Sebelum merancang percutian jarak jauh seeloknya anda sediakan itinerari perjalanan ringkas. Bukan apa, sekadar pengetahuan dan peringatan kepada anda masa dan lokasi akan tiba.
Pastikan masuk slot untuk berehat di hotel-hotel terdekat atau homestay yang ada sewaktu perjalanan jauh. Beri peluang kepada pemandu untuk berehat seketika. Elakkan untuk tidur berehat di dalam kereta lagi-lagi dengan enjin terpasang. Jika anda mempunyai tabiat tidur dalam kereta dengan enjin yang tidak dimatikan, mungkin ada baiknya jika tabiat itu dihentikan.
Sedih kami menerima berita 4 sekawan yang berehat di dalam kereta, (sehingga 18 September 2020, 12am), 3 daripadanya telah meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida dan seorang lagi sedang dirawat di ICU. Kami ucapkan takziah kepada ahli keluarga yang terlibat.
Ada yang menyatakan, jika kita ingin tidur di dalam kereta, pastikan kita membuka tingkap sedikit, insyaAllah selamat. Di sini kami ingin membetulkan tanggapan yang kurang tepat ini.
Keracunan karbon monoksida tidak memerlukan kuantiti yang banyak. Kadar yang rendah sudah cukup untuk membuatkan kita tidak sedarkan diri. Malah, karbon monoksida dari luar yang mengelilingi kereta juga bahaya. Kereta kita mungkin tidak kedap udara dan bahan ini boleh meresap masuk ke dalam kereta. [ALERT] KERACUNAN KARBON MONOKSIDA- PEMBUNUH SENYAP. Sekiranya anda bercadang untuk tidur atau sekadar berehat di dalam kenderaan dengan enjin dan hawa dingin terpasang, fikirkan semula!
Fast Fact
Ads
Keracunan Karbon Monoksia merupaka punca utama kematian akibat keracunan
Gas beracun karbon monoksida terhasil dari pembakaran bahan bakar tanpa oksigen yang mencukupi.
Gas ini TIDAK mempunyai sebarang warna dan bau, oleh itu ia di kenali sebagai “ Pembunuh Senyap”
Sentiasa berwaspada dan jangan ambil mudah,
Keracunan karbon monoksida adalah punca UTAMA kecederaan dan kematian akibat keracunan di seluruh dunia. Menurut Pusat Kawalan Penyakit US, 50,000 pesakit dimasukkan ke hospital setiap tahun, dan 430 mati akibat keracunan karbon monoksida.
Karbon monoksida terbentuk hasil daripada pembakaran bahan organik tanpa bekalan oksigen yang mencukupi. Ianya boleh di hasilkan dari pembakaran dieasel/petrol kenderaan, penggunaan gas untuk alat pemanas dan semasa memasak.
Bagaimanakan Karbon Monoksida Menyebabkan Kematian Semasa Mangsa Sedang Tidur Di Dalam Kenderaan?
Pembakaran bahan bakar di dalam engin kenderaan menghasilkan banyak gas sampingan yang dikeluarkan sebagai asap ekzos. Asap ekzos ini mengandungi gas yang merbahaya seperti karbon monoksida, hidrokarbon, dan nitrogen oksida.
Ketika memandu, sistem ekzos yang baik akan membebaskan gas gas beracun ini ke persekitaran dengan lancar dan selamat. Masalah timbul apabila sistem ini bocor dan lebih diburukkan lagi apabila kenderaan tidak bergerak.
Tanpa di sedari, gas yang tidak mempunyai bau dan rasa ini akan masuk menerusi saluran pernafasan dan memasuki saluran darah.
Gas beracun ini akan bercampur dengan hemoglobin (bahagian sel darah merah yang membawa oksigen ), lalu membentuk membentuk carboxyhaemoglobin. Apabila ini berlaku, darah tidak lagi mampu membawa oksigen, dan kekurangan oksigen menyebabkan sel dan tisu badan gagal dan mati!.
Apakah gejala keracunan CO?
Ads
Gejala awal bagi keracunan gas karbon monoksida yang paling biasa adalah sakit kepala, pening, kelemahan, perut, sakit muntah, sakit dada, dan kekeliruan.
Tetapi sekiranya gas ini di hidu semasa anda sedang tidur, anda tidak akan menyedari sebarang perubahan ini dan akhirnya menyebabkan kematian.
Tips Pencegahan Keracunan Karbon Monoksida.
Ads
Elakkan memanaskan enjin dengan asap ekzos dibebaskan di dalam kawasan rumah. Asap ekzos yang memenuhi ruang rumah mengandungi gas karbon monoksida dan boleh menyebabkan keracunan terutama kepada kanak kanak kecil.
Jangan tidur ataupun sekadar berehat sebentar di dalam kenderaan dengan enjin terpasang. Anda mungkin terlena dan tidak bangun selamanya.
Pastikan sistem ekzos anda di periksa dan di selenggara secara berkala. Ingat, kebocoran kecil boleh menyebabkan kematian.
Semoga anda sampai dengan selamat dilokasi yang ditujui~
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
New Zealand dikhabarkan dengan berita gempa bumi dan tsunami mega bakal melanda negara itu.
Jangkaan itu dibuat berdasarkan kajian pakar penyelidik daripada East Coast LAB bahawa gempa yang bakal melanda New Zealand ini mampu mencapai kekuatan 9.0 magnitud jika gegaran kuat berlaku di zon benam Hikurangi.
Berbanding kejadian gempa sebelum ini di Christchurch yang dicatat pada skala 6.2 magnitud pada 2011, jangkaan bacaan itu merupakan skala tertinggi bakal dicatatkan di negara itu.
Jika ia berlaku, satu tsunami besar dengan ombak setinggi 30 meter bakal melanda New Zealand di mana akibatnya adalah lebih dahsyat daripada bencana tsunami di Jepun pada 2011.
Malah, lebih parah lagi, pihak berkuasa mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk memberi amaran bencana kepada warga New Zealand, terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan pesisiran pantai jika tsunami itu berlaku.
Menurut pakar tsunami di GNS Science, Dr William Power, ombak besar yang bakal melanda itu bakal berlaku dengan begitu cepat sehingga amaran tidak sempat diberikan.
Sekiranya tsunami berlaku di negara ini, kemungkinan besar amaran peringatan bencana secara rasmi tidak akan dikeluarkan sebelum gelombang gempa bumi dan tsunami itu tiba. Jadi mereka yang tinggal di pesisir pantai harus mengambil langkah keselamatan dengan kadar segera.
Pameran Firaun Ramses II dan Raja Tut dilapor akan dianjurkan tahun hadapan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 umum Timbalan Menteri Pelancongan, Muhammad Bakhtiar Wan Chik beberapa hari yang lalu.
Berita kehadiran Firaun ke Malaysia itu begitu mengujakan ramai orang untuk melihat dengan lebih dekat.
Namun begitu, perkara itu belum diputuskan lagi dan perlu dibincang di peringkat Kabinet mahupun kementerian terlebih dahulu. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi Mohamaddin berkata demikian apabila ditanya akan pameran itu seperti yang diumumkan oleh timbalannya
Menurutnya, beliau sendiri tidak tahu bagaimana pengumuman sebegitu boleh dibuat tanpa melalui proses yang sepatutnya.
“Terkejut tidak juga terkejut, pasal perkara begini biasanya tidak boleh jadi. Untuk membawa Firaun ke sini insuransnya sahaja mungkin ratusan juta ringgit kalau kerajaan Mesir lepas, kalau tidak dia lepas, langsung tiadalah pamerannya. Ini peringkat tertinggi perlu bincang dengan orang peringkat tertinggi di sana, bukan di peringkat menteri atau timbalan menteri ,” katanya.
Ditanya lagi sama ada pameran itu akan tetap diadakan memandangkan pengumuman telah dibuat, Mohamaddin berkata beliau tidak pasti kerana ia belum pun dibawa ke perbincangan peringkat kementerian.
Malaysia sekali lagi berada di pentas dunia apabila seorang chef negara ini berjaya meraih pingat emas dalam sebuah pertandingan masakan di Dublin, Ireland.
Siti Safura Mohd Tawil mendapat tempat pertama dalam pertandingan kelas masakan Asia-India di pertandingan Kulinari Chef Ireland 2020 (Chef Ireland Culinary Competition) yang dianjurkan oleh barisan panel chef dari Ireland. Namun, apa yang menarik apabila Safura mempertaruhkan menu kegemaran rakyat Malaysia iaitu resepi Nasi Lemak Bunga Telang dalam pertandingan itu.
Menerusi perkongsian gambarnya bersama pingat di laman sosial Facebook, Safura memaklumkan dia dianugerahkan pingat emas itu dalam pertandingan yang diadakan di Pameran Food & Bev Live 2020 semalam.
Chef Ireland culinary competition 2020 ☘️🇮🇪Alhamdulillah, Gold for Nasi Lemak Bunga Telang🍛🥇🇲🇾.Thank you to Malaysian Ambassador TYT Encik Zakaria Nasir and wife Puan Junainah for your endless support ✨..Also thank you to Chef Boy, Chef Fauzan, Dr. Esa and Sir Razman for your advices and opinion. Really appreciate it!.Walaupun masih demam, Allah izin juga, Thank you Allah♥️. #Doneexam .Safura Tawil5 February 2020Cook for Malaysian Ambassador in Dublin, Ireland 🇮🇪
Posted by Safura Tawil on Wednesday, 5 February 2020
“Terima kasih Duta Besar Malaysia TYT Encik Zakaria Nasir dan isteri Puan Junainah untuk sokongan yang tidak terhingga,” tulis Safura. Juga terima kasih kepada Chef Boy, Chef Fauzan, Dr. Esa dan Tuan Razman untuk nasihat dan pandangan. Sangat dihargai,” tambahnya lagi.
Sebab itu, jangan main-main dengan nasi lemak kita! Kalau ada yang kutuk nasi lemak kita ‘meloyakan’ atau mengubah resepi asal kononnya lebih baik memang buruk padahnya.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...