•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TEKS & FOTO: SITI MADIHAH AHMAD MAHIR

Menjejak kaki ke Lapangan Terbang Antarabangsa Nashville di Tennessee, AmerikaSyarikat, penulis disambut dengan deretan kedai menjual CD muzik, cenderahati berkonsep‘cowboy’ dan instrumen muzik, malah gitar-gitar sebenar turut dipamerkan di beberapa sudut sebagai hiasan dalaman.

Muzik sudah dianggap sebagai ‘roh’ negeri Tennessee: bandar terkenal dengan genre muzik yang berbeza pula. Jika bandar Memphis lebih kepada genre rock-and-roll dan blues,genre muzik yang istimewa kepada bandar Nashville pula adalah muzik ‘country’.Terdapat banyak tarikan pelancong di Nashville yang mengetengahkan khazanah muziknya. Antara yang paling mendapat perhatian ialah Country Music Hall of Fame yang terletak di pusat bandar.

Taylor Swift& Carrie Underwood

Muzium muzik popular yang terbesar di dunia,artifak di Country Music Hall of Fame meliputi instrumen muzik, kostum penyanyi selain pameran berkenaan sejarah muzik country sejak awal kemunculannya hingga kini, melibatkan nama-nama artis daripada Elvis Presley dan Johnny Cash hinggalah kepada Carrie Underwood dan Taylor Swift.Selain bahan pameran di muzium itu sendiri,pengunjung juga berpeluang menyertai lawatan keRCA Studio B, studio rakaman tertua di Nashville, dimana lebih 35,000 buah lagu telah dirakam di situ.Lawatan ke RCA Studio B hanya didapati menerusi pembelian tiket Country Music Hall of Fame sahaja.Seni bina Country Music Hall of Fame juga mempunyai maksud tersendiri yang istimewa,misalnya di hadapannya terdapat deretan tingkap diperbuat daripada kaca gelap yang menyerupai papan kunci sebuah piano.

Berhadapan Country Music Hall of Fame, terdapat sebuah taman bunga mini yang dikenali Music City Walk of Fame Park. Menyerupa iWalk of Fame di Hollywood, ia menghadiahkan sebuah ‘bintang’di taman itu untuk para penggerak industri muzik yang telah memberikan sumbangan yang signifikan kepada industri. Antara nama-nama yang telah diabadikan disitu termasuk Elvis Presley, Martina McBride, Dolly Parton, Kid Rock,Keith Urban dan Jimi Hendrix.

Selang beberapa bangunan dari taman tersebut, sebuah lagi lokasi penting Nashville, Ryman Auditorium, boleh diakses dengan berjalan kaki sahaja. Dikenali dengan nama “Mother Church of Country Music”, pada asalnya ia dibina sebagai sebuah gereja pada tahun 1892. Antara tahun 1943 dan 1974, Ryman Auditorium telah dijadikan lokasi program hiburan radio dikenali sebagai Grand Ole Opry. Setelah siaran program itu berpindahke lokasi baru, Ryman Auditorium masih lagi mengekalkan peranannya sebagai satu hab hiburan di Nashville. Sehingga kini,persembahan dan konsert masih diadakan. Antara artis-artis yang pernah membuat persembahan di sini termasuk Annie Lennox, Louis Armstrong, Jon Bon Jovi,Sheryl Crow, Coldplay dan Jonas Brothers.Selain penganjuran konsert, Ryman Auditorium juga mempunyai keistimewaan tersendiri termasuk memberi peluang kepada pengunjung untuk membuat rakaman lagu sendiri di Ryman RecordingBooth.

Bukan sekadar muzik

Dari Ryman Auditorium, eksplorasi pusat bandar Nashville boleh diteruskan lagi dengan berjalan kaki. Muzium Johnny Cash dan Schermerhorn Symphony Center antara tempat tumpuan yang boleh dilawati. Deretan kedai cenderahati berkonsep muzik,pusat karaoke, kedai kasut but serta kostum ‘country’ pula memenuhi segenap penjuru. Suara nyanyian dan muzik berkumandang sepanjang hari daripada persembahan band secara ‘live’ yang terdapat di kedai-kedai makan dan kafe, menambahkan kemeriahan kawasan sekitar.Beberapa minit perjalanan menaiki kereta dari pusat bandar adalah Grand Ole Opry House, lokasi baru program Grand Ole Opry setelah berpindah dari Ryman Auditorium.

Grand Ole Opry merupakan rancangan muzik country secara langsung yang disiarkan di radio sejak tahun 1925 sehingga kini. Persembahan Opry disiarkan setiap Jumaat dan Sabtu, dan para pengunjung yang ingin menontonnya sendiri di lokasi boleh melakukannya di Grand Ole Opry House, yang mampu memuatkan lebih 4,000 orang penonton. Setiap bulan menampilkan artis-artis yang berbeza, oleh itu anda dinasihatkan untuk melihat jadual persembahan terlebih dahulu di laman webwww.opry.com Grand Ole Opry House bukan hanya lokasi persembahan konsert ‘live’ sahaja,tetapi juga menawarkan pakej lawatan belakang tabir, di mana para pengunjung berpeluang menyaksikan suasana pentas dan bilik persalinan para penyanyi.

Hanya bersebelahan Grand Ole Opry House, adalah sebuah pusat membeli-belah dengan kedai-kedai ‘factory outlet’ yang menawarkan harga lebih murah. Opry MillsMall, mempunyai lebih 200 buah kedai termasuk daripada label-label terkenal seperti Coach, Michael Kors, Fossil, Calvin Klein dan Tommy Hilfiger.Lari seketika daripada hiruk-pikuk bandar, ketenangan ditemui di Centennial Park, taman rekreasi berkeluasan 132 ekar yang mempunyai sebuah tasik, taman-taman bunga, dan sebuah bangunan yang menjadi ikon bandar Nashville sejak penghujung abad ke-19 lagi. Bangunan gah tersebut ialah replika saiz sebenar kuil Parthenon yang terdapat di Athens, Greece.Bagaimanapun, ia tidaklah berfungsi sebagai kuil, sebaliknya berperanan sebaga isebuah galeri seni.Nashville juga mempunyai tinggalan sejarah yang lama; beberapa rumah agam yang berusia ratusan tahun milik keluarga keluarga berada, masih dijaga rapi dan boleh dilawati para pelancong. Contohnya Belle Meade Plantation, Belmont Mansion,dan The Hermitage yang merupakan kediaman Presiden Amerika Syarikat yang ke-7, Andrew Jackson. Jelas sekali, tidak tepat untuk menyimpulkan Nashville hanya mempertaruhkan latar belakang muziknya sebagai tarikan pelancong. Bandar ini turutkaya dengan bangunan bersejarah, seni tampak dan kebudayaan tersendiri yang amat menarik untuk diperhatikan.

 

Tinggalkan Komen

POST BERKAITAN

Makan Dalam Restoran Pesawat Di Tengah Bandar Huwan, China

2017-07-03 14:47:07
putri-adila

18

Chiba, Kisah Bandar Empat Musim Berwarna-Warni

2017-06-09 10:17:54
putri-adila

18

10 Bandar Warna-Warni Di Dunia

2017-05-23 03:07:12
putri-adila

18

NIKON D850: PANTAS & BERKUASA

2017-09-21 09:34:23
mohd-zulfadli

8

GUNUNG TAHAN KINI DI GOOGLE STREET VIEW!

2017-09-19 15:27:39
mohd-zulfadli

8

2017-09-18 17:19:06
putri-adila

8

ITENERI

Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!
Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!

Facebook

Facebook By Weblizar Powered By Weblizar

Instagram

Load More
Something is wrong. Response takes too long or there is JS error. Press Ctrl+Shift+J or Cmd+Shift+J on a Mac.

Artikel Berkaitan

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: