Syarikat makanan dan minuman (F&B) Santan yang juga jenama menu dalam penerbangan AirAsia membuka peluang kepada pekerja syarikat penerbangan itu yang terjejas akibat pandemik COVID-19 untuk menjadi penghantar makanan yang dihasilkan syarikatnya.
Setakat ini lebih 50 Allstars (kakitangan AirAsia) yang terdiri daripada kru penerbangan, juruterbang, ejen perkhidmatan darat serta mereka yang bekerja secara harian merebut peluang berkenaan dalam tempoh tidak dijangka ini.
Menurut Pengurus Besar Santan, Catherine Goh dalam satu kenyataan, dalam menempuhi keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, mereka perlu kekal kuat serta berani. Kakitangan Santan telah bekerja keras bagi memastikan makanan seperti nasi lemak Pak Nasser dan hidangan-hidangan lain dapat disediakan kepada semua sepanjang tempoh ini.
Ads
“Kami berharap dapat menyatukan rakyat Malaysia menerusi kasih sayang kita kepada makanan, sama ada semasa penyediaan atau penghantaran, kita semua #InThisTogether.”
Pada masa ini, 70 peratus daripada perniagaan Santan adalah membabitkan perkhidmatan penghantaran, manakala selebihnya untuk bawa pulang. Santan yang dibuka secara rasmi pada Disember 2019 dijangka akan terus memperluas perkhidmatan seumpama itu dan makanan sejuk beku di samping memberi tumpuan untuk mempelbagaikan menu.
Ads
Untuk anda yang mencari menu berbuka puasa atau ingin menempah juadah berbuka puasa layari www.santan.com.my atau ke FB rasmi Santan
Sebut saja nama Dubai, pasti terlintas di fikiran anda ianya satu bandar yang mewah, gah, dipenuhi wanita-wanita cantik, intan berlian, jutawan-jutawan dan deretan kereta-kereta mewah. Yup, sememangnya Dubai dikenali di dalam internet sebagai satu bandaraya yang penuh dengan kemewahan dan emas permata.
Namun, cerita sebenar dalam internet yang selalu kita tengok tu tak mencerita keseluruhan kisah sebenar bandaraya Dubai itu pun. Sebenarnya ada sisi lain yang tidak dipamerkan untuk tatapan anda di alam maya.
Di sebalik bandaraya serba mewah itu, ada sekelompok umat manusia yang sebenarnya hidup dibawah paras kemiskinan dan seorang jurugambar daripada Iran berjaya merakamkan gambar-gambar yang pasti akan membuatkan persepsi anda terhadap Dubai akan berubah.
Gambar-gambar yang berjaya dirakamkan oleh Ferjad Berahman itu mempamerkan golongan buruh yang berkerja di Dubai untuk menyara keluarga di tanah air dan kebanyakkan daripada mereka tidak menerima bayaran gaji yang setimpal, dan dipaksa berkerja dalam keadaan yang teruk.
Bertempat di Sonapur, ia adalah lokasi di mana gambar-gambar ini berjaya dirakam. Sonapur itu adalah satu daripada nama penempatan pekerja yang berada di luar bandar Dubai – jauh daripada segala kemewahan dan bangunan pencakar langit serta kekayaan orang-orang Arab di sana.
Untuk pengetahuan anda, apa yang lebih ironi mengenai nama Sonapur adalah ianya bermaksud ‘Bandaraya Emas’ dalam bahasa Hindi, tetapi menjadi penempatan kepada lebih 150,000 pekerja yang dibelenggu kemiskinan dan kekurangan dan kebanyakkan daripada mereka datangnya daripada India, Pakistan, Bangladesh dan China.
Untuk dapatkan gambaran jelas mengenai keadaan di sana, jom kita lihat gambar-gambar yang dirakam oleh Ferjad Berahman di bawah.
Kalau kita tengok trend honeymoon, ramai bakal pengantin yang lebih memilih untuk berbulan madu di kawasan tanah tinggi, pantai, ecoforest, resort dan hotel sama ada domestik atau antarabangsa.
Kenapa tidak sekali sekala kita tukar norma dan selera dengan berbulan madu menaiki kapal persiaran mewah? Berlayar berdua selama beberapa hari di atas laut, singgah ke beberapa pelabuhan terkenal dalam dan luar negara.
Atleast ia satu pengalaman berbeza berbanding trip honeymoon yang lain. boleh ‘lompat-lompat’ ke banyak tempat. Betul tak? Contoh macam berlayar dari Pelabuhan Klang hingga ke Phuket, nanti kapal akan singgah di situ dan kita boleh turun untuk membeli-belah dan melawat tempat-tempat bersejarah di sana.
Tapi hasil daripada ‘kajian’ mendapati terdapat stigma masyarakat di Malaysia yang didominasi kaum melayu beragama islam tentang status makanan halal yang disediakan di atas kapal persiaran ini.
Ya, memang benar tanpa Libur nafikan bahawa ada status makanan di sesetengah kapal persiaran mewah sememangnya diragukan. Banyak kapal persiaran mewah menyediakan makanan atau minuman berasaskan alkohol dan sebagainya.
Ada kapal persiaran sedia makanan halal
Tapi…! Libur nak kongsikan kepada pembaca sekalian alam bahawa ada kapal persiaran mewah yang menerima pengiktirafan dan sijil halal daripada Jabatak Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Kapal persiaran yang Libur maksudkan ialah SuperStar Gemini, yang kini berlabuh di Pelabuhan Klang sehingga April 2019. Kapal ini dijangka akan menerima pengiktirafan dan sijil halal pada bulan Disember 2018 selepas melepasi tapisan yang dijalankan oleh JAKIM di Pelabuhan Pulau Pinang.
So lepas ni tak adalah nak rasa was-was pergi melancong naik kapal cruise ini kan? Kebersihan daripada segi makanan dah selamat bila dapat sijil halal. Alhamdulillah. Cuma satu Libur pesankan, standbywettissue. Libur pernah terkena toilet tak ada paip air, pakai tisu sahaja!
Kepada mereka yang ingin merancang honeymoon terhebat bersama pasangan tersayang, menaiki kapal cruise adalah pilihan terbaik yang pasti akan memenuhi keinginan anda untuk memberi yang terbaik kepada si dia dan merakamkan kenangan manis bersama. Sebab apa? Sebab atas kapal si dia tak boleh lari ke mana-mana!
Di sini Libur kongsikan serba sedikit info berkenaan kapal-kapal persiaran yang available di Malaysia.
Selamat berbulan madu!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pesawat telah merevolusikan sistem pengangkutan dengan kapasiti lebih besar dan cepat untuk membawa penumpang. Pesawat memainkan peranan penting dalam operasi ketenteraan, mengangkut kargo dan ke tempat-tempat yang jauh di seluruh dunia dalam masa yang lebih singkat. Saiz pesawat yang lebih besar, lebih banyak penumpang dan lebih banyak kargo boleh dimuatkan. Berikut ialah 10 pesawat terbesar dunia sehingga 2017.
Bonus- A300-600ST (Super Transporter) atau Beluga
Airbus A300-600ST (Super Transporter) atau Beluga, adalah versi pesawat udara A300-600 yang diubah suai untuk membawa bahagian pesawat dan kargo yang besar. Ia menerima nama rasmi Super Transporter sejak awal. Beluga XL , berdasarkan Airbus A330 dengan modifikasi dan dimensi yang serupa, sedang dibangunkan oleh Airbus untuk menggantikan jenis sama sekitar 2020.
10. Airbus A340-500 Pesawat ini dihasilkan oleh syarikat aeroangkasa Eropah. Airbus adalah pesawat jet penumpang komersial jarak jauh yang luas. Pesawat ini mempunyai empat enjin turbofan dan tiga gear utama pendaratan sebagai ciri khas. Ia boleh terbang sehingga 9,000 batu nautika membantu dalam operasi laluan tanpa henti yang panjang. Pesawat ini boleh muat sehingga 375 penumpang. Lufthansa dan Air France adalah operator terbesar model ini.
9. Airbus A350-900 Ia adalah pesawat jarak jauh enjin berkembar yang dibangunkan oleh pengeluar Airbus Eropah . Kedua-dua fiuslaj dan struktur sayap pesawat dibuat daripada polimer bertetulang serat karbon. Sebagai ahli keluarga pesawat A350 XWB, pesawat ini menawarkan keselesaan kepada penumpang dan potensi keuntungan optimum serta efisien kepada operator. Boleh muat 325 penumpang dalam susunan tiga kelas. Kos unit pesawat ini ialah AS $ 308.1 juta dan Qatar Airways operator utamanya.
8. Antonov An-22
Ia adalah pesawat pengangkutan tentera serta pengangkut strategik yang direka oleh Biro Reka Bentuk Antonov Soviet Union. Antonov adalah pesawat enjin turboprop terbesar di dunia yang pernah ada. Terdapat empat enjin turboprop yang memutar kipas secara kontra. Pada masa ini, pesawat udara ini telah banyak digunakan dalam operasi tentera udara dan kemanusiaan.
7: Boeing 777-300
Boeing Commercial Airplanes telah membangun dan menghasilkan pesawat jet enjin berkembar jarak jauh ini. Ia adalah pesawat jet enjin berkembar terbesar di dunia dan mempunyai kapasiti tempat duduk kira-kira 386 penumpang dalam tatacara tiga kelas. Ia dikuasakan oleh enjin GE90, Pratt & Whitney PW4000 atau Rolls Royce Trent 800. Penggunaan bahan bakar lebih cekap berbanding jet badan lebar lain, model ini merupakan salah satu model pesawat terlaris Boeing.
6. Airbus A340-600
Ini adalah pesawat penumpang jarak jauh dengan empat enjin komersil yang dihasilkan oleh syarikat Aeroangkasa Eropah Airbus pada tahun 1993. Ia boleh terbang sehingga 7,900 batu nautika dan dijana oleh empat enjin Rolls-Royce Trent 500. Ia mempunyai reka bentuk aerodinamik yang menjimatkan bahan api dengan struktur komposit mengurangkan berat. Pesawat ini menawarkan ruang pengendali yang hebat, keselesaan dengan kapasiti tempat duduk sebanyak 350 penumpang dalam susunan tiga kelas dan kira-kira 475 tempat duduk maksimum.
5. Boeing 747-400
Pesawat komersial lebar ini dikenali dengan geladak atas khas di bahagian hadapan pesawat. Ia adalah versi penumpang Boeing 747 yang paling biasa kita lihat. Pesawat ini mempunyai kelajuan subsonik; Mach 0.85 dengan jarak 7,670 batu nautika. Ia boleh muat 416 penumpang dalam susun atur tiga kelas dan kira-kira 660 penumpang dalam susunan satu kelas maksimum. British Airways adalah pengendali terbesar model ini. Kos seunit pesawat ini ialah AS $ 234 juta.
4. Boeing 747-8i
Ia adalah pesawat komersial dihasilkan oleh Boeing Commercial Airplanes. Ia telah ditambah panjang fiuslaj dan sayap yang direka bentuk semula daripada model yang terdahulu. Ia mempunyai kapasiti penumpang sebanyak 467 dalam tiga susunan kelas. Ia mempunyai jarak kira-kira 8000 batu Nautika dan kelajuan penerbangan Mach 0.855. Ia adalah pesawat komersil terbesar yang dibina di Amerika Syarikat. Kos seunit pesawat ialah kira-kira AS $ 379 juta.
3. Airbus A380-800
Pesawat Airbus ini adalah pesawat dua dek, berbadan lebar, empat enjin dan merupakan pesawat penumpang terbesar di dunia. Oleh kerana dek atas kapal terbang meluas sepanjang keseluruhan badan pesawat, ia menawarkan ruang lantai yang boleh digunakan untuk menyediakan tempat duduk bagi 525 penumpang dalam konfigurasi tiga kelas. Ia boleh terbang 8,500 batu nautika dan kelajuan penerbangan 490 knot pada penerbangan biasa. Kos seunit pesawat ini ialah AS $ 432 juta.
2. Antonov An-124
Ia adalah pesawat pengangkutan yang direka oleh Biro Reka Bentuk Antonov Ukraine. Ia adalah pesawat pengangkutan tentera terbesar di dunia dan salah satu pesawat pengeluaran kargo berat tertinggi di dunia. Nama pelapor NATO adalah Condor dan digunakan dalam operasi penyelamatan dan pengangkutan udara. Kos seunit pesawat ialah kira-kira AS $ 70-100 juta. Pada masa ini ia sedang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Antonov dan Volga-Dnepr Airlines.
1. Antonov An-225 Mriya
Ia adalah pesawat kargo udara strategik yang direka oleh Antonov Design Bureau Ukraine. Ia adalah pesawat yang paling berat pada tahun 2017 dengan berat maksimum 640 tan metrik. Pesawat besar ini dikuasakan oleh enam enjin turbofan. Ia mempunyai jarak penerbangan yang agak pendek iaitu 2,160 batu nautika dan kelajuan penerbangan maksimum yang lebih rendah pada 458 knot berbanding pesawat komersil lain. Ia mempunyai sayap terbesar untuk pesawat dalam perkhidmatan operasi. Ia memegang rekod dunia untuk jumlah kargo udara yang diterbangkan iaitu seberat 253,820 kg. Ia adalah satu-satunya jenisnya dan mempunyai Pendaftaran Sivil Ukraine UR-82060.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hamparan pasir luas, batuan putih berbentuk cendawan dan langit biru tanpa penghujung menjadikan destinasi ini kelihatan seperti sebuah planet asing.Terletak di Gurun Barat Mesir,...