
Bagi mereka yang tinggal di negeri yang dikenakan PKPP bolehlah ambik peluang bercuti bersama keluarga di kawasan sekitar.
Salah satunya adalah di Pine Valley Villa & Camper Site Cameron Highland.
Mencipta percutian lain dari kebiasaan sambil menikmati susana malam dengan bercamping dan pemandangan malam di Tanah Tinggi Cameron Highland.
Selain itu juga turut menyediakan 1 bilik di villa untuk kemudahan lain.
Antara kemudahan yang disediakan dalam bilik berkenaan adalah
– Berdekatan dgn kedai barangn basah @ keperluan
– Dobi yang berdekatan
– Tandas dan surau disediakan
– Paip, singki dn bekalan eletrik juga tersedia
Untuk yang berminat boleh terus hubungi:
PINE VALLEY – CAMPER SITE
Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang.
wasap.my/60147063682
Artikel Berkaitan:
Percutian Mewah Dari Atas Bukit Di Woodhouse Retreat Kuala Kubu Bharu
Lokasi Hotspot Percutian Dalam Kabin Paling Gempak Di Selangor!
5 Lokasi Eco-Tourism Menarik Di Perak, Kaya Sumber Alam & Aktiviti Mengujakan
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Kongsi Aktiviti Yang Korang Boleh Buat, Kalau Ambik Day Trip Ke Pulau Redang

Bercuti ke pulau peranginan memang menjadi impian setiap orang. Suasana yang mendamaikan sambil mendengar deruan ombak serta keindahan kawasan sekitar menjadi tarikan untuk bercuti ke sini.
Perkongsian sahabat Backpackers Buddies Malaysia (BBM), Eisha Jamil yang memberi itinerari sepanjang percutian ke Pulau Redang, Terengganu.
Walaupun sering pergi ke sini, tetapi pulau ini tidak pernah membosankan baginya. Kali ini dia berkongsi day trip ke Pulau Redang disebabkan semua hotel hotel penuh ditempah pengunjung.
REDANG DAYTRIP
Harini nak share pasal redang daytrip .
Redang yang tak pernah bosan bagi aku la .
Kali ke berapa pergi pon tak tau la ni , tapi kali ni aku terpaksa ambik daytrip pakej memandangkan pakej stay pulau kebanyakan resort semua full . Pakej yang paling murah aku dah survey ini paling murah RM80 per person paling paling paling murah ni .
Pakej termasuk:
– Tambang bot pergi dan balik.
– Sewa peralatan snorkeling.
– Sewa jaket keselamatan
– 5 check point snorkeling
– Untuk set lunch : tambah rm15 seorang (aku tak ambik pon sebab aku dah plan nak makan dekat long beach redang)
Jadual perjalanan
– 9.00 pagi: Bertolak dari jeti Merang.
– 9.45 pagi: Sampai di Pulau Redang
Check point yang pertama di Turtle bay.( Pelancong akan snorkeling di sini..untuk berenang bersama penyu..bergambar..)
– 11.00 pagi: Bertolak ke Pulau Paku ( snorkeling di tengah laut..bnyak batu karang, dan ikan ikan yang cantik..para pelancong akan turun dari bot untuk snorkeling di sini)
– 1.00 petang: Bertolak ke Long Beach. (Long Beach adalah centre point bagi sesebuah pulau. Di sini juga terdapat 10 buah resort bertaraf 2-4 bintang. Di sini pelancong akan bersantai di tepi pantai, makan, dan mandi manda di tepi pantai.) dekat sini la aku makan
– 2.00 petang : Bertolak ke Pasir Akar ( snorkeling laut dalam)
– 3.00 petang : Bertolak ke Nyior Sepohon(menggantikan Marine Park tempat snorkeling yang terkenal di Pulau Redang..mempunyai batu karang yg cantik..ikan2 yg berwarna warni)
– 4.00 petang : Bertolak balik ke Jeti Merang.
Pantai Maldives (extra point)
– Sukanya, Best kan
– Bagi yang kurang bajet ke atau pakej tido pulau full boleh la ambik pakej day trip ni .
Artikel Berkaitan:
Gua Wonderweck, Di Afrika Selatan Dikenal Pasti Rumah Tertua Di Dunia Berusia 2 Juta Tahun
Bekas Lapangan Terbang Tentera US Di Tukar Jadi “Lautan Biru”, Dipenuhi 4.5 Juta Bunga Nemofila
Menikmati Staycaytion Hujung Minggu Di Chongkak Park & Resort
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Arwah Muhammad Haziq Dikebumikan Selepas Zohor Hari Ini

Kementerian Luar mengesahkan, rakyat Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, adalah antara 50 mangsa yang kehilangan nyawa dalam insiden tembakan di Christchurch, minggu lalu.
Menurut kenyataan itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia akan memberikan bantuan kepada keluarga bagi proses pengebumian berkenaan. Kerajaan Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Dalam pada itu, Kementerian Luar memaklumkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof juga akan berlepas ke Christchurch untuk mewakili kerajaan bagi memberikan sokongan kepada rakyat Malaysia yang terjejas susulan tragedi ini. Katanya, kementerian juga meminta semua pihak media dan awam untuk menghormati perasaan ahli keluarga yang berdepan tempoh sukar ini.
Haziq yang hilang sejak kejadian Jumaat lalu, disahkan meninggal dunia. Pengesahan itu dilaporkan Exco Jawatankuasa Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Pooh, 11.20 malam ini.
Sementara itu, pengebumian jenazah akan disempurnakan di Memorial Park Cemetery Bromley selepas Zohor (waktu tempatan), hari ini. Arwah adalah anak kedua Mohd Tarmizi Shuib, 42, rakyat Malaysia yang parah dalam serangan di Masjid Al Noor. Ketika kejadian, Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12, dan Muhammad Haziq hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid itu. Mohd Haris terselamat tetapi trauma, manakala bapa mereka parah ditembak.
Haziq adalah antara 50 mangsa yang terkorban dalam serangan pengganas di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu ketika umat Islam sedang menunggu solat Jumaat.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelajar Yang Terjejas Dengan Tarikh Tiket Penerbangan, Boleh Buat Penukaran Baru Tanpa Sebarang Caj

Pelajar IPT yang terjejas dengan penangguhan pendaftaran secara bersemuka boleh memohon untuk penjadualan semula tiket penerbangan secara percuma.
Jabatan Pendidikan Tinggi dalam kenyataannya di Facebook rasmi mereka memaklumkan, syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS), AirAsia, Firefly dan Malindo Air menawarkan pertukaran tarikh penerbangan di laluan yang sama tanpa bayaran tambahan. Bukan itu sahaja, malah KTMB juga turut membenarkan pelajar yang terjejas berbuat demikian.
Bagaimanapun, ia tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk untuk pelajar dan ibu bapa. Pelajar boleh menghubungi institusi pengajian masing-masing bagi mendapatkan cara-cara mengemukakan maklumat bagi tujuan tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai tatacara penjadualan semula tiket, pelajar boleh melayari laman sesawang syarikat penerbangan terbabit.
- Bagi pelajar yang membeli tiket MAS, mereka boleh membuat pertukaran tarikh penerbangan bagi tempoh setahun dari tarikh pembelian.
- Kerjasama bersama AirAsia Berhad membantu institusi pendidikan tinggi yang terjejas dengan penangguhan pendaftaran secara bersemuka. Untuk AirAsia, pelajar boleh membuat pertukaran tarikh tanpa had sebelum 31 Disember 2020.
- Pihak Firefly bersedia membantu pelajar-pelajar institusi pendidikan tinggi yang terkesan dengan penangguhan pendaftaran secara bersemuka.

- Malindo Air – Pelajar boleh mendapatkan Pengecualian FI Penukaran Tarikh (Tertaluk kepada perbezaan tambang)

- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membenarkan pindaan tarikh perjalanan tiket atau pemulangan tambang bagi pelajar yang terkesan dengan penangguhan pendaftaran masuk ke IPT.

Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI