Mesti ramai yang teringin bercuti kala ini. Sekian lama berkurung perasaan ingin bercuti tentunya menggebu-gebu namun buat masa ini, hasrat itu perlu dipendamkan dulu kerana negara dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tapi korang boleh masukkan list Rumah Sungai di Lenggong, Perak ini sebagai destinasi bakal pergi kerana suasananya memang mendamaikan apatah lagi terletak betul-betul di hadapan sungai.
Ads
Jadi untuk korang yang nak bercuti santai bersama family atau kawan-kawan dan merasai suasana dikampung. Semuanya 3 chalet. 2 chalet yang berwarna coklat tu RM160/night, chalet hijau RM200/night.
Yang hijau ni ada aircond, water heater dan peti ais. Tapi sebenarnya tak ada aircond pun takpe.. malam sejuk giler. Nak mandi sungai, keluar bilik terjun je kat depan tu. Sungainya tak dalam dan sesuai untuk kanak-kanak.
Ads
Keluar Tol PLUS Kuala Kangsar terus je dalam 30 minit sampai la ke Rumah Sungai, Lenggong, Perak ini.
Ads
Harga bilik dah termasuk breakfast dan lunch. Breakfast boleh pilih nasi lemak/bihun goreng/nasi goreng. Untuk lunch pula boleh pilih set A/B/C, masakan kampung yang cukup awesome. Owner siap bagi jeruk petai dan durian lagi.. Perghh.
Untuk makan malam boleh sewa tempat BBQ, RM15 je. Kita bawak sendiri ayam/daging perap dan bahan lain. Memang syok tepi sungai yang sejuk sambil dengar air mengalir. Kepada sesiapa yang berhajat nak pergi selepas PKP, better rancang awal kot tahun depan, kalau main redah je nanti chance nak dapat chalet tu tipis la. Rumah Sungai #TravelPerakLah
Sumber : I Am Parit Buntar
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Melihat keindahan hidupan marin di Pulau Perhentian pasti meruntun sesiapa jua khasnya buat penyelam untuk mengintai kehidupan dasar laut yang mempesonakan. Jadi untuk anda yang ingin berkunjung ke sana, entri ini ada beberapa guide yang boleh anda ikuti apabila ke Pulau Perhentian.
Bagi mereka yang inginkan suasana yang santai, dan unik, pilihan resort atau hotel terapung atas air menjanjikan pengalaman berbeza buat seisi keluarga.
Ini ada idea penginapan atas air yang boleh anda pilih untuk percutian seterusnya.
Sebuah hotel yang memberikan anda privasi yang diimpikan, siapa yang tak pernah berangan untuk memiliki kolam renang sendiri kan? Di sini, impian anda menjadi kenyataan. Setiap bilik disediakan kolam renang untuk anda nikmati tanpa sebarang gangguan. Grand Lexis antara hotel terbaik di Port Dickson yang pasti memberi anda pengalaman menginap yang istimewa.
Seperti Grand Lexis, Lexis Hibiscus juga menyediakan kolam renang dalam setiap bilik yang ditawarkan. Ia menjadi tarikan utama yang sangat istimewa buat tetamunya. Dari pandangan atas, Lexis Hibiscus bagaikan sekuntum bunga raya mekar di Selat Melaka. Kala senja, sorotan lampu pada setiap vila menampakkan lagi keunikan bentuk hotel terapung ini yang menjadi tumpuan bukan saja pelancong dalam negara malah seluruh pelosok dunia. Air pancut setinggi 100 meter yang tertinggi di Malaysia dengan pencahayaan memukau pada waktu malam sangat mempesonakan dapat disaksikan pada waktu malam.
Terletak di Pulau Pangkor, Perak, untuk sampai ke resort ini pengunjung perlu menaiki bot laju yang disediakan daripada Marina Island Pangkor yang mengambil masa selama 15 minit. Jauh daripada sebarang gangguan bunyi dan udara kerana lokasinya yang dikelilingi taman tropika dan laut. Resort ini juga sesuai untuk anda yang ingin berbulan madu bersama dengan yang tersayang.
Penginapan ini terletak di Sepang, dan terasa cukup mewah dengan kemudahan spa, pusat kecergasan dan kolam renang infiniti yang disediakan. Dikelilingi pemandangan laut yang indah terutama pada waktu matahari terbenam.
Resort yang terletak di Port Dickson ini bukan sahaja menawarkan kemudahan spa, sauna dan kolam renang, malahan, anda juga boleh melawat ladang rempah-ratus dan melihat pelbagai spesies burung. Reka bentuk di sini juga sangat unik umpama berada di lokasi luar negara.
‘The best dive bases in the world,’ itulah jolokan yang diberikan kepada tempat penginapan yang terletak di perairan Pulau Mabul, Sabah ini. Kejernihan airnya menjadikan aktiviti menyelam atau snorkel sangat menyeronokkan. Bilik-bilik di Mabul Water Bugalow juga agak luas dan memiliki reka bentuk tradisional, tapi tetap dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden.
Terletak di Pulau Sipadan, lebih kurang 50 minit daripada jeti Semporna, resort ini merupakan tempat pemuliharaan penyu selain menawarkan pemandangan yang sangat indah kepada para penginap. Dari jeti resort anda dapat melihat penyu dan pelbagai spesis ikan dengan begitu jelas. Kalau suka aktiviti yang mencabar, boleh mendaki bukit di Pulau Bohaydulong yang terletak tidak jauh dari resort.
Sipadan Kapalai Water Village terletak di Semporna, Sabah. Reka bentuk penginapan ini berkonsepkan reka bentuk rumah masyarakat Bajau. Antara aktiviti yang disediakan di resort ini adalah seperti berkayak, menyelam dan snorkel.
Berlatarbelakangkan hutan hujan yang kaya dengan hidupan liar, resort ini pilihan terbaik jika berkunjung ke Pulau Langkawi.
Berkonsepkan hotel mewah di Langkawi, St Regis menawarkan pemandangan matahari terbenam yang indah. Terletak berdekatan dengan keindahan hutan hujan yang menghijau, serta dikelilingi keindahan laut Andaman yang memukau. Hotel ini menyediakan aktiviti air yang menarik seperti snorkeling dan scuba diving untuk anda mencipta memori indah bersama keluarga.
Sumber Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bercuti di ‘pulau-pulau terkenal biasa’ di Malaysia sudah selalu kita dengar. Memang cukup sempurna pesonanya. Tetapi, jangan dilupakan pulau-pulau lain yang kurang menonjol dan banyak keistimewaan perlu kita terjah untuk dihebahkan kepada orang ramai.
Pulau Besar terletak di daerah Mersing, Johor merupakan antara pulau ‘hidden gem’ yang cukup mempersona. Air lautnya yang jernih cukup indah. Pasir pantai yang halus pula memukau setiap pengunjung yang bertandang. Itulah keindahan Pulau Besar. Mendengar namanya mungkin asing bagi kebanyakan kita, namun ia adalah pulau popular terutama kepada pengunjung yang bercuti di Mersing, Johor.
Mungkin ramai yang tidak berapa tahu atau kenal dengan pulau ini kerana kurang mendapat promosi yang meluas. Tetapi percayalah, jika anda sudah menjejakkan kaki ke sini, pasti anda jatuh cinta dan berpuas hati memilih destinasi ini untuk bercuti. Dahulu Pulau Besar turut dikenali Pulau Babi Besar. Dipercayai banyak babi hutan liar di sini, namun kini menghilang.
Pulau Besar merupakan salah satu daripada gugusan pulau yang indah di Laut China Selatan di persisiran laut Johor. Pulau Besar dikelilingi oleh beberapa pulau lain iaitu Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Mensirip, Pulau Hujung dan Pulau Tinggi dan mempunyai pantai berpasir putih dan bersih.
Air yang bersih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia menghadap ke laut lepas, menjadikan pantainya di landa ombak yang menghilangkan lumpur dari pasir pantainya. Puncak tertinggi di Pulau Besar mencecah ketinggian 2,000 kaki dari aras laut.
Pulau Besar boleh diakses selepas menaiki bot selama 30 minit dari jeti Mersing. Pantai yang bersih cantik dan putih serta resort cantik menanti anda, bersama hidupan marin dan kepelbagaian batu karang yang cantik. Umpama syurga dunia, ini adalah pemandangan yang akan menanti anda. Menyelam skuba juga aktiviti yang kerap dilakukan disekitar pulau ini. Anda juga boleh akses Pulau Harimau yang berhampiran.
Walaupun pulau ini agak kecil (4 km panjang , lebar 1km) terdapat beberapa penginapan resort boleh anda dipilih. Antaranya D’Coconut yang menawarkan penginapan asas selesa. Banyak aktiviti dan sukan air di sini. Bola tampar pantai berada di resort Aseana, anda boleh bermain dengan pengunjung lain. Serta padang golf 18 lubang juga ada disini.
Meskipun bahagian tengah pulau berbukit dan curam, terdapat beberapa denai untuk didaki. Anda boleh menggunakan khidmat pemandu arah yang akan membawa anda ke bahagian lain pulau. Anda juga boleh menghabiskan masa dengan penduduk tempatan di kelong mereka dan mempelajari cara menangkap ikan.
Paling menarik seperti di pulau-pulau lain, Pulau Besar juga mempunyai kisah mitos yang tersendiri iaitu kisah pasangan suami isteri nelayan bertukar menjadi ikan duyung dek si isteri yang sarat mengandung mengidam memakan rumpai laut terlarang.
Hotel mewah Crockfords di Resorts World Genting (RWG) sekali lagi mengekalkan penarafan 5-Bintang oleh Forbes Travel Guide (FTG) bagi tahun kelapan berturut-turut, sekali gus...