train

Kebiasannya jika mahu ke negeri pantai Timur seperti Kelantan, jika tidak mahu memandu berjam-jam, kita akan memilih menaiki kapal terbang atas bas.

Tetapi tidak pernah terfikir pula untuk menaiki pengangkutan awam lain seperti keretapi. Mungkin sebab tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan tiket perjalanan jika menggunakan keretapi.

Jadi bagi mereka yang mahu merasai sendiri pengalaman menaiki kenderaan panjang ini boleh baca perkonsian wanita ini, Fatinnnur Zahrina yang melakukan trip solo untuk perjalanan dari utara ke Pantai Timur dengan memilih menaiki keretapi.

Dia memberitahu cara bagaimana untuk membeli tiket dan beberapa tip sepanjang semalaman menaiki keretapi berkenaan.

Bagi mereka yang berminat untuk memulakan perjalanan ke Pantai Timur atau utara selama 12 jam boleh ikut panduan dan tip diberikan.

Pesannya juga jangan tidur selepas Subuh jika tidak mahu terlepas menikmati pemandangan indah di beberapa lokasi.

Trip Solo dari Utara ke Pantai Timur dengan Kereta Api

Date: 14/12/21-15/12/21
Total hours of journey: 19h51m

Route:
Anak Bukit – Butterworth – KL Sentral – Gemas – Wakaf Bharu

IKLAN

Anak bukit> Butterworth: 1h23m
Butterworth> KL Sentral: 4h09m
KL Sentral>Gemas: 2h19m
Gemas>Wakaf Bharu: 12h00m

Wanita Kongsi Panduan Lengkap Booking Tiket Trip 12 Jam Ke Pantai Timur, Naik Kereta Api Dari KL Sentral
Train berhenti di Stesen Gua Musang. Boleh turun beli makanan, katanya sedap. Tapi daku memilih untuk turun bergambar dengan Tun Perak
Wanita Kongsi Panduan Lengkap Booking Tiket Trip 12 Jam Ke Pantai Timur, Naik Kereta Api Dari KL Sentral
Acah-acah bibliophile tegar

Disclaimer:
– Ini bukanlah trip jelajah tourist attractions. Sekadar perjalanan menaiki kereta api untuk ke pantai timur; bermula dari Kedah dan berakhir di Kelantan.
– Boleh saja ambil ETS dari Anak Bukit terus ke Gemas, lebih jimat masa dan wang tapi ada cara susah buat apa nak ikut cara senang kan? Haha. Yang kenal daku, tahulah.
– Sebenarnya nak merasa naik different types of train. Kalau nak buat trip singgah-menyinggah dan berhenti rehat terpulanglah. You decide your own itinerary.

Jenis Tren & Harga Tiket:
– Anak Bukit – Butterworth: Komuter (RM7.60)
– Butterworth – KL Sentral: ETS Platinum Business Class (RM154)
– KL Sentral – Gemas: ETS Gold (RM33)
– Gemas – Wakaf Bharu: Ekspres Rakyat Timuran ERT (RM46)

Cara beli tiket ERT:
– Download KTMB mobile apps (KITS)
– Pilih destinasi (boleh rujuk route ERT pada gambar)
– Coach T1-T5: tempat duduk kerusi
– Business: RM88
– Standard: RM34

Wanita Kongsi Panduan Lengkap Booking Tiket Trip 12 Jam Ke Pantai Timur, Naik Kereta Api Dari KL Sentral

IKLAN

Wanita Kongsi Panduan Lengkap Booking Tiket Trip 12 Jam Ke Pantai Timur, Naik Kereta Api Dari KL Sentral

Wanita Kongsi Panduan Lengkap Booking Tiket Trip 12 Jam Ke Pantai Timur, Naik Kereta Api Dari KL Sentral
Siapa ambil gambar? Of course Mr Tripod.
Wanita Kongsi Panduan Lengkap Booking Tiket Trip 12 Jam Ke Pantai Timur, Naik Kereta Api Dari KL Sentral
Inilah tempat tidur, solat, makan, baca buku etc untuk 12 jam.
Wanita Kongsi Panduan Lengkap Booking Tiket Trip 12 Jam Ke Pantai Timur, Naik Kereta Api Dari KL Sentral
Pasang lampu sikit feeling2 estetik gitu

Coach T6-T8: katil
– Upper berth: RM40 (Gemas – Wakaf Bharu)
– Lower berth: RM46 (Gemas – Wakaf Bharu)
*kanak-kanak lain harga
*sleeper coach ni macam pisang goreng panas especially lower berth(tingkap lebih luas)

Tips:
– Elakkan beli katil no 2&4, 14&16, 26&28 dan 38&40 sebab tingkap berlapis nanti ganggu pemandangan (tips ni dapat daripada otai trainpacking juga)
– Cafe sebelah coach T6. Harga makanan standard atas kereta api ya.
– Tandas nak kata tiptop tu taklah, tapi bolehlah untuk buang air.
– Tiada ruang solat, jadi kena solat atas katil.
– Jangan lupa bawa powerbank kerana tiada power socket mahupun charging port di tempat tidur.
– Kereta api akan berhenti lama sikit di Stesen Gua Musang. Boleh la turun beli makanan dan bergambar di depan kepala kereta api berlatar belakangkan bukit batu kapur.
– Jangan tidur selepas Subuh, nikmatilah kehijauan alam sepanjang perjalanan. Kalau tertidur jangan risau staf berjalan dari gerabak ke gerabak untuk beritahu jika dah nak sampai stesen.

 

Wanita Kongsi Panduan Lengkap Booking Tiket Trip 12 Jam Ke Pantai Timur, Naik Kereta Api Dari KL Sentral
Sampai di Stesen Gua Musang boleh la ambil gambar macam ni. Kekonon macam train tengah bergerak. Tapi tak pun.
Wanita Kongsi Panduan Lengkap Booking Tiket Trip 12 Jam Ke Pantai Timur, Naik Kereta Api Dari KL Sentral
Dalam sleeper coach.

Wanita Kongsi Panduan Lengkap Booking Tiket Trip 12 Jam Ke Pantai Timur, Naik Kereta Api Dari KL Sentral

IKLAN

 

Iconic view sepanjang perjalanan:
– Stesen Gua Musang
– Jambatan Guillemard, Tanah Merah

– Dengan pengalaman naik second class sleeper train di India sebelum ini, jadi keselesaan bukanlah concern utama daku. You get what you pay la. Jadi okay pada daku belum tentu okay pada orang lain. Tapi jumpa ramai juga parents bawa anak-anak merasa pengalaman naik kereta api. Once in a lifetime. Why not kan?
– Rasanya ramai dah share pasal trip ni. Just sharing my personal experience. Semuanya hasil bacaan tips dan pengalaman orang lain juga. Semoga bermanfaat.

Wanita Kongsi Panduan Lengkap Booking Tiket Trip 12 Jam Ke Pantai Timur, Naik Kereta Api Dari KL Sentral
Nak pergi cafe seeloknya lepas Subuh sebab belum ramai orang lagi.
Wanita Kongsi Panduan Lengkap Booking Tiket Trip 12 Jam Ke Pantai Timur, Naik Kereta Api Dari KL Sentral
Syahdu betul makan sorang-sorang sambil menghadap tingkap.😂 Nasib baik teh tarik tu sedap.
Wanita Kongsi Panduan Lengkap Booking Tiket Trip 12 Jam Ke Pantai Timur, Naik Kereta Api Dari KL Sentral
Download apps ni untuk memudahkan kalian check jadual, harga dan beli tiket. Nak cancel tiket pun senang. Refund masuk dalam KTM wallet. Lepas tu tak payah susah-susah nak print tiket bagai. Scan QR code saja.
Wanita Kongsi Panduan Lengkap Booking Tiket Trip 12 Jam Ke Pantai Timur, Naik Kereta Api Dari KL Sentral
Route Ekspres Rakyat Timuran. Kalau dari selatan boleh naik di JB Sentral (17 jam).

Artikel Berkaitan:

Dari Shah Alam Ke Wakaf Baru, Trend Percutian Ke Kelantan Naik Kereta Api. Best Tau!

Berdepan Pasca Pandemik, Ini 10 Tip Kebersihan & Keselamatan Kita Harus Lakukan Dalam Flight

Trip 4H3M Ke Utara, Layan Perak & Kedah Guna Perkhidmatan Awam. Jimat, Berbaloi & Menyeronokkan!

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI