Walaupun sekarang ini kita hanya diwajibkan duduk di rumah, tetapi tak salah buat survey untuk melakukan aktiviti riadah selepas tempoh lockdown berakhir.
Tak perlu pergi jauh, anda boleh membawa keluarga untuk merasa pengalaman camping di Teratak Tok Alang, Batang Kali Selangor.
Apa yang best di sini terutama jika membawa keluarga termasuk anak kecil. Perkongsian dari Nurul Farahanna Zaidi memberitahu perkhidmatan yang disediakan kala bercuti di sini.
Campsite Review: Teratak Tok Alang, Batang Kali, Selangor 15-17 March 2021
Cost of site Charged by tent, RM25/night Additional RM10/night for shelter. Tent besar ke kecik ke, still RM25. So it was a total of RM75 for 2 nights.
Tent type Quechua Arpenaz 4.2 Fresh and Black Quechua Base Fresh
Campsite contact Tok Alang: 0193032021 / 0116726752 Wan (anak): 0198074517
Socmed Teratak TOK ALANG Google map and waze ke Teratak Tok Alang, tapi bila nampak signboard Kubur, ikut tu sampai jumpa banner kuning Teratak Tok Alang. Akan lalu jambatan besi 2m ketinggian. Kalau lebih muatan, sila ikut kiri jambatan dan cross sungai. Sebab waze & google x cun mapping.
Ads
Kemudahan Disediakan:
Toilet Bersih. Malam gelap, sila bawa lampu sendiri. Bumbung rendah, baik-baik kepala jangan terhantuk. Roboh tandas orang nanti.
Plugpoint Tak ada electricity okay, bawa battery, power box, lampu usb secukupnya. Gensets are prohibitted here.
Kitchen and sink Urus sisa makanan dengan betul. Makan bersih-bersih, sisa tu buang kat tong sampah. Daun kering ialah filter nature. Jadi air-air kotor tu bole tuang kat daun kering pokok buluh.
Fire pit Bawa pit sendiri kay. Jangan bakar atas tanah. Hitam tanah orang.
Ads
Sungai Crystal clear. Ada tempat cetek utk kids dan dalam untuk berenang. Ikan ada udang pun ada. Butterflies banyak beterbangan.
Kereta bole park tepi khemah, tak ada masalah. Unless campsite packed sgt, tuan tanah akan adjustkan kreta park luar.
Jalan bertar sesuai utk semua jenis kereta. Nak geli2 cross sungai for 4×4 pun boleh. Campervan pun bole, tapi jangan lebih 2m ketinggian tau. Tak lepas jambatan.
Ads
Phone Coverage Pakai umobile stable walaupun connection E.
Security/safety Malam-malam tuan tanah balik, jadi jaga diri la kat campsite. But no problem lah, ramai jiran kebun dan rumah sebelah tepi kiri kanan. Siang tuan tanah dtg balik kay. No worries.
Pekan dekat je by the way, dalam 5km. Kalau nak topup ration habis pun senang nak extend.
Admin bagi campsite ni, Awesome sgt! Family friendly with just the right amount of nature. — with Mohamad Syazwan Ismail.
Cabaran fizikal, mental dan semangat ‘brotherhood’ antara elemen menarik yang akan dipapar dalam Maskulin Who’s Your Bro, satu lagi program realiti terbaru yang bakal ditayangkan di Astro Ria.
Hasil kerjasama Astro dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd, ‘Maskulin Who’s Your Bro’ dijangka bakal membawa penonton melangkaui batas fizikal dengan menawarkan perspektif baharu bagi genre realiti TV.
Who’s Your Bro Serlah Makna Sebenar ‘Brotherhood’ Antara Lelaki!
Ketua Bahagian New Gen, Men & Hobbies Nu Ideaktiv merangkap Editor Pengurusan Maskulin, Fiezreen Ahmad berkata Maskulin Who’s Your Bro bukanlah sebuah program skeptikal, dimana buat julungkalinya program ini bakal memberi perspektif baharu terhadap hubungan ‘Brotherhood’ antara lelaki secara realiti.
“Rancangan Maskulin Who’s Your Bro dilihat mampu menyampaikan nilai maskuliniti yang sejati dengan pengisian tentang kisah perjuangan, kesilapan yang diatasi bersama serta bagaimana sokongan rakan mampu membawa perubahan besar.
Malah, seramai 12 orang peserta lelaki dari pelbagai latar belakang kerjaya, telahpun disenarai pendek dan akan dipasangkan menjadi duo dinamik, dalam mengharungi pelbagai cabaran yang bakal menguji daya ketahanan dan persahabatan sejati mereka sepanjang rancangan ini.
Maskulin Who’s Your Bro, Bukan Rancangan Realiti Tv ‘Klise’
Mengulas lanjut, Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari turut menzahirkan rasa teruja untuk memperkenalkan Maskulin Who’s Your Bro kepada para penonton.
“Program ini membawa naratif baharu dalam dunia realiti TV dengan eksplorasi kekuatan emosi, ketahanan diri, dan bagaimana hubungan brotherhood dapat mencetuskan perubahan.
“Kami percaya bahawa rancangan ini akan merentasi sempadan budaya dan generasi. Dengan produksi yang penuh dedikasi dan penyampaian visual dan naratif yang tidak klise,” ujarnya.
Malah, Idlan dan Fiezreen sepakat bahawa rancangan ini merupakan satu manifestasi sempurna! Dimana sinergi antara kandungan premium Astro dan wawasan strategik Maskulin digabungkan menjadi satu.
“Kolaborasi ini tidak hanya mengubah norma tetapi juga membuka ruang untuk perbincangan yang lebih mendalam tentang semangat persaudaraan lelaki. Bersama, kami mencipta platform yang meraikan kekuatan emosi dan fizikal secara holistik,” ujar mereka.
Senarai 12 Peserta Maskulin Who’s Your Bro Yang Bakal Berentap!
1. Ikmal Amry (Hero Drama)
2. Theeban G (Pelakon Aksi) 3. Nad (The Tank)
4. Dr Shazif (Doktor) 5. Irwan (Pakar Calisthenic) 6. Hakimi Noordin (Model)
Sekadar info, Maskulin Who’s Your Bro diilhamkan untuk mentakrif semula konsep maskuliniti dengan menonjolkan hubungan persaudaraan yang utuh, ketahanan emosi dan daya saing yang sihat antara lelaki.
‘Maskulin Who’s Your Bro’ dijangka bakal menemui penonton secara eksklusif di saluran Astro Ria bermula 29 November 2024, setiap Jumaat jam 9 malam.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Setiap orang pasti ingin kelainan dari pelbagai aspek agar dapat mewarnai kehidupan mereka dengan perkara yang boleh dikenang sehingga mereka mati. Sesetengah orang mahukan kelainan dari aktiviti yang mereka lakukan dan terokai apa yang terdapat di dalam dunia ini kerana tidak semua orang dapat melakukan perkara tersebut.
Jika anda seorang kaki melancong, sudah pastinya anda sudah merasa menaiki kapal terbang. Seperti mana kita tahu, makanan di dalam kapal terbang agak mahal untuk dibeli dan tidak ramai yang mampu untuk membelinya.
Tetapi di China, anda tidak perlu ke mana-mana untuk merasai semua itu kerana terdapat restoran yang serupa seperti itu. Restoran tersebut telah menggunakan pesawat Boeing 737 yang sudah lama tidak digunakan untuk perkhidmatan penerbangan.
Restoran tersebut dimiliki oleh Li, yang telah menghabiskan sebanyak RM21,487,049 untuk membeli dan menghias pesawat tersebut sebagai sebuat restoran. Ia telah dibuka pada 9 September di Wuhan. Pemilik restoran tersebut telah menamakan sebagai ‘Lily Airways’, dimana beliau telah membeli pesawat tersebut dari sebuah syarikat penerbangan Indonesia yang telah jatuh muflis pada tahun 2013.
Menu yang terdapat di dalam restoran tersebut merupakan eksotik dan difahamkan boleh mencecah sehingga RM183.66 untuk satu hidangan. Restoran Lily Airways juga boleh memuatkan sebanyak 70 pelanggan pada satu masa. Bagi seorang muslim, eksotik haram di makan seperti mana yang telah diajarkan di dalam Al-Quran, tetapi tidak salah untuk kita lihat bagaimana keindahan dan keunikan restoran ini di China.
Sumber: Sinar Online
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ingin merasakan diri pada zaman purba dan minat mengkaji sejarah dunia? Nine Mile Canyon merupakan satu destinasi yang harus anda pergi. Ia terletak di Timur Utah, Amerika Syarikat dan merupakan ‘galeri seni atas batu’ terbesar di Amerika Utara.
Ahli arkeologi mendakwa ukiran seni di atas batu itu telah dikenal pasti dan ia melebihi 10 kali ganda lebih banyak daripada 10 ribu ukiran yang telah ditemukan sebelum ini, sekali gus digelarkan sebagai galeri seni terpanjang di dunia.
Nine Mile Canyon terhasil daripada rekahan sungai Nine Mile Creek yang bersambung kepada Green River, dan anggaran panjangnya adalah 64 Kilometer. Jika dilihat pada gambar, kebanyakkan ukiran dinding lembah ini dibuat oleh kaum Fremont Indians yang menetap di Nine Mile Canyon seawal 300 AD. Kaum tersebut hidup dalam keadaan nomad atau bergerak satu tempat ke suatu tempat untuk mencari sumber makanan.
Nama Nine Mile Canyon telah diberikan oleh penjelajah asal tempat itu iaitu John Wesley Powell.
Menjelang 950 AD sehingga 1250 AD, tahun itu merupakan kemuncak kebudayaan kaum Fremont Indians, di mana mereka berhasil membuat ukiran pada dinding batu. Menjelang 1500 AD, budaya tersebut telah lenyap dan tidak dapat dikenal pasti, tetapi para saintis beranggapan budaya tersebut lenyap kerana kemunculan puak Ute, Paiute & Shoshoni yang menghalau Fremont Indians keluar dariapada lembah tersebut.
Ukiran batu dan artifak purba seperti kediaman batu dan jelapang padi yang di termui di lembah itu telah dilindungi oleh undang-undang Amerika Syarikat, tetapi seni yang terdapat di lembah ini masih lagi terdedah kepada hakisan debu akibat peningkatan kenderaan yang lalu-lalang di situ.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...