Percutian bersama keluarga pastinya momen yang dinantikan tambah menyeronokkan jika destinasi yang dipilih itu memberi pelbagai kemudahan buat keluarga. Apa kata memilih percutian ke Hong Kong? Pelancongan Hong Kong (HKTB) menganjurkan promosi menarik, Hong Kong Live in Kuala Lumpur (HKLiKL) yang berlangsung di Suria KLCC, baru-baru ini. Pakej menarik bercuti di Hong Kong memberikan info perjalanan, panduan menjelajah  Hong Kong  dan menyediakan pelbagai aktiviti menyeronokkan.

Pada majlis pelancaran HKLiKL itu juga HKTB melantik pasangan selebriti popular, Awal Asha’ri dan Scha Al-Yahya serta anak mereka, Lara Alana termasuk personaliti Ann Qi, sebagai duta produk pelancongan mereka.

Pakej Percutian Muslim di Hong Kong

IKLAN

Istimewanya, tiada kesukaran untuk pelancong Muslim untuk bercuti di Hong Kong dengan yakin kerana terdapat banyak restoran berstatus halal. Masyarakat Islam tidak perlu bimbang mengenai makanan kerana terdapat lebih 60 restoran menyediakan sajian halal dan disahkan Trustee of The Islamic Community Fund of Hong Kong. Antara hidangan halal termasuk Dim Sum di Islamic Centre Canteen. Begitu juga dengan tempat beribadah, pelancong  boleh menggunakan kemudahan lebih 30 surau termasuk masjid yang selesa antaranya Masjid Kowloon iaitu masjid terbesar yang mampu memuatkan lebih 3,500 jemaah.

Bagi memudahkan percutian, buku panduan perjalanan ‘Warna-Warni Hong Kong’ yang dilancarkan Lembaga Pelancongan Hong Kong membantu sepanjang percutian anda di Hong Kong. Buku setebal 43 muka surat itu memuatkan maklumat pelancongan antaranya lokasi menarik, sajian enak dan halal, destinasi beli-belah, lokasi masjid dan ruang solat. Dengan memuat turun buku panduan e-buku ini, anda juga berpeluang menerima edisi terhad Muslim Travel Kit dari Lembaga Pelancongan Hong Kong.

IKLAN

Bagi mencetuskan suasana di bandar raya itu, Lembaga Pelancongan Hong Kong membawa pereka acara mereka ke Kuala Lumpur dan Suria KLCC bertukar wajah menjadi taman permainan interaktif dengan tarikan berkelas dunia seperti Big Bus Hong Kong, Dulking, Hong Kong Disneyland, Madame Tussauds Hong Kong Ngong Ping 360, Ocean Park Hong Kong dan Dek Pemerhati sky100 Hong Kong.

IKLAN

Pakej Percutian Muslim di Hong Kong

Bagi melancarkan perjalanan orang ramai boleh memuatnaik aplikasi Hong Kong Guide dari Google Play dan Apps Store.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI