Sebelum ini ramai ke Thailand untuk melihat kecantikan ladang bunga matahari, seakan menjadi ‘trend’ jika bercuti ke Lopburi sebuah daerah di Thailand.
Namun di negara kita juga telah muncul beberapa ladang bunga matahari ‘mini’ yang tidak kurang menariknya. Antaranya ladang bunga matahari yang terletak di negeri Perlis.
Lokasinya berada di Taman Ular dan Reptilia, Sungai Batu Pahat menjadi destinasi pilihan bagi pelancong domestik. Suasana indah berlatarkan panorama Banjaran Nakawan menerusi bukit Sungai Batu Pahat pastinya memukau para pengunjung yang ingin meluangkan masa di sini.
Bagi pencinta bunga matahari, ada lagi lokasi untuk menikmati keindahan flora berwarna kuning jingga tersebut. Anda boleh ke Sunflower Garden Bangan Datuk, Perak sekali gus menjadi lokasi terbaik untuk merakam kenangan sambil dikelilingi pokok bunga matahari yang kembang mekar.
Ads
Lokasi ini sangat dicadangkan untuk anda yang suka ‘berOOTD’ untuk dikongsi dalam media sosial. Tiket untuk masuk ke ladang bunga matahari ini juga berpatutan, hanya RM10 seorang.
Ads
Alamat: Sunflower Garden. A128, Bagan Sungai Burung, 36100 Bagan Datuk, Perak.
Waktu Operasi: 8 pagi – 7 mlm
Tiket Masuk:
Tanya penduduk Kuala Lumpur, siapa tidak kenal dengan Taman Tasik Titiwangsa yang menjadi kawasan beriadah dan reakreasi popular penduduk kota. Taman ini pernah menjadi tarikan hebat satu ketika dahulu dengan kewujudan Eyes of Malaysia untuk beberapa ketika.
Selama lebih setahun Taman Tasik Titiwangsa ditutup bagi memberi laluan terhadap kerja-kerja penambahbaikan dan pengindahan kawasan, taman yang sinonim dengan penduduk Kuala Lumpur akan dibuka semula sepenuhnya pada Ahad 15 Dis 2019 ini dengan berwajah baharu. Taman rekreasi itu akan dibuka bermula 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Perasmian untuk Taman Tasik Titiwangsa berwajah baru ini bakal dirasmikan awal tahun 2020 nanti. Namun disebabkan ramai yang tidak sabar untuk menggunakan taman ini dek tular kejadian 'curi-curi' masuk kawasan ini pada waktu malam, Datuk Bandar, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan bersetuju untuk membuka awal taman ini kepada umum. Kebetulan ketika ini adalah musim cuti sekolah, maka ramai orang awam berpeluang untuk singgah dan datang ke sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebanyak 60 spesies haiwan dari dalam dan luar negara antara tarikan kepada pengunjung yang singgah ke Mini Zoo Menara Kuala Lumpur. Bukan semata-mata melihat sahaja tetapi keunikan di sini juga orang ramai boleh bermesra dan memegang haiwan dari beberapa spesies serta memberi makanan yang disediakan.
Berpeluang mengikuti trip dari pihak pengurusan mini zoo ia nyata pengalaman menyeronokkan buat penulis. Sebenarnya ramai yang masih belum tahu adanya mini zoo yang boleh dikunjungi di tengah kota raya selain Zoo Negara.
Buat pengetahuan ramai, haiwan yang di pamerkan di sini adalah dari pelbagai negara dan ada juga baka tempatan. Bukan sahaja anak-anak yang seronok, golongan dewasa pun akan puas hati.
Tidak hanya melihat haiwan tetapi aktiviti yang boleh dilakukan di sini lebih kepada pembelajaran. Di setiap ruang yang menempatkan haiwan akan ada kakitangan yang ditugaskan untuk memberi penerangan.
Menurut Penolong Pengurusnya, Elliey Chong, sejak dibuka 2015, kehadiran pengunjung sangat menggalakkan dan paling ramai kita terima adalah pelancong luar negara.
“Mungkin lokasinya yang bersebelahan dengan Menara KL jadi memudahkan pelancong untuk terus masuk ke sini.
“Istimewanya juga, pihak kita turut mempamerkan monyet putih yang menjadi tarikan utama pengunjung. Spesies monyet putih ini jarang ditemui dan hanya di tempat tertentu sahaja boleh dijumpai.
“Konsep tangkap dan lepas ikan terutama kepada kanak-kanak yang ingin mengembalikan nostalgia di kampung juga disediakan. Mereka diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman tersebut,” katanya.
Mesra pengunjung
Bagi memudahkan orang ramai yang datang, pihak pengurusan turut menyediakan kemudahan yang selesa. Antaranya kafe dan kedai barangan cenderamata.
Untuk yang ingin berehat seketika anda boleh memilih kawasan rehat sambil menikmati pemandangan hutan simpan Bukit Nanas. Dengan suasana tenang diiringi bunyi kicauan burung perjalanan yang mengambil masa satu jam di kawasan zoo itu tidak terasa penatnya.
Tidak hanya konsep hutan terbuka, terdapat juga beberapa jenis haiwan yang diletakkan di kawasan tertutup sesuai dengan habitatnya. Jadi pengunjung boleh singgah di kedua-dua tempat ini.
Selain itu, pengunjung yang ingin mengambil gambar dibenarkan berbuat demikian selain khidmat jurufoto yang disediakan. Keterujaan pengunjung pasti berganda apabila dapat melihat sendiri keakraban arnab, sulcata tortoise, aldabra tortoise dan guinea pig dalam satu kawasan sama.
Kebanyakan haiwan di sini konsepnya dilepaskan secara bebas bagi yang tidak berbahaya. Jadi usah terkejut jika melalui kawasan yang haiwannya begitu jinak dan manja dengan pengunjung.
Justeru bagi yang masih tercari-cari tempat sesuai membawa ahli keluarga, lokasi ini antara salah satu tempat menarik selain berpeluang melihat pemandangan sekitar Kuala Lumpur dari Menara KL.
INFO
Waktu operasi: 10 pagi hingga 9 malam (Isnin hingga Ahad)
Bayaran masuk:
Dewasa (RM32)
Kanak-kanak (RM27)
Warga emas (RM27)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau anda rasa nak tengok apa yang menarik di Chiang Mai Thailand, boleh cepat-cepat cari tempat penginapan sesuai dulu mengikut bajet.
Kemudian baru lah boleh cari tempat untuk menyinggah. Jangan risau, jom ikuti perkongsian kali ini. Kita tengok, lokasi mana patut jadi pilihan terbaik untuk berehat di sana.
Secara ringkas, Chiang Mai adalah kawasan pergunungan indah yang terletak di utara Thailand dengan pelbagai tinggalan sejarah seperti kuil-kuil.
Kini peluang terbuka untuk anda menjejakkan kaki ke kota yang memukau ini apabila semakin banyak penerbangan terus dibuka dari Kuala Lumpur ke Chiang Mai.
Usah pening kepala memikirkan itinerari perjalanan di sana termasuk tempat penginapan kerana platform sewaan bilik atau rumah ada menyediakan panduan lengkap untuk anda.
Ayuh kita lihat tujuh cadangan penginapan Airbnb di Chiang Mai yang dijamin membuatkan anda berasa seperti di ‘syurga’ dunia.
Vila ini memaparkan gabungan kemodenan bandar dengan ketenangan alam semula jadi.
Lokasinya terletak di sekitar Sungai Ping, ia bukan sahaja menawarkan penginapan yang santai dengan kolam renang peribadi, malah terletak hanya beberapa saat dari Thapae Gate dan Nimmanhaemin!
Menawarkan penginapan gaya kontemporari ‘Lanna’ iaitu dikelilingi kehijauan, sesuai untuk mereka yang ingin menginap berhampiran dengan kawasan tarikan pelancong.
Terletak di tengah-tengah hutan rimba, sangat sempurna untuk anda beristirahat dan ‘relax’.
Nikmatilah pemandangan indah dari balkoni sambil menghayati bunyi aliran air sungai yang menenangkan jiwa.
Terletak berhampiran sebuah kampung yang dikelilingi alam semula jadi menjadikannya destinasi ideal untuk menyegarkan minda dan badan anda.
Rumah penginapanan gaya ‘Lanna’ Thai ini terletak di tengah-tengah kehijauan Chiang Mai.
Memaparkan satu taman bunga yang luas dengan suasana yang cantik dan tenteram.
Rumah kayu ini menawarkan pemandangan gunung yang mempesona. Ia bukan sahaja dikelilingi hutan buluh dan pepohon jati, tetapi juga terletak berhampiran dengan mata air panas.
Melambangkan kemewahan moden, ia adalah secocok untuk mereka yang menggemari reka bentuk kontemporari,
Vila ini memaparkan panorama kuil-kuil indah dan pergunungan Doi Suthep, lengkap dengan gaya industri minimalis dan balkoni untuk menghayati matahari terbenam.
Terletak berhampiran dengan bandar namun dikelilingi persekitaran yang damai, vila ini menyatukan unsur kemodenan dan perkampungan yang unik.
Dilengkapi sebuah kolam renang air masin dan taman tropika, sekali gus menawarkan satu tempat beristirahat yang sempurna selepas anda menerokai tarikan-tarikan menarik berdekatan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!