Kalau anda bercadang untuk bercuti ke negeri Pantai Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan), waktu yang ideal untuk ke sini adalah dari bulan Mac hingga Oktober setiap tahun. Ini kerana ketika itu cuaca agak baik terutamanya jika anda ingin ke kawasan tanah tinggi, pantai atau pulau. Pulau-pulau disekitar Pantai Timur boleh dilabelkan antara yang paling indah dan menarik di negara ini tau.
Apa lagi, jom rancang percutiaan anda terus ketiga-tiga buah negeri tersebut iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan dari Pulau Pinang seperti yang dikongsiakan keluarga Nor Hayati Abu Bakar ini.
Curi kesempatan cuti sekolah yang lalu road trip merentas negeri-negeri Pantai Timur dalam total jarak perjalanan 1367km bermula persinggahan pertama di Tanah Merah, Kelantan berakhir di lokasi sejuk Cameron Highlands, Pahang sebelum kembali ke Juru, Pulau Pinang.
Tujuan asal ke chalet yang viral di Kelantan Siba Garden Chalet & mencari Patin Tempoyak di Go Bang Maju Patin Tempoyak,Pahang tapi alang-alang dah lalu Terengganu, kita singgah mana yang patut.
Ads
Destinasi:
Ads
Siba Garden Chalet
Pasar Rantau Panjang
Terangganu Draw Bridge
Jetty Pulau Duyong
Pantai Kemasik, Kemaman
The Sheep Sanctuary, CH
Sambil cuci mata tengok tempat orang, kita jalan-jalan mencari makan!
Ads
Makan-Makan:
Nasi Kerabu, Warung Pok Teh Roji, Rantau Panjang.
Mee celup, pulut mangga, pulut durian – Rantau Panjang
Nasi Dagang Atas Tol, Terangganu
Mints Pizza, Balok Kuantan
Patin Tempoyak, Go Bang Maju, Temerloh
Puku ice cream homemade, Kea Farm, CH
Travel bersama family, especially dengan anak-anak kecil memang mencabar. Pilihlah lokasi yang sesuai agar keselamatan mereka diutamakan. Yang penting, bawa mereka explore benda baru yang fun dan mengujakan macam bermain dengan kambing biri-biri.
Jom cuti-cuti Malaysia!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak jauh dari pusat Bandar Kuala Lumpur, sesiapa sahaja mampu melepaskan tekanan sambil menunggang All-Terrain Vehicle (ATV) yang menjanjikan pengalaman yang sangat berbeza. Persekitaran ekstrem, laluan berliku dan keindahan alam semuanya cukup mengujakan jika anda pertama kali memegang handle kenderaan ini.
Hutan Simpan Kemensah, Selangor terletak cuma 4.8 kilometer perjalanan di belakang Zoo Negara, Hulu Klang, di sini menjanjikan kepuasan buat penggemar sukan ekstrem. Penggemar sukan ekstrem makin menggalakkan berikutan pendedahan serta populariti aktiviti menunggang ATV di Malaysia. Aktiviti menunggang ATV yang dilakukan dalam hutan dianggap suatu bonus kerana memberi keseronokan tersendiri dengan trek laluan yang mengikut bentuk bumi semula jadi. Keunikan cabaran mengendalikan pengangkutan ini dalam hutan juga mendapat sambutan pelancong asing yang mahu meneroka hutan.
Ramai yang tidak tahu ATV sebenarnya kenderaan lasak yang sememangnya dicipta untuk merentas laluan lasak (off road). Sejujurnya, menunggang ATV di dalam hutan dengan laluan berlumpur, berbukit dan curam menjanjikan keseronokan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Di sini menawarkan beberapa laluan trek merentas denai berliku, curam dan menghijau dalam hutan simpan negeri Selangor. Setiap trek menjanjikan cabaran berbeza, namun yang pasti, keadaan hutan dara itu masih kekal semula jadi demi memberikan kepuasan kepada pencinta alam.
Menjadi tanggungjawab semua peserta untuk mengekalkan ekosistem hutan ini sehinggakan tidak ada pokok yang akan dipotong malah laluan trek juga telah diberitahu disiapkan secara manual iaitu hanya menggunakan tangan. Paling menarik, apabila tiba di lokasi tertentu, penunggang harus membongkokkan badan kerana perlu melalui lorong kecil pokok buluh yang kita tidak boleh potong. Inilah antara cabaran yang bakal dihadapi selain menaiki atau menuruni bukit curam serta laluan berliku.
Tiada sebab untuk merasa takut atau meragui kemampuan diri. Bagi yang pertama kali mengendalikan ATV anda akan diberi taklimat ringkas supaya tidak berasa bimbang dengan kaedah pengendalian dan cabaran sukan itu selain diberi tunjuk ajar, demonstrasi pemanduan dan bantuan teknikal oleh krew bertugas.
Ternyata, selepas dapat mengendalikan sendiri ATV, timbul rasa keseronokan dan rasa teruja dalam diri peserta biarpun pada mulanya, berasa sedikit takut kerana perlu berdepan dengan laluan berliku dan curam.
Penjaga di sini tidak akan berkompromi dari segi keselamatan kerana ia adalah keutamaan pusat reakreasi di sini. Oleh itu, selain pemantauan kakitangan, penunggang yang pertama kali mencuba sukan ini juga perlu menjalani latihan di trek percubaan. Tidak terkecuali, pemakaian topi keledar adalah wajib.
Menyentuh mengenai kepuasan yang dijanjikan melalui pemanduan ATV, selain menyusuri trek hutan yang belum terusik, anda berpeluang bermandi manda di beberapa lokasi air terjun. Keseronokan bukan hanya di trek semata-mata malah peserta dapat menikmati kesejukan air terjun, yang terletak jauh dari tumpuan orang ramai.
Perjalanan keseluruhan mengambil masa sehingga tiga jam dengan menyusuri laluan paling ekstrem di Bukit Tabur dan Bukit Lalang. Inilah saatnya untuk menguji kemahiran sebenar mengendalikan ATV di mana perjalanan ini membawa anda menyusuri bukit curam, permukaan kasar, jejak sungai serta laluan berlumpur yang mana memberi satu pengalaman ekstrem sebenar.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kesempatan cuti sekolah pada hujung tahun yang lalu dimanfaatkan dengan percutian bersama keluarga meneroka bandar-bandar besar di Indonesia dengan menaiki keretapi. Kembara Trans Java keluarga ini bermula dari Surabaya dan berakhir di Jakarta sebelum pulang ke Malaysia.
Percutian yang mengambil masa selama 16 hari itu dikongsikan oleh Amirah Razali dan pasangannya Azizul Azman di page Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM). mempunyai tiga orang anak yang masih kecil tidak menghalang pasangan ini membuat trip backpackers untuk tempoh masa yang lama.
Menggunakan perkhidmatan keretapi sebagai pengangkutan antara kota-kota besar dan menaiki gojek serta grab bila berada di satu-satu tempat, itinerari dan juga tip yang dikongsi memang terbaik untuk anda yang ingin meneroka tanah jawa di Indonesia seperti mereka.
Turut berkongsi beberapa tip sepanjang pengembaraan mereka di sana, ikuti perkongsian wanita ini bersama gambar-gambar yang dirakam ketika kembara mereka.
Surabaya – Malang – Yogyakarta – Bandung – Bogor – Jakarta
Kami 5 beranak (suami isteri & 3 anak kecil 9thn + 5thn + 2thn) alhamdulillah berjaya travel backpack menjelajah Pulau Jawa selama 16 hari cuti sekolah tempoh hari.
Tarikh : 14 – 29 Disember 2022
Pengembaraan bermula dengan Surabaya & berakhir di Jakarta. Antara intercity kami naik Kereta Api Indonesia (KAI). Berjalan sekitar kota naik gojek & grab.
Tiket Flight JB – SURABAYA = RM277/org
KOTA SURABAYA ~ Kota Pahlawan
3 hari 3 malam
SURABAYA – MALANG (2 jam 15 minit)
Tiket train IDR25,000 ~ RM8/org
KOTA MALANG ~ Kota Bunga
3 hari 2 malam
MOUNT BROMO SUNRISE TOUR
Beli pakej kat Klook RM230/org
(Weekend lagi mahal dari weekday)
MALANG – YOGYAKARTA (6 jam 20 minit)
Tiket train IDR290,000 ~ RM85/org
KOTA JOGJA ~ Kota Gudeg
3 hari 2 malam
YOGYAKARTA – BANDUNG (7 jam 42 minit)
Tiket train IDR290,000 ~ RM85/org
KOTA BANDUNG ~ Kota Kembang
3 hari 3 malam
BANDUNG – JAKARTA (2 jam 40 minit)
Tiket train IDR150,000 ~ RM43/org
– View dalam keretapi yang awesome.
– Melalui Jembatan Cisomang.
– Iaitu Jembatan Keretapi Tertinggi di Indonesia.
– Boleh tengok view kat reels ig: zyzoolmiratravel
JAKARTA – BOGOR (1 jam)
Tiket train IDR6,000 ~ RM2/org
– Ni naik Komuter beli kad e-money macam TnG.
KOTA BOGOR ~ Kota Hujan
Hampir setiap hari Bogor pasti dilanda hujan, bahkan ketika musim kemarau sekalipun.
3 hari 2 malam
GRAB BOGOR – JAKARTA (45 minit)
IDR252,000 ~ RM73
– Barang dah banyak pastu dah malam so naik grab untuk terus ke hotel di Jakarta.
KOTA JAKARTA ~ Kota Metropolitan
3 hari 2 malam
JAKARTA – JB RM430/org
Lain-lain info:
INSURANCE
– Lindungilah pengembaraan anda dengan Travel insurance hehehe. Kiteorang ambil Etiqa TripCare 360 Takaful + Covid-19 (Premium) untuk 16 hari = RM407.09. Jadi bolehlah travel dengan peace of mind inshaa Allah.
APPS PeduliLindungi
– Install siap-siap kat Malaysia. Kadang ada certain tempat nak masuk masih kena scan dengan app PeduliLindungi.
Grab & Gojek
– Install siap-siap juga di Malaysia jadi boleh linkkan terus dengan kad debit or kredit kita.
– Bandingkan yang mana murah baru tempah. Kadang grab murah kadang gojek yang murah.
– Parking & Tol tak termasuk dalam kos so nanti pemandu akan minta samada nak bayar cash atau masuk dalam aplikasi.
INTERNET
– Roaming dengan Digi agak murah atau boleh beli E-Sim Indonesia di shopee
ATM CARD
– Tetiba dah sampai Indonesia sindrom nak shopping membuak-buak pulak kan tapi tukar duit rupiah sikit je hehehe. Don’t worry korang boleh keluarkan duit kat Setor Tarik Tunai (CDM) atau Tarikan Tunai (ATM) kat sana.
– Yang penting jangan lupa untuk aktifkan kad bank anda untuk pengeluaran antarabangsa.
– Cas setiap transaksi RM10. Bagusnya terus keluar banyaklah hahahaha. Cari BNI ATM untuk pengeluaran sehingga 2.5 juta per transaksi sebab ada certain bank benarkan pengeluaran max 1 juta sahaja.
KERETA API INDONESIA (KAI)
– Ada banyak cara nak beli tiket train Kereta Api Indonesia (KAI) antaranya di apps KAI Access, Traveloka & Tiket.com.
– Boleh beli siap-siap lepastu jangan lupa pergi Kaunter Intercity Train Check-in di Stasiun Kereta Api untuk print boarding pass.
– Boleh juga beli tiket train di Indonesia.
– Beli di app KAI Access kemudian buat pembayaran di Indomaret.
– Ambillah peluang untuk menikmati view sepanjang dalam keretapi.
– Memang awesome & cantik keindahannya gunung-ganang, sawah padi & kawasan tinggi.
PAKAIAN
– Kalau plan untuk ke Bromo jangan lupa bawa baju tebal. Sejuk kat Puncak Penanjakan boleh jatuh sampai 4°c
– Pakai tebal untuk anak kecil. Bawa sarung tangan & topi supaya anak-anak selesa.
– Nak beli kat situ pon ada je yang jual.
VAKSIN
– Pastikan ada bukti vaksinasi. Masa landed di Airport Surabaya mereka cek.
– Naik train pon agak ketat mereka nak tengok bukti 2 dose vaksin + 1 dose booster.
Kini anda tidak perlu menunggu ke majlis kenduri untuk menikmati lauk pauk yang biasa dihidangkan di waktu itu. Kiranya anda ke Pusat Penjaja Bandar Sri Permaisuri carilah kedai nombor C2 dan C3.
Dua gerai ini adalah kepunyaan Zulkhori Abdul Aziz masing-masing kedai Nasi Kenduri dan Sup Meletup menjadi tumpuan ramai. Bau nasi ayam kukus dan sup meletop sudah menusuk hidung saat menjejak masuk ke kedai ini.
Apa dia nasi kenduri tu? Sebenarnya ia adalah nasi ayam kukus yang dihidangkan bersama lauk kari ayam pedas dan kuah kicap manis yang ditumis bersama bawang halia, kicap dan tomato. Inilah yang membezakannya dengan nasi ayam biasa yang dihidangkan bersama sup.
Nasinya pula sungguh lembut dan terasa keenakan perasa ayamnya di dalam nasi. Tapi anda jika anda menginginkan sup untuk dimakan bersama nasi ayam kukus ini pun boleh juga.
Sementara sup meletup daging ini menjadi kuah kepada kepada bihup sup utara, kue teow, dan mee. Setiap hari gerai ini memasak60 kg beras, 80 kg daging untuk sup dan ayam sebanyak 40 ekor sebagai bahan masakan asas di sini.
Tetapi penulis tertarik dengan cerita sebalik sup meletup yang berasal dari Langgar, Kedah ini. Zulkhori mempelajari resipi sup meletup ini dari arwah Hj Ahmad Hashim yang telah pun meninggal dunia dua tahun lepas.
Arwahnya pula ‘menuntut’ dari pelopor asalnya Mat Bom yang memiliki kedai di Medan Selera Alor Star, Kedah. Mat Bom telah kembali ke rahmatullah sepuluh tahun yang lepas.
Yang pasti amal jariah kedua arwah ini terus berjalan, kerana tidak lokek berkongsi resipi kepada pekerja dan sesiapa yang ingin belajar dari mereka. Kesemua menu di sini berharga di antara RM6 hingga RM7.
Di sekitar Kuala Lumpur kini terdapat enam hingga tujuh gerai menjual supmeletup dengan resipi yang sama. Buat mereka yang terlalu sibuk, Zulkhori juga menyediakan khidmat penghantaran makanan kepada pelanggan di pejabat mahu pun rumah.
Buat mereka yang mahu berjalan-jalan cari makan, gerai nasi kenduri dan sup meletup ini pasti menepati selera anda yang mahukan juadah enak dengan harga yang murah..
INFO KEDAI :
PEMILIK : Zulkhori Abdul Aziz ALAMAT : C2 dan C3 Pusat Penjaja Bandar Sri Permaisuri (Medan Selera), Kuala Lumpur WAKTU OPERASI: Setiap hari 9.00 pagi -3.00 pagi WAJIB CUBA : Sup Meletup, Nasi Ayam Kukus, Nasi Kenduri, Bihun Sup, Kue Teow Sup, Mee Sup, Nasi Goreng dan pelbagai lagi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...