
Ramai yang suka travel ke Pulau Pinang kerana banyak makanan sedap boleh didapati di sini. Bermula dari nasi kandar, kuae tiaw, rojak, jeruk dan berbagai lagi, pendek kata negeri di utara ini sentiasa penuh dengan kunjungan orang ramai.
Mana yang tengah terfikir-fikir mana nak menginap kalau datang ke Pulau Mutiara ini, satu perkongsian dari seorang doktor Naseer Othman di page Hotel Review Malaysia boleh menjadi panduan buat kita yang tercari-cari nak menginap di mana kalau ke sini.
Ia bermula dari hotel 5 bintang, 4 bintang dan sebagainya dan ia mengikut pengamatannya sendiri yang mencuba dari satu hotel ke satu hotel semasa pandemic. Lebih best, harganya sangat berbaloi disebabkan banyak diskaun. Setiap ulasannya ada di fb miliknya.
Jom baca perkongsiannya :-
Disebabkan saya tidak travel ke luar negara akibat pandemic, saya telah membuat hobby baru dengan travel ke hotel-hotel di Penang. Promosi hotel waktu PKP tersangat la murah, so grab peluang yang ada. Saya tak pernah stay hotel di Penang sebab saya orag Penang,,Covid telah mengubah cita rasa saya haha.
Ini rumusan hotel yang pernah diduduki. Semoga memberi manfaat. Saya dah bagi ranking mengikut pandangan saya- ranking adalah berdasarkan kepada kebersihan, kemudahan, persekitaran dan value for money. Pandangan orang lain mungkin berbeza. Semoga ada idea untuk stay di Penang nanti. Happy holiday.
5 stars hotel yang best di Penang( ranking)
1. Rasa Sayang by Shangri La
2. Eastern & Oriental
3. Angsana
4. G Hotel Gurney
5. The Presitige
6. PARKROYAL Penang Resort
7. Lexis Suites Penang
8. Evergreen Laurel Hotel
9. The Light
4 stars hotel yang best di penang (ranking)
1 The Edison Penang
2 Lone Pine Boutique Hotel By The Beach
3 Shangri-La Golden Sands, Penang
4 Courtyard By Marriot
5 Muntri Mews
6 Hompton By The Beach Penang
7 Bayview Beach Resort
8 Royal Chulan
9 Hotel Penaga
10 Mercure Penang
11 Sunway Hotel Georgetown
12 Areca Hotel
13 Jen Penang Georgetown by Shangri-La
14 Bayview Hotel Georgetown
15 Flamingo
16 AC Hotels By Marriott Penang
17 Berjaya Penang
3 stars hotel yang best di penang (ranking)
1 Sweet Cili Boutique Hotel
2 Brown Hotel
3 Hotel neo penang
4 Hotel Sentral Seaview Penang @ Beachfront
5 Tune Hotel Georgetown Penang
6 Lost Paradise Resort
Kredit : Naseer Othman di Hotel Review Malaysia
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tarikan Taman Eko Rimba Kledang Saiong Yang Wargamaya Perlu Tahu Sebelum Datang Ke Sana

Anda tahu tak Taman Eko Rimba Kledang Saiong? Kalau tanya pada diorang yang tinggal dekat Ipoh, mungkin tahu lah kan Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni dekat mana, sebab taman eko rimba dekat je dengan ibu negeri Perak tu.
Ada orang pernah tanya pada Libur, apa lagi tempat-tempat yang best nak jalan-jalan dekat Ipoh. Yela, Ipoh memang dah banyak produk-produk pelancongan yang menarik tapi diorang nak cari satu tempat yang boleh lepak dalam sehari dua, mandi sungai, bbq, main gitar sambil nyanyi-nyanyi. Ala, tempat yang boleh buat short-vacay, dapat dalam semalam pun jadi!
Jawapan Libur, ada! Memang ada satu tempat yang menarik kalau korang nak buat aktiviti-aktiviti macam tu di Ipoh dan tempatnya – Taman Eko Rimba Kledang Saiong lah! Menarik tempat ni dan kita perlu mempopularkan tempat-tempat ni untuk manfaat kesejahteraan kawan-kawan travel kita mencari lokasi short-escape.
Okay, meh Libur sharekan dekat korang sikit benda-benda menarik yang ada dekat Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni. Tempat ni, terletak di Daerah Kinta dan berkeluasan lebih kurang dalam 2,188 hektar. Tak jauh pun dari bandar Ipoh, lebih kurang dalam 5 kilometer je nak pergi. Sebab tu, Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni popular untuk yang tinggal sekitar Ipoh.
Jarak perjalanan 5 kilometer, berapa minit sangat la nak drive kereta tu. Kalau korang jenis yang bawa kereta-kereta mahal, jangan risau kereta korang rosak. Nama je Taman Eko Rimba Kledang Saiong tapi jalan raya yang menghubungkan tempat ni dengan jalan besar cukup selesa – Myvi pun lepas.
Boleh la bawa family atau kawan-kawan korang yang nak cuti sekejap-sekejap dekat Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni tapi ada sikit la bayaran yang dikenakan. Dulu percuma, sekarang je kena bayar dalam RM2 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Pelancong asing RM5. Okay la, tak adalah mahal sangat nak masukkan?
Bayaran RM2 paling mahal tu pun, kalau korang nak tahu, kemudahan asas yang disediakan untuk pengunjung pun berbaloi tau. Cerita betul ni, bukan cerita berbayar – jangan sangka Libur buat promotion pulak dekat tempat ni. Tapi memang okay pun fasilitis yang diorang siapkan dekat sini, haha. Antaranya tempat letak kereta, tandas, tempat persalinan, tempat BBQ, kafeteria, laluan pejalan kaki, trek berbasikal, tapak berkhemah, pondok wakaf, surau serta papan tanda informasi.
Tarikan yang ramai kata berbaloi untuk datang adalah Taman Nepenthes atau Taman Periuk Kera. ada lebih kurang 77 spesis periuk kera yang ada dekat taman ni. Banyaknya? Kenapa banyak sangat? Sebabnya, Taman Nepenthes ini adalah tempat pemuliharaan dan pemeliharaan spesis-spesis periuk kera yang ada di negara kita. Kalau tak ada tempat ni, habis la cucu cicit kita tak dapat tengok periuk kera dah. Dapat tengok dekat YouTube je nanti.
Kalau korang nak masuk ke Taman Nepenthes ni, ada cukai pintu korang kena bayar. RM5 pukul rata untuk semua orang dan RM2 untuk pelajar atau budak-budak sekolah. Okay what? Diorang jaga cantik kot tempat ni. Bagi muka sikit la untuk diorang jana ekonomi diorang sikit. Hehehe. Tapi kalau korang tanya Libur, Libur masuk taman ni bila ada mak ikut sekali je. Kalau tak ada, hehehe kitorg lepak luar jela.
Okay, kita masuk balik cerita Taman Eko Rimba Kledang Saiong tadi. Aktiviti – kalau korang nak lepak bermalam dekat sini, Libur cadangkan korang camping sebab ada tapak khemah disediakan untuk berkhemah. Ada satu kawasan lapang yang boleh muat lebih kurang 100 orang nak camping. Kalau korang pergi dalam tiga, empat orang satu khemah, best sangat la.
Korang pernah camping dalam hutan tak? Kalau tak pernah, pengalaman tu korang kena cuba sebelum terlewat usia dah nak try. Perasaan camping dalam hutan ni memang syiok. Bunyi unggas, bunyi pokok, sejuk, selesa. Semua ada! Lagi-lagi pagi lepas subuh tu korang jangan tidur. Bunyi burung memang best kalau korang dengar, sambil-sambil langit membiru matahari nak sampai. Syahduu beb..
Cumanya korang kena tahu satu benda penting ni, kalau korang nak camping dekat sini, korang kena minta kebenaran daripada Jabatan Hutan Daerah Kinta/Manjung dulu. Ini no telefon diorang, 05-3661 228. Korang kena minta izin dulu, kalau tak tiba-tiba Ranjer hutan tengok ada orang camping tak tentu pasal, kena tembak dengan senapang gajah. Hehehe tak ada lah, gurau je. Tapi memang prosedur nak camping kat sini, korang kena roger Jabatan Hutan Daerah Kinta/Manjung dulu.
Selain khemah, apa lagi yang korang boleh buat adalah trekking dekat bukit dalam kawasan Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni dan berbasikal. Berbasikal ni kalau korang ride dengan anak-anak – the best bonding time ever within your family! Tak tipu. Mesti korang akan jadi the best parent untuk anak-anak korang.
Ada juga sungai dekat Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni. Boleh la nak mandi sungai dekat sini sambil-sambil berkelah, sambil bbq. Sebut pasal bbq, Libur ada sebut tak dekat sini ada tempat bbq? Dekat sini ada tempat bbq tau! Korang bawa je peralatan apa yang ada, datang sini buat bakar-bakar. Pun layan tau untuk release tension.
Satu pantang larang yang korang kena tahu bila datang dekat Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni, korang tak boleh nak petik, bawa balik sebarangan pokok yang ada dekat sini. Bukan ada hantu ikut balik ke apa, tapi memang undang-undang tak membenarkan korang berbuat macam tu. Come on, jagalah alam sekitar sikit. Untuk keselesaan orang lain juga nanti kan? Hehe. Lagi satu yang korang tak boleh buat adalah memancing. It’s a big no-no bila datang ke Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni sebab diorang nak jaga populasi hidupan air dekat sini.
Info best untuk bakal mempelai yang nak melangsungkan perkahwinan, tak nak try ke buat majlis korang dekat sini? Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni boleh diadakan majlis perkahwinan. Class kau jah kalau kahwin dekat sini, kahwin dalam hutan, gitteww.. Makcik jiran sebelah rumah nanti pun mesti soksek-soksek cerita pasal kau kawin dekat Taman Eko Rimba Kledang Saiong. Hahaha!
Okey lah. Cukup setakat tu je Libur bercerita ni. Nanti kalau ada cerita lain dan tempat-tempat lain, Libur kongsikan lagi dekat korang semua. Kalau ada yang nak ke Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni roger-roger la ya! Selamat bercuti!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Warna-Warni Percikan Bunga Api 2020 Menghiasi Ruang Udara Seluruh Dunia

Detik 12 tengah malam menjelang ketibaan tahun baharu 2020 di seluruh dunia menyaksikan sambutan penuh warna-warni menerangi langit di sekitar bandar utama.
Di Kuala Lumpur, sebaik jam besar bangunan Sultan Abdul Samad berbunyi 12 kali, ruang udara sekitar Dataran Merdeka terus dihiasi dengan Pertunjukan Cahaya di Langit (Light Show in the Sky) menggunakan 300 dron sebagai simbolik menyambut kedatangan tahun baharu 2020. Pertunjukan cahaya menggunakan dron-dron itu menjadi elemen istimewa sambutan tahun 2020 serentak dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020). Dron-dron itu yang dikordinasi secara berpusat begitu jitu menampilkan pelbagai formasi grafik seperti wau, burung Kenyalang, durian Musang King, bendera Malaysia Jalur Gemilang dan beca selama lebih 10 minit diikuti percikan bunga api pelbagai warna. Puluhan ribu warga kota membanjiri Dataran Merdeka bagi menyambut kehadiran tahun 2020 dan menyaksikan majlis pelancaran VM2020 oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Turut hadir isteri perdana menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta menteri-menteri kabinet.
Manakala percikan bunga api turut dilihat menerangi beberapa bandar utama di seluruh Malaysia.
- Di Perak, lebih 10,000 pengunjung memenuhi dataran Maritim, di Lumut, yang menadi lokasi sambutan Ambang Tahun Baharu 2020.
- Di Kuantan, ribuan orang awam berkumpul di Zoo Mini Taman Teruntum bagi menyambut tahun baharu yang diadakan serentak dengan pelancaran Nite Zoo dan VM2020 peringkat negeri Pahang.
- Di Kuching, hujan sejak pagi tidak menghalang lebih 10,000 masyarakat dan pelancong menyertai Fiesta Countdown 2020 di Tebingan Sungai Kuching.
- Di Melaka, lebih 5,000 orang termasuk pelancong dari dalam dan luar negara menghadiri Majlis Pelancaran Melaka Coundown Fiesta 2019 dan Pelancaran VM2020 Peringkat Negeri Melaka di Menara Taming Sari, Bandar Hilir.
- Di Johor, lebih 5,000 pengunjung membanjiri Dataran Marina Harbour di Iskandar Puteri di sini bagi menyambut 2020 dan menyaksikan pertunjukan bunga api turut diadakan sebagai acara kemuncak sambutan malam.
- Di George Town, kemuncak sambutan 2020 di The TOP Penang di Komtar menyaksikan percikan bunga api dari puncak bangunan di tingkat 68 itu, menerangi langit malam bandar raya Pulau Mutiara yang turut boleh dilihat oleh penduduk di sebahagian kawasan di Seberang Perai.
- Di Selangor, sambutan ambang tahun baharu diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan Taman Tema I-City dengan pelbagai persembahan seni dan tarian serta pertunjukan bunga api tepat pukul 12 tengah malam.
- Di Kelantan, persembahan kebudayaan dan pertunjukan bunga api diadakan di Sungai Golok, di sempadan Malaysia-Thailand sempena sambutan VM2020 serentak dengan sambutan tahun baharu 2020.
- Di Negeri Sembilan, sambutan ambang 2020 diadakan di Lexis Hibiscus Port Dickson, dengan pertunjukan bunga api panaromik berlatarkan irama merdu dimainkan sebagai acara kemuncak sambutan itu.
- Di Kedah, Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat melancarkan persembahan bunga api terbesar negeri sempena sambutan 2020 di pulau buatan manusia, Paradise 101, Langkawi. Sementara itu, di Alor Setar hampir 400 peserta daripada pelbagai lapisan peringkat umur dan masyarakat menyertai acara larian Alor Setar Festival Ambang 2020 sempena sambutan tahun baharu. Peserta dan pengunjung juga disajikan dengan persembahan bunga api tepat pukul 12 tengah malam di kawasan belakang Muzium Negeri Kedah.
Di negara lain seluruh dunia, turut berlangsung meriah acara Tahun Baru 2020 dengan percikan bunga api.























Selamat tahun baru 2020 daripada Majalah Libur!
Sumber: Bernama / Startribune
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Drama The Magnificent Century Bawa Wanita Ini Ke Turki. Nah, Itinerari Lengkap!

Isi Kandungan
ToggleTerjebak minat dengan budaya Turki bila asyik layan drama episod bertajuk The Magnificent Century.
Drama yang berlatar belakangkan sejarah Turki, Kerajaan Uthmaniyah dan kisah Sultan Sulaiman ini betul-betul buat hati jatuh cinta.
Bila kawan-kawan plan trip ke Turki ni, memang tak boleh nak tolak. Orang kata, pucuk dicita, ulam mendatang! Excited tu jangan cakaplah, segala tip, gambar rujukan port nak OOTD semua dah save dalam telefon.
Drama The Magnificent Century Bawa Wanita Ini Ke Turki. Nah, Itinerari Lengkap!
Kalau selama ni selalu travel dengan trip main redah sendiri je, kali ni kami sepakat nak cari kelainan dengan beli pakej melalui travel agensi. Setelah dekat 8 buah agensi kami risik, kami jumpa the best travel agent yang offer pakej berbaloi dan ada semua tempat yang ‘dihajatkan’.
Lock Dengan Harga 1K
Masa deal ni mudah je, bayar deposit RM1000 tanda kita lock, bulan berikutnya bayar je lebihan harga pakej tu. Berbaloi dan cepat je urusannya. Paling best, satu bilik dapat duduk dua orang.
Dua minggu sebelum ke sana, kami dah di add dalam satu group. Dalam tu, Pn Emmy (Wakil dari Aurasy Travel & Tours) bagi semua details start dari barang yang nak bawa, tip dan do& dont’s yang kena tahu sebelum ke Turki. Insurans, simcard, wifi, cuaca di sana semua kami dah dapat info lengkap dari Pn.Emmy.
Walaupun tengah musim bunga, tapi kami masih diingatkan untuk membawa winter coat atau trench coat sebab di sana agak sejuk disebabkan kerap hujan.
Itinerari Ke Turki
Hari Pertama
Kuala Lumpur – Doha – Istanbul
Berkumpul di KLIA, kami naik Malaysia Airlines transit ke Doha. Kemudiannya dari Doha terus ke Istanbul naik Qatar Airways.
Hari Kedua
Istanbul – Bursa
Sampai di Airport Istanbul, kami dibawa menaiki bas terus ke Bursa. Perjalanan lebih kurang 2 jam setengah. Singgah lunch dulu di restoran sekitar highway. (Restoran ala-ala R&R kalau di Malaysia ni). Waktu di Turki ni lambat 5 jam dari Malaysia tau.
Lepas makan, kami di bawa ke Grand Mosque Ulu Camii, Bursa. Disebabkan kami dah selesai solat jamak di hentian lebuhraya tadi, maka kami gunakan masa yang ada sepenuhnya dengan bergambar.
Sempat juga singgah di Kapali Carsi Bursa yang terletak bersebelahan dengan ruang masjid. Biasalah kan, tempat shopping. Masing-masing tak lepas peluang untuk membeli cenderahati dan koleksi kenang-kenangan.
Seterusnya terus ke lokasi penginapan untuk malam pertama di Turkey. Kami menginap di Formback Otel, Bursa. Walaupun dari luar nampak macam hotel 3 bintang, tapi biliknya selesa sungguh! Siap dengan ruang tamu dan bilik yang besar.
Hari Ketiga
Bursa – Pamukkale
Pagi ni, selesai breakfast kami terus bergerak ke Munira. Munira ni kira macam ‘a must visit place’ kalau ke Turkey.
Di sini ada semua barang-barang yang popular di Turkey seperti saffron, habatussauda, madu, sejadah, barangan kecantikan, aksesori, barangan kraf dan paling best Turkish Delight mereka.
Boleh rasa sampai kenyang pun sebenarnya, cuma larat dengan tak larat je sebab agak manis lah. Baklava pun ada, cuma harga sedikit premiumlah.
Seterusnya kami terus bergerak ke Pamukkale untuk melawat Antique City of Hierapolis, Cotton Castle dan Cleopatra Antique Pool.
Dekat-dekat je semua tempat ni. Kami naik van yang disediakan ke semua lokasi. Kami bermalam di Spa Hotel Colossae, hotel 5 bintang yang cukup cantik tau! Paling best, mestilah part makan. Dinner kat ballroom, dan menunya lebih dari 50 jenis.
Hari Keempat
Pamukkale – Cappadocia
Awal pagi kami dah bangun sebab nak ke Pamukkale Hot Air Balloon! Sebenarnya, memang aktiviti ni yang paling ditunggu.
Mana taknya, selama ni asyik tengok gambar je dalam kalendar kan. Tak pernah pun terfikir dapat jadi realiti!
Memang ‘best experience ever’ sebenarnya bila ada kat atas. Pemandangan dari atas ni ibarat lukisan. Untuk Hot Air Balloon ni, harga tiketnya tak termasuk dalam pakej. Jadi, optional pada anda yang ikut trip ni sama ada nak ambil atau tak. Tapi bagi kami, dah alang-alang sampai, why not kan?
Lepas balik hotel, siap-siap untuk check out, dan terus kami ke Varol Tekstil. Apa lagi? Shoppinglah jugak kan? Perjalanan dari Pamukkale ke Cappadocia agak jauh, lebih kurang 8 jam perjalanan. Maka masa ini kami gunakan sepenuhnya untuk berehat. Kami sempat singgah untuk bergambar di Sultanhani Kervansarayi Aksara.
Bangunan lama peninggalan peradaban Turki Ustmaniyyah yang dijadikan tempat persinggahan untuk mereka yang ingin berehat sebelum memulakan perjalanan jauh suatu masa dahulu.
Lebih kurang jam 8 malam, kami sampai di Yunak Evleri, Cappadocia. Lokasi filem Manisnya Cinta di Cappadocia gandingan Fazura dan Shaheizy Sam dulu.
Sampai je sini, mata terus terpegun dengan struktur bangunan lama yang masih dijaga dan dikomersialkan untuk tujuan pelancongan. Hotel yang kami stay dua malam ni, cukup eksklusif dengan senibina gua yang dijadikan hotel inapan.
Hari Kelima
Cappadocia
Cuba bayangkan sarapan pagi dalam gua. Tak pernah terfikir pun akan lalui saat ni, kagum sungguh! Puas makan dan ambil gambar, kami kemudiannya terus ke Gerome Panoramic dan Pigeon Valley.
View kat sini cantik sungguh. Dah macam berada dalam karektor Flintstones. Sebelum ke aktiviti petang, kami dibawa ke Hanem Art Center.
Orang yang gemarkan aksesori berlian mesti suka bila masuk dalam ni. Kepakaran ‘minta kurang’ tu kena ada tau bila masuk sini.
Sebelah petang pula, kami melalui pengembaraan Jeep Safari. 5 orang dalam 1 jeep termasuk pemandu, kami dibawa ke jalan berliku ala-ala padang pasir. Adventure betul!
Rasa nak termuntah pun ada masa ni. Tapi bila sampai kat spot akhir, memang wow sangat pemandangan.
Pemandu warga Turki ni pula rajin melayan kita bergambar. Dia pula yang ajar macam mana kita nak pose. Oh ya, untuk pakej Jeep Safari ni kena tambah jika berminat.
Hari Keenam
Cappadocia – Ankara – Bolu
Dari Cappadocia kami terus bergerak ke Ankara untuk melawat Ataturk Mausoleum. Kalau bertuah, dapatlah tengok protokol pertukaran pengawal muzium. Perjalanan diteruskan ke Salt Lake, Ankara. Jangan tak tahu, nak celup kaki pun kena bayar 1TL tau kat sini.
Sebelah malam, kami menginap di Elifim Resort Hotel yang terletak di Bolu. Di sini, sejuk dia lain macam sikit. Mungkin sebab kedudukannya terletak di kawasan bukit, dan betul-betul tepi lebuhraya. Hotel ni memang jadi lokasi persinggahan untuk pelancong dari Cappadocia ke Istanbul.
Hari Ketujuh
Bolu – Istanbul
Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Kami dah pun sampai Istanbul dan lokasi pertama tentunya Hagia Sophia Grand Mosque atau digelar Ayasofya Camii.
Kagum sangat dengan senibina masjid ni. Terima kasih pada Aurasy Travel & Tours sebab dah atur perjalanan kami untuk solat di sini. Memang sesekali flashback babak-babak dalam cerita The Magnificent Century tu.
Kemudian kami ke The Blue Mosque atau Sultan Ahmet Camii, Topkapi Palace Museum, Arasta Bazaar dan terus ke tempat penginapan terakhir kami di Istanbul selama berbaki dua hari lagi di Turki.
Hari Kelapan
Istanbul
Lepas breakfast di Euro Park Otel, kami di bawa ke Spice Bazaar. Spice bazaar ni umpama pasar basah bagi penduduk Turki yang berkonsepkan Gedung tertutup. Di sini ada dijual segala rempah masakan, teh,manisan Turki, kekacang, ubat-ubatan, sayur-sayuran dan banyak lagilah. Koleksi fesyen terkini pun ada.
Orang kata, kalau dah terlanjur ke Turki ni kena dapatkan sakurang-kurangnya satu barangan kulit asli yang dijual jauh lebih murah dari brand-brand terkemuka. Tapi jangan risau, kualitinya setanding jenama mahal tau. Semua tu ada di Bilgin’s Luxury.
Bukan hanya boleh tengok barangan kulit yang bergantung di rak tapi pengunjung disajikan dengan ‘fashion show’ di mana model-model tu peragakan jaket-jaket kulit yang terpilih. Pertama kali datang butik yang ada servis ni.
Istimewanya trip ni, kami berkesempatan merasai sendiri pengalaman pelayaran santai di Bosphorus Cruise.
Lagi seronok bila pihak Aurasy Travel & Tours dan sewakan seluruh cruise tu hanya untuk kami.
Tak perlu nak berebut tempat duduk, masing-masing enjoy view dalam cruise. Berlatarkan kebiruan laut Selat Bosphorus dengan landskap kota yang padat, deretan bangunan lama memang menarik perhatian.
Waktu petang, kami diberi peluang ‘free & easy’ berjalan di sekitar The Galata Tower dan Taksim Square. Puas jelajah dari satu kedai ke satu kedai.
Baju-baju berjenama di sini kebanyakannya lebih murah berbanding di Malaysia. Kuranglah dalam RM20-RM30 tu.
Hari Kesembilan
Istanbul – Doha – Kuala Lumpur
Sedar tak sedar dah masuk hari kesembilan berada di bumi Turki. Untuk lokasi terakhir, kami di bawa untuk shopping di Grand Bazaar, port shopping wajib jika ke Istanbul. Baru sedar, tempat shopping di Turki ni kebanyakannya berkonsepkan gedung bertutup.
Dah masuk hari terakhir ni, kawan-kawan yang pada mulanya cuma senyum-senyum dari jauh dah pun jadi macam family. Siap plan next trip sama-sama lagi!
Kami menghabiskan masa yang tinggal dengan mencuba shawarma asli di sini sebelum berangkat ke airport Istanbul. Ada rezeki, kita jumpa lagi di lain destinasi.
Tip Bila Ke Turki
Bila nak naik kapal terbang – pastikan pakai pakaian yang selesa. Kalau boleh tu, seluar track je. Sebab bila terbang jauh-jauh ni, boleh dikatakan, banyak waktu tidur dari berjaga.
Bila nak solat – pastikan bawa selipar spare dan plastik. Sebab jarak nak ambil wuduk dan ruang solat agak jauh. Kalau pakai kasut cantik-cantik tu, seeloknya letak dalam plastik dan simpan dalam beg. Banyak juga kes kecurian kasut ni. Lagi satu, kena tahan sejuk tau. Sebab air kat sini, sejuk dia macam air sejuk letak ais.
Bila nak shopping – Disebabkan konsep tempat shopping di Turkey ibarat gedung besar tertutup yang ada banyak lorong dan ratusan kedai, digalakkan untuk berjalan secara kumpulan. Ambil gambar meeting point takut nanti sesat. Sentiasa pilih kedai yang berada di lorong-lorong belakang sebab kat sini harganya jauh lebih murah dari kedai yang berada di barisan hadapan. Beza harga boleh cecah sampai RM50 duit kita tau!
Bila nak makan – Di Turki kita memang tak akan jumpa sos cili. Hanya ada sos tomato dan mayonis je. Jadi, bawa sos cili yang paket-paket tu. Makanan Turki ni kebanyakannya kurang rasa, dan makanannya tak ada kuah-kuah macam kita biasa makan. Jadi bawalah serunding ke, sambal ayam penyet kea tau sambal ikan bilis. Barulah berselera sikit nak makan tu.
Bila Tawar-Menawar – Pastikan anda hanya tawar-menawar untuk barang yang nak dibeli je. Kalau tak, memang masalah! Janganlah minta kurang sampai 50% dari harga barang, memang tak dapat.
Cukup ini sahaja perkongsian ke Turki, jika anda plan nak ke sana, buat persediaan mengikut tip yang saudari Alia ini. Sekurang-kurangnya anda dah tahu beberapa tempat menarik kat sana dan macam mana nak membeli dengan dapatkan harga yang lebih murah untuk dijadikan ole-ole buat teman dan keluarga tersayang.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI