Kadang kala kunjungan terlalu ramai tetamu di sesebuah resort membuatkan kita berasa sedikit tidak selesa. Tambah-tambah jika ingin mandi kolam atau  sungai yang mana  lokasi ini pastinya menjadi tumpuan utama pengunjung kerana itulah tarikan utamanya ketika bercuti.

Bagi warga kota yang inginkan percutian agak privasi, hujung minggu ini bolehlah mencuba menginap di Agrotek Garden Resort yang terletak di Kampung Semungkis Batu 14, Hulu Langat, Selangor. Memandu lebih kurang sejam dari ibu kota, kita sudah sampai di lokasi permai ini.

Lebih Privacy & Back To Nature, Agrotek Garden Resort Hulu Langat Tawar Pengalaman Berbeza Buat Warga Kota

Lokasi Agrotek Garden Resort ini  memang rare & agak terpencil. Jadi bagi yang nak tenang-tenang saja dan menikmati  hutan tropika yang indah mempersonakan serta lari dari kesibukan kota bolehlah la buat pilihan di sini.

Lebih best, di lokasi ini juga sesuai bagi yang nak buat pelbagai program dan aktiviti  seperti seminar, team building, hari keluarga, reunion, majlis resepsi dan sebagainya. Dan kalau nak menginap, ada resort dan bilik penginapan bermula dari harga RM150 ke RM315 semalam saja.

Apa yang menarik di sini?

Berdasarkan review dari pengunjung yang telah ke sini dan dikongsikan oleh Shiedah Sonice di page fb Hotel Review Malaysia, dirinya memaklumkan, suasana di sini agak tenang dan jumlah pengunjung juga dihadkan oleh pihak resort. Jadi agak privasi dan boleh mandi manda air sungai tanpa batas.

Jom baca review darinya.

IKLAN

Kami sekeluarga pergi setelah di review oleh adik saya yang pergi seminggu sebelum tu. Tak sangka dekat je dengan rumah rupanya. Bilik ada banyak pilihan. Cita rasa ala kampung atau moden. Ada yang berhawa dingin dan ada yang tak ada. Tapi malam-malam sejuk oo, jadi kena tutup aircond.

Lebih Privacy & Back To Nature, Agrotek Garden Resort Hulu Langat Tawar Pengalaman Berbeza Buat Warga Kota

Lebih Privacy & Back To Nature, Agrotek Garden Resort Hulu Langat Tawar Pengalaman Berbeza Buat Warga Kota

Lebih Privacy & Back To Nature, Agrotek Garden Resort Hulu Langat Tawar Pengalaman Berbeza Buat Warga Kota

Lebih Privacy & Back To Nature, Agrotek Garden Resort Hulu Langat Tawar Pengalaman Berbeza Buat Warga KotaLebih Privacy & Back To Nature, Agrotek Garden Resort Hulu Langat Tawar Pengalaman Berbeza Buat Warga Kota

Boleh buat pilihan bilik

IKLAN

Bilik ada dua pilihan. Satu, boleh pilih bilik menghadap sungai atau kolam ikan . Di sini taka da kolam renang. Tapi ada sungai yang merentasi  dalam kawasan resort. Air sejuk. Malam-mlam pun boleh mandi kalau kulit uolss tebal la tahan sejuk.

Masa kami pergi tak ramai orang jadi Insya Allah boleh jaga penjarakan sosial (menginap 11/8 – 12/8 2021). Dengar khabarnya, pihak pengurusan resort pun hadkan bilangan pengunjung. Kalau tak nak menginap pun tak apa, tapi pihak resort kenakan bayaran kemasukan RM10 bagi dewasa dan RM5 seorang bagi kanak-kanak untuk mandi manda di kawasan resort.

Lebih Privacy & Back To Nature, Agrotek Garden Resort Hulu Langat Tawar Pengalaman Berbeza Buat Warga Kota

Lebih Privacy & Back To Nature, Agrotek Garden Resort Hulu Langat Tawar Pengalaman Berbeza Buat Warga Kota

Lebih Privacy & Back To Nature, Agrotek Garden Resort Hulu Langat Tawar Pengalaman Berbeza Buat Warga Kota

IKLAN

Lebih Privacy & Back To Nature, Agrotek Garden Resort Hulu Langat Tawar Pengalaman Berbeza Buat Warga Kota

Makanan sedap-sedap terutama western

Untuk  makan, resorti ni ada sediakan restoran. Harga standard macam harga kat luar saja.  Sedap masakan dia. Pilihan dari western hingga ala Thai.

Ok macam biasa, di page Hotel Review Malaysia nie ada disediakan komen tentang kekurangan sesuatu lokasi menginap. Ini menurut pandangan Shiedah Sonice di page tersebut.

1) Dalam bilik tak ada disediakan air mineral dan  cerek elektrik. Jadi uolss kena bawa siap-siap air mineral dari rumah sebab nak ke kedai agak jauh jugak dan terpaksa pula hadap jem maha dahsyat setiap weekend sebab ramai orang pergi berkelah di area Hulu Langat ni. Untuk air panas,  uolss boleh minta  dari  restoran tu. Bawa siap-siap termos untuk memudahkan ambil air panas.

2) Breakfast free for 2 pax. Dinasihatkan pergi awal kalau lambat, habis. Dia orang  tak top up. Dan menu breakfast sangat simple. Macam kami hari tu nasi lemak dan roti gardenia je.

Kawasan ni boleh dipuji tahap kebersihannya. Taman cantik dan bersih. Gambar: FB Agrotek Garden Resort dan Shiedah Sonice.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI