Ramai rindukan suasana ketika kecil dahulu. Kala itu kita bebas berlari-larian bermain kejar-kejar, police entry, main sorok-sorak, konda kondi, bermain dengan alam serta banyak lagi tanpa ada rasa risau sedkit pun kita akan diculik.
Sebabnya kita merasakan zaman itu, jiran tetangga masih ambil peduli si polan anak siapa, pergi ke mana dan kalau ditegur, kita sendiri akan mencicit lari balik ke rumah.
Lagi pun kalau balik rumah dah masuk Maghrib, siaplah kaki kena rembat dengan ranting kayu atau paip getah. Paling rare kalau mandi sungai, terserempak dengan mak bapak kau yang di tangannya sudah siap ranting kayu. Jawapannya, sendiri mau ingat.
Namun hari ini, anak-anak kita sudah tidak lagi merasai semua itu. Bergelumang dengan alam, bermain permainan tradisional dan melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti menangkap ikan di sungai.
Sebabnya terlalu banyak rasa bimbang dalam diri mak ayah generasi hari ini kerana tinggal di bandar besar dan duduk di kawasan yang tiada tempat bertanah (kalau ada agak kecil). Paling pasti, dari kecil, anak-anak sudah disua dengan gajet canggih hingga anak lupa cara berkomunikasi dengan dunia luarnya.
Bagi korang yang ada peluang nak ajar anak bermain dengan alam, bolehlah cuba melancong ke Setiu, salah satu daerah dalam Negeri Terengganu.
Ads
Inilah Rumah Tok, rumah nelayan dan uniknya dibina oleh dua orang wanita. Hebatnya mereka kerana kukuh hingga ke hari iniAnak2 bebas bermain dengan alam di siniAda beranda untuk duduk menikmati angin petangBermain buaian di bawah atap rembia, memang seronok imbau kenangan zaman kanak-kanak
Apa yang menariknya di daerah ini terutama homestay Setiu Wetland Discovery.
Setiu Wetland merupakan kawasan yang mempunyai sembilan ekosistem yang saling berhubung iaitu laut, pantai, lumpur, lagun, muara, sungai, pulau, hutan di sepanjang pantai dan paya bakau dengan keluasan 23,000 hektar. Jadi ada banyak aktiviti boleh dilakukan termasuk mencari kepah dan lokan di mana kita merasai sendiri suasana tersebut.
Tapi paling best, tentunya menginap di Rumah Tok yang terletak di perkampungan nelayan Kampung Mangkuk. Ia adalah rumah tradisional lama milik nelayan dan dibaik pulih untuk percutian homestay.
Jadi ia sangat mengimbau kenangan lama zaman kanak-kanak kita. Baca perkongsian oleh Adah Radzali yang bercuti singkat di Rumah Tok pada 12 dan 13 November lalu.
Ads
Nak merasa balik kampung macam rumah atok nenek kita dulu? Boleh datang sini. Rumah ni dekat dengan terrapuri. Kos menginap di sini RM140.30 (booking di Airbnb) termasuk dua dewasa, dua kanak-kanak dan infant.
Masa check in dalam jam 12 lebih dan boleh ambil dalam box peti surat saja.
Dapur untuk memasak turut disediakanInilah bilik tidur, ada satu kipas dan kelambu besar untuk mengelak dari nyamukBeginilah hiasan di dalam rumah, sangat simple dan mengenang nostalgia laluBilik mandi di luar dan bekas menggunakan tempayan
.
Ads
Rumah ini ada dua bilik, satu katil single dan satu double bed. Rumah ini siap ada balkoni dan bilik jenis open air. Ada sinki cuci tangan dan dalam bilik ada lampu, satu kipas berdiri dan kelambu besar.
Untuk sarapan memang tak disediakan tapi ada dapur kecil untuk memasak dan dilengkapi peti sejuk, rice coocker, pinggan mangkuk selain sudu garfu. Kami bawa beras sendiri untuk masak.
Bestnya di sini, ada Pantai Penarik yang sangat indah dan boleh makan ikan celup tepung yang sangat sedap. Dan akuinya, tempat ini sangat relax, sesuai untuk kanak-kanak tapi pastikan bawa semburan nyamuk (esp musim hujan dan nyamuk).
Jadi kalau rasa nak ajar anak tentang alam dan suasana kampung, di sinilah tempatnya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Dabong yang terletak dalam daerah Kuala Krai, Kelantan suatu ketika dahulu bagai tempat jin bertendang. Namun ia mula menarik perhatian pencipta alam dan menjadi tumpuan pelancong luar selepas beberapa lokasi percutian seperti Gua Ikan, Air Terjun Jelawang selain Gunung Stong mula menjadi pilihan ramai terutama mereka yang gemar dengan aktiviti lasak untuk mengisi kegiatan percutian.
Lebih menarik, untuk ke sini ada perkhidmatan keretapi bahkan ia pernah menjadi fenomena tahun lalu dengan jolokan Train To Dabong yang kini kembali lagi dengan pelbagai tarikan lebih menarik. Lagi best sebab kali ini naik train DMU KTM Berhad terbaru yang serba canggih lagi selesa. Lebih menarik pihak Keretapi Tanah Melayu telah memperbaharui koc untuk memberikan nafas segar kepada pelancongan di lokasi ini di mana orang ramai dah tak perlu berebut-rebut lagi menaiki keretapi.
Sumpah, view memang ohsem giler dan lebih best banyak tempat makan menarik. Baca catatan dikongsikan oleh page FB Senok Perut mengenai keistimewaan Train To Dabong dan kawasan cantik dilawati di daerah ini.
Dikongsi dari fb Senok Perut, mereka menyenaraikan lebih 10 lokasi menarik boleh terjah kalau ke sini yang ditulis dalam bahasa Kelate.
Selepas boleh rentas daerah baruni. Fenomena Train To Dabong yang pernah viral tahun lepas. Setelah admin pergi sendiri setiap lokasi-lokasi di Dabong. Set-set senok berani listkan tempat-tempat yang wajib anda lawati kalau pergi Dabong.
Fakta perlu tahu sebelum pergi
1) Sekarang ada 2 saja trip pergi dan 2 trip balik ke Wakaf Baru.
2) Harga tiket sekarang jauh lagi murah walaupun train baru
3) Cuaca di Dabong sekarang hujan pada waktu petang jadi elakkan berada di air terjun
4) Hanya yang 2 doses saja boleh naik train. Anak-anak kecik boleh naik kalau makbapak semua dah full 2 doses
Ikuti list 12 tempat wajib lawat kalau gi Train To Dabong.
GUA KERIS :- Gua batu kapur yang sangat unik alik dalam dia sebab ada pelbagai kejadian unik dan aneh. Salah satunya GODS LIGHT jalur cahaya matahari yang terpancar dalam gua gelap yang memberikan kesan unik. Dalam gua keris ada jugok formasi Keris yang sangat cantik. Perlukan guide untuk masuk sini ya. Boleh tanya orang setempat siapa boleh guide.
LATA KERTAS :- Lata yang terkenal sebab batu pelik dan airnya yang jernih dooh. Sini ada kawasan tohor dan dalam. jadi kena berhati-hati. Terletak 12km daripada Dabong jadi kena naik teksi. Kawasan lata di Dabong dinasihatkan tidak dilawati selepas pukul 5 sebab bila hujan atas gunung ada fenomena kepala air.
MEE UDANG CHE DA :- Mee udang galah viral yang terkenal sokmo. Rasa masih sama lemak manis pekat. Hanya udang fresh jah dio guna. Terletak di Stesen KTM Dabong. Sampai-sampai makan mee slalu bohhh.
KTM DMU :- Train akan anda naik. Meme semua serba baru dan modern. Macam naik flight. Harga maintain murah. Kalau naik di wakaf baru train dia pukul 10.30 pagi. Harga dalam RM5 gitu. Sampai dabong pukul 12.15.
ADAM CAFE :– Kedai ikan bakar paling sedap admin pernah makan. Terkenal juga dengan sup gearbox dan pelbagai sup dan chicken chop. Dekat atas SK jelawang. Jalan gi ke Gua Musang. Kedai sebelah kanan jalan.
UMMI POKOK CERI :– Kedai masakan Thai yang sangat meriah pada waktu malam. Makanan dia memang ori thai murah dan sedap. Kena stay di Dabong baru best makan sini.
RAISYA MEE CELUP KOPEH :- Terkenal dengan celup2 kopeh dan Teh Jebok. Lokasi dia dekat stesen KTM jah. Disini memang ada segala jenis jelup-jelup dengan lauk kerompes ayam. Waktu Operasi : 11.00 AM-7.00 PM.
SUNGAI KENERUNG :– Terletak dekat Pondok Kenerung. Terkenang dengan jeram yang air sangat luas dan lawa. Sini juga aktiviti rafting dan pelbagai lagi boleh dibuat. Dalam 8 km daripada Dabong. Terkenal dengan jolokan Kota Belud versi Kelantan. Tapi perlu hati-hati dengan kejadian kepala air pada waktu petang.
MERCU TANDA STONG :- Sini meme tempat wajib bergambar view belakang Gunung Stong. Sangat lawa terutama semasa awan rendah. View yang akan buat korang terkesima.
JELAWANG PIPE RESORT :- Resort dalam Kelapa Sawit yang andanya chalet berbentuk pipe..,orang kata Kalbok. Sesuai untuk aktiviti extreme sini banyak (bakal dibuka pertengahan bulan 10).
KEM BAHA :- Puncak Air Terjun Jelawang pada ketinggian 300 meter lebih. Kena daki selama 2-3 jam baru sampai atas ni, Tapi berbaloi sebab view pagi dan Maghrib dia sangat menakjubkan. Nak masuk ke Taman Stong kena bayar permit. Nak naik sampai sini kena ada guide. Jadi pakat-pakat ramai-ramai upah guide baru jimat. View berawan lawa tu bila anda bermalam di sini. Pagi esok memang akan tersedu tengok view lagi dia.
GUA IKAN :- Gua yang ada sungai mengalir di bawahnya. Meme sangat luas dan senang dimasuki sebab tepi jalan besar sahaja. Aktiviti dia macam rock climbing, trekking, cave exploring.
ROSE HOUSE :- Kalau nak bermalam admin rekomen sangat Rose House Dabong sebab sangat selesa dan murah. Abe din pun sangat senang berurusan. Dia boleh bawak masuk Gua jugok.
STONGHILL RESORT. Resort yang baru diberi wajah .khas untuk pendaki gunung berehat sebelum naik. DI akaki gunung ada AIr terjun Jelawang yang tinggi dan sangat cantik untuk bergambar.
INFO TAMBAHAN:-
Mulai hari ini, Shuttle Timuran (Set DMU) akan digandakan perjalanan dua kali lebih panjang untuk hari Jumaat, Sabtu dan cuti umum. (korang yang nak pergi ke sini digalakkan membeli tiket dua hala, pergi dan balik bagi memudahkan perjalanan).
Jumlah seat juga semakin banyak iaitu seramai 416 untuk satu trip. Setiap hari ada tiga trip (waktu kena tengok di website KTM ya). Tambang antara RM2-RM6 ikut stesen naik.
Dapatkan tiket anda di https://bit.ly/3kWOQv5 atau melalui aplikasi KTMB Mobile.
Etika naik keretapi
1) Sila Ikut Nombor Seat hak mu beli. Taksah duduk nk duduk denge saing lah. Semasa beli no tu bg tahu selalu dekat kaunter nk duduk sebelah menyebelah.
2) Jangan duduk lama-lama di cafe. Ore lain nk rasa juga minum / makan situ. Lepas minum makan pandai-pandailah balik ke seat masing-masing. Jangan bermastautin terus situ. Sampoh, kalau tak boleh buang, simpan dalam poket/beg buang bila sampai stesen. Tak usah duduk selit tepi gotu goni.
3) Jangan makan makanan bau kuat dalam coach. Duriye ,kefsi, woh khedah makan bilo sampai deh. Kalu lapar lajok gi Makan di Cafe. Naik train ni mesti ada ore pening dan loya. Kalau ada bau nyekit2 tak pasal pasal muntohh lah atas seat come2.
4) Mak pok sila sedia hiburan ko anak2 kecik. Bagi makan siap sebelum naik train. Jangan biar anok jerit melaung berona dalam Ketapi. Ore lain nak gi suka2 tapi duduk hadap anak kecik teriok 4 jam spoil mood blako wei. Tak pasal ada ore tuo berona nanti tak sedap lah nak tengok.
Selamat ber Trip to Dabong. Nak tahu info join Group ini @TRIP TO DABONG atau untuk pertanyaan berkenaan aktiviti, kereta sewa, penginapan, kedai makan. boleh join group TRAIN TO DABONG.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nak camping tapi tak nak susah payah setup khemah semua, haa korang boleh datang ke café camping Raya Wagyu Dungun untuk rasa sendiri makan macam di campsite yang lengkap dengan setup camping yang cantik.
Berkonsepkan kafe dalam tapak perkhemahan, kat sini juga korang turut terdapat sebuha rumah melayu klasik yang turut dihias indah untuk pengunjung datang dan merakam gambar kenangan.
Menu yang disediakan di sini juga tidak kurang hebatnya, dah nama pun Raja Wagyu tentulah hidangan Wagyu ada kat sini. jangan lupa cuba Wagyu Skewer macam yang korang boleh dapat kat Bukit Bintang tu.
Sambil makan bolehlah ambil gambar banyak-banyak untuk kenangan. Kalau nak buat majlis istimewa seperti sambutan harijadi, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya, korang boleh request untuk mereka hias indah untuk majlis yang akan berlangsung.
So kalau dah sampai Dungun, jangan lupa singgah Raja Wagyu Dungun, Café Campsite dan rasai sendiri pengalaman makan kat sini.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...