati makanan enak dan lazat di sini.
Mostar, Bosnia
Mostar antara kawasan paling ramai dilawati oleh muslim. Kota ini adalah rumah bagi Stari Most atau Old Bridge, sebuah karya Ottoman yang dibangunkan oleh Sulaimen Yang Agung. Pengunjung dapat menyaksikan penduduk bergerak aktif dengan pelbagai aktiviti. Lebih menarik di sini, makanan halal sangat mudah didapati dan rasanya cukup enak.
Segovia, Sepanyol
Ramai pengunjung datang ke Sepanyol tidak melepaskan peluang mengunjungi kota Granada dan Cordoba untuk menikmati kotanya yang sangat indah. Namun salah satu lokasi menarik yang tidak harus dilupakan ialah Segovia di mana kotanya, Alcazar amat indah dan ini semua dibangunkan oleh golongan muslim. Bahkan aliran air di kota ini yang dibangunkan lebih 2000 tahun lalu sangat indah dan menarik. Ia dipenuhi dengan sejarah dan tatkala bersiar-siar di kota ini, ia bagaikan satu aliran cerita yang tidak pernah selesai. Sumber : Islampos.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Melaka destinasi percutian kegemaran ramai mendapat jolokan bandaraya bersejarah, Melaka turut terkenal dengan lokasi 'makan' yang popular. Tidak hairan Melaka sentiasa penuh dek kunjugan ramai terutama pada hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum.
Namun, sejarah tercipta apabila negeri itu seakan mati selepak wabak COVID-19 melanda duia. Tiada lagi kesesakan jalan raya atau kelibat pengunjung ke sana dan ke mari. Langit tidak selamanya gelap, Melaka yang menyasarkan sebelum ini kembali meriah 2 tahun akan datang ekoran terjejas akibat wabak COVID-19 kini kembali pulih hampir 90 peratus dengan kemasukan kira-kira 8,000 pelancong terutamanya pada cuti hujung minggu dan cuti umum.
Bilangan pelancong itu diambil kira sejak perjalanan rentas negeri dibenarkan pada 10 Jun lepas dan jumlah tersebut melebihi sasaran 3,000 pelancong. Meskipun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan dilanjutkan sehingga 31 Dis ini, namun kerajaan negeri akan terus mengatur strategi menarik pengunjung bagi memastikan sasaran 5.6 juta pelancong dapat dicapai menjelang akhir tahun ini.
Peningkatan jumlah pelancong merupakan satu khabar gembira buat kerajaan negeri yang sedang berusaha keras memulihkan industri ini yang merupakan antara penyumbang utama ekonomi negeri dan subsektor kulinari dilihat antara faktor utama kemasukan pelancong ke Melaka. Negeri Melaka akan menambah baik pakej pelancongan sedia ada selain memperkenalkan pakej percutian dengan menggunakan 13 subsektor pelancongan supaya pengunjung tidak bosan untuk datang ke negeri ini.
Jangan tidak tahu, Melaka sentiasa mempunyai produk pelancongan terbaru yang sentiasa hidup dari hari ke hari. Ini port baru yang tidak kurang menarik untuk dikunjungi sumber Melaka Kini
Vintage Night Market – Bagi peminat barang-barang rare dan unik, jangan lepaskan peluang ke Vintage Night Market yang dibuka setiap hari Jumaat hingga Ahad di Jalan Hang Tuah. Terdapat pelbagai barangan menarik yang dijual di sini terutamannya pakaian dan kasut.
Ghost Museum Melaka – Pelbagai entiti dan hantu-hantu yang terkenal dalam masyarakat Malaysia juga dunia dipertontonkan di sini. Cabar ketakutan anda dengan membelek setiap info dan jenis hantu yang dipamirkan untuk pengetahuan bersama. Harga tiket masuk RM28 untuk dewasa dan RM16 untuk kanak-kanak/pelajar.
Melaka Bird Park – Taman burung ini bukan la yang baru tetapi telah ditutup seketika operasinya. Namun kembali dibuka pada September tahun lalu untuk kerja-kerja menaik taraf. Landskap dalam taman ini begitu menarik dan pelbagai spesies burung boleh pengujung lihat di sini.
Pirates Island – Pirates Island merupakan taman tema air mini dalam resort. Paling menarik lokasi ini turut tersedia kemudahan penginapan selesa untuk keluarga bersantai juga berlibur terutama pada cuti hujung minggu atau cuti persekolahan.
Spring In The Ocean – Ia merupakan The Shore Oceanarium fasa kedua yang mana telahpun dibukan sejak 1 Disember lalu. Antara tarikan utama untuk fasa kedua ini adalah Oceanarium Aquarist Lab, ‘Ray Tunnel’ yang mempamerkan ‘Cownose Ray’ dan ‘Schooling Fish Tunnel’. Terdapat juga persembahan Music Sound of Sea’ yang menampilkan Dancing Musical Light Aqua Theatre menggabungkan kombinasi muzik, lampu dan ‘LED Air Bubble Curtain’.
image via google | flickr
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...