Pelayaran reakreasi merupakan aktiviti yang banyak disediakan di destinasi tumpuan pelancong untuk bersiar-siar melihat panorama indah menggunakan pengangkutan air. Selalunya bot persiaran bersaiz kecil dan sederhana digunakan sebagai tarikan produk pelancong di kawasan tersebut.
Nak dikatakan terlalu mahal, rasanya tidaklah terlampau tinggi bayaran dikenakan. Tetapi harga yang dibayar berbaloi dengan kemudahan dan kepuasan pengunjung yang teringin bersiar-siar bersama tersayang. Ada beberapa destinasi yang terkenal dengan aktiviti ‘cruise’ ini di Malaysia antara yang mesti ada cuba adalah di Pulau Lagenda, Langkawi.
Ads
Pelayaran Sungai Kilim Geoforest Park antara daya tarikan alam semula jadi di Langkawi yang menarik untuk mengisi masa percutian anda ialah menyaksikan khazanah hutan bakaunya. Kebanyakan hutan bakau terletak di lokasi Kilim Geoforest Park dengan sejarah kewujudan menjangkau 400,000 tahun. Pengunjung yang ke sini boleh memilih untuk menyusuri hutan bakau Sungai Kilim dengan menggunakan bot sebagai pengalaman percutian. Keindahan persekitaran hutan bakau ini membolehkan Kilim terpilih sebagai lokasi penggambaran untuk banyak filem tempatan dan antarabangsa.
Pelancong yang mengambil pakej menyusuri Sungai Kilim juga berpeluang di bawa ke Gua Kelawar yang menganjur sejauh 60 meter dengan dua pintu masuk yang saling bertemu. Ia dihuni beribu-ribu kelawar buah. Jambatan kayu dibina untuk memudahkan pelawat keluar masuk. Pengunjung dinasihatkan memakai sandal kerana sebahagian lantai di pintu masuk gua ini digenangi air. Selepas melawat gua, berehatlah sementara di dangau sambil mengambil peluang melihat persekitaran hutan bakau dari jarak dekat.
Ads
Ads
Kalau ke Langkawi, jangan lupa untuk masukkan pakej pelayaran ini dalam jadual percutian anda.
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pekan, merupakan daerah yang tidak asing lagi buat negeri Pahang. Pekan, Bandar Diraja punya keunikan dan tarikan tersendiri yang boleh diteroka.
Nama Pekan diambil dari sejenis bunga yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai Pahang.Bunganya berwarna putih seperti bunga Melor, namun bakanya kini sudah tiada lagi untuk dikenalkan kepada generasi sekarang dan akan datang. Di Bandar Pekan juga terdapat sebatang sungai yang digelar Sungai Pekan (berhampiran Kampung Mengkasar) tetapi tiada bukti yang menyatakan Pekan mendapat nama dari sungai ini.
Pekan terletak 44 kilometer dari bandar Kuantan dan mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan dan terletaknya Istana Sultan Pahang serta kerabat Di Raja negeri ini. Pekan nyata destinasi percutian yang bukan saja menawarkan pelbagai tarikan menarik tetapi punya destinasi pelbagai menjadi tumpuan ramai.
Memancing Udang Galah & Ikan Sungai
Sungai Pahang sememangnya kaya dengan hasil terutama udang galah serta pelbagai ikan sungai. Mengikuti aktiviti menyusur sungai Pahang ini juga membawa pengunjung melihat sendiri perkampungan Kemboja yang menghuni pesisir sungai selain aktiviti harian mereka yang mengusahakan ikan sangkar.
Meaw Island
Bagi peminat kucing, jangan lepaskan peluang menyusuri Sungai dengan menggunakan kemudahan River Cruise ke Pulau Kucing atau Meaw Island. Berada di pulau ini bagai memberi satu kedamaian. Kucing-kucing terbiar yang dihantar ke pulau itu hidup bebas di kawasan yang dibangun begitu cantik. Di sini, tersedia tempat khusus buat pengunjung yang datang untuk bermesra dan melayan kerenah kucing-kucing yang ada serta pelbagai aktiviti lain termasuk meredah hutan.
Pekan Riverfront
Pekan Riverfront dahulunya hanya pulau kecil namun kini menjadi tumpuan bukan saja penduduk tetapi penganjur yang ingin mengadakan pelbagai acara selepas dibangunkan kembali. Ia kini menjadi lokasi beriadah seisi keluarga dan lokasi bersantai bersama rakan sambil menikmati pemandangan indah.
Pantai Air Leleh
Pantai Air Leleh merupakan lokasi dicadangkan jika ingin melihat anorama indah matahari terbenam, nyata memberikan penutup hari yang mendamaikan. Jangan lepaskan peluang untuk merakam foto indah sambil duduk di atas buaian ‘besar’ yang disediakan.
Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi
Pekan sememangnya terkenal dengan hasil tenun yang bukan saja halus pembuatannya tetapi juga menawarkan pelbagai jenis corak dan fabrik yang menarik. Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi yang merangkumi Pusat Tenunan Sutera Pahang adalah destinasi utama bagi pengunjung yang ingin melihat sendiri bagaimana kain tenun dihasilkan dari awal hingga siap. Hasilnya yang cantik itu boleh dibeli secara terus atau membuat tempahan terlebih dahulu dengan memilih pelbagai jenis corak kain yang disediakan.
Muzium Sultan Abu Bakar
Bagi yang meminati sejarah Pahang, Muzium Sultan Abu Bakar pastinya tidak mengecewakan dengan pelbagai galeri artifak, seramik, arkeologi dan kesenian. Mengunjungi Galeri Tun Teja di Muzium Sultan Abu Bakar juga nyata tidak mengecewakan terutama anda yang mencintai hasil kraf yang unik dan halus pembuatannya. Di dalam galeri ini dipamerkan rekaan baju diperbuat daripada kain tenun dan direka oleh pereka terkemuka negara. Sesuatu yang menarik perhatian di galeri ini bukan saja rekaan atau perincian setiap baju tetapi kain tenun yang digunakan. Pelbagai warna, rekaan dan corak yang sememangnya cukup mengujakan.
Muzium Masjid Sultan Abdullah
Bandar Diraja ini juga terkenal dengan tinggalan sejarahnya terutama bangunan lama seperti Muzium Masjid Sultan Abdullah. Muzium ini juga terkenal dengan gelaran ‘Taj Mahal’ Pekan dek warnanya putih, struktur binaannya yang unik dan kolam air di pekarangan masjid membuatkan ia kelihatan seperti klon kepada salah satu keajaiban dunia, Taj Mahal. Turut dikenali sebagai Masjid Putih, masjid ketiga terawal di bandar Pekan ini dibina dengan reka bentuk ‘Moorish’ dan berkonsepkan muzium dalam taman. Muzium ini mengandungi pelbagai komponen seperti ruang pameran, ruang solat, ruang diskusi dan ilmiah dengan mengetengahkan tiga segmen utama iaitu Sumbangan Islam dalam Tamadun Dunia, Islam di Pahang dan Koleksi Diraja.
Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak
Rumah Kelahiran mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak juga tidak harus lupa untuk dikunjungi. Terletak di Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi, rumah ini adalah rumah yang dibina semula mengikut reka bentuk asalnya oleh tukang yang mahir.
Pekan Sehari, Pekan
Ingin mencari juadan tempatan? Pekan Sehari terletak di pinggir Sungai Pahang dekat Kuala Semantan punya tarikan tersendiri terutama makanan tradisionalnya iaitu kuih Qasidah, Suji, Apam Baghdad, lemang periuk kera dan banyak lagi. Pilihan sayur kampung serta ikan sungai segar dan udang galah juga boleh didapati di sini dengan harga yang berpatutan.
Murtabak Mengkasar
Menjamu selera juga adalah daya tarikan sesebuah destinasi percutian dan Pekan juga tidak kurang hebatnya. Apa kata cuba kelazatan Murtabak Makassar yang punya keenakan tersendiri dan lebih tebal berbanding murtabak biasa kerana memiliki tiga lapisan tebal berinti daging dengan 21 jenis rempah-ratus berkualiti dan dimasak garing. Bagi yang sukakan keju, murtabak Mengkasar special memberikan anda rasa keju yang enak dan tidak memuakkan sekali gus membuatkan anda makan sehingga menjilat jari.
Makan Malam Ikan Bakar Segar
Pada malam hari, disekitar Pekan, banyak premis makanan menawarkan sajian makanan laut segar. Jangan lupa untuk singgah dan penuhkan perut anda dengan sajian yang lazat.
Santa Grand Signature Kuala Lumpur dibuka Sabtu lalu menandakan hartanah Malaysia kedua untuk Santa Grand Hospitality Sdn Bhd. Terletak berhampiran dengan Stesen LRT Dang Wangi di sepanjang Jalan Ampang dan dalam jarak berjalan kaki ke Pusat Beli-belah Suria KLCC dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Alami pesona Peranakan kerana bahagian dalam bangunan dipenuhi dengan reka bentuk Peranakan di tengah-tengah bangunan tinggi moden mengekalkan jenama warisan dari Singapura. Sama ada untuk datang bercuti atau lawatan perniagaan, keduanya sesuai untuk anda.
Santa Grand Signature Kuala Lumpur menyambut tetamunya dengan gabungan reka bentuk dalaman Peranakan yang menarik. Semasa anda melangkah ke lobi, Hiasan perabot moden dan mempesonakan serta dekorasi rekaan Peranakan yang cantik mengembalikan nostalgia warisan Nyonya.
Turut dilengkapi kemudahan lain, hotel ini juga mempunyai gim, kolam renang dengan pemandangan KL Tower, Sky Lounge, Café, Sauna dan banyak lagi.
Paling best kedudukan hotel ini yang berdekatan dengan tarikan-tarikan lain di KL. Hanya berjalan kaki ke Menara Berkembar Petronas, Pusat Beli-belah Suria KLCC, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Hutan Eko KL dan Menara KL. Boleh diakses dengan pengangkutan awam seperti LRT dan Monorel. Penginapan di sini memang berbaloi!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kerja harian tidak akan habis. Stres dan bebanan kerja sentiasa akan menekan kita. Elakkan tekanan yang melampau dengan melakukan aktiviti menarik bersama keluarga atau sahabat tersayang dengan menunggang ATV (All-terrain Vehicle).
ATV ialah motosikal beroda empat atau tiga yang mampu mengharungi pelbagai bentuk muka bumi. Jika dulu kosnya agak tinggi untuk mencuba aktiviti ini tetapi kini ia boleh disewa dengan harga lebih rendah.
Trek yang disediakan juga begitu menyeronokkan dan mencabar anda untuk meredah pelbagai halangan termasuk laluan di bawah pokok balak dan melalui titi buluh di kawasan yang diwartakan hutan simpan. Hilang sekejap stres dan bebanan kerja yang melanda hidup.
Ikuti perkongsian menarik wanita ini dilaman sosialnya selepas melakukan aktiviti ekstrem menunggang ATV ini.
Apakata weekend ini bawa family cuba aktiviti yang dekat dengan Nature pula. Orang tak ramai dan yang paling penting tak penat sangat. Boleh bawa anak-anak sekali ke Nur Laman Bestari Eco Resort, Hutan Lipur Sungai Tua, Selangor. Lokasi dia dekat je dalam 45 minit ke 1 jam dari Kuala Lumpur.
Udara sejuk dan nyaman. Tak ada pencemaran. Boleh dengar bunyi serangga seperti cengkerik. Gajah dan harimau. Ok tu tipu. Haha! Apapun serius aktiviti ini memang best dan buat korang capai rasa gembira macam naik roler coster tu. Kan kita bertangungjawab untuk cetus rasa gembira dalam diri kita. So, keep happy, always.
Ok jom kita tinjau apa persiapan dan harga yang ditawarkan oleh tuan kedai ni. Jom kita start!
Ada 3 jenis ride :
(1) Easy Ride – Dah nama dia mudah, so memang mudah sangat. Bawa atas padang je. Haha! So korang jangan la amik pakej ni, menyesal je datang kalau setakat ni nak easy ride. Tak feel nanti. Pakej ni RM 30.
(2) Explore Ride – Pakej ni sesuai untuk beginner. Instructor akan bawa masuk ke dalam hutan lebih kurang 1KM dan korang akan rasa naik dan turun bukit, laluan berlecak dan berlumpur sikit, pastu akan ada laluan yang berliku dan tak rata juga. Serius best sebab korang akan belajar handle motor 4 roda ni tengok mencabar ke tidak ya. Haha. Pakej ni RM 50.
(3) Advance Ride – Pakej ini untuk yang dah expert. Tapi jika tak expert pun boleh cuma akan letih sikit sebab tak berapa pandai nak handle ATV for the first time kan. Instructor akan guide dan bawa kita masuk ke dalam hutan dan ride tu akan berakhir di sungai dan kalian boleh la mandi manda di sana. Pakej ini RM 100.
Persiapan dan tips sebelum main ATV
Mesti pakai kasut sukan, selipar jepun yang mahal tu tinggal di dalam kereta je.
Bawa tuala, dan baju basahan buat mandi sungai. Percayalah kalian tak dapat tolak untuk mandi sungai lepas main ATV sebab masa tu badan dah berpeluh dan belemuih. So baik la mandi sungai kan.
Bonus tips – Bawalah makanan bersama-sama sebab kat dalam tu tak jual makanan sangat. Tapi sepanjang perjalanan masuk tu akan ada gerai-gerai sarapan so tappaw siap-siap k.
Yang ada anak kecil jangan risau ada ATV yang banyak tempat duduk. Ambil yang 2 seatter so korang boleh la bawa anak sekali.
Bawa bersama insect repellent beli kat 7e je, insha Allah boleh enjoy this ride. Pakai juga baju berwarna terang ya. – Thanks dr Murni Clarkson beri tips important😍
Sekian perkongsian dan harap dapat membantu kalian berseronok dan mencuba perkara baru.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...