Lebih-lebih lagi di Litar Sepang dalam keadaan panas. Suhu sekeliling sekitar 36 celcius manakala suhu litar mampu cecah hingga 50 celcius. Berat pelumba juga turun sekitar 1-2kg sekali perlumbaan.
Purata kelajuan 350kmj semasa berlumba Kelajuan maksima sebuah motor MotoGp lebih kurang 350kmj. Kelajuan purata semasa memasuki corner sekitar 161kmj.
250 kuasa kuda
Kuasa sangat tinggi. Lebih laju dari kebanyakan kereta. 0-100kmj dalam masa 2.6saat. Lebih pantas pecutan awal berbanding F1. Memang perlu jadi pro untuk tunggang jentera ni.
Berat hanya sekitar 160kg Dengan power- to- weight ratio yang tinggi, menjadikan jentera ini sangat berkuasa. Namun berat apabila memecut menjadi lebih kerana G-Force; maka setiap pelumba perlu latihan intensif di gym, berlari, motocross, supermoto, berbasikal, berlari, berenang dan lain-lain.
Hanya tujuh enjin dibekalkan pengeluar kepada satu pasukan Enjin ini dikunci dan tidak boleh dibuka oleh mekanik pasukan sehingga ia diperlu guna pakai.
Ads
Sentuhan permukaan tayar sangat minima semasa corner
Masa ni, sentuhan tayar ke trek hanya sebesar kad kredit sahaja. Harga satu tayar RM5000.
Kulit kangaroo Suit pelumba dibuat dari kulit kangaroo yang lebih fleksibel dan hanya setebal 1.2-1.4mm. Thermo plasticbahagian diguna pada pad lutut, siku dan bahu. Dibelakang pula ada macam bonggol, bahagian air minuman.
Sistem air bag Setiap suit ada sistem air bag di bahagian atas badan yang akan mengembang automatik 4-5 cm apabila kemalangan.
Ads
Padat dengan komputer Lebih 500 saluran perolehan data pada motor. Semua dikawal ECU. Boleh rekod masa pusingan, gear, suhu enjin, tayar dan lain-lain.
Berbasikal
foto: naikmotor.com Ramai pelumba kekal fit dengan berbasikal dan kekal dalam keadaan terbaik.
Pelumba perlu lupakan kemalangan Kemalangan semasa berlumba boleh jadi ngeri, namun mereka dilatih supaya lupakan dan kawal emosi dan terus fokus pada perlumbaan seterusnya.
Ads
Valentino Rossi tidak menang sebarang gelaran Juara Dunia sejak 2009 Menang tujuh kali gelaran dunia memang paling banyak setakat ini. Namun sejak 2009, tidak pernah menang. Paling hampir pada 2016 di tempat kedua. Kini Rossi berumur 38 tahun, pelumba paling tua dalam MotoGp.
Pelumba Sepanyol menang gelaran dunia sejak lima tahun lalu
Sejak 2012 hingga 2016, Marc Marquez dan Jorge lorenzo dari Sepanyol mengungguli gelaran juara dunia.
Pengeluar jentera dari Jepun menang semua gelaran sejak 1974 Yamaha, Honda, dan Suzuki banyak memenangi gelaran pengeluar. Hanya 2007 menyaksikan Ducati menang gelaran dunia dengan Casey Stoner. 42 gelaran pengeluar dimenangi oleh pembuat dari Jepun.
Lean Angle
Ketika corner, pelumba akan merendahkan badan dan motor sehingga 64 darjah
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
New Delhi, India mendominasi senarai bandar raya tercemar untuk tahun lepas (2018) dengan menduduki 22 daripada 30 kedudukan teratas, demikian menurut laporan Greenpeace.
Pencemaran udara dianggarkan menyumbang kepada 7 juta kematian awal pada setiap tahun dan dianggap sebagai risiko kesihatan alam sekitar tunggal terbesar oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. New Delhi sekali lagi dinamakan sebagai ibu negara yang mempunyai udara paling tercemar dan berada di tempat ke-10, jirannya, bandar Gurugram menduduki tempat pertama senarai tersebut. Bandar-bandar di China, Pakistan dan Bangladesh turut berada pada kelompok 30 teratas.
Senarai yang dikenali sebagai Laporan Kualiti Udara 2018 itu disusun oleh Greenpeace dan IQAir AirVisual dengan menggunakan data pencemaran udara dari beribu-ribu stesen pemantau milik awam serta persendirian di seluruh dunia. Ia bertujuan untuk menyenaraikan lebih 3,000 bandar raya daripada paling kotor hinggalah yang paling bersih.
Di peringkat negara pula, Bangladesh muncul sebagai negara paling tercemar diikuti rapat oleh Pakistan dan India, manakala Afghanistan serta Mongolia turut berada di 10 tempat teratas. Selain kehilangan nyawa manusia, pencemaran ini menyumbang kepada kehilangan tenaga buruh global dianggarkan bernilai AS$225 bilion (RM920 bilion) dan kerugian beberapa trilion dolar akibat kos perubatan. Ia memberikan impak yang amat besar terhadap kesihatan dan kewangan.
Laporan itu turut memantau partikel pencemaran halus dikenali sebagai PM2.5 yang boleh menembusi salur udara dan menyebabkan masalah pernafasan. Daripada lebih 3,000 bandar raya yang dianalisis, 64 peratus didapati mencatatkan kadar PM2.5 melebihi daripada garis panduan pendedahan tahunan yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Kebimbangan dengan penularan kes Covid-19 yang semakin meningkat menyebabkan ramai mengambil langkah berjaga-jaga.
Malah orang ramai juga tidak digalakkan untuk bercuti atau rentas negeri sementelah perlaksaan PKP 2.0 Rabu lalu.
Namun lain pula ceritanya di negara seberang. Seorang lelaki di Indonesia, Richard Muljadi dikatakan telah melakukan suatu diluar jangkaan apabila telah menempah sebuah pesawat untuk pergi bercuti ke Bali bersama isterinya.
Percutian ini adalah sempena meraikan sambutan tahun baru awal tahun ini. Dan posting yang di mat naik di laman instagramnya itu telah mengcuri tumpuan netizen.
Menerusi gambar tersebut, kelihatan pesawat yang dia naiki adalah kosong tanpa penumpang lain sehingga nampak seperti di dalam jet peribadi.
Dia yang duduk di barisan paling depan dengan kata lain kerusi untuk kelas bisnes manakala kerusi di bahagian belakang semua kosong.
Memandangkan risau dijangkiti virus ini, dia nekad menempah seluruh pesawat dengan harga antara 75 juta hingga 110 juta rupiah.
Menurut sumber, dia menggunakan syarikat penerbangan komersial Batik Air untuk perjalanan tersebut.
“Setelah aku tempah sebanyak mungkin tempat duduk, harganya tetap lebih murah daripada menyewa private jet. Itulah helahnya,” katanya.
Menurutnya lagi, dia dan isteri tidak akan terbang melainkan dalam pesawat yang hanya ada mereka berdua saja kerana terlalu takut dijangkiti Covid-19. Richard juga sebenarnya adalah cucu kepada konglomerat terkenal di Indonesia.
Kalau di Malaysia, nak tengok ikan lumba-lumba ‘live’ depan mata memang jarang-jarang berlaku. Bukan tidak ada kelibat spesies ikan ini di perairan kita, ada! Cuma kesempatan untuk melihat secara langsung agak sukar.
Di Pulau Tioman, peluang menyaksikan sekawan ikan lumba-lumba ‘bermain’ di sekeliling bot menjadi pengalaman tidak dilupakan buat pengurus sebuah resort di Pulau Tioman, Rompin. Beberapa hari ini, tular di media sosial menerusi klip video yang dikongsikan Facebook Juara Mutiara Resort menunjukkan sekumpulan ikan lumba-lumba ‘bermain’ di perairan Pulau Tioman, Pahang.
Rakaman klip video ikan lumba-lumba itu yang tular dirakamkan sekitar jam 12 tengah hari 22 Julai 2020 lalu, semasa pengurus sebuah resort bersama isteri dan dua kru resort menaiki bot dari Kampung Tekek untuk pulang ke Kampung Juara di pulau tersebut. Mereka melihat ada kelibat ikan lumba-lumba dari jauh dan terus membuat keputusan untuk cuba menghampiri kumpulan ikan tersebut walaupun tahu kemungkinan besar ikan itu akan melarikan diri. Mereka tidak menyangka jumlah ikam lumba-lumba itu sangat banyak iaitu sekitar 20 ekor.
Kumpulan ikan itu juga dilihat tidak terganggu dengan kehadiran mereka, sebaliknya terus bermain di bawah bot selain turut mengikut pergerakan bot selama lebih lima minit sebelum kawanan ikan itu pergi. Air laut yang jernih di Pulau Tioman ketika itu juga menyebabkan rakaman ikan tersebut jelas kelihatan dan paling menarik ikan-ikan itu juga ‘bergurau’ dengan menyentuh jari mereka apabila diletakkan di permukaan air. Video tular tersebut mendapat reaksi positif daripada netizen yang turut teruja mengetahui kewujudan ikan lumba-lumba di Pulau Tioman.
Menurut pengurus resort tersebut kepada Bernama, dia tahu ikan lumba-lumba ada di perairan sekitar Pulau Tioman, namun sangat sukar untuk dijumpai. Malah, ini merupakan kali keempat beliau berpeluang jumpa ikan tersebut walaupun memang membesar di pulau itu.
“Tapi, kejadian semalam yang paling manis dan rezeki kerana selain jumlahnya yang banyak, ikan yang saya jumpa semasa memancing atau membawa bot semuanya dari jarak jauh dan pantas melarikan diri jika menyedari kehadiran bot,” katanya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!